ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: SELINGAN UNTUK SEMUA ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

Ha, kat bawah nie ada satu cerita yang agak lawak la penulis rasa :) Cerita ini tiada kaitan dengan mana2 pihak, yang masih bernafas ataupun yang telah meninggal dunia..sekadar penghibur hati penulis sebelum exam besok..Jom layan.....

Pak Halim ke hutan mencari kayu. Dia membawa sebilah kapak. Di dalam hutan tersebut, terdapat satu kolam air. Sesampai di kolam tersebut, kapak Pak Halim jatuh.

Dengan jatuhnya kapak itu, menyebabkan Pak Halim amat bersedih. Dia berfikir, apa yang perlu dia lakukan untuk mengambil kapaknya itu.

Sedang dia berfikir, tiba-tiba muncul seorang bunian; penjaga kolam tersebut.

“mengapa kamu menangis?” soal bunian itu.

”kapak aku jatuh ke dalam kolam ini. Aku tidak boleh lagi mencari kayu untuk menyara hidupku. Aku terlalu miskin. Sumber kewanganku hanya dengan mencari kayu” jawab Pak Halim kesedihan.

”kamu jangan bersedih, aku akan ambil kapak ini untuk kamu” ujar bunian itu, menyebabkan Pak Halim agak gembira.

Tidak lama kemudian, bunian itu hilang. Kemudian, muncul balik dengan sebilah kapak daripada emas.

”ini bukan kapakku” ujar Pak Halim.

Bunian itu menghilangkan diri, kemudian muncul dengan sebilah kapak dari perak.

”ini juga bukan kapakku” ujar Pak Halim sekali lagi.

Bunian itu menghilangkan diri buat kali ketiga, kemudian muncul dengan kapak kepunyaan Pak Halim.

”haa.. ini baru kapakku. Terima kasih kerana mengembalikan kapakku” Pak Halim gembira. Senyumannya sehingga kelihatan barisan gigi hadapannya.

”Aku menyangka, kamu akan mengaku kapak emas dan perak adalah kepunyaan kamu. Ternyata kamu tidak tamak dan jujur. Justeru, aku hadiahkan kapak emas dan kapak perak ini kepada kamu disebabkan kejujuran kamu itu” Bunian itu menghulurkan kedua-dua bilah kapak emas dan perak kepada Pak Halim.

Pak Halim menerimanya dengan senang hati.

ISTERI

Tidak lama kemudian, sekali lagi Pak Halim ke hutan untuk mencari kayu. Kali ini, dia datang bersama dengan isterinya, Mak Leha. Sesampai di kolam yang pernah dia kehilangan kapak di situ, Mak Leha kehausan dan meminum air dari kolam tersebut. Sedang mengambil air dengan tapak tangannya, tiba-tiba Mak Leha tergelincir dan jatuh ke dalam air.

Pak halim berusaha hendak menyelamatkan Mak Leha, tetapi tidak berdaya. Dia amat sedih dan menangis teresak-esak di situ.

Tidak lama kemudian, bunian yang pernah membantunya datang.

”kenapa kamu menangis?” soal Bunian

”Isteriku jatuh ke dalam kolam ini. itulah satu-satunya isteri yang aku amat sayangi” jawab Pak Halim

”aku akan membantu kamu. Jangan risau” ujar Bunian itu ringkas.

Tiba-tiba bunian itu hilang. Tidak lama kemudian, dia timbul dengan seorang gadis yang mukanya seperti Kajol.

”apakah ini isteri kamu” soal Bunian itu.

”ya.. ini isteriku, Mak Leha” secepat kilat Pak Halim mengaku.

Tindakankan Pak Halim itu menyebabkan bunian marah.

”sungguh ku tak sangka, dahulu kamu begitu jujur, tetapi kini sudah menjadi tamak” Bunian kemarahan.

Dalam kesedihan itu, Pak Halim menjawab, ”aku bukan tamak. Kalau aku katakan ’tidak’, nanti kamu akan datangkan perempuan seperti Johi Chawla. Kalau aku katakan ’tidak’ pula, baru kamu akan datangkan Isteriku, Mak Leha. Bila aku katakan ’ya’, nanti kamu akan serahkan ketiga-tiga perempuan ini kepadaku. Aku orang miskin. Aku tak mampu nak jaga tiga orang isteri sekaligus”

”grrrr...” blur bunian.

Sekian





Lawak tak teman2 ? lawak kan? hehe....itulah ceritanya..Ape2 pon, esok penulis akan exam Paper Peadiatrics. Penulis mohon teman2 dan sahabt2 semua Doa agar dipermudahkan buat penulis dan rakan2 yang lain, yang juga akan menduduki peperiksaan bersama dengan penulis esok...Doakn agar kami lulus dengan cemerlang dan dapat naik tahun 5 tahun 2010.. :) Amin...

P/S : Klu nak tau, gambar kucing kat atas tu ialah kucing kesayangan penulis..Namanya "Kelabu" hehe..sb bulu die kot...sejak dari penulis Darjah 5 lagi penulis bersama ngan kelabu nie..Susah senang penulis bersamanya tau..tak sabar dah nak peluk kalabu nie bila sampai umah nanti.. :)




:: INSTITUT NEGARAWAN TARBIYYAH ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...




Melihat kepada cabaran baru masa kini, setiap organisasi pasti ingin melahirkan generasi baru yang memenuhi kehendak semasa. Dunia Islam pada masa kini juga sedang melalu fasa yang sangat genting. Kita memerlukan pendakwah yang terkemuka. Agamawan pada hari ini bukan sahaja perlu mengeluarkan pendapatnya dalam isu agama, bahkan isu-isu global semasa juga memerlukan penjernihan daripada pendapat agamawan. Generasi pendakwah sedang menunggu kelahiran Ahmad Deedat yang baru.

GAMIS sebagai sebuah organisasi Islam telah terpanggil untuk membentuk dan melahirkan generasi pemimpin yang benar-benar terpimpin. Sehubungan dengan itu, GAMIS telah melancarkan Institut Negarawan Tarbiyah bagi melahirkan generasi pemimpin ini demi memenuhi kehendak Negara dan organisasi islam. GAMIS dengan penuh sedar meyakini bahawa mahasiswa pada masa kini adalah produk yang perlu diacukan dengan sebaik mungkin.


Bertemakan slogan “Unggul Memimpin Gerakan”, institut yang digerakkan oleh Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional (MTKN) bersama dengan 2 Majlis utama yang lain iaitu Majlis Politik Nasional (MPN) dan Majlis Dakwah dan Kebajikan (MDK) telahpun bersama-sama menyiapkan modul-modul kepimpinan dan juga modul dakwah dan siyasah demi memenuhi kehendak pemimpin yang berkualiti.
Institut ini akan dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswi terpilih dari kebanyakan universiti didalam Negara.

Institut ini akan di dahulukan dengan modul kepimpinan bagi fasa pertama, sebelum peserta dalam institut ini diasingkan mengikut 2 lagi Institut kecil dibawahnya iaitu Institut Mus’ab Bin Umair (dakwah) dan Institut Umar al-Khattab (siyasah)


Modul-modul menarik seperti musafir kepimpinan, projek runaway bedah buku dan brainstorming adalah merupakan antara metod yang digunakan bagi memenuhi kehendak Visi Negarawan Tarbiyah.
Institut ini diharapkan dapat membantu kampus-kampus di universiti seterusnya menyediakan produk anak muda dalam kalangan mahasiswa yang berkualiti untuk Negara pada masa akan datang.

Pada masa sekarang pergerakan institut ini sedang berjalan melalui proses pemilihan peserta institut dan pelancaran institut ini akan diadakan dalam masa terdekat.


Sumber : http://mygamis.blogspot.com/


:: BERILAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

" AWAS..!!!! ENTRY KALI INI BERUNSUR 18SG. JADI TIDAK SESUAI BUAT TATAPAN MEREKA YANG 'LEMBUT JIWANYA "


Sedih, Sebak, Kecewa, Sakit Hati, Geram, Kejam...!!! inilah antara perasaan yang hadir dalam diri penulis sebaik sahaja membaca berita muka depan Akhbar Berita Harian bertarikh 22 Mac 2010 (Klip disini). Pada awalnya, penulis tidak berhasrat untuk mengulas isu Pembuangan Bayi ini kerana beranggapan bahawa sudah banyak kupasan dan ulasan yang diberikan oleh Pihak yang sepatutunya. Tambahan pula, penulis bukanlah orang yang layak bersuara dalam isu2 seperti ini, tetapi setelah melihat muncul lagi kes terbaru mengenai pembuangan manusia yang tidak berdosa, anak kecil yang comel cukup sifatnya, dengan tiba-tiba hati penulis bergetar dan sebak, bagaikan memberi suatu isyarat kepada penulis untuk memberanikan diri melontarkan pandangan agar dapat mendidik masyarakat yang melawat blog penulis.

Bagi penulis, polimik Pembuangan Bayi bukanlah suatu isu yang baru, malah ia telah lama bertapak di Malaysia. Bezanya, jikalau 10-20 tahun yang lepas, mungkin dalam 3 bulan kita hanya mendengar satu ataupun dua kes, tetapi mutakhir ini, hampir tiap-tiap minggu kita di sajikan dengan Bayi2 yang comel berbajukan plastik hitam, bertemankan lalat-lalat dan semut, berselimutkan tandas2 ataupun tong sampah. Inikah yang dikatakan penjagaan Bayi yang betul?

Kebiasaannya golongan yang terlibat adalah REMAJA-REMAJI yang baru sahaja ingin mengenal DUNIA, kononnya. Lingkungan umur belasan tahun sehinggalah awal 30-an. Lebih-lebih lagi, penulis rasakan waktu klimaksnya ialah sewaktu bergelar seorang MAHASISWA di institusi pengajian awam mahupun swasta. Kadang-kadang, pelajar sekolah menengah pun ada.


Kadang2 penulis pelik bila memikirkan Golongan yang lebih bangang dari binatang ini. Apa sebenarnya mereka fikirkan? Melakukan dosa berpakej. Ye lah, mana tidaknya, dosa melakukan persetubuhan tanpa ikatan yang sah sudah mengisi satu tempat kosong, di tambah lagi dengan membunuh bayi yang dilahirkan, terus melengkapkan tempat kosong yang lain. Ini tidak termasuk dengan menipu keluarga, ayah dan mak. Yelah, pasangan mana yang sanggup berkata benar dengan mak ayah untuk keluar bersama "Buayafrend" atau "Gilerfrend" untuk melakukan maksiat kan?

Penulis tidak nafikan, mungkin ada yang insaf dan sedar bila sudah mengandung dek akibat perbuatan haram tu. Tapi, terbantut pulak bila mengenangkan penerimaan keluarga dek kesilapan yang dilakukan. Kerja senang dan mudah, melarikan diri setelah dibuang keluarga, "beranak" ntah di mana-mana. Lepas tu? Buang aje bayi yang malang tu kan? memang kejam..!!.Buktinya, seramai 17303 anak luar nikah di daftar pada tahun 2009 (Klip disini)

Kalau pada zaman jahiliah dahulu, hanya anak perempuan sahaja dibuang dan di tanam hidup-hidup, tetapi pada zaman yang dikatakan moden dan bertamadun ini, tidak kira sama ada bayi perempuan atau lelaki semuanya akan dibuang. Asalkan dapat menutup aib dan malu diri sendiri. Sedangkan binatang yang tidak mempunyai otak dan fikiran pun tahu menjaga dan menyayangi anaknya. Manusia jenis apakah ini ?


Sekiranya bayi-bayi itu boleh bercakap, pasti mereka akan bertanya kepada ibu dan bapa mereka yang zalim, kenapa aku dibuang begini? Apakah kesalahan aku ? Kamu berdua yang melakukan dosa dan maksiat, kenapa aku pula yang di hukum ? Kalau tidak kerana perbuatan kalian berdua, pasti aku tidak wujud di dunia ini. Di manakah tanggungjawab kamu berdua? Ketika melakukan maksiat, bukan main seronok lagi, apabila engkau mengandung dan melahirkan aku, engkau buang aku di merata-rata tempat seperti sampah busuk yang tiada nilainya. Beginilah nasibku seorang bayi luar nikah. BERILAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP SEPERTI BAYI-BAYI YANG LAIN.

Penulis yakin dan percaya teman-teman sudah sedia maklum antara faktor peyumbang dan pelengkap kepada Isu Pembunangan Bayi ini . Bermula dengan sikap dan kesedaran pasangan yang cetek agama sehinggalah kepada peranan kerajaan dalam menguatkuasakan akta dan undang2 dalam Negara, hampir 1001 alasan yang biasa kita dengar. Antaranya ialah :- (sekadar ulangan walaupun penulis rasakan teman2 sudah tahu)

1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.

3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibubapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undangNya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan MAHASISWA yang beriman dan berakhlaq kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan MAHASISWA. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

Dan, banyak lagi penulis rasakan faktor penyebabnya. Senarai di atas hanyalah 10% yang paling utama yang penulis rasakan perlu dititikberatkan.



Justeru, sebagai penutup entry kali ini, SATU-SATUNYA langkah yang TERBAIK penulis rasakan untuk menangani Isu Pembuangan Bayi ini ialah kita kembalikan mayarakat kepada AL-QURAN dan SUNNAH RASULULLAH. Kita REALISASIKAN ISLAM itu sebagai CARA HIDUP, bukan Agama semata-mata. Pendengar siaran radio Ikim.FM pernah juga mencatat 100% persetujuan apabila diajukan persoalan tentang bagaimana langkah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini, tidak lain dan tidak bukan mereka mahukan UNDANG-UNDANG ISLAM di tegakkan di Malaysia kerana itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah sahaja yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan undang-undang manusia yang dicipta dari akal mereka sendiri tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini.

Ayuh teman2 dan sahabat2 semua, penulis meyeru agar kita sama2 memperhebatkan Gerakan Penyampaian Risalah ISLAM kepada semua. Sedarlah, Masyarakat kita sedang kembali kepada Zaman yang lebih teruk daripada Zaman Jahiliyyah, suatu zaman yang belum pernah ada perangai manusia yang sanggup berperwatakan lebih teruk dari binatang. Tidak salah untuk kita gunakan teknologi yang ada sekarang jikalau ianya membawa ke arah kebaikan. Kepada yang mempunyai Blog atau Facebook, penulis menyeru agar terbitkan seberapa banyak artikel2 peringatan tentang ISLAM. Tidak menjadi kesalahan untuk anda menjadikan blog anda sebagai luahan hati ataupon diari hidup, namun fikirkanlah, disana ada lagi keperluan yang patut di utamakan iaitu MENYAMPAIKAN RISALAH ISLAM PADA SEMUA...wasslam..

"BANGKIT MUJAHID, GEMPUR!!GEMPUR!!GEMPUR!!"

:: BUKAN SEKADAR PUISI ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar akan hormat.
Apabila negara luar hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!!!
Apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
Sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
Orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindiri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat... ?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat... ?
Harta benda mu, dari mana mu dapat... ?
Ilmu mu, adakah mu manafaat... ?


:: MUHASABAH MENUJU MUJAHADAH ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

Segala puji-pujian kepada Tuhan sekalian alam yang mengizinkan pertemuan dan kehidupan kita pada hari yang penuh barokah ini, Penghulu segala hari. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan, kekasih abadi, seluruh Ahli keluarga Baginda dan para sahabat pendokong tinta Ilahi..


Pada hari yang Mulia ini, ingin penulis mencoretkan sesuatu yang mungkin bermakna dan memberi peringatan khususnya pada diri penulis dan seterusnya pada teman-teman dalam menyusuri Kehidupan yang singkat ini. Jujurnya penulis akui bahawa kebanyakan entry2 penulis dalam blog Saif Al Nidham ini mendapat idea ataupun sentuhan pemikiran apabila melihat situasi dan kondisi yang berlaku di sekeliling penulis, a.k.a. luar dari diri penulis sehingga tanpa disedari, penulis telah mengabaikan perkara yang lebih penting iaitu melihat ke dalam diri penulis sendiri.

Aduh..sempurna sangatkah diri penulis ini sehingga pantas mencari kesalahan dan keburukan orang lain untuk di jadikan kupasan dalam blog penulis??? Baik sangatkah penulis ini sehingga sanggup menghukum dan melabelkan seseorang tidak sebaik penulis?? Tinggi sangatkah ilmu penulis ini sehingga sentiasa berani berhujah dengan sesorang yang lebih tinggi dan banyak pengalaman hidup dari penulis??? Alim sangatkah diri penulis ini sehingga lahir dalam diri perasaan yang selesa dalam beribadat padahal hakikatnya hampir setiap saat penulis melupakan Allah??..

Astarghfirullah, ya Allah...hina dan kerdilnya diri ini...Ampunkan aku ya Allah atas kelalaian dan kelapaan aku dalam meniti perjuangan AgamaMu ini. Layakkah aku yang penuh dengan dosa ini menghukum manusia yang aku belum tentu tahu darjat Imannya disisiMu. Jikalau hendak dibandingkan aku dengan sabahat2 seperjuangan AgamaMu, akulah yang paling hina...Namun, ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana Engkau masih lagi menyanyangi diriku yang hina ini untuk menghadirkan perasaan supaya aku menghitung dan menilai sejauh mana amalku sebelum ia di hitung dan dinilai di hadapanMu..

" Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan ( seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan ( seseorang itu berdukacita) menangis -An-Najm : 43"


Mungkin kita tidak sedar, dalam kesibukan dan keghairahan kita menilai orang lain, seringkali kita melupakan untuk meletakkan cermin dihadapan diri kita. Satu konklusi yang penulis dapat simpulkan apabila melihat "kebrok-brokan" yang berlaku dalam masyarakt kita pada hari ini ialah ramai yang suka mencari kesalahan orang lain tanpa sejenak pun melihat kepada diri sendiri. Perkara yang sama juga berlaku dalam kita berorganisasi ataupun berJamaah. Sudah pastinya kita mengaggap kelompok kitalah yang terbaik kerana seringkali kita mencari keburukan dan kelemahan kumpulan2 lain supaya menampakkan kebaikan Kumpulan kita.

Seringkali PANDANGAN MATA dan PANDANGAN AKAL mengaburi PANDANGAN HATI sendiri. Maka lahirlah perasaan dalam diri, " Akulah yang terbaik dalam semua kelompok ini. Akulah yang sempurna, engkau jahat dan tidak setaraf denganku ". Satu persoalan penulis ingin tujukan pada HATI-HATI yang berbicara sebegini, " Siapakah anda untuk menilai seseorang? Adakah anda yakin dan pasti bahawa anda akan mati dalam keadaan beriman dan mendapat SYURGA Allah?? " Tidak pasti bukan? Hatta penulis sendiri pernah terkedu dan tersentak apabila pernah diajukan persoalan yang sama oleh Naqib penulis.

Dalam suatu program yang pernah penulis hadiri, penceramah ada menyebut Falsafah Pandangan pernah menggariskan bahawa :-

Pandangan Nafsu sentiasa Melulu,
Pandangan Mata sering Menipu,
Pandangan Akal adakalnya tersalah,
Pandangan Hati inilah pandangan Keinsafan

Dalam satu pembacaan penulis, sebab itulah kita di galakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kite kerjakan. JANGAN!! kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaaan bangga bahawa kita ini adalah yang terbaik dan berperibadi mulia. Inilah bahananya. Secara automatiknya selepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas untuk membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan..na'uzubillah...




"Dialah yang menurukan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya iman mereka bertambah disamping keimanan mereka yang sedia ada, Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana - Al Fath : 4 "

Seringkali kita membaca dan melihat artikel2 peringatan untuk Wanita @ Perempuan @ Muslimah kan? tetapi jarang sekali kita melihat peringatan untuk kaum Adam, sejenis dengan penulis ini :)..so, sebagai penutup pada entry ini, suka untuk penulis berkongsi dengan teman2 berkenaan dengan satu hadith Rasulullah SAW..

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Terdapat 7 golongan lelaki yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiadalindungan melainkan lindungan daripadaNya, iaitu
1)Pemimpin yang adil
2)pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah
SWT
3)seseorang yang hatinya terpaut pada masjid
4)2 lelaki yang berkasih sayang dan
bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
5)lelaki yang digoda oleh perempuan cantik
dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah
6) seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan
tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya
7)seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air
matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim.......

Jadi teman semua..sedarkah kite.......

-adilkah kita dalam kehiduan seharian?
-berapa lamakah masa yg kita telah habiskan(korbankan) utk Allah?
-berapa kali kita sanggup melawat rumah Allah?(kalau bukan kerana solat jumaat)
-pernahkah kita dengan jujur hati menyatakan kapada sesiapa pon 'aku takutkan Allah'?
-bilakah kali terakhir kita bersedekah?
-bilakah kali terakhir kita mengalirkan air mata kerana mengingati Allah?...


mungkin kita tidak sedar,sudah berapa lama kita tidak muhasabah diri kita..mungkin kite tidak sedar,jalan kte ini diredhai atau tidak...ingatlah jalan yang lurus sentiasa ada dihadapan...moga2 kite tergolong dalam golongan yang mendapat naungan Allah....insyaallah

"Dan orang-orang yang berjihad (untuk mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat kebaikan." (Al-Ankabut:69).

sama2lah kite berlumba2 utk mendapat tempat ekslusif dlm 7 golongan itu....insyaallah
..wassalam..

:: AKU CINTA ALLAH ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Pada entry kali ini, penulis mua kongsi satu lagu dengan teman2. Pokoknya, lagu ini penulis ter'accidently' denga bila ada sorang sahabat penulis link pada status YMnya. Kali pertama penulis dengar ini lagu, terus penulis jatuh hati dengan liriknya. Moga perkongsian penulis ini bisa mendapat manfaat kepada semua. Penulis sertakan sekali video klipnya.... (ntah btol ke x bahasa indon penulis ini..hehe)...jom layan....



Aku Cinta Allah - Wali band

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi


Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah



:: KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL 2010 ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....



Tarikh : 20 Mac 2010 ( Sabtu )
Tempat : Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM )*

- Terbuka kepada seluruh Anak Muda Mahasiswa & Orang Awam -


Pengenalan


Kongres Mahasiswa adalah satu perkara yang mustahak yang perlu dilakukan dalam negara ke arah mencapai negara maju. Kongres ini penting untuk aktivis mahasiswa khususnya membentuk gerakan yang bersifat yang lebih bersepadu, menyeluruh dan berkesan untuk memajukan negara pada masa akan datang.

SMM mengambil inisiatif untuk mengadakan kongres mahasiswa sebagai usaha untuk menyatukan idea-idea aktivis-aktivis di Malaysia bukan sahaja di peringkat mahasiswa malah aktivis negara. Program ini akan menjadi perintis ke arah SMM untuk menyatukan dan memperkasakan 'wajah' Malaysia agar menjadi negara yang unggul bukan sahaja dari satu aspek malahan meliputi keseluruhan aspek utama dalam mentadbir negara maju.

Jika dilihat kepada realiti kepada keadaan Malaysia pada hari ini, sewajarnya gerakan mahasiswa perlu diber nafas baru yang lebih segar seterusnya meninggalkan ciri-ciri mahasiswa lesu, bisu dan kaku yang akhirnya mencerminkan corak Malaysia akan datang. Oleh itu generasi bakal pemimpin perlu bersedia menggunakan daya intelektual yang ada bergabung suara dan tenaga supaya bakal pemimpin negara akan datang lebih berdaya maju, berkarisma dan prihatin kepada kebajikan masyarakat.

Objektif Kongres

1. Menyusun semula gerakan mahasiswa peringkat nasional.

2. Memperkemaskan struktur gerakan di setiap peringkat ( Nasional dan Kampus )

3. Re-branding semula SMM sebagai satu wadah dan koalasi gerakan mahasiswa yang terbesar di peringkat nasional.


Matlamat Kongres

1. Memberi penerangan kepada semua aktivis mahasiswa berkenaan struktur gerakan serta halatuju dan matlamat SMM.

2. Memperkenalkan pimpinan setiap kampus kepada seluruh aktivis.

3. Menyusun semula perwakilan yang terpilih dalam satu organisasi di peringkat Nasional
( MPMN )

4. Membuka keahlian SMM secara terus dan menarik lebih ramai anak muda menyertai SMM.



Solidariti Mahasiswa Malaysia merupakan himpunan gerakan mahasiswa iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Pro Mahasiswa Nasional, Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

:: DIRIKU YANG HINA ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

Nukilan pada entry kali ini penulis tujukan khas buat diri penulis sendiri setelah melihat semakin hari semakin penulis hanyut dan leka dengan keseronokan dunia. Moga luahan hati penulis ini mendapat kekuatan dari Allah dalam membantu penulis MENJADI seorang yang lebih baik di mataMU. Kepada teman2 dan sahabat2 penulis, nasihatilah dan bimbinglah penulis andai melihat penulis tersasar dari jalan yang kita telah berjanji bersama2 untuk mendaulatkan Agama ALLAH...



Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini..... agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapakah begitu sukar diri ini........ untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini........ untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..

Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh...... untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….

Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….





:: KENAPA KITA SELALU DIUJI? ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buar semua....

"Amboi, rancak nampak update blog? " kata seorang teman penulis selepas terperasan melihat sejak akhir2 ini banyak pula entry2 penulis terbitkan..Ringkas penulis menjawab " Dah ada waktu lapang, so update blog la kerja aku " :) Jujurnya dari penulis, jikalau tidak disebabkan oleh kekangan masa dan waktu akademik penulis, hampir tiap2 hari ingin penulis keluarkan isu2 terbaru dengan harapan dapat memberi sedikit peringatan pada diri penulis sendiri dan seterusnya kepada teman-teman. Namun apakah day penulis kerana ada lagi yang lebih utama yang perlu diutaman.Tahniah dan selamat datang ke arena bloggers penulis ucapkan pada beberape teman penulis iaitu Muslia @ muzuk, Rosatikah @ ros dan Zalikha @ z yang baru sahaja mendaftarkan diri semasa cuti ini :) Moga beroleh manfaat bersama...InsyaAllah..


Ayuh, kita fokus pada isi kandungan utama pada entry penulis kali ini. Sekadar untuk berkongsi dengan teman-teman mengenai perkongsian penulis dengan " Sahabat Konsert " penulis ( Klu nak tau sape Sahabat Konsert penulis, boley cari pada entry2 sebelum ini :) ) semalam. Walaupun penulis akui, penulis bukanlah bukanlah orang yang terbaik untuk dijadikan tempat sebagai penyelesaian masalah, tetapi insyaAllah penulis akan berusaha sehabis MAMPU sehingga melahirkan MAHU kepada semua.

Ringkasan perkongsian penulis bersama Sahabat Konsert penulis ini ialah berkisarkan tentang UJIAN yang menimpa diri kita. Sahabat penulis itu meluahkan masalah yang di hadapinya sehingga membuatkan dirinya hampir2 lemah dan tidak mampu lagi bertahan. Sebak di dada penulis setelah membaca( kami chat melalui YM ) kisah beliau. Namun sebagai seorang sahabat, atas maksud Ukhwah Fillah yang terbina, penulis cuba perlahan2 menaikan semangat beliau dengan beberapa nasihat. Sedang beliau menceritakan kesemua masalah beliau, sempat juga penulis mencari beberapa artikel unutk di jadikan sebagai hujah penulis bersasaskan kepada sumber Al Quran dan Hadith kerana penulis teringat kata2 seorang ustaz:

" Jikalau kamu menghadapi masalah ataupon ujian dari Allah, maka hendaklah kamu kembali kepada Al Quran kerana salah satu fungsi Al Quran diturunkan ialah untuk menyelesaikan masalah kehidupan kita "
.

So, bersama entry pada kali ini penulis sertakan Artikel yang penulis kirimkan pada beliau, mudah-mudahan beroleh manfaat bersama..


Dikesempatan ini juga, penulis ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Syukur, Tahniah dan Syabas buat adik2 dan sahabat2 seperjungan penulis yang telah berjaya melangkah ke tahun 4 selepas Result keluar semalam. Kepada yang perlu menjalani reseat posting, percayalah bahawa ujian yang menimpa kalian adalah tanda kasih sayangNYa untuk menambahkan lagi keimanan dan kebergatungan antum semua padaNYa. Tidak salah untuk meraikan kesedihan diri kerana itu adalah fitrah manusia, ttp harus di ingat jangan sampai kita menyalahkan takhdir Ilhai atas apa yang berlaku. Percayalah, akan ada sesuatu menanti adik2 semua , kalau bukan di dunia yang sementara ini, percayalah pasti dan pasti akan terbalas di akhirat sana yang kekal Abadi.



So, kepada Sahabat Konsert dan adik2 penulis yang di timpa Ujian Allah, penulis tujukan khas untuk anda semua, moge2 dapat mengembalikan semula semangat Da'ie untuk terus melaksanakan misi dan visi dakwah...

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Danmintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12



Kepada adik2 seperjungan dengan penulis, kuatkanlah hatimu, cekalkanlah semangatmu untuk terus berjihad di medan akademik ini. Janganlah kita menjadi peyebab kepada fitnah Perjuangan Agama kita. Ayuh kita berpimpingan tangan membuktikan pada semua bahawa ISLAM IS THE WAY OF LIFE....

Khas buatmu, Sahabat penulis....

" Andainya dirimu ingin melabuhkan Cinta pada seseorang, labuhkan ia pada Allah sebagai penerima Cintamu yang pertama, Rasulullah SAW sebagai yang keduanya. InsyaAllah akan hadir penerima Cintamu yang ketiga yang mana juga berjanji untuk melabuhkan Cintanya pada Allah dan Rasul sebelum Cintamu. Kuatkanlah hatimu menempis cucukan jarum syaitan-syaitan daripada berdarah akibat Cinta Nafsu. Moga kita sama-sama beroleh Cinta Hati yang akan membawa kepada CINTA SYURGA ILAHI "