ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Tips dan Doa Pre-exam, Intra-exam, dan Post-exam ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....



Bersesuaian untuk diri penulis dan teman2 satu batch ngan penulis (4 th year) yang bakal menghadapi FINAL EXAM bermula 2 Februari nanti, suke untuk penulis berkongsi dengan teman2 semua beberape tips ataupn peringatan untuk di amalkan agar kita mampu menghadapai EXAM dengan tenang, insyaAllah....Jom layann...... :)


1.Baiki hubungan dengan Allah (maklumlah, kadang2 waktu2 cam nie ramai yg hanya jaga hubungan dengan BUKU sahaja.kan? hehe...bley, tp x brape cantek...)

-Jaga solat 5 waktu sehari semalam, berjemaah tau.... :)
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa ibadah sunat len, eg : Qiam, dhuha..
-Memperbanyakkan doa
-Selalu Muhasabah diri

2.Agar doa makbul

-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

"Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih"


Mungkin ade juga di kalangan teman2 yang mengalami tekanan, maklumlah, exam dah dekat...so kat bawah nie penulis kongsikan sedikit care untk tenangkan diri dan perasaan..

Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.

Jom kite layan satu kisah...Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”

Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Benarlah firman Allah bermaksud: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)


Kat bawah nie, penulis ade juga sertakan beberape DOA yang mungkin dapat bantu kita pre-exam, intra-exam dan post-exam.. :)

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


Sebagai penutup, penulis menyusun 20 jari jemari penulis memohon ampun dan maaf kepada teman2 jikalau penulis pernah melukai hati teman2 secare langsung ataupon tidak..harap teman2 semua dapat maafkan penulis..

- PEACE NO WAR :) -

"Selamat menghadapi

Peperiksaan Akhir Semester pada semua :)

Doakan kejayaan kite bersama :) "

:: Terima Kasih buat Semua :) ::

Salam sayang buat semua....


Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi KTDI yang telah memberi kepercayaan kepada FARIH NAJIHAH BT HASHIM kerana hasil undian teman2 semua, Alhamdulillah, BERJAYA mengekalkan kerusi Fakulti Perubatan untuk kali ke-2 berturut-turut dalam PMUKM :)

Secara jujur penulis katekan, sepanjang penulis berada di Fakulti Perubatan selama 4 tahun, Pilihan Raya Kampus(PRK) yang berlaku pada tahun ini merupakan PRK yang paling 'MENARIK' dan 'SERONOK'...hehe...kenape penulis katekan sedemikian?? Mungkin teman2 ade jawapannya kerane melihat kepada "Kehangatan yg berlaku pada FB".. :)


Harapan penulis, moger kejayaan yang di kecepai ini selari dengan peracangan ALLAH. Bersama-samalah kite berganding bahu bersama MPP baru kita untuk menaikkan FAKULTI PERUBATAN di UKM.



"KURANGKAN KRITIKAN, TINGKATKAN KERJASAMA"

"ISLAM ITU TINGGI, DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARI ISLAM"

"ISLAM FOR ALL"

:: PRK ; Nak Undi Saper?? ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

Kehangatan PRK semakin dirasai oleh seluruh MAHASIWA yang berada di kampus ketika ini terutamanya di Kampus penulis sendiri,UKM kampus HUKM, UM, USM, dan UPM. Bahang yang semakin dirasai ini dipanaskan lagi dengan strategi-strategi dan perang flyers dan poster oleh kedua2 parti iaitu Pro-Mahasiswa dan Pro-Pentadbiran. Tidak ingin penulis mengulas lanjut apa yang telah dilakukan dan bakal dilakukan oleh dua parti mahasiswa utama ini. Atas faktor kesedaran terhadap pentingnya kita memilih barisan kepimpinan mahasiswa yang berintegriti dan boleh berdiri atas kehendak sendiri tanpa menjadi boneka kepada pihak ketiga(Pak Turut), maka penulis ingin membicarakan KEWAJIPAN untuk kita sebagai seorang MAHASISWA kampus MEMILIH ataupon MENGUNDI KEPIMPINAN MAHASISWA supaya kita ini yang dipertangungjawabkan sebagai seorang pemilih tidak tersalah memilih pemimpin yang bakal membawa suara mahasiswa dan menjadi ‘check and balance’ kepada pentadbiran university pad ahari pengundian iaitu 28/1/10 Khamis.




Dari sudut realitinya, susah untuk kita mencari pemimpin untuk memimpin sebuah komuniti masyarakat sama ada ia berskala kecil ataupun berskala besar. Kesukaran yang dihadapi ini dilihat dari sudut pemilihan pemimpin yang berkelayakan dan bukan dari sudut material yang ada pada sesorang pemimpin tersebut. Dalam Surah Al-Qasas ayat ke 26, Allah telah merakamkan perbualan diantara Nabi Syuib dan puterinya berkenaan persoalan cirri-ciri pemimpin.

Salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang KUAT, lagi AMANAH".


Kuat dan amanah adalah dua elemen penting yang digariskan dalam ayat diatas. Persoalannya, KUAT dari segi mana yang kita mahukan terhadap kepimpinan mahasiswa yang bakal kita lantik di dalam MPP nanti. Adakah persoalan kuat itu difahami sebagai kuat tubuh badan atau mungkin kuat dari segi berfikir dan sebagainya?. Ataupon KUAT mengakui Program2 yang dianjurkan oleh JAKSA,PERSIAP, dan AMSA adalah Program yang dianjurkan oleh individu tersebut? (aduii,gelak memanjang penulis bile menbacenye) . Secare ringkas, KUAT yg dimaksudkan ialah KEKUATAN DALAMAN sebagai seorang MUSLIM dan LUARAN sebagai seorang KHALIFAH.



Persoalan AMANAH adalah persoalan yang cukup besar. Inilah yang mengambarkan integriti pimpinan mahasiswa kita nanti. Beramanah dalam melakukan setiap perkara dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara adalah perlu. Kita tidak mahu bakal-bakal kepimpinan kita nanti merupakan sekadar celupan-celupan untuk memenuhkan kerusi tetapi selepas menang dalam PRK, maka ditingalnya segala amanah yang diberikan menyebabkan masyarakat kampus menjadi porak-peranda akibat kebodohan sesetengah pihak yang hanya mementingkan soal duit kocek sendiri berbanding kelayakan dan kebersediaan dalam memimpin ketika memilih. Maka amanah sangat perlu untuk memastikan tagungjawab yang diharapkan dapat dlaksanakan dengan sebaiknya. Pilihlah pemimpin yang beramanah.

Benar bahawa mahasiswa hari ini mahukan pemimpin yang bewawasan yang dapat mengerakkan setiap agenda mahasiswa dan dapat membangunkan semula mahasiswa yang masih dibuai mimpi di kolej masing-masing. Wawasan yang dibawa adalah wawasan Al-Quran yang secara langsungnya membawa kepada wawasan yang dipandukan kepada Islam.

Pilihlah calon yang berkelayakan dan mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Ini merupakan tanggungjawab kita sebagai Mahasiswa Islam untuk memilih pemimpin yang boleh menjaga kesucian Islam di Kampus HUKM yang tercinta ini. Ibnu Khaldun telah memberi penta'rifan tentang Khalifah (pemimpin) iaitu :

إقامة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya : Pemimpin adalah menegakkan agama Islam dan mentadbir dunia dengan agama (Islam).


Jadilah orang yang PEKA tentang perihal agama Islam, jangan jadi orang yang PEKAK apabila ada yang ingin berbicara tentang agama Islam. Rasulullah bersabda :

الإسلام يعلوا ولا يعلى عليه
Maksudnya : Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripada Islam.


Saidina Umar al-Khattab pernah menyebut :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام
Maksudnya : Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.

Kita mahukan kelompok pemimpin mahasiswa yang dapat menegur kesalahan pihak pentadbiran universiti, pihak pentadbiran kolej dan organisasi persatuan mahasiswa yang lain. Penulis menemplak segelintir pimpinan mahasiswa hanya tahu menjadi pak turut seolah-olah lembu yang dicucukkan tali dan diminta mematuhi arahan dengan ditarik tali di hidungnya ke mana sahaja tuannya hendak dia pergi. Penulis cukup berbangga dengan PMUKM,Wakil Fakulti Perubatan sesi kepimpinan yang lepas kerana membuka mata mahasiswa dengan menganjurkan program2 bersifat ILMIAH, contohnya Bengkel Latihan Solat Ketika Sakit.



Akhirannya, bukanlah satu perkara yang mudah untuk kita memilih seorang pemimpin mahasiswa yang benar-benar komited terhadap kebajikan mahasiswa disamping tidak melupakan pelajaran sendiri. Cukup sukar untuk kita mencari pemimpin mahasiswa yang berintegriti, komited dan beridealis tanpa membelakangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Berpijak atas stand sendiri juga perlu. Janganlah kita dilabelkan sebagai boneka. Yang benar perlu dibenarkan dan yang salah harus ditentang. Pilih lah pemimpin mahasiswa kalian dalam PRK yang akan datang denagn pertimbanagn akal berdasarkan Al-Quran da As-Sunnah dan bukan berdasarkan tuntutan emosi semata-mata.

Ini bukan soal kalah menang dalam memilih calon kita semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah pemilihan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan keizzahan Islam dan mahasiswa Islam.

Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar, walillahil hamd.

"KATEKAN TIDAK PADA CALON TAJAAN, CALON SISTEM, CALON PENTADBIRAN!!!"

"TOLAK CALON YANG MENGAKU PROGRAM2 KOLEJ DAN FAKULTI ADALAH PROGRAM "DIE" (Memang Muke x malu..gelakkan die, hahahahahaaaaaaa )



:: Teruskan Perjuangan Wahai Sahabat Mahasiswa ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

"Wahai sahabat MAHASISWA, kemampuan mesti membangkitkan umat yang tertidur, kemudian membangun kembali meraih KEJAYAAN" - Sayyib Quthb

Goverment in waiting for UKM




"Dan janganlah kamu merasa lemah( dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan ISLAM) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap ape yang menimpa kamu) padahal kamulah orang-orang yang tertingi jka kamu orang2 yang beriman. Jika kamu (dalam perang uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum itu mendapat luka yang sama. Dan demiian itulah keadaan hari-hari kami gilirkan dia antara sesama manusia (sebagai pengajaran )supaya nyata ape yang diketahui Allah tentang orang2 yang tetap beriman dan supaya Allah menjadikan di antara kamu orang2 yang mati SYAHID dan Allah tidak suka kepada orang2 ZALIM - al imran, 139-140


Sedarlah wahai sahabat MAHASISWA, InsyaAllah, PERJUANGAN kita adalah perjuangan yang yang BENAR untuk menegakkan ISLAM sebagai cara hidup dan menghayatinya dalam kehidupan diri dan masyarakat kampus. PERJUANGAN ini bukanlah satu PERJUANGAN yang ringan dan mudah tetapi PERJUANGAN ini memerlukan jarak masa yang amat jauh dan dihalangi pelbagai rintangan. Dalam PERJUANGAN MAHASISWA ISLAM Kampus, kemenangan atau kekalahan selalu digilirkan oleh ALLAH supaya kita sedar tentang perlunya kita berstrategi dan tawakkal kepadaNYA. Oleh sebab itulah, kita perlu kecewa atau berdukacita terhadap apa yang menimpa kita untuk dijadikan sebagai MUHASABAH diri.


" Orang-orang yang beriman berjuang unutk menegakkan agama ALLAH manakala orang2 yang tidak beriman berjuang unutk mempertahankan kebatilan"- al nisa, 76"




Perbezaan ini harus jelas dan perlu difahami oleh MAHASISWA ISLAM jka mahu KEMENANGAN dalam PERJUANGAN. PERJUANGNAN ini tidak semestinya diakhiri dengan KEMENANGAN, tetapi dengan KEMENANGAN PERJUANGAN iaitu usaha JIHAD unutk mengapai MENANG dalam DAKWAH. Oleh itu kita haruslah MARA dengan PERKASA unutk mencapai KEMENANGAN ISLAM...



"BERSAMA MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN"






"Katekan tidak pada CALON TAJAAN,CALON SISTEM, dan CALON PENTADBIRAN"

"Peperangan ini adalah antara MAHASISWA VS MAHASISWA, bukan antara MAHASISWA VS PENTADBIRAN "

:: Apakah itu Pilihan Raya Kampus (PRK)? ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang baut semua...

Jika soalan ini ditanya kepada masyarakat kampus HUKM, apakah itu Pilihan Raya Kampus(PRK)?, penulis amat yakin dan percaya bahawa masih ramai yang tidak tahu jawapannya. Secara ringkas, Pilihan Raya Kampus(PRK) sebenarnya merupakan medan Politik Kampus yang membolehkan MAHASISWA menggunakan sepenuh kuasa untuk memilih PIMPINAN KAMPUS. Realitinya, masyarakat kampus hari ini sensitif terhadap perkataan ‘POLITIK’ itu sendiri. Asbab yang mungkin menjadi faktor utama perkara ini berlaku adalah kerana imej politik negara yang kian dicemari dengan palitan fitnah dan perebutan kuasa. Pengaruh pilihanraya kampus yang ada di Malaysia telah sengaja diperlekehkan atau dijadikan sesuatu yang kurang relevan. Hal ini mungkin juga berkait rapat dengan doktrinisasi AUKU terhadap mahasiswa.


Seorang teman penulis pernah bertanya, "Kenapa kita kena terlibat dengan PRK ni? Bukan ke tujuan utama masuk universiti untuk BELAJAR. Buat apa nak sibuk-sibuk dengan politik?" Jawapannya mudah: Anda mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang adil!

Al-siasah (politik) dalam bahasa Arab bererti menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-amr, siyasat bererti ia melaksanakannya. Ibnu Aqil mengatakan,

“Siasah Syariyyah ialah apa-apa tindakan(kerajaan) yang membawa kepada manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan, sekalipun ianya tidak ditetapkan oleh Rasulullah dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan.”

Mana mungkin negara Madinah menjadi negara Islam pertama jika tiada istilah politik dalam Islam. Jika dilihat semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyiddin, keempat-empat khalifah dilantik dengan cara yang berbeza-beza dan mereka menjalankan dasar pemerintahan mengikut corak keadaan semasa atau waqi'. Walau bagaimanapun, matlamat utamanya tetap menegakkan daulah Islamiyyah. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa ayat 59, bermaksud


“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah S.W.T dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W. dan kepada Ulul Amri (golongan pemerintah yang adil) dari kalangan kamu.”

Maka bolehlah dijelaskan di sini bahawa setiap umat Islam itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memilih pemimpin yang adil, yakni mentadbir mengikut syariat Islam. Dalam konteks pemerintahan sekarang, persoalan yang ingin penulis utarakan ad akah Malaysia merupakan sebuah negara Islam atau adakah ia hanya tertulis di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara semata-mata? Negara Islamkah jika undang-undang dan perlembagaan bersifat sekular? Politik juga dikatakan kemahiran kerana ingin dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga kepada pelaks anaan sebenar kekuasaan/kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal tertentu.


Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.


Secara umum, POLITIK KAMPUS boleh didefinisikan melalui aktiviti-aktiviti dalam merangka kebijaksanaan. Potilik kampus merupakan tempat di mana aktiviti itu lahir dari, oleh dan untuk semua masyarakat kampus. Politik kampus merupakan usaha yang dilakukan mahasiswa dalam rangka mewujudkan kebijaksanaan masyarakat sesuai dengan nilai-nilai luhur demokrasi.

Politik mahasiswa merupakan satu juzuk dari juzuk-juzuk politik massa. Ia merupakan sebahagian dari nadi yang memancu perubahan samada dari sudut sosial mahupun ekonomi dan pemerintah an negara. Sejarah mencatatkan peranan mahasiswa didalam membentuk acuan baru cerminan politik sesebuah negara adalah penting dan dominan yang memungkinkan perubahan itu berlangsung.

Kuasa mahasiswa atau kuasa pelajar yang selalu disebut orang dengan istilah‘STUDENT POWER’ membawa satu pemaknaan yang cukup mendalam. Ini boleh difahami sebagai
satu slogan yang mempunyai gagasan tertentu yang digerakkan oleh sekelompok yang bermanifestasi status seorang anak muda (baca:mahasiswa) mengarahkan kepada g erak idea-praktis dalam berinteraksi dengan khalayaknya.

Ia bukanlah slogan kosong. Ia merupakan slogan yang penuh bersinergi dan perlu diisi dengan gerak praktis. Dalam usaha menghidupkan slogan inilah, para mahasiswa terpaksa bertembung dengan khalayaknya seperti pihak kerajaan dan HEP.


Masyarakat umumnya melihat, penyatuan Mahasiswa dan Politik merupakan satu kesalahan yang melanggar undang-undang universiti dan negara. Malah perkataan "politik" itu seakan-akan berhantu untuk digunakan kepada mahasiswa.

Keterlibatan mahasiswa dalam berpolitik sering ditafsirkan dengan penglibatan dalam parti politik luar seperti UMNO dan PAS. Bagi mereka yang bijak sedikit akan mengkaitkan dengan penglibatan dalam Pilihanraya Kampus untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.

Politik juga dianggap kotor dan tidak selayaknya dilibatkan dengan mahasiswa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Hakikatnya, pengertian politik adalah lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya semata. Malah cara mahasiswa menguruskan aktiviti seharian juga merupakan satu politik.

Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”. Jika kita berasa muak dengan politik murahan negara, seharusnya kita bangkit dan memperjuangkan politik kampus demi REVOLUSI MAHASISWA. Aktivis mahasiswa terdahulu telah memperjuangkan hak-hak mahasiswa dengan berani tanpa mengenal erti kecut dan takut. Mengapa tidak kita? Mengapa pula zaman yang serba canggih dinaungi teknologi ini menjadikan mahasiswa lemah dan lesu? Adakah mahasiswa zaman ini berada di 'zon selesa'? Jika benar, inilah sebenarnya dalang kepada kemunduran mahasiswa. Bersama Berubah!!.Wassalam..


"BERGERAK SEIRINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN"