ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: REHLAH PENYERI UKHWAH KAMI ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....
"Tiada suatu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain dari saudara yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendahlah ia berpegang kepadanya." (Umar Al-Khattab)

Opss..maaf la ye..terlebih aksi pulak...hehe...ha, kat bawah nie penulis nak kongsi ngan teman2 semua salah satu aktiviti penulis pada ujung minggu lepas..nak tau ape?? ala, x kan xleh agak lagi aper? x dapat lagi?? hehe...tak lain tak bukan semestinya PICNIC a.k.a REHLAH a.k.a CAMPING a.k.a. BERKELAH.. ha, asek pergi sungai je kan penulis nie?? hehe...

iya, klu nak tau, penulis nie jenis yang suka sangat klu wat outdoor aktiviti nie...so, klu ada mase terluang tu, Sungai la menjadi mangsa untuk penulis bersama sahabat2..hehe...hm, sekadar untuk memanaskan kembali jari-jemari penulis setelah agak sekian lama tidak meng'update' blog ini sebelum memasuki beberapa
isu yang agak menarik selepas ini..hehe...jom layann.....








So, cam ne?? maaf la..penulis nie bukan ape...bukan lah suke sangat pon nk bergambar2 nie, tp hanya untuk kenangan bersama sahabat2 selagi masih bergelar Mahasiswa..iye la, time nie la nak jalan sana, jalan sini, nanti klu dah ade Family ( insyaALLAH, Amin.. ;) ) dan dah stat kerja, agak susah la kan...so, gunekan saki baki masa yang ade ini untuk mencari seberapa banyak kenangan agar menjadi satu memori indah bersama nanti... :)

p/s : InsyaAllah...Nantikan kemunculan kupasan " Wajarkah Pendidikan Seks di laksanakan? " " Sekolah Hamil..adakah itu penyelesaianya? " " Benarkah Mahasiswa dibenarkan berPolitik?? " . Ini hanyalah kupasan daripada pandangan penulis yg dhaif lagi kerdil, moge2 dapat membuka minda kita untuk berfikir...Ayuh, sama2 kita nantikan kemunculannya......

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: KELALAIAN YANG MERUGIKAN ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui batas."
Surah Al-Kahfi : ayat 28


Alhamdulillah, syukur penulis rakamkan pada Allah kerana masih lagi memanjangkan umur kita untuk terus mencari bekalan di persinggahan dunia yang sementara sebelum menuju ke negeri Akhirat yang kekal abadi. Untuk pengetahuan teman semua, semalam, 23-7-2010, berakhirlah secara raminya Posting O&G penulis dan insyaAllah, isnin ini penulis akan melaporkan diri ke Posting Family Medicine pula ;) hehe...jadi di kesempatan yang ada, setelah agak sekian lama penulis menyepi dalam menyampaikan peringatan khas untuk diri penulis sendiri dan seterusnya pada teman2 semua, penulis tergerak hati untuk berkongsi dengan teman2 semua mudah-mudahan dapat memberi sedikit 'refresment' pada hati kita yang semakin hari semakin gelap dek kelalain dan dosa yang kita lakukan...jom layan....

Melihat pada tafsiran pada Firman Allah di atas, dapatlah kita membuat sedikit rumusan bahawa orang yang lalai mengancam masa depannya sendiri kerana kurang berhati-hati dalam tindakan, tidak mengindahkan tanggungjawab, asyik dengan kesenangan dunia, terpedaya dengan hawa nafsu dan mengutamakan perkara yang remeh-remeh dari perkara yang lebih utama. Lalai meletakkan diri sesorang ke arah kebinasaan. Kerana lalai, seseorang yang berilmu akan menjadi seorang yang dungu dan seperti tidak tahu apa-apa, seorang yang kaya dan terhormat boleh menjadi hina dan kedana . Seorang yang perkasa boleh menjadi lemah tidak bermaya
.


Jadi, teman2 smua, bagi mengelakkan kita termasuk dalam lembah kelalaian itu ayat di atas memberi saranan yang wajar kita mengambil berat mengenainya iaitu :

1. Mendampingi orang yang sentiasa beribadah kepada Allah.
2. Mendampingi orang yang mengharapkan keredhan Allah.
3. Menjauhi orang-orang yang tidak mengingati dan mematuhi peraturan Allah.
4. Menjauhi orang-orang yang mengikut hawa nafsu.
5. Menjauhi orang-orang yang melampaui batas.

Maka jelaslah orang-orang yang lalai itu orang yang telah di beri peluang dan waktu oleh Allah tetapi melakukan kesalahan serta tetap dengan kesalahan itu dan selesa dipimpin dan bersahabat dengan orang-orang yang zalim dan pelaku dosa, tersasar dari jalan yang lurus tanpa ada yang memimpin kembali semula ke jalan kebenaran dan sering kalah dengan runtunan hawa nafsu.

Orang yang lalai tidak mempergunakan pancaindera dengan sebaiknya seperti firman Allah dalam surah Al-A'raf : ayat 179 :

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

Melalui ayat tersebut orang yang lalai ialah :

1. Orang yang tidak mahu memahami ayat-ayat Allah dengan hati dan fikiran.
2. Orang yang tidak mahu melihat kebesaran dan keesaan Allah walaupun menpunyai mata.
3. Orang yang tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat walaupun mempunyai telinga.

Orang yang lalai, hatinya jauh dari mengingati Allah, bibirnya kering dari menyebut nama Allah, telinganya tersumbat dari mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu di samakan dengan binatang ternak, yang hanya perihatin untuk mengisi perutnya dan melampiaskan syahwatnya sahaja.

Berkata ahli sufi "Orang yang lalai apabila datang waktu pagi dia terfikir-fikir apa yang harus dilakukannya dan orang yang berakal melakukan apa yang telah diperintah oleh Allah kepadanya".


Orang-orang yang tidak dilalaikan dengan kesenangan dunia dan hawa nafsu mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Sentiasa mengingati Allah sebanyak-banyaknya, baik dalam keadaan bersendirian ataupun di dalam keramaian, dan selalu menghambakan diri kepada-Nya dalam apa jua keadaan tanpa merasa bosan dan letih.
  2. Jika dia terlewat melakukan ibadah rutinnya, seperti solat , tahajjud,membaca al-Quran, berzikir pagi dan petang, maka hatinya merasa bersalah dan merasa rugi atas kealpaan tersebut.
  3. Tidak membuang waktu dengan sia-sia, sentiasa mengisi waktu menambah ilmu, beramal ibadah, dan berzikir.
  4. Selalu menyibukkan diri dengan Allah dalam setiap aktivitinya.
  5. Melupakan perkara dunianya ketika mendirikan solat.
  6. Memperbaiki niat, perkataan, dan perbuatan tanpa mencampuradukkan dengan perkara yang dilarang dan syubhah, serta bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah.
  7. Mengingati hari kematian yang semakin hampir.Setiap detik yang kita lalui adalah waktu untuk mengingat Allah, mematuhi semua perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Inilah bukti keimanan di mana hati manusia seharusnya selalu tunduk dalam kedamaian iman.
Justeru teman2 semua, janganlah kita terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara ini.Sentialah meletakkan cita-cita yang tertinggi kita adalah untuk memiliki Syurga Allah. Yakinlah suatu hari nanti pasti dan pasti kita akan bertemu dengan Pencipta kita dan dinilai amal perbuatan kita. wassalam..

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: KHAS BUAT KORANG!! :) ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

" Barang siapa yang menjalani suatu jalan yang mencari ia di dalamnya akan ilmu, maka Allah Taala memudahkan baginya jalan untuk ia menuju ke dalam syurga "
H.R Tirmidzi dan Ibnu Majah




Entry kali agak agak sempoi dan rileks jerr..hehe...jom layan....Ha, bley bace tak jadual exam kat atas tu? Klu nak tau, tu lah jadual Exam End Posting O&G penulis. Iye, dah nak abis dah posting O&G nie. Pejam celik pejam celik jer, tgk2 dah masuk final week. Truly from my heart, penulis rase seronok sangat Posting O&G nie. Walaupon bizi, kadang2 x cukup tido, tp ntah la, yg penting penulis enjoy sgt sepanjang posting nie. Mungkin suatu hari nanti penulis akan jadi O&G Specialist kot..sape tau? Doa2 kan je la erk teman2..hehe

Kat bawah nie penulis nak kongsi la ngan teman2 semua..penulis rase, antara faktor UTAMA yang buat penulis rase seronok dan enjoy posting O&G nie adalah kerana mempunyai Kawan2 study group yang HAPENING GILERR..!!. Btol, penulis x tipu..sampai ade satu tahap penulis rase sedih sgt biler tak der study gp..dasyatkan??? hehe...


Pada awalnyer, Study Gp penulis hanyer terdiri drp 3 org jer, iaitu penulis, Nora and fadila. Memula tu agak bosan jgk la, tp still on..iyela, asek muke nie jer..nak2 lagi nora tu ( hehe..jgn marah, gurau jer)..selang 2 hari kot klu tak silap penulis, tambah lagi 2 org ahli Group kami iaitu Tinesh dan Lovenia..so, seronok la ckit sb byk discussion..tp, still la pasif..masing2 semua skema je..ish, x ske la cma nie..so, Group nie kekal smp sblm penulis bertolak ke Hospital teluk Intan pada minggu ke 3-4..


So, kat sane..oleh sebab hanye penulis, nora dan tinesh je yg pergi HTI pada minggu tu, kami terpkse berpecah la. 3 hari pertama kat sane mmg kami tak buat la study gp sehinggalah kami sedar bhwa klu tak der study Gp kat HTI nie, mmg akan jadi Posting JKM la..so, atas kesedaran yang timbul pada ketika itu,haha... kami pon terimalah cadangan geng2 pompuan utk form study Gp...


Ha, part nie la yg best nie..hehe...nk tau nape? sebab penulis rasekan, bermula dari study Gp kat HTI nie lah kami jadi cam seronk giler nk study Gp..so, waktu nie, Muzuk, kak aina, Mas Edi dan Zulpp antra ahli yg tambah dlm stdy gp penulis. Wow, klu teman2 nk tau, hampir tiap2 hari kami buat, lepas zohor smp la asar..nak wat mlm x bley sb dok umah sewa..mane nak cari Ibnu Sina nak Taman Melur tu.hehe..Waktu nie la perangai sebenar geng2 study gp penulis nie terserlah...nak2 lagi tinesh..haha...seriusly, penulis terkejut giler rupenya perangai tinesh nie lebih maju dari penulis...Thanx Tinesh..U make ur Study Gp alive and hapening..Mmg lawak ar..hehe...so, byk kenagan kami kat HTI tu..mmg sernk...!!


So, blk je kami semula ke HUKM pada minggu ke 5, kami terus je stdy gp...Alhamdulillah, lagi sorang ahli tambah dalam study gp penulis, iaitu Zatil..so, memandangkan penulis dah kenal lame zatil nie, mmg bley predict cam ne la jadi terhadap study gp kami...dan mmg terbukti pon...hehe...HAPPENING...ENJOYING...LEARNING....and...LOVING...nie la penulis dapat katekan berkenaan situasi setiap kali Study Group diadakan waktu sekarang..Korang memang best ar..!!! serius..!!!!...

