ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Alhamdulillah :)




















ALHAMDULILLAH....itulah kate2 yang mampu aku ucapkan saat dimaner mataku melihat name 'Mohd Shaiful Nizam bin Mamat Nasir' berada dalam senarai name pelajar yang lulus peperiksaan ulangan dan berjaya meneruskan pengajian ke tahun 4 :) ...Penantian yang hampir 3 minggu akhirnya terjawab tepat jam 4.30 ptg bertempat di pejabat Akademik...

Tahniah dan syabas pade sahabat2 yang berjaya....igtlah sahabat2, bila dipuji kajayaan kite, sebenarnya bukan milik kita, oleh itu sedarlah sentiasa, semuanya datang dari Allah yang Maha Agung....Syukurlah kita akan kejayaan yang telah dikecapi,muda-mudahan kita menjadi hamba Allah yang bersyukur....

Kepada shbt2 yang kurang bernaseb baik, igtlah bhw setiap ujian yang dilemparkan kepada hambaNya mempunyai hikmah yang kite belum tahu...jangan kamu sesekali berputus harap kepada Allah...Sesungguhnya Allah lebih mengetahui aper yang terbaik utk kiter....jikalau bukan pada kehidupan yang sementara ini, percaya dan yakin lah bhw kehidupan akhirat yang kekal abadi pasti menjanjikan yang terbaik andai kite menerima ketentuan yang telah ditetapkan dgn hati terbuka....

Kepada Semua,teruskan berjuang.......

"Learning is a treasure that will follow its owner everywhere"

Ice skating




















"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah Ali Imran Ayat 200

Tanggal 28 hb April, wat pertame kalinya aku menjejaki di sunway pyramid...aku punya satu impain mengaper aku beria sangat mau pergi...x laen x bukan,nak maen 'ice skating' :) ..Akhirnya berkat kesabaran aku selama ini, 4 kesan melecet kat kedua2 belah kakiku menjadi bukti yg aku telah merasai ice skating tersebut...

Melihat gelagat org yg jatuh tersungkur, apatah lagi tersembam ke atas ice, aku ketawakan mereka...ttp tanpa kusedari, ade pulak org yag gelakkan aku...aku menjadi bingung.....hinggalah satu satu ketika,barulah aku sedar bhw rupenyer diorg gelakkan aku sebab aku jatuh...bukan setakat aksi cicakman aku persembahkan,ttp lebih hebat lagi aku mempamerkan aksi superman yang x cukup kain utk terbang....huhuhuuu..

Namun,berbekalkan semangat x pernah knal erti putus asa dalam perjuangan (tambah plk ngan harge tiket yg agak mahal,huhu) aku teruskan perjuanganku untuk meluncur...akhirnya, aku menemui rentak utk meluncur.....aku sgt gembira dan terus berani meluncur ngan laju..... ttbe badanku merase penat,patut la sebab hampir 3 jam aku berpusing2 di dalam ice skating tu....itulah kisahku semasa ber'ice skating'....

Setiap manusia mempunyai seribu satu impian utk dijadikan realiti dalam hidupnya..aku telah merealitikan ice skating dalam idopku..namun, hendaklah kita faham bhw,tidak semua yg kita impikan itu jalannya lurus,adakala jalannya bengkok ke kiri,ada kala jalannya bengkok ke kanan.itulah KEHIDUPAN....aku akui,masih jauh lagi perjalanan hidupku utk mengenal erti sebuah kehidupan...aku cume manusia biase yang jga mempunyai nafsu untuk berhibur,bermaean,bergelak ketawa....namun sebagai seorang Hamba Allah, kita perlu sedar walaupo byk dugaan yang terpakse kita hadapi dan tempuhi, semangat tidak mengenali erti putus asa dan putus harap pada-Nya itulah shj yg mampu memberi kite sumber kekuatan utk kite bangun kembali, tidak kira lah jatuh seperti cicakman atau superman, mencari dan terus mencari erti sebuah perjuangan dalam kehidupan....




Renungan seketika....








Sesungguhnya kebenaran tidak akan memimpin, kebaikan tidak akan tersebar, keadilan tidak akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya orang-orang yang menggadaikan prinsip semata-mata mencari keuntungan dunia dan orang-orang yang bersifat ria' yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat, dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk. Kebenaran, kebaikan, kemuliaan hanya akan tertegak dengan orang-orang yang ikhlas, yang berpegang teguh dengan prinsip, yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi. Mereka adalah orang-orang yang berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya mengambil
-Risalah Ta'alim-

Ukhuwah Fillah















Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwah fillah, tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai'ah

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita akan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari-Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni

Penyelamat Dunia











Dulu masa kita kecik-kecik, ibu ayah itulah dunia kita. Kita merasa ibu ayah itulah ‘tempat’ yang paling selamat untuk kita, tidak kiralah apa jua bentuk ancaman di luar sana. Walau takut gerun macam mana pun, bila ibu ayah ada di sisi, rasa tak takut dah. Rasa selamat dah. Berani dah. Hebat dah. Confident dah. Come what may! Datanglah apapun! Begitu lagaknya. Ibu ayahlah SuperHero Penyelamat Dunia kita.
.
Tak tahu apa-apa, semua tanya ayah. Nak cakap apa-apa, semua cakap kat mak. Apa jenis soalan pun, semua kepada keduanyalah tempat kita melonggokkan kemusykilan, dengan perasaan yakin & keteguhan iman bahawa ibu ayah superheromesti tahu. Mereka mesti boleh jawab. Apa masalah pun confirm akan selesai. Dan mereka memang tidak pernah jemu menjawab dan menyelesaikan, walau merepek macam mana pun soalan kita dan macam mana rumit pun masalah dunia kita. Saya masih ingat suatu malam sewaktu dalam kereta dalam perjalanan balik kampung saya bertanya, “Ayah, kenapa bulan tu ikut kita? Pegi mana sume dia ikut!”
.
Physical support, emotional support, financial support…… semua pergantungan dan kepercayaan, 200% kita letakkan sepenuhnya kepada mereka. Fikiran gembira & cetek seorang kanak-kanak.
.
Menjejak alam dewasa, kita mula menyedari, ibu ayah tidak tahu segala perkara dalam dunia, ibu ayah juga punya perasaan risau & takut seperti kita, ibu ayah juga bukan manusia sakti yang boleh menumbuhkan duit dari pokok-pokok dan sentiasa kaya.
.
Lantas kita mula memahami erti pengorbanan. Mereka telah banyak berusaha, telah banyak menderita, telah banyak berhempas-pulas, demi untuk membahagiakan kita, sentiasa tersenyum untuk kita yang ketakutan, sentiasa tenang untuk kita yang kebimbangan, sentiasa berjimat untuk kita yang selalu meminta, selalu berpenat-lelah untuk kita yang banyak kerenah.
.
Semakin jauh kita melangkah, semakin dewasa umur kita, perlahan-lahan keadaan berubah. Pergantungan kita juga sudah beralih arah. Kita tidak lagi bergantung segala-galanya kepada ibu ayah. Kita sudah pandai berdikari. Kita sudah mula berdiri sendiri. Kita sudah ada kawan-kawan untuk emotional support. Kita sudah ada biasiswa atau gaji untuk financial support. Ada masalah apa-apa kita cuba handle sendiri. Lantas ada di antara kita mula merasa ’serba cukup’.
.
Ibu bapa pula kelihatan seolah-olah semakin hilang kewibawaannya. Mereka banyak tidak tahu perkara terbaru yang kita sudah tahu. Mereka mula banyak masalah dengan kesihatan. Mereka kadangkala bimbang dan tidak tenang. Sebahagian kita, duit pun lebih banyak dari mereka. Sungguhpun begitu, hakikatnya, kita orang muda ini hanya selalu berlagak pandai. Kita masih tetap memerlukan mereka, nasihat, bimbingan dan pengalaman, kerana mereka lebih dulu ‘makan garam’.
.
Namun, tidak dinafikan, perlahan-lahan roda dunia kita mula berpusing. Kita menjadi tempat mereka meluahkan rasa dan kebimbangan. Tempat mereka bersembang waktu kesepian. Tempat mereka berharap. Tempat mereka menuntut belaian & kasih-sayang. Adakalanya mereka bertanyakan kepada kita tentang pendapat dan pandangan, tidak kurang juga dari segi kewangan.
.
Dengan rasa rendah diri dan setinggi-tinggi hormat, kita mula memberi. Dengan tekad akan terus memberi hingga ke akhir hayat. Memberi segala-galanya, kalau boleh, biarlah SEBELUM mereka meminta. Kerana mereka mungkin tak akan minta. Kita patut malu jika mereka sampai perlu meminta dari kita. Itu tandanya kita sebagai anak telah lalai. Walau kita mengorbankan nyawa pun untuk memberi, jasa mereka berdua masih belum berbalas.
.
Tapi, macam mana pula dengan diri kita? Kadang-kadang kita rasa lost. Rasa seolah sudah tidak ada lagi tempat bergantung sepenuhnya macam dulu yang kita ada masa kecil. Dah tak ada SuperHero Penyelamat Dunia kita lagi. Banyaknya masalah tidak selesai. Banyak soalan tidak ada jawapan. Banyak benda yang mesti fikir sendiri, tanggung sendiri. Lagipun memang masalah sendiri, sendiri yang cari.
.
Kerana itulah…
Sewajarnya, pertambahan usia mesti setanding & sejajar dengan pertambahan iman. This should be our wish & our Doa on every birthday. Di usia ini, kita patut sudah mengerti, bahawa Tempat Bergantung sepenuhnya bagi diri kita, di sepanjang hayat kita, adalah Allah Subhanahu Wa Taala.
.
Kerana Allah sajalah yang terpaling sayang kita, Allah yang paling kuat, Allah yang paling terer, yang paling tahu apa yang terbaik untuk kita, boleh menjawab semua soalan kita, boleh menyelesaikan semua masalah dunia kita, menolong kita dalam semua situasi dan sangat-sangat faham semua pergolakan jiwa dan perasaan kita.
So turn to NO other but Allah alone.
InshaAllah kita tidak akan rasa ‘lost’ lagi. Perasaan selamat, berani, hebat dan yakin yang pernah kita rasai semasa kanak-kanak itu akan kembali. Kita masih ada ‘Penyelamat Dunia’. Come what may! Allah is with me. HE is my Availer, my Protector and the best of aid.
3173
“Allah is sufficient for us! Most Excellent is HE in Whom we trust!” (Surah Ali Imran : ayat 173)

Peringatan bagi yang lupa




Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)

Berbekalkan hadith Baginda Rasullullah S.A.W di atas, mungkin itulah sebab utama kenapa aku memberanikan diri menempuh alam blogger ini. Walaupon aku tahu apalah diriku jika utk dibanding kan dgn blog2 yang telah sedia ade, namun aku juga punya impian dan harapan utk memberi sumbangan kpd ISLAM walaupon tidak dgn harta dan wang ringgit, namun cukup lah sekadar menulis sesuatu spy diriku sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya.

Dunia hari ini menyaksikan manusia semakin hari semakin jauh dari tujuan sebenar kehidupan mereka.Gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang semakin bermaharajalela sudah mejadi suatu kebiasaan dan menyedihkan lagi apabila ada yang menjadikan itu sebagai amalan hidup mereka.

Walaupon aku bukan seorang yang boley di gelar sebagai ustaz,namun aku bersyukur dengan kurniaan yang diberikan oleh Allah untuk sedikit sebanyak mengerti dan menghayati apa itu ISLAM..aku tidak mahu digelar manusia yang hanya ISLAM pada nama dan kad pengenalan, ataupon 'ISLAM warisan' , mak ISLAM,ayah ISLAM maka kite pon ISLAM ttp ape yg lebih penting aku mahu spy aku dapat menjadikan hidup dan matiku dalam penghayatan dan keagungan ISLAM..

"YA Allah,bantulah dan berikanlah kekuatan kepada hamba-MU dalam mengenal agamaMu yang mulia ini."

.


Firman Allah S.W.T.

Maksudnya:

"Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhamad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."

Al kahfi 13-14