ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: MAHASISWA dan HEDONISME ::

بسم الله الرحمن الرحيم

“Abg, ape maksud HEDONISME? “ Satu persoalan yang diajukan oleh adik usrah penulis pada suatu sesi pertemuan bulanan kami. Agak tersentak dan terkesima penulis dibuatnya. Masakan tidak, persoalan itu diluar skop kupasan tajuk yang penulis bawakan pada sesi pertemuan pada kali ini. Namun melihat pada reaksi dan mimik muka adik tersebut seolah2 inginkan suatu jawapan yang betul2 memuaskan hatinya, terus penulis jadikan tajuk tersebut sebagai penutup pada pertemuan kami yang masih lagi berbaki beberape minit. Jadi penulis mengambil inisiatif untuk meng”fail”kan perbincangan kami sebagai entry seterusnya penulis di bawah tajuk MAHASISWA setelah di buat beberape rujukan.




Secara ringkas, penulis dapat definisikan HEDONISME ialah budaya HIBURAN yang melampau-lampau yang mana ianya semakin berleluasa di kalangan mahasiswa masa kini. Sikap mahasiswa yang inginkan keseronokan dan hiburan yang tidak mengira masa, tempat mahupun hukumnya di sisi agama menyebakan mereka seolah2 hidup tanpa batas syariat. Kalau dikaji, dari mane asalnya budaya ini?? Sudah semestinya, Hedonisme ini asalnya dari Barat yang mana media massa barat ini banyak memaparkan program-program realiti mereka yang tersendiri. Ini bermakna ia bukanlah budaya kita yang sebenar, akan tetapi Hedonisme ini semakin hari semakin mempengaruhi dan meresap ke dalam jiwa pemuda-pemudi khususnya yang MAHASISWA beragama Islam. Secara tidak langsung budaya ini telah mempengaruhi identiti dan tingkah laku golongan MAHASISWA ini yang memberi kesan negatif terhadap diri mereka ini. Hedonisme ini juga merupakan salah satu sebab dan faktor berleluasanya zina. Ini kerana berlakunya percampuran dan pergaulan yang bebas di kalangan lelaki dan perempuan dan ianya tidak mustahil boleh berlakunya maksiat antara mereka.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu". Sahabat pun bertanya kepada baginda, "Apakah penyakit itu wahai Rasulullah?" Rasulullah pun menjawab, "Penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta dunia, saling memarahi dan hasut-menghasut sehingga zalim-menzalimi".


Mahasiswa merupakan golongan intelektual yang dipandang tinggi dan mempunyai keistimewaannya di mata masyarakat. Namun demikian, dengan sikap mahasisiwa yang seakan-akan leka dan lalai kepada hiburan dan lupa kepada amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, maka mahasiswa kini tiada bezanya dengan golongan sebaya mereka yang lain. Mentaliti mahasiswa kini lebih banyak inginkan hiburan iaitu mereka banyak menganjurkan program-program dan pertandingan-pertandingan berbentuk hiburan semata-mata. Selain itu, bahayanya hedonisme ini ialah tanpa kita sedari ianya memegang kepada pandangan Epikuris yang menyatakan bahawa:

"Bergembiralah engkau hari ini, puaskanlah nafsumu kerana esok engkau akan mati".

Di sini membuktikan bahawa budaya ini hanya menganggap kesenangan dan keseronokan adalah tujuan hidup tanpa memandang kepada perkara lain.

Ketertarikan duniawi pada hari ini ternyata lebih disukai dan diminati oleh MAHASISWA berbanding ukhrawi. Sampai bilakah MAHASISWA akan berterusan bergelumang dalam keseronokan duniawi ini? Sampai usia mencecah 30an, atau, 40-an? Ada yang mengatakan life begins at 40. Tetapi siapa yang dapat menjamin seseorang itu mampu hidup hingga ke usia tersebut? Atau paling tidak pun, mampukah kita membuka mata untuk melihat hari esok? Satu persoalan penulis lontarkan untuk sama2 kita renungkan. Kebanyakan MAHASISWA sekarang lebih suke menghabiskan masa-masa untuk memuaskan hawa nafsu, memenuhi bisikan syaitan.Dalam satu hadith yang bermaksud:

“Siapa yang lambat dalam beramal, tak akan dipercepat oleh nasabnya”

(Au kama Qaal) -Hadith-

Di mana hilangnya Mus’ab Bin Umayr, yang ketika usia di awal 20-annya menjadi duta Islam ke Madinah? Di mana hendak dicari Usamah Bin Zayd, yang menjadi pemimpin angkatan perang di usia mudanya? Kita sekarang telah kehilangan manusia-manusia yang mampu menggoncangkan dunia di usia mudanya seperti golongan MAHASISWA. Jikalau budaya HEDONSME ini terus di amalkan di kalangan MAHASISWA, maka tidak mustahil ISLAM di Kampus susah untuk kita tegakkan.


Oleh yang demikian, kepada mahasiswa sedarlah dan ingatlah bahawa kita merupakan bakal mewarisi kepimpinan negara dan tunggak harapan negara. Mahasiswalah pada masa akan datang adalah golongan yang akan mencorakkan kepimpinan negara. Janganlah terpengaruh dan terpedaya dengan keasyikkan dunia yang sementara ini. Kembalilah kepada fitrah asal kejadian kita diciptakan di dunia ini.Kembalilah pada ISLAM, seperti entry yang pernah penulis keluarkan sebelum ini.Ini lah masa yang ditunggu2.Lakukan PERUBAHAN dalam diri supaya dapat melakukan PERUBAHAN dalam masyarakat kampus. Ayuh MAHASISWA semua kita berganding bahu membawa RISALAH ISLAM unutk di amalkan bersama2.

p/s : Kupasan ini adalah perkongsian penulis dengan seorang lagi blogger yang juga memaparkan isu yang same. Moge2 dapat memberi gambaran kepada budaya HEDONISME