Ha, klu teman2 nak tau, haha..kami semua ade panggilan masing2 tau iaitu Prof zatil, Registra Tinesh, Dr Muzuk, Staff Nurse Aina, PK Zul, penulis hnye dapat title as a Student Ijam (hehe, manje je bunyi nyer) n last but not last, the most wanted one is Datin Norell...hehe....Terbaru, iaitu petang tadi, Fadila dan Lovenia dah balik..so, inilah kali pertama ahli Star-D Group penulis yang agak ramai, termasukklah Marlini..tp diorg nie x smpt nak bagi name lagi..cume fadila jer dpt title Student JM (Jururawat Masyarakat) hehe...tp yang bestnyer, walaupon ramai, kami ttp hepi...!!!...,sayang korang semua..!!.Muaaahhhh!!!!!!.... Khas dari penulis utk korang tau...!! :)


So, kat bawah nie, penulis letakkan beberape peringatan terutamanya buat diri penulis dan teman2 semua agar waspada dengan Ilmu yang kita ada..ingat, Ilmu adalah kurnian Allah, bile2 mase sahaja Allah bley tarik dan bagi...so, sebelum penulis wat konklusi, jom kita bace beberape potong hadith, dalam buku bertajuk " Kelebihan Ilmu dan Ulama - karangan Abu Ali Al Banjari An-Nadwi Al-Maliki " :


" Daripada Ka'ab bin Malik RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa mencari ilmu untuk menandingi para Ulama atau mengalahkan orang2 jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya, maka orang itu akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka. " HR Tirmidzi

jom layan satu lagi...

" Ibnu Omar RA, Rasulullah SAW bersabda :m Barang siapa menuntut ilmu bukan kerana Allah, atau menghendaki ia dengan ilmunya itu akan yang lain daripada Allah Taala maka hendakalah ia mengambil tempatnya di dalam neraka" H.R Ibnu Majah

So, ape konklusi teman2 rase?? agak2 la..hehe...Ringkasnya, suke untuk penulis ingatkan kepada penulis dan teman2 semua agar sentiasa perbetulkan NIAT kita semasa belajar hanya untuk Allah...bukan untuk menunjukkan kita ini hebat ataupn untuk mendapat perhatian orang lain kerana amalan ini amat dibenci oleh Allah dan tempatnya hanye di neraka. Dan yang paling penting, sentiasa berkongsi dan saling ajar antra satu same len sb Allah akan tambah kan lagi kefahaman Ilmu kite bile kite ajar kepada orang lain tanpa mengharap sebarang pembalasan..


Akhirnya, sempena ngan Exam yang bakal menjelang hari Isnin dan selasa ini, suke untuk penulis ucapkan semoga berjaya semua pada teman2 yang satu posting dengan penulis, special to penulis punyer ahli study group, Prof zatil, Registra Tinesh, Dr Muzuk, Staff Nurse Aina, PK Zul,Datin Norell, JM Fadila, Lovenia dan Marlini.!!!..Moge kite semua dapat jawab dengan tenang dan dipermudahkan Allah.Amin...

“Ya Allah! Sesungguhnya kami menitip apa yang kami baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepada kami ketika kami memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

p/s : Sebenarnye penulis nk letak gmbr korang..tp, tgk2, rupenye kite x pernah ade gambar..huuu...xpe la..nanti penulis letak..so, nxt Study gp pakai lawa2 n cantek2, kite bergambar yer...hehe..

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: SATU KISAH BENAR BERSAMA MORALNYA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....



Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]



Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….



DIPETIK DARI: http://tengkunizam.blogspot.com/2010/06/kenapa-awak-tak-rogol-saya.html



" BERBAKTI SELAGI MAMPU "



:: APABILA IMAN MENGATASI SEGALANYA ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua.....

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.

(Surah an-Nisaa: Ayat 136).


Ada satu kisah yang diceritakan oleh Ummu Salamah RA, isteri Baginda SAW. Satu cerita yang membuktikankan betapa IMAN dapat membentuk manusia dari seorang yang jahat kepada seorang yang baik, betapa IMAN dapat menukar manusia daripada seorang yang rakus kepada seorang yang tidak rakus, betapa IMAN dapat mengubah manusia yang mementingkan diri sendiri dan suka mengambil hak orang lain menjadi seorang yang adil dan saksama.

Diceritakan terdapat 2 orang laki-laki yang sedang bertengkar mengenai harta, masing2 mengatakan bahawa harta itu adalah kepunyaan mereka tanpa ada bukti yang jelas, hanya dengan hujah dan dakwaan sahaja. Berkata seorang laki2 itu kepada seorang lagi " ini adalah hak aku" . Seorang lagi pula menafikan kenyataan itu dan mengatakan bahawa harta ini adalah kepunyaanku. Lalu kedua2 lelaki ini mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Baginda SAW sedangkan dalam jiwa mereka hanyalah memikirkan hanya die yang berhak memiliki harta itu.

Setelah berjumpa dan menjelaskan perkara yang berlaku kepada Baginda nabi SAW dan mendengar kedua2 hujah mereka, Nabi tidak mampu berbuat apa2 melainkan Baginda berbisik ke telingan mereka seraya berkata


" Sesungguhnya, Aku hanyalah manusia biasa dan kamu meminta keputusan daripadaku. Boleh jadi seorang lagi pintar dan pandai berbicara daripada seorang lagi dan mampu menjadi alasan untuk menjadikan harta itu menjadi miliknya.Maka aku akan memberikan harta ini kepada orang yang pandai pintar yang pandai berbicara dengan hujah2nya. Maka dialah yang akan mendapat harta itu, tetapi ingat, aku memberikan harta itu bersama sepotong bahan dari api Neraka."

Setelah mendengar ucapan Baginda, lalu gementarlah hati kedua2 laki2 itu.Terus salah seorang daripada mereka berkata " tak pe la, berilah harta ini kepada lelaki itu " . Dan lelaki yang seorang lagi juga berkata " tak pe la, kamu ambillah harta ini" . Lalu Baginda nabi bersabda, " Bahagilah harta ini secara adil dan ambillah mengikut hak masing2 "...

Inilah KEADILAN ISLAM. Inilah yang berlaku bilamana IMAN mengatasi segala-galanya. Mereka faham selagi mereka itu ISLAM, maka mereka tidak dapat tidak perlu meletakkan ALLAH mengatasi daripada kepentingan diri sendiri..


Tetapi hari ini kita lihat, perkara ini sukar untuk diaplikasikan. Hanya mengaku beriman kepada Allah, tetapi tidak meletakkan Allah segala-galanya. Mengambil hak seseorang sesuka hati tanpa disoal siasat dan lebih malang lagi mempunyai agenda dan kepentingan diri sendiri. Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita...
Jikalau IMAN itu menjadi asas kepada kehidupan ini, nescaya KEADILAN yang sememangnya cantik dan indah dalam ISLAM dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kuasa, pangkat dan kedudukan seseorang.

Diceritakan lagi, Amru al As, seorang Gabenor Mesir yang memiliki Istana yang begitu indah dan cantik, tatkala melihat tanah lapang yang berada di depan Istananya, yang hanya mempunyai sebuah pondok buruk, ingin mendapatkanya untuk mendirikan sebuah Masjid agar keagungan ISLAM dapat dipamerkan..


Lalu Gabenor ini berjumpa dengan pemilik tanah tersebut, yang merupakan seorang yahudi dan terus menyatakan hasratnya. " Pak cik, saya nak beli tanah pak cik nie, pak cik letaklah berapa harganya, saya sanggup bayar 5 kali ganda daripada harga itu." Lalu pak cik itu menjawab " Mintak maaf nak, aku tidak sanggup untuk menjual tanah ini kerana ini adalah tanah pusaka yang ditinggalkan kepadaku. Walaupon aku seorang yahudi, tatapi ini amanah kepadaku. " .

Sebaik mendengar jawapan pak cik itu, terus Amru Al As berkata " xpe pakcik, kalau pakcik tak nak bagi secara lembut, saya akan rampas secara keras". Terus Amru al As memerintahkan pekerjanya merobohkan pondok buruk itu dan mendirikan Masjid idaman beliau.
Sedih melihat tanahnya dirampas oleh Gabenor, terus pak cik ini pergi ke madinah untuk berjumpa dengan Saidina Umar al Khattab.

" Wahai Amirul Mukminin, tanah saya telah dirampas oleh Amru al As untuk didirikan masjid." . lalu Umar bertanya, " Adakah ini betul? " " Ya, jawab pakcik tua itu. Lalu Umar mengambil tulang dan mengeluarkan pedangnya lalu menulis satu huruf di atas tulang tersebut lalu diberikan kepda pakcik itu. " Wahai pakcik, ambillah tulang ini dan setibanya kamu di Mesir nanti, berikan kepada Amru al as" . Pelik dan hairan pakcik ini tetapi die patuh kepda arahan Umar.


Setibanya die di Mesir, terus die berjumpa dengan Amru al As dan memberikan tulang itu tadi dan mengatakan bahawa ini adalah daripada Umar. Tatkala melihat huruf yang ada pada tulang itu, lantas Amru al as memerintahkan tenteranya supaya segera memberhentikan kerja2 pembinaan Masjid itu dan mengeluarkan arahan supaya mendirikan semula pondok kepunyaan pakcik ini dan mengembalikan tanah itu kepadanya.

Sekali lagi pakcik ini hairan lalu bertanya pada Amru al As " Wahai Gabenor, apa yang hebat sangat pasal tulang tu? " Jawab Gabenor " Tulang ini tulang biasa sahaja, cume die mempunyai satu huruf dan mengingatkan kita kepada mati. Tetapi huruf yang tertulis pada tulang ini adalah huruf " Alif " dan aku memahami arahan Umar ini kepadaku iaitu hendaklah aku menegakkan KEADILAN sepertimana tertegaknya huruf Alif ini, jikalau tidak, maka terpisahkan kepala dari badanku "
Terus pakcik yahudi ini berkata

" Jikalau inilah KEADILAN yang ada dalam ISLAM, maka aku bersaksi bahawa Allah itu adalah tuhanku dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Wahai Gabenor, ambillah semula tanahku ini dan dirikanlah Masjid di atasnya"


Nah teman2 semua, inilah berlaku apabila kita meletakkan IMAN mengatasi segalanya.Kita bercakap soal KEIMANAN, bukan soal siapa pemerintah. Kita berbicara mengenai TAQWA, bukan siapa yang mempunyai kuasa.

Oleh itu, marilah sama2 kita bersama ISLAM dan menegakkan KEADILAN kepada yang sepatutnya. Janganlah disebabkan kuasa yang ada dalam tangan kita, demi untuk memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi, kita merampas hak2 orang lain sesuka hati. Ingatlah, Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita..wassalam


p/s : Kandungan khutbah Jumaat hari ini (9/7/2010) di Masji Al Azim yang di sampaikan oleh Ustaz Zulifli Ahmad ( idola penulis) dan sedikit tambahan daripada penulis...Moger beroleh manfaat bersama..


Jom daftar mengundi semua...

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: REFLECTION DIRI ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg sentiasa melimpahkan rahmat dah kasih sayang pada Hamba2-Nya serta masih lagi mengekalkan kita dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Allah dah para sahabat di atas perjuangan mereka menyebarkan ISLAM yang SEBENAR ke seluruh Umat Manusia....

2 minggu sudah blog SAIF AL NIDHAM ini tidak diusik oleh jari jemari penulis dek kerana berada di HTI (Hospital Teluk Intan) yang tiada Network Coverage. Jadi, Dengan kesempatan yang ada ini, izinkan penulis mencoretkan sedikit nukilan untuk tatapan bersama agar kita sentiasa berada dalam Rahmat Allah. Astarghfirullah.....Sesuai dengan keadaan diri penulis yang baru sahaja pulang ke HUKM setelah 2 minggu berada di HTI yang agak leka dan lalai dengan kehidupan disana, maka entry kali ini berbicara soal Reflection a.k.a. MUHASABAH...

Islam amat menganjurkan amalan bermuhasabah sebagai agenda penilaian diri selepas setiap amal atau perbuatan selesai dilaksanakan. Sebagai seorang manusia, setiap saat dilalui adalah kehidupan. Manfaat diperolehi harus bersyukur dan segala mudarat mestilah cuba dielakkan agar tidak berulang kembali. Di sinilah letaknya peranan muhasabah diri yang sepatutnya dijadikan bahan pengukur keupayaan dan pencapaian diri.

Dalam konteks kehidupan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi yang tersandang di bahunya pelbagai tanggungjawab perlu lebih menilai pencapaian dirinya adakah semakin baik amalan dan ketaatanya kepada Allah atau sama saja seperti hari berlalu.

Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang akan dilakukan untuk hari esok (akhirat)” . (Surah al-Hasyr ayat 18).

Ayat itu menjelaskan seseorang hendaklah sentiasa memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan apa yang sudah dilaksanakan sebelumnya kerana perancangan teliti hasil daripada muhasabah akan membuahkan hasil yang lebih baik.

Rasulullah sendiri sering berpesan kepada sahabatnya dengan mengingatkan mereka melalui sabdanya yang bermaksud ‘perbaharui iman kamu’ supaya kualiti iman dapat dipertingkat dan tidaklah hanya berada pada takuk sama tanpa ada sebarang anjakan.

Umar al-Khattab pula pernah berkata melalui kata-katanya yang masyhur

hisablah (hitunglah) dirimu sebelum engkau dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak”.

Ia menunjukkan individu Muslim yang mendambakan kebaikan dalam hidup mestilah menghiasi dirinya dengan sentiasa menghitung diri mencari dan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan dirinya bukannya hanya menghitung segala kebaikan yang pernah dilakukan. Jika dihitung amalan kebaikan semata-mata sudah pasti tiada keaiban diri yang disedari, tetapi jika kecacatan diri sendiri yang diperhati, maka sudah pasti seseorang itu akan berusaha menghilangkan keburukan itu agar diganti dengan kecantikan diri.

Lihatlah resmi setiap Khulafa al-Rasyidin Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali akan bangun berkhutbah selepas selesai perlantikan sebagai pemimpin masyarakat Islam. Antara inti pati ucapan mereka ialah mengharapkan agar orang Islam membetulkan apa-apa kesilapan yang mereka lakukan semasa memimpin dan memberi sokongan selama mereka berada benar di atas landasan al-Quran dan menolak mereka apabila mereka mengetepikan pimpinan wahyu dan sunnah rasul.

Muhasabah diri mempunyai beberapa kelebihan kepada individu Muslim. Orang yang sentiasa bermuhasabah akan sentiasa menginsafi kesalahan dan kekurangan lantas akan melakukan perubahan ke arah kebaikan. Secara tidak langsung apabila seseorang berasakan kelemahan dirinya, pasti dia akan cuba merangka strategi memperbaiki diri supaya kekurangan itu tidak selama-lamanya ada dalam dirinya. Ia hanya boleh dilakukan dengan menjauhkan perasaan ego dan sombong dalam diri.

Justeru, marilah teman-teman kite sentiasa Muhasabah diri sentiasa agar hari esok sentiasa lebih baik dari hari ini dan seterusnya.Jika fikiran, perasaan dan minda dikuasai perasaan bahawa dirinya baik tanpa kekurangan, maka selama itulah tiada perubahan yang dapat dilakukan ke arah pembaikkan diri yang lebih sempurna.

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "