ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: TAQWA UNITED vs NAFSU CITY ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua......


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Roh(Jibril) dengan izin Tuhan-nya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.[Q.S Al-Qadr: 1-5]

Akhirnya menjengah tiba fasa terakhir ramadhan...sayukah hati kita tatkala berkumandangnya azan maghrib Ramadhan td, menandakan masuknya fasa 10 malam terakhir dlm ramadhan...sedarkah iman kita, bahawa dlm 10 mlm terakhir ini, di sembunyikan 1 malam yg di janjikan lebih baik daripada 1000 bulan...hibakah iman kita tatkala menyedari, ramadhan bakal meninggalkan kita tidak lama lagi... kita di kalangan yg mana satu di hadapan ALlah, golongan yg mengingati-Nya lantas semakin giat beribadah di 10 mlm terakhir ini, sbg usaha yg 'luar biasa' bg merebut 'mlm yg luar biasa' itu?... atau yg lalai dgn persiapan menyambut syawal yg bakal tiba...AstaghfiruLlahal a'dzhiim...tazkirah ini sbg muhasabah bersama..biarpun lenggok bahasanya santai, bertanyalah kembali kepada iman di hati, di penghujung nota ini nnt...Salam merebut al-Qadr!


Assalamualaikum wbt para penonton,

Tepat jam 7:24 malam nanti, bilal akan meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian, Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Tamak meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi David Serakah, Carlos Tamak, Mario Berahi dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari).

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros, Yaya TakIngatDosa dan James Maksiat yang menggunakan kaum Hawa sebagai alat menganggu konsentrasi pemain Taqwa United terutama di sudut padang sekitar pusat membeli-belah dan bazaar Ramadhan.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho Kolo TidoLajak dan dibantu oleh Jerome BosanBeribadah, JBB. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti tembok besar pasukan Nafsu City itu agar gol-gol kemenangan dapat dijelmakan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini?

Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini ? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini.

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.


Salam muhasabah iman dan a'mal buat semua...semoga melangkah keluar kita dari Ramadhan 1431H ini dengan jiwa yg berjaya MERDEKA lalu ISTIQAMAH meniti MUJAHADAH dari jajahan NAFSU & Taghut La'natuLlah~ Ameen, Ameen, Ameen!

" Ke arah Puasa yang Sempurna "

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: HAKIKAT TAQWA ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam sayang buat semua......

“Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu puasa sepertimana telah difardhukan ke atas mereka sebelum kamu, moga-moga kamu tergolong dari kalangan mereka yang bertaqwa.” - Al Baqarah: 183


Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke-19 Ramadhan, bermakna, tinggal 11 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan berlalu.Pejam celik, pejam celik inilah hakikat yang terpaksa kita lalui bahawa begitu cepat masa berlalu. Dengan kesibukan kita sebagai pelajar perubatan, dengan teachingnya, onkol nye, cover bednya dan tidak lupa ward round nyer..hampir tidak sedar kita semua bakal meninggalkan FASA PENGAMPUNAN dan memasuki FASA PEMBEBASAN API NERAKA....

Di kesempatan ini, suke untuk penulis mengupas sedikt berkenaan dengan TAQWA kerana inilah Matlamat akhir kita Berpuasa sebagaimana yang telah di sebut oleh Allah SWT : " .....moga-moga kamu tergolong dari kalangan mereka yang bertaqwa.”Jadi, apakah sebenarnye TAQWA ini? mengapa penting sangat taqwa ini sehinggakan setiap kali solat jumaat, khatib akan menyeru kepada jemaah supaya bertaqwa kepada Allah, malah menjadi satu rukun khutbah, dan jika tidak membacanya, khutbah tidak sah..Taqwa banyak dihuraikan melalui ayat al-Quran sendiri, hadis-hadis Nabi SAW, perkataan para Sahabat dan pandangan ulama.


Secara ringkasnya, ulama bersependapat bahawa TAQWA adalah kamu buat apa yang Allah suruh dan kamu tinggalkan apa yang Allah larang. Inilah definisi yang mudah. Tetapi, Saidina Ali pernah mewasiatkan tentang taqwa iaitu :

الخوف من الجليل, والعمل بالتنزيل, والرضا بالقليل, والاستعداد ليوم الرحيل.

Maksudnya : Takut kepada Allah S.W.T., beramal dengan apa yang diturunkan(Al Quran), redha dengan sedikit, dan bersiap-sedia menghadapai kematian.

Suka untuk penulis rungkai sedikit berkenaan maksud " .....moga-moga kamu tergolong dari kalangan mereka yang bertaqwa.”.. Cuba kita renung sekejap, Allah menyebut Moga-moga, mudah-mudahan, agar kamu bertaqwa...bukan Allah sebut kamu akan bertaqwa..Jadi ringkasnya, inilah objektif yang kita perlu capai setelah selesai ramadhan..Namun, adakah kita semua akan dapat TAQWA??..Mungkin ya, dan mungkin tidak kerana Allah sebut mudah-mudahan..Analogi yang mudah penulis bawakan, katakan kita buat satu program, semestinya kita letakkn beberapa objektif dalam kertas kerja program tersebut. Maka, sudah semestinya kita mengaturkan beberapa meeting untuk mencari solusi yang terbaik untuk mengadakan prgram tersebut, malah pada akhirnya kita baut rehersal.Menunjukkan disini bahawa telitinya kita membuat sesuatu prgm demi supaya objektif prgm itu tercapai..

Samalah juga halnya dengan Puasa malah perlu kita beratkan lagi. Bagi mencapai Objektif TAQWA itu, semestinya perlulah kita mengaturkan beberapa strategi agar akhir ramadhan nanti kita mampu mencapai TAQWA ini. Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Saidina Ali, untuk mencapai TAQWA itu ada 4 ciri..Ringkasnya :

  1. Takutkan Allah - Kita percaya dan yakin setiap perkara yang kita buat, samada terang atau tersembunyi, seorang atau berkumpulan, pasti dan pasti Allah akan menilai amalan tersebut kerana kita yakin bahawa Allah Maha mengetahui
  2. Beramal dengan Al Quran - Al Quran adalah panduan hidup kita...jgn hanya dijadikan hiasan ataupon wallpaper shj, yag penting kita beramal dengan setiap yang diturunkan. Contohnya, Al quran kate, jgn HAMPIRI zina, JAGA Aurat, JGN pakai pakaian ketat,..tp yang peliknya, bila datang perintah PUASA, kita ikut, tp bila datang perintah QISAS??...jwb sendiri la...
  3. Redha dengan rezki yang ada - kita harus percaya rezki kita telah ditetapkan oleh Allah. Jangan kita bandingkan diri kita dengan org atasan, ttp banding dengan org bawahan. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan...
  4. Bersedia menghadapi Kematian - jgnlah kita ingt, dunia ini adalah kehidupan kekal, ttp jadikanlah ia sebagai ladang bercucuk tanam agar kita boleh memtik hasilya di ahirat kelak..Igt, Dunia nie milik Allah dan bila2 masa shj Allah bley tarik nikmat yang kita ade..so, jgn sombong sgt...

Jadi, ringkasnya, tidak mustahil untuk kita memiliki TAqWA asalkan kita ikut apa yang telah di syariatkan pada kita dalam bulan Ramadhan ini....ha, kat bawah nie penulis ak kongsi satu cerita..best la jugak...jom layan......

Suatu ketika dahulu, terdapat seorang pemuda yang memilki seekor anjing. Beliau sangat rapat dengan anjing beliau dan sangat menyayanginya. Setiap kali pemuda tersebut perlu bekerja di luar daerah, beliau akan membawa anjingnya bersama ke stesyen kereta api. Kemudian keesokan harinya, anjing beliau akan datang semula ke stesen yang sama untuk menjemputnya pulang ke rumah.

Pada suatu hari, pemuda tersebut perlu ke luar daerah untuk urusan yang penting. Seperti biasa beliau membawa anjingnya meredah cuaca musim dingin Switzerland, menuju ke stesen tersebut. Apabila kereta api sampai, seperti biasa beliau mengusap dan membelai anjingnya. Beliau mendakap dan mencium anjingnya, kali ini lebih lama daripada biasa. Pemuda tersebut melambai-lambai kepada anjingnya dan suara gonggongan manja anjingnya sayup-sayup semakin hilang dibawa angin musim dingin.

Namun sesampainya pemuda tersebut di pecan yang dituju, beliau diserang penyakit dan meninggal dunia. Mayatnya dikebumikan di sana.

Keesokan harinya, seperti biasa, anjing tersebut berlari riang meredah angin sejuk yang bertiup menuju ke stesen berikut untuk menyambut tuannya pulang. Anjing tersebut berdiri dengan penuh sabar sambil menjelir-jelirkan lidahnya di suatu sudut stesen, tempat ia selalu menjemput tuannya. Anjing tersebut menanti dan terus menanti.

Namun setelah beberapa kereta api berlalu, dan kelibat tuannya masih belum kelihatan, anjing tersebut mula resah. Apabila kereta api seterusnya tiba, ia menunggu di depan pintu gerabak dan menyalak-nyalak riang dengan harapan tuannya akan mendengar suaranya. Kereta api silih berganti merakam suara salakan anjing tersebut yang kian kepenatan. Akhirnya anjing tersebut pulang ke rumah dengan kecewa.

Keesokan harinya, anjing tersebut masih belum berputus asa. Ia berlari-lari riang dengan harapan hari ini tuannya akan pulang dan membelainya manja seperti biasa, memberinya minum susu hangat di musim sejuk ini, dan ia boleh merebahkan tubuhnya dalam dakapan tuannya setelah penat bermain seperti hari-hari sebelumnya. Berbekalkan semangat itu, anjing tersebut terus setia menyalak di depan pintu gerabak kereta api.

Begitulah rutin harian anjing tersebut setiap hari. Berlari riang kea rah stesen dengan penuh pengharapan, kemudian pulang semula ke rumah dengan wