ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: IBADAH SUDAH MENJADI ADAT :;


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Alhamdulillah, Syukur pada Allah kerana telah memberi kesempatan waktu dan masa kepada penulis untuk hadir ke beberapa program di KARNIVAL KESENIAN ISLAM yang berlangsung di UKM Bangi beberapa hari yang lepas. Untuk pengetahuan teman2, Program ini telah di anjurkan oleh Fakulti Pengajian ISLAM UKM dengan kerjasama beberapa kelab FPI yang lain.

2 thumb's up penulis kreditkan pada organisasi program kerana telah berjaya membuka mata dan minda khususnya MAHASISWA ISLAM atas penganjuran Karnival Kesenian Islam ini. Ini jelas menunjukkan bahawa ISLAM bukan hanya sekadar Agama semata-mata yang hanya tertumpu kepada Ibadat Khususiah di surau2 ataupon Masjid2, tetapi haruslah difahami dan diyakini bahawa ISLAM itu adalah Cara Hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan sebagai Manusia.


" Adik, akak tengok masyarakat kita pada hari ini majoritinya telah menjadikan Ibadah itu sebagai satu Adat. Yelah, mana tidaknya, sebagai contoh kita lihat pada Sambutan Maulidur Rasul. Bila tiba je 12 rabiulawal, maka ramai lah manusia yang menyibukkan diri mencari baju melayu, menyertai perarakan mahupon berselawat." kata seorang akak kepada penulis.

" Okla tu akak. Kan kita dituntut untuk mengagungkan BAGINDA SAW pada hari kelahirannya " jawab penulis.

" Akak tak kate salah, tp cube adik tengok bila dah masuk 13, 14 ataupon 15 rabiulawal ataupon sebelum2 nie, Adakah mereka masih berselawat?jgn kate nak selawat, nak amalkan sunnah Baginda pon susah. Akak tak ckp semua ttp kebanyakannya inilah yang berlaku dalam masyarakt kita " balas akakku

" A'aa la akak. Saya setuju dengan pandangan akak. IBADAH sudah menjadi ADAT. Sepatutnya jikalau kita benar2 CINTAkan Baginda, tidak seharusnya kita hanya menuggu 12 rabiulawal,malah yang penting kita mengamalkan sunnah baginda dan menyambung perjuangan Baginda tiap2 masa" - jawab penulis lagi.

Perbualan di atas merupakan perbualan penulis dengan seorang akak yang penulis hormati dan kagumi dalam perjuangan ini. Ya, memang betul. Inilah REALITI yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. IBADAH SUDAH DIANGGAP SEBAGAI ADAT, tidak lebih daripada itu. Penulis yakin teman2 mesti dapat membezakan apa itu ibadah dan apa itu adat.kan??


Sedikit perkongsian bersama. Secara ringkas dapat penulis definisikan Ibadah ialah suatu amalan atau perbuatan yang disukai oleh Allah, di Niatkan kerana Allah dan mendapat pahala bila kite mengerjakannya. Ibadah tidak hanya tertumpu pada Ibadah khusus sahaja seperti Solat, Puasa, malah juga merangkumi ibadah umum. Contohnya Belajar @ study. Jikalau kita niat hanya kerana Allah study kita tu, itu pon dikira sebagai satu ibadah. Tetapi lain pula konsep Adat ini. Adat ialah suatu amalan yang di amalkan oleh sesebuah masyarakat yang mana belum tentu lagi samada mengikut syariat ISLAm ataupon tidak, malah jika diamalkan tidak mendapat apa2 in fact boleh mendatangkan dosa kepada kita jikalau amalan yang di buat menyalahi syaritat ISLAM.

Satu contoh lagi kita lihat pada ketibaan HARI RAYA PUASA. Bila mana diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa esok adalah Hari Raya Puasa, cuba kita lihat berapa kerat manusia yang hadir ke Surau2 dan Masjid2 untuk bersama2 BERTAKHBIR membesarkan Allah? Berapa ramai pada malam itu yang memperbanyakkan zikir, bacaan al Quran dan solat-solat sunat untuk meraikan kedatangan HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM? Berapa ramai yang bangun waktu malam untuk berQIAMMULLAI? Padahal pada hakikatnya, pada malam itulah Allah melipatkaligandakan amalan2 sempena dengna kehadiran Hari Kemenangan ISLAM

Tetapi, sedih penulis mengenangkan nasib dan keadaan masyarakat kita pada hari ini. Kenapa tidaknya, pada malam itu lah ramai yang berpusu2 ke Shopping Complex, Bazar Hari raya, kononya untuk mencari Baju raya dan Kuih muih untuk tetamu. Tidak salah untuk membeli pakaian baru kerana ISLAM sendiri pon menggalakkan kita untuk memakai pakain baru. Tetapi, kenapa perlu cari pada malam itu? Adakah kita tidak tahu bahawa pada akhir ramadhan ialah Hari Raya puasa? kenapa tidak beli awal2? Balik daripada shopping sibukkan diri pula dengna membakar lemang la, Membuat BBQ la dan banyak lagi. Satu contoh lagi, ada je penulis rasakan yang bangun seawal jam 4-5 pagi? tetapi adakah mereka bangun untuk QIAM? Kebanyakan penulis simpulkan mereka bangun adalah semata2 untuk menyediakan masakan pagi dan mengemas umah. Apalah salahnya jikalau sebelum memasak itu, ambik wudhu dan same2 solat Tahajjud. Ini baru saje penulis gambarkan pada malam hari raya, belum lagi suasana pada hari raya.


Nah teman2 semua. Sedar tidak sedar inilah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. ISLAM tidak pernah melarang umatnya untuk berseronok dan meraikan hari-hari kebesaran ISLAM, malah sangat2 la di tuntut, tetapi janganglah kita menjadikan Sambutan Hari-hari Kebesaran dalam ISLAM itu hanya sekadar ADAT, bukan IBADAH. Hidup suburkanlah dalam hati kita bahawa ISLAM itu bukan hanya di amalkan pada tarikh2 tertentu sahaja, tetapi apa yang lebih penting ISLAM itu haruslah sentiasa di amalkan sepanjang dalam hidup kita.

Tidak salah untuk kita memperbanyakkan Program2 pada hari2 tertentu sahaja, tetapi ibrah dari program itulah yang sepatutnya di ambil sebgai Iktibar. Janganlah kita yang bergelar MUSLIM ini sendiri yang menjadi penyebab ataupon fitnah pada agama kita, ISLAM berlakunya fenomena Ibadah sudah di anggap sebagai adat.

Jesteru terlintas di benak fikiran penulis mengenai penganjuran KARNIVAL KESENIAN ISLAM ini. Satu konklusi yang dapat penulis simpulkan ialah walaupon program ini berlangsung sebelum, semasa dan selepas kita Menyambut Hari Keputeraan Baginda SAW tetapi pengisiannya hanya tidak tertumpu pada satu topik sahaja ataupon mengenai Nabi Muhammad malah merangkumi semua aspek kehidupan sebagai seorang MUSLIM berdasarkan pengisian program yang diadakan. Inilah sepatutunya kita tembusi untuk menyatakan pada masyarakat bahawa ISLAM itu SYUMUL. Bukan ISLAM warisan dan bukan ISLAM hanya pada tarikh dan Peristiwa sahaja.

Ibrah dari kelahiran Baginda SAW ialah sampainya ISLAM pada kita. Justeru sebagai penyambung Perjuangan Baginda kita haruslah terus dan terus melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Jikalau pihak2 tertentu dapat melaksanakan Program Akademi Fantasia, Mentor, ewah-ewah yang majoritinya Hiburan yang melalaikan malah mendedahkan kerosakan akhlak dalam kalangan Remaja dan Pemuda ISLAM masa kini, mengapa kita tidak boley melaksanakan Program2 yang mendidik kembali Jiwa2 Remaja dan Pemuda Islam untuk kembal beramal dengan Akhlak Islam seterusnya kembali merasa MULIA sebagai MUSLIM?


Tahniah penulis rakamkan pada Organisasi program Karnival Kesenian Islam kerana berjaya menerobosi sempadan masyarakat MAHASISWA dan seterusnya membuktikan bahawa ISLAM itu INDAH untuk sama2 di amalkan. Jesteru sebagai penutup penulis menyeru kepada diri penulis dan juga teman2, sempena dengan MAULIDUR RASUL ini, ayuh kita sama2 beramal dengan ISLAM dengan menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup sebelum menuju negeri Akhirat yang kekal abadi. Moga kita diberi kekuatan untuk terus ISTIQAMAH untuk ISLAHkan diri ke arah yang lebih baik dan seterusnya mengamalkan dan meneruskan Perjuagan ISLAM yang telah di warisakn pada kita.Wassalam..

P/S : Sebenarnya, pada awal coretan penulis ingin kongsikan beberapa Ilmu yang penulis dapat sepanjang penulis mengikuti Karnival ini. Di tambah lagi dengan permintaan seorang "Sahabat Konsert" penulis ( sb bila mane ade konsert je, mesti penulis berpeluang berjumpa dengannya, sb tu la penulis bg name cam tu,hehe..jgn marah ye ;) ) untuk berkongsi pengisian yang kami bincangkan waktu makan malam, ttp oleh kerana penulis merasekan isu ini perlu di panjang lebarkan kupasannya, maka penulis jadikan ia sbg satu entry..InsyaAllah untuk perkongsian program sepanjang Karnival ini, penulis akan coretkan pada entry berikutnya,.InsyaAllah..

:: REALITI DAN PERSOALAN MAULIDUR RASUL ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

Alhamdulillah, marilah kita sama2 memanjatkan rasa syukur pada Allah SWT kerana masih lagi memberi kehidupan pada penulis dan teman2 semua. Jikalau dilihat pada entry2 sebelum ini, kesemuanya adalah berkaitan dengan TEORI SEJARAH riwayat RASULLULLAH SAW yang mana sengaja penulis terbitkan untuk sama2 kita mengenang kembali perjalanan hidup Manusia Kekasih Allah. InsyaAllah, pada entry kali ini penulis akan fokus pula REALITI yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Adakah cukup hanya mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL, ataupon dengan menyertai Perarakan Maulidur Rasul telah membuktikan CINTA kita pada Baginda? Jom layan....



Sesungguhnya Maulidur Rasul adalah salah satu komponen daripada Sirah Nabi Muhammad s.a.w., begitu juga dengan persoalan Hijrah baginda Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah, Israk Mikraj dan lain-lain. Apa yang perlu kita tahu, Sirah Nabi seperti yang dijelaskan oleh para ulama sirah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal. Matlamat mempraktikkan Islam secara menyeluruh tidak akan tercapai melainkan kita merujuk kepada sirah baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aspek.

Orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling gembira.Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.


Apa sebenarnya telah terjadi pada Abu Lahab setelah anak saudaranya itu membawa satu ajaran serta pendekatan yang lain dari apa yang dilakukan oleh masyarakat Makkah ketika itu? Dialah manusia yang mula menunjukkan sikap penentangan secara terbuka kerana mendakwa apa yang dibawa oleh Muhammad itu adalah karut belaka, menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak bertahun lamanya.

Persoalannya di sini, adakah Allah SWT menerima pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.? Jawabnya sudah tentu tidak. Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah umat ini yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.

Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud:

Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).


Apa yang dapat kita saksikan masyarakat umat Islam hari ini, lebih mementingkan aspek luaran sahaja dalam bab agama seperti sambutan Maulidur Rasul (tidak salah menyambutnya selagi menepati selera agama), tetapi pengisian rohaninya dari apa yang baginda ajarkan kepada kita tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya, malah kosong dengan roh penghayatan.

Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat:

Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.

Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah.


Sambutan Maulidur Rasul dan Persoalannya

Para ulama kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin sahaja itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.

Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabiin dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.

Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.

Apa yang penting, dalam sambutan itu melalui penyampaian kuliah, ceramah atau forum, mengajak kaum muslimin untuk mencintai baginda dalam segenap apa yang dibawa walaupun hati kecil kita kadang-kadang sukar untuk menerimanya.

Kita juga adalah disaran untuk mengetahui cara-cara untuk mentaati perintah Rasul, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasa syariatnya, menyeru orang ramai ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.

Kesemua aspek di atas tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan dengan adanya penjelasan melalui kuliah dan ceramah agama. Maka sambutan seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah s.a.w., manusia yang agung di sisi Allah SWT.

Apatah lagi di zaman mutakhir ini, di mana ramai di kalangan umat Islam sudah tidak lagi berbangga dengan akhlak-akhlak yang pernah ditonjolkan oleh para generasi awal di kalangan para sahabat, tabiin dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam, akhirnya tidak memandu mereka ke jalan kebenaran, seolah-olah mereka masih mahu berada dalam kegelapan dan kejahilan, maka berlakulah kegencutan dalam masyarakat.

Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?

Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.

Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.

Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi KHAIRA UMMAH yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.

Sumber : Harakahdaily

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN
NABI MUHAMMMAD SAW
"

:: AIR MATA CINTA RASULULLAH SAW UNTUK KITA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Alhamdulillah, syukur penulis penjatkan pada Allah SWT atas kelapangan masa yang diberikan pada penulis untuk berkongsi dengan teman2 semua mengenai sedikit riwayat hidup PEMIMPIN AGUNG ISLAM, MUHAMMAD BIN ABDULLAH. Pada entry kali ini, penulis akan bawakan satu kisah yang berlaku sebelum BAGINDA wafat. Tatkala penulis mencoretkan kisah ini, tanpa disedari pipi penulis dibasahi oleh linangan air mata penulis. Ya, bukan untuk meraih simpati, tetapi sangat2 tersentuh mengenangkan peristiwa yang berlaku. Jom kita sama2 ikuti..


Disaat Baginda sakit, tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk? “tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam”, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayah, orangnya seperti baru kali pertama aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang penuh kasih sayang dengan harapan mahu ditatap bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah. Setelah mendengar jawapan Rasulullah, Fatimah terus mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan sebak di dadanya. Die mengetahui bahawa ayah kesayangannya bakal di jemput Allah.


Dipendekkan cerita, Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah. Lantas Rasulullah menanyakan kenapa JIBRIL tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah JIBRIL yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”, tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. “Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”, tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku
“Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.Ternyata jawapan ini melegakan Baginda.

Detik-detik semakin dekat. Saatnya Izrail melakukan tugas makin hampir. Diringkaska, Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahannya lagi.


“Ya Allah, dahsyat maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” “peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii,ummatii,ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.



Lihatlah betapa CINTAnya Rasulullah kepada kita. Tapi bagaiman pula CINTA kita pada Baginda??. Moga dengan kehadiran HARI KEPUTERAAN BAGINDA ini manjadi titik permulaan untuk kita terus menanamkan rasa CINTA kita pada baginda dengan mengikuti SUNNAH dan berpegang teguh dengan AL Quran.. Atas maksud itu juga, suka untuk penulis kongsi pula Pesanan terakhir Rasulullah ak.a Isi khutbah terakhir Rasulullah kerana banyak pesanan yang ingin disampaikan pada umat manusia..

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Semoga bermanfaat. Teruslah menyelami dan meneguk cinta Rasulullah bersama para ummat akhir zaman yang Mencintai dan merindukan Baginda Rasulullah SAW.

Jika teman2 CINTA kan pada Baginda,Ayuh kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Wassalam..