ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Berakhirnya Sebuah Epilog CINTA ::

Salam sayang buat semua...


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah penulis rakamkan atas kekuatan yang di berikan kepada penulis untuk mengeluarkan beberapa entry CINTA sejak awal bulan okteber hinggalah di akhir oktober ini.Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada teman2 yang sudi melawat blog penulis dan berkongsi ideal dengan penulis tentang setiap entry yang penulis keluarkan..Mudah-mdahan kita sedikit sebanyak mendapat menfaat bersama.

Secara kesimpulannya mungkn inilah penutup bagi kisah2 CINTA penulis dengan sama2 penulis ingin mewar-warkan Program Kursus Kahwin yang di anjurkan oleh PMUKM Fakulti Perubatan dengan kerjasama JAWI. Segala detail program teman2 boleh la merujuk pada poster di atas dan di blog masing2.. Selain itu, Pada 28-10-09 iaitu rabu malam akan diadakn Forum Prelude Kursus Kahwin ini..Antara Ahli Panel ialah Ustaz Anuar Ridwan, Dr Wan dan Dr I luvislam...Jom teman2, kita same2 memeriahkan program ini mudah-mudahan dapat lagi menambah lmu pengetahuan kita tentang CINTA ini.....

Sebagai kate2 terakhir dari penulis ingin penulis berkongsi satu komen iaitu Tinta_hati yang penulis rasekan dapat same2 mengambil iktibar dan renungan bersama..jom kita hayati bersama2....

CINTA..

jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya..

Nabi SAW bersabda:


"barangsiapa yang diberi rezeki ALLAH SWT berupa isteri solehah bereti ALLAH telah menolong separuh dari agamanya, hendaklah bertaqwa kepada ALLAH untuk menyempurnakan yang separuh lagi" _Hadis Riwayat Tirmidzi_

SUBHANALLAH~~~cinta nya ALLAH SWT kepada hamba-hambaNYA..
Akan tetapi sahabat2...Matangkah kita menilai dengan mata hati tentang cinta sesama insan kurniaan ALLAH SWT ini?...umur mungkin telah mencecah puluhan tahun , mungkin 20-an, 30-an atau 40an..tapi sejauh mana matangnya mata hati ini menilai perasaan indah itu, CINTA...
ingin saya kongsikan dari bahan bacaan saya tentang MATANGNYA mata hati mengenal cinta~~~dan kita BELUM MATANG sekiranya:


a)menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar berbual dengan 'kekasih hati' sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu dan ayah


b)rela menunggu berjam2,atau lebih hebat lagi dalam basah kehujanan untuk melihat 'kekasih hati' sedangkan hanya solat secara express (kurang dari 2 minit untuk solat 4 rakaat)atau tidak solat langsung...

c)memarahi serta sanggup menampar adik yang tersilap kata sebaliknya hanya mampu tersenyum apabila dimarahi wanita yang anda minati


d)sanggup membaca novel cinta yang beratus2 muka surat namun tidak mampu menyelak atau membaca AL-QURAN walaupon satu muka surat sehari...


e)asyik terkenangkan wajah 'kekasih hati' yang baru berpisah tapi tidak pula muka ayah dan ibu yang berbulan terpisah...


f)susah hati jika tidak menerima SMS/surat/email dari 'kekasih hati' tapi diri sendiri tahu bahawa diri sendiri juga sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kpd ibu ayah di kampung.


g)memakai pakaian sehabis cantik apabila bersama 'kekasih hati' namun hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat


h) lebih banyak kalimah ' I LOVE U' berbanding kalimah zikir sperti : SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH dan ALLAH HU AKBAR!


Jadi, akhir sekali, marilah sama2 kita mengejar CInta Hakiki yang pasti dan pasti akan terbalas sebelum mengejar atau mencari cinta manusia yang belum pasti terbalas atau pon tidak...SALAM SAYANG BUAT SEMUA....

:: Lelaki baik untuk Perempuan Baik ::

Salam sayang buat semua...

Bertemu lagi kita dalam coretan “Cinta” penulis. Jikalau entry sebelum ini penulis cuba mengupas satu isu yang agak ringan, InsyaAllah,berbekalkan ilmu dan pengetahuan yang Allah kurniakan dan juga hasil pembacaan penulis, pada entry kali ini penulis cuba untuk mengupas pula berkenaan dengan satu tajuk berdasarkan firman Allah yang bermaksud :


"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." (surah An-Nur,ayat 26)


Suke untuk penulis jelaskan disini bahawa ulasan di bawah adalah perkongsian penulis dengan salah seorang sahabat penulis mengenai isu “Cinta” ini. Kewujudan entry ini juga adalah di sebabkn oleh salah seorang teman penulis bertanyakan kepada penulis apakah pandangan penulis mengenai isu yang berlaku terutamanya perkahwinan antara lelaki baik dengan perempuan kurang baik dan sebalinya..Sekali lagi penulis nyatakan disini bahawa penulis bukanlah orang yang terbaik untuk menjawab persoalan ini tetapi sekadar untuk membuka ruang kepada teman2 semua untuk kita sama2 berkongsi pendapat.Mungkin inilah pandangan ringkas penulis terhadap isu yang di kemukakan..


Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan pada penulis dan teman2 semua bahawa Maha Adil Allah dalam meletakkan pasangan hidup kita. Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. Disebabkan keadaan itu, rumah tangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah. Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Penulis bukanlah cuba untuk menidakkan sesetengah pasangan yang bahagia, namun apa yang penulis cuba suarakan di sini ialah satu isu yang memang berlaku dalam masyarakat kita tetapi tidak di beri perhatian yang serius.


Keadaan inilah penulis beranggapan bahawa timbulnya pelbagai reaksi dan persoalan dalam masyarakat kita, apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu? Mahu tidak mahu kita sebagai Hamba Allah hendaklah yakin dengan segala ketentuan yang telah di tetapkan pada kita kerana setiap yang berlaku pasti dan pasti ade hikmahnya.




Satu contoh yang penulis dapat kongsi bersama di sini ialah kisah “Nur Kasih” yang penulis yakin bahawa teman2 pun ade menontonya. Setakat episode yang baru2 ini, kita dapat lihat bagaimana cantiknya ketentuan Allah yang berlaku antara Adam dan Nur yang pada asalnya penulis tidak bersetuju Nur di jodohkan dengan Adam yang bagai langit dan bumi kehidupan mereka.Tetapi pada akhirnya kita dapat saksikan perubahan yang berlaku pada Adam sehinggakan padat menawan hati Nur kembali. Walaupon ia adalah sebuah cerita yang rekaan semata2, tetapi bagi penulis ia sarat dengan pelbagai pedoman dan nasihat yang berguna pada kita dalam mengejar cinta hakiki.( yang tak elok jgn ikut la ye)


Berbalik semula kepada firman Allah td, sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh qada dan qadar Allah terhadap jodoh seseorang. Dengan kata lain, la juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing. Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahul sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah S.W.T


Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah, Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki. Ekoran fitnah itu, ada umat Islam yang mempercayainya. Sedangkan yang sebenarnya, Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya. Disebabkan peristiwa itulah, Allah S.W.T. menurunkan ayat itu. Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.( petikan di ambil dari salah sebuah blog islam)



Kesimpulannya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah, tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik, yang soleh atau solehah. Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan drpd terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan. Inilah yang dinamakan DAKWAH. Moge sama2 mendapat pengajaran daripada entry ini


p/s : Ini mungkin merupakan entry terakhir atau pon ke-2 terakhir penulis berkenaan CINTA kerana penulis ingin menumpukan pula kepada isu2 yang lebih menumpukan kepada pemantapan diri kita sebagai seorang muslim...insyaAllah..Ucapan terima kasih penulis rakamkan kpd teman2 yang sudi melawat blog penulis dan memberi komen2 yang bernas lagi membina..moge2 usaha kita mendapat redha Allah...

:: Mak,nak kawen tapi......... ::

Salam sayang buat semua......



“Mak, nak kawin tapi…….”
Tajuk inilah penulis akan cuba kupas pada entry kali ini. Penulis yakin dan percaya inilah persoalan yang sering bermain dalam benak fikiran anak-anak muda terutamanya kita yang bergelar Mahasiswa apabila berbicara tentang CINTA.Merasa seolah2 sudah jatuh hukum WAJI
B dah ke atas diri ini jikalau difikirkan sekali imbas. Percaya atau tidak, itulah yang pernah terjadi pada diri penulis sendiri,hehe…Tetapi setelah mengimbasnya pada kali ke-2, barulah penulis sedar bahawa bukan mudah untuk bergelar seorang SUAMI di kala masih lagi di alam Universiti di tambah pula dengan pelbagai lagi persiapan yang masih lagi kurang.Tetapi kalau sudah di takdirkan penulis bertemu jodoh awal,Alhamdulillah penulis ucapkan. Bagaimana pula dengan teman2 semua??, Penulis tidak nafikan, terdapat sesetengah daripada teman2 penulis sudah pon bersedia dan nasihat penulis, cepat2 la buat kenduri supaya dapat mengelak daripada timbulnya fitnah. Namun bagi teman2 yang senasib dengan penulis , yang “nak kawen, tapi…….??? “ , marilah sama2 kita hayati kupasan penulis pada entry kali ini.


Apabila kita membaca artikel2 tentang perkahwinan, antara perkara awal yang sering disebut ialah kebaikan berkahwin, dalil-dalil yang menggalakkan perkahwinan dan sebagainya. Orang yang memang teringin nak kahwin tak perlu diajar tentang kenapa dia perlu kahwin. Kalau tak disuruh pun, dia akan kahwin juga.Betul atau tak?? (hanya orang tertentu sahaja mampu jawab)

Tetapi, penulis merasekan kita jarang disajikan dengan PENAWAR untuk orang yang dah ‘tak tahan’ nak kahwin tetapi yang mempunyai syndrome “tapi….” yang mana “tapi” itu merujuk kepada masalah duit, akademik, jodoh, keluarga dan lain-lain lagi.

Penulis bawa satu Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:


Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

Penulis yakin, teman2 semua sudah biasa mendengar hadith ini.Satu kesimpulan ringkas yang mampu penulis katekan ialah begitu indah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kerana agama yang selari dengan fitrah manusia ini, agama yang memahami kehendak naluri nafsani, agama yang tahu hikmah yang tersirat di sebalik hakikat, apabila berbicara tentang berkahwin, disuanya dahulu penawar untuk insan-insan seperti penulis ini.

Hakikat berpuasa bukanlah sekadar berlapar dahaga, malah lebih jauh lagi, ialah mengawal hati, akal, anggota fizikal dan juga segala pancaindera daripada melakukan maksiat. Ia secara tidak langsung dapat menggerakkan jiwa supaya tenang menghayati hakikat kejadian kita di muka bumi ini.

Seperti yang pernah di kupas oleh ustaz Hasrizal dalam blognyer saifulislam.com, ini merupakan pesanan Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada anak muda yang berkeinginan tetapi belum berkemampuan dalam pelbagai aspek.Mereka disarankan berpuasa kerana puasa itu mampu bertindak sebagai benteng yang menghalang dirinya menjamah larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala. Tetapi, penulis yakin dan percaya, persoalan yang sering di timbulkan oleh kita ialah, apa kaitannya puasa dengan kawen? Ada juga yang mengatakan bahawa,



“ ala, dah banyak kali dah puasa, bulan Ramadhan dah satu bulan, pastu di tambah pula dengan puasa sunat isnin khamis, ttp masih juga tetap dengan perasaan yang sama,tak ada kekuatan untuk lawan nafsu kawen nie..





Jika persoalan ini yang di timbulkan, penulis rasekan mekanisme puasa sebagai benteng penahan nafsu perlu difahami dengan sebetulnya.Suke untuk penulis berkongsi kupasan ustz Hasrizal kerana penulis rasekan inilah kupasan yang menjawab kepada persoalan tersebut.Andai benteng itu hanya benteng sekadar menyekat keinginan, risikonya tinggi. Tembok empangan itu akan pecah jikalau tekanan yang tolak menolak antara air dan empangan dibiarkan tanpa pengawasan.Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan puasa yang mendidik gelora anak muda.Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan puasa yang berfungsi mentarbiyyah(mendidik) nafsu yang berkeinginan tinggi.


Sebaliknya jika kita ada segalanya untuk dimakan, lalu kita memilih untuk tidak makan kerana mahu mentaati Allah, maka barulah ia jadi sebuah latihan.Apakah latihan itu?Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah.


Dalam suasana kehidupan kita yang semakin kondusif, hampir sahaja mendapat apa yang diinginkan, apa yang terkorban adalah kekuatan diri untuk mengawal keinginan. Apa hendak semua dapat, ketika kehendak itu hanya pada membeli buku, membeli pakaian, membeli gajet atau melancong ke sana sini. Tetapi tatkala kehendak itu adalah pada sebuah NIKAH, ia bukan lagi semudah mengisi kehendak-kehendak yang lain.Ada banyak yang perlu dipertimbangkan.


Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda.


“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]


Justeru, ayuh teman2 sekalian, yang merasekan sudah jatuh hukum Wajib kahwin, namun terhalang oleh 1001 halangan dan alasan, penulis sarankan kepada diri penulis dan teman2, kita wajibkan diri kita dengan jihad mengawal nafsu dan keinginan diri dengan guidline yang telah di gariskan oleh Rasulullah.Sebagai kesimpulan pada entry ini, mari lah kita sama2 menghayati maksud satu hadith yang bermaksud :


Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]


:: Bagaimana BerCinta mengikut Islam? ::

Salam sayang buat semua....



Seperti yang di janjikan oleh penulis pada entry yang lepas, insyaAllah pada entry ini penulis akan cuba untuk kupas satu tajuk yang berbunyi “Bagaimana bercinta dalam ISLAM?”. Pemilihan tajuk ini juga secara tidak langsung akan menjawab beberape soalan yang di ajukan kepada penulis berkenaan dengan situasi yang ingin mengetahui selok belok bercinta dalam Islam di samping langkah yang sewajarnya diambil jika niat berkasih itu telah di sandarkan untuk kearah pembentukan keluarga tetapi belum bersedia kerana bimbangkan tidak mampu untuk memikul amanah dan dalam waktu yang sama masih lagi belajar.



Secara intronya, suke untuk penulis memberi gambaran yang jelas tentang ISLAM. ISLAM adalah agama yang syumul. Sebagai sebuah agama yang lengkap, Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Untuk memberi ulasan yang lebuh jelas, Suke untuk penulis mengambil kupasan seorang ustaz iaitu Ustaz Hassan Din yang mane telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam slot Al-Kulliyah yang bertajuk "Jodoh".Apabila diminta memberikan pendapat, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.


"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.

.
"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."





Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.


Mungkin ade yang mempersoalkan “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Mungkin inilah persoalan yang bermain di benak fikiran seorang wanita.Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya?


Jom kita flashback sekejap melihat pada sirah Baginda Rasulullah. Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??


Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah.Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.



Nah,Lihatlah teman2 semua, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


Bagi teman2yang masih lagi menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita dengan memenuhi tuntutan fardhu Kifayah dahulu.


Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Tetapi, andai kata terlintas untuk tidak lagi berasa mempu untuk memikul amanah ini, delayed la dahulu supaya kita benar2 bersedia kerana perkahwinan ini bukanlah perkara yang maen2. Ia melibatkan percantuman dua kehidupan menjadi satu. Teruskan memohon kepada Allah supaya di beri kekuatan hati untuk terus di pelihara Allah drp melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya..wassalam


"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"


p/s : InsyaAllah untuk entry selepas ini penulis akan cuba untuk mengupas pulak tajuk yang berbunyi "Nak kawen, tp tak mampu la " ...tgu kemunculannya....