ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Hati ke Liver????




RASULULLAH s.a.w dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia kalbu."


Kalbu atau hati sifatnya cepat berubah. Ia diumpamakan titik sasaran, sentiasa menerima kesan lontaran dari setiap penjuru yang akan mengubah sifatnya.
Al-Quran menyatakan, maksudnya: "Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung." (al-An'am:110) Nabi s.a.w sangat mengetahui mengenai sifat hati. Baginda selalu berdoa dengan lafaz seperti, "Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."

Menurut Islam, hati manusia inilah yang menjadikan manusia itu hidup dengan kehidupan yang sebenar, malah hati jugalah yang menyebabkan manusia mati dalam hidupnya.
Berbeza dengan bukan Islam yang melihat kepada aspek fizikal semata-mata menunjangi kehidupan dan kerana itu, mereka tidak dapat melakukan penafsiran apabila jasad yang sihat kelihatan tidak bermaya dalam hidup.

Pakar perubatan moden mungkin mampu memberikan rawatan kepada segala bentuk penyakit yang menimpa jasad, tetapi tidak mungkin dalam persoalan berkaitan hati bersifat rohani.
Hatilah yang menjadikan hidup seseorang sejahtera atau sebaliknya. Kesihatannya memberi kesan kepada kesihatan jasmani seseorang. Begitulah juga sebaliknya, tetapi berapa ramai antara kita mempedulikannya? Sebenarnya hati yang sejahtera ialah hati bersifat tenang (mutmainnah), iaitu sebati dengan zikrullah, mempunyai keyakinan iman di peringkat ainul yaqin, berjaya menghakikatkan konsep ubudiyah kepada Allah, menundukkan keinginan nafsu kepada iradah Allah dan bersih daripada sifat merosakkan.

Hati yang sihat ada sifat sentiasa kembali kepada Allah, iaitu mereka yang mempunyai sifat al-khasyah, penyerahan kepada Allah, tawakal dan tazakkur (mengingati ayat Allah). Malah, hati yang sihat bersih daripada syirik dan segala bentuk penyembahan taghut serta bertakwa. Hati ini diterima Allah. Setiap individu tidak akan mengenal Allah jika tidak melalui hati, bahkan gagal mendekatkan diri kepada-Nya dan berjalan menuju-Nya. Anggota badan hanyalah pengikut dan tidak lebih sekadar khadam yang setia kepadanya. Hati jugalah yang menjadi punca kebahagiaan dan kekecewaan. Kebahagiaannya ialah dengan membersihkannya manakala kekecewaannya dengan memijak dan melumurinya dengan kekotoran.

Seorang yang mengenali hati akan mengenal dirinya. Seorang jahil dengan hatinya akan jahil terhadap dirinya. Oleh itu, sesiapa yang jahil terhadap hati dan dirinya, akan jahil terhadap Tuhannya.
Hati manusia seperti juga anggota fizikal, kesakitannya pelbagai tahap, dengan sesetengahnya di peringkat tenat, sehingga sukar diubati dan ada di peringkat sederhana yang senang dirawat. Antara penyakit hati dan tandanya ialah kekufuran, sama ada kufur kerana jahil atau kerana semata-mata keingkaran, angkuh dan derhaka kepada hukum Allah, kesesatan, penyelewengan dan bidaah serta kemunafikan. Keraguan kepada tanda kebenaran, kebesaran dan kesempurnaan Allah, muwalah atau memberi kesetiaan kepada orang kafir, enggan dan berat hati untuk berjihad di jalan Allah, rakus kepada maksiat dan derhaka kepada perintah Allah.

Hati yang sakit bersifat dengan sifat tercela seperti takbur, hasad dengki, riak, pemarah, bakhil, khianat, cintakan kedudukan dan harta, mengikut nafsu, buruk sangka dengan Allah, putus asa daripada rahmat Allah serta memusuhi dan membenci ulama yang soleh.
Pendek kata, hati diumpamakan seperti kaca diwarnai apa yang ada di dalam dan di sekelilingnya. Ia juga boleh diumpamakan bekas daripada kaca yang berwarna mengikut warna yang ada di dalamnya.

Nabi s.a.w, dilaporkan bersabda maksudnya: "Hati itu empat. Hati yang bersih, di dalamnya ada pelita bercahaya, itulah hati yang mukmin. Hati hitam dan songsang, itulah hati yang kafir. Hati yang tertutup dan terikat pada tutupannya, itulah hati yang munafik. Hati yang terbentang, di dalamnya mengandungi keimanan dan kemunafikan.
"Iman di dalamnya diumpamakan seperti sayur (kubis) yang mengandungi bahan air yang baik dan kemunafikan pula diumpamakan seperti pekung yang mengandungi air nanah. Mana-mana antara kedua-dua bahan ini yang lebih mengatasi, itulah yang menguasai (hati)nya."

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembus hijjab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat karena Allah

Tapi hati jika dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Tapi hati jika dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Kegembiraan Dalam Kesedihan



Bismillahirrahmanirrahim......

Rasanya sudah hampir satu minggu aku tidak men'uptade' blog ini....Al maklum la, sbg seorng yg berstatus Pelajar perubatan, tidak dapat tidak perlu berhadapan dgn situasi yang adakalanya penuh dng xtvt ttp tidak mustahil ade juga waktu2 terluang seperti sekarang ini :)

InsyaAllah, coretanku kali ini adalah berkisarkan ttg kehidupanku selama 2 miggu di Neonatal Intensive Care Unit(NICU) yg baru shj aku selesai menamatkan sehari yg lepas..buat shabat2 yg belum lg menjalani posting di NICU, inilah gambaran serba sedikit mengenai jadual perjalanan sepanjang berada di NICU..

Anda semua hendaklah berada di NICU bermula jam 8.00 pg hingga 5.00 ptg, pukul 1 tghari waktu rehat anda(jadual yg diberikan,tp x ikut pon,hehe)..Setiap kump perlu attach pada lecturer masing2 sepanjang posting samada Dr Adibah atau Dr Sherina..Setiap org perlu 'cover patient' masing2..ttp biasanya anda tidak perlu present smsa ward round,hanya present time teching ngan lecturer masing2...ward round akan diadakn 2 kali sehari,pagi dan petang..ttp biasanya ward round ptg bermula jam 4 atau 5 tg,so korang ble bajet la ble abis :)..anda perlu jgk utk ikut team 'code pink' yg maner anda perlu ke labour room utk tgk kes2 yg emegency...dan yg terahir saya rase, jgn luper utk penuhkan log book anda :)

Hmmm...entahlah,sebenarnya setelah selesai menjalani posting di NICU nie,aku mempunyai 2 perasaan iaitu gembira dan jgk sedih....yg citer yg maner satu dulu erk????...kiter dgr yg gembira dulu la :).... x len x bukan,perkara pertama yg membuatkan aku gembira ialah tidak perlu lagi terikat utk pergi kol 8 pg dan blk sblm habis ward round ptg...utk pengetahuan sahabat2,mmg letih dan penat sepnjg berada di NICU sbb ward round nyer lame..huhu.tambah pulak ngan perut lapar....adakalanya aku menganggap NICU nie sebagai penjara bg medical student..huhu...ape x nyer, x bley kuar p maner2 pon..lagipon kami tidak lg dibenarkan sentuh baby2 utk wat examination...lagi la x tau nak wat pape....huhuu...aku rase inilah satu-satunya perkara yg membuatka ak gembira sb bley lari dari NICU...hehehe..

so, skrang kiter citer pulak bab sedih....perkara yg membuatkan aku paling sedih ialah aku tidak memanfaatkan sebtolnya waktu semasa berda di posting NICU...aku rase byk mase aku dihabiskan tnpa membuat ape2...Hanya jalan2 dan pusing3 tgk baby shja....lebih malang lagi, aku merasakan sepanjang 2 mggu berada di NICU, aku tidak mencapai obkektif posting tersebut...walaupon smpt jgk belajar newborn assesmnt,ttp byk lagi yg belum tercapai....x tau la ape yg aku buat semasa berada dlm NICU tu...bila difikirkan semula seolah2 aku tidak pernah menjalani posting di NICU..huhuhu..sedihkan?????.... :( lagi satu ialah aku tidak memanfaatkan Dr yg ade kat situ...conthnyer Dr Hisyam yg suke mengajar walaupon mukenya nampkm garang,tp die baek....huuu....

so,klu tgkkan pada skor GEMBIRA VS SEDIH..aku rase skor sedih lagi tinggi...jadi konklusi yg mampu aku buat kat sini ialah aku gagal utk mancapai matlamat atau objektif berada di NICU....salah satu faktor yg aku temui setelah reflection di lakukan ialah aku tiada perancangan awal sblm masuk ke NICU..inilah yg menyebabkan aku 'lost' and 'blur' sepanjg berada di NICU...nak jer rase ulang balik postng NICU spya aku dapat memanfaatkan dgn sebetolnyer.....

Aku teringat kate2 salah seorg sahabat nabi, klu x silap, Saidina Ali yg menyebut " Kebenaran yang tidak di rancang dapat dikalahkan dengan kebatilan yg dirancang"...mmg terbukti dan aku akui, perlunya perancangan dalam setiap ape yg kiter kerjakan spy kita beroleh menfaat drpnya...

Jadi,utk sahabat2 yg akan menjalani posting di NICU,buatlah perancngan dan gunalah waktu 2 mggu berad di NICU itu dgn sewajarnya....Biarlah penat kaki berdiri ikut ward round dan menahan perut lapar,namun yakin dan percayalah sahabt2 bhwa byk yg anda akn belajar sepnjg ward roung tersebut...jgn malu atau segan utk bertnyer soaln pada MO yg ade sb diorg willing 2 share their knowlegde....Kuatkan semngat anda dan teruskan berjuang dlm menuntut ilmu...

(tgh sedih lagi memikirkan naseb yg menimpa diri....huhu)

Zinnirah Muslimat kental



Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan.

Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Seetlah diselidiki, nyatalah bahawa hambanyameniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat.

Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam. Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T. Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi.

Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah memeprtahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku. Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh lesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Lihatlah Kekuatan seorang muslimat dalam mempertahankan keISLAMnnya.Walaupun didatangi dengan pelbagai seksaan,namun hatinya tetap berpegang teguh pada Kalimah Allah kerana beliau tahu dan yakin bahawa perjuangan dalam ISLAM memerlukan Pengorbanan yang tinggi..

Namun Apakah kite yang yang sudah bergelar MUSLIM ini masih lagi merungut dan mempersoalkan setiap ujian yg didatangkan pada kita???..adakah kiter masih lagi tidak yakin dengan janji2 Allah ???..

Bangunlah wahai sahabat-sahabatku sekalian...Bangkitlah kalian semua mengorak langkah demi ISLAM yang kita cinta dan sayangi..Kuatkanlah semangatmu dalam perjuangan..Yakin dan percayalah kiter bukan bersendirian dalam perjuangan menuntut pengorbanan ini.......

"Allah Bersama Dengan Kita"



Quranic Team Versi Bowling..


Mines Resort City-10 Mei 2009- Buat pertama kalinya aku dan bersama sahabat2 Quranic Team yang sentiasa dekat di hati bermain bowling...Al kisah dimana hendak dijadikan cerita, kalau diikutkan rancangan yang asal sepatutnya kami bermain di Endah Parade...tetapi rupa-rupanya kami terlambat kerana tempat itu sudah di tempah dari pagi smp ke malam sebab ade tournament kat citu....

wah...dugaan pertama yang kami terpaksa lalui..tetapi kami tidak mengalah...berbekalkan semangat REVOLUSI TARBIYYAH, PENGISLAH UMMAH kami teruskan rancangan utk ke Mines Resort....

Alhamdulillah...tepat jam 11.30 pg, kami selamat smp...Rasa penat lelah akhirnya terbayar selepas semua sudah bersedia utk melakukan balingan..pelbagai ragam dpt kami tonjolkan...maklumlah baru nak berjinak dalam sukan bowling nie...Masuk longkang x perlu cakaplah...kesemua yang hadir melalui perasaaan dimana balingan mereka menuju longkang..hahaha..



Saat2 yang di tunggu akhirnya tiba dimana pengisian rohani mengambil alih selepas penat bermain...Bertempat di surau Mines Resort,konsep pengurusan masa dalam kehidupan seorng da'e yang bergelar pelajar perubatan adalah kesimpulan daripada perbincangan yang memakan masa hampir setengah jam...

Ya Allah,kami memohon kapadaMu,engkau eratkanlah hati2 kami dalam apa jua dugaan yang engkau lemparkan kepada kami,semoge permulaan kami dalam membentuk 'keluarga yang bahagia' ini sentiasa mendapat redha dan rahmatMu..Aminn..

Lebih kurang pukul 1 tghari, kami bertolak blk ke PUKM....

Selamat Hari Ibu



Assalammualaikum...

Kita selalu menyesali sesuatu yang telah tiada, kita selalu tidak menghargai apa yang kita ada, kita selalu berfikir apa yang orang lain ada begitu baik dan alangkah bagusnya jika kita juga memiliki seperti yang dimiliki oleh orang lain ada. Baiknya sikap anak-anaknya, berbudi bahasanya isterinya, pandainya anak mengambil hati kedua ibu bapanya, cerianya wajah-wajah anak-anaknya dan berbagai lagi tanggapan yang kita berikan kepada orang lain yang ada di sekeliling kita.

Mengapa kita tidak berkata alangkah baiknya anak-anakku, betapa cerianya anak-anakku, betapa cantiknya anak-anakku, betapa baiknya isteriku, dan segala yang ada pada kita penuh dengan kegembiraan yang perlu kita kecapi untuk kehidupan yang sementara ini. Adakah kita sedar masa yang berlalu tidak akan kembali lagi dan masa yang dihadapan belum tentu milik kita lagi. Yang pasti masa sekarang adalah masa kita dan kita perlu melakukan pemilihan samada untuk bergembira dengan masa sekarang atau untuk berduka dengan masa yang ada sekarang.

Sekiranya kita memilih untuk gembira dengan apa yang telah kita lalui, walau pun dikatakan suatu yang derita oleh orang lain, ianya tetap akan menjadikan kita gembira kerana kita tidak akan binasa dengan apa yang dikatakan oleh orang atau apa yang dikatakan oleh semua manusia. Yang penting apakah yang dikatakan oleh hati kita, adakah hati kita menyatakan kita boleh gembira dan menikmati apa sahaja yang berlaku dengan suatu kemanisan pemberian dari Allah swt. Ramai orang yang buta tetapi ada yang buta dan sentiasa gembira, ramai orang yang cacat tetapi cacat itu tidak menyebabkan mereka perlu hidup dengan penderitaan, malah ada yang begitu berjaya dan menjadi jutawan. Sekiranya mereka berfikir dengan penuh penderitaan, adakah mungkin untuk mereka berjaya? Tentu tidak.

Lakukanlah yang terbaik sekarang untuk orang yang kita kasihi, lakukan yang terbaik agar mereka akan merasai apa yang ingin kita berikan sekarang. Hanya kita yang boleh melakukan kerana keputusan adalah milik kita, kita masih belum terlambat kerana kita masih diberikan waktu untuk melakukan yang terbaik dan yang terbaik itu bermula dari hati yang mulia dan bersih kerana keikhlasan untuk melakukan tanpa mengharapkan balasan. Terlalu banyak yang boleh kita lakukan hingga kita mungkin tidak dapat mencatitkanya, namun Allah swt tetap akan mencatitkan untuk memberikan balasan di akhirat nanti. Tiada kerisauan untuk menanti balasan kerana balasan dari Allah swt tetap ada bergantung sejauh mana keikhlasan didalam kita melaksanakan amalan. Mari kita bermula sebelum terlambat kerana panggilan kematian akan memutuskan segala-galanya yang menjadikan dunia kita berbeza.

"Hargailah ibubapa anda sementara mereka masih lagi bersama anda, kelak sampai masa dimana mereka tiada lagi didunia ini,sudah tidak mampu lagi kita utk kita membalas semua jasa mereka kecuali hanyalah sekadar berdoa bagi anak2 yang soleh..."

Titik hitam dalam sejarah Malaysia








Cinta Dalam Islam

Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”.

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan.

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk
Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan),gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura- puraan sahaja. Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.


Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Allah.

Hari pertamaku.....


Nabi bersabda:

Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan. (HR abu Daud)


Tanggal 4 mei 2009, aku memulakan posting yang pertama dalam tahun 4 iaitu PEADIATRIK...Bermula ngan briefing jabatan mengenai perjalanan posting sepanjang 8 minggu, disambung pula ngan 1st teaching posting iaitu PPD session...


tetapi, sepanjang aku berada dalam tahun klinikal, inilah satu2nya posting yang menyediakn breakfast semasa hari pertama posting..alangkah suker nyer aku dan bertambah smgt la utk mengikuti PPD sesision....


satu lagi kejutAN yang berlaku ialah ahli study group ak juga merupakan antara 8 org ahli group posting iaitu akma,aisyah dan amal... wow, tidak ku sangka perkara sebegini akan berlaku ttp ia merupakan satu kelebian utk group aku


Satu lagi keajaiban yang berlaku ialah kami mendapat supervisor yang di harapkan oleh kebanyakan student, iaitu Dr Juriza..Alhamdulillah, memang baik orngnya kerana pada sebelah ptgnya kami telah bersuai kenal antara satu same laen..sempat jugak kami melawak.. :)

inilah dikatekan Sunnatullah..sesungguhnya kita tidak tahu apakah perancangan Allah ysng telah ditetapakn kpd kita..aku bersyukur padaMu Ya Allah kerna diberikan supervisor yang baik....

Ayuh kawan2, kite mulakan langkah perjuangan kite dalam menuntut ilmu ngan penuh keyakinan dan semangat yang tinggi...moger2 mujahadah kiter dalam mencari ilmu dunia dapat mendekatkan diri kite kpdNya....



Nabi bersabda:

Dunia ini dilaknat melainkan ingat kepada Allah, ketaatan, org yg alim ataupun yg belajar.(HR Tirmizi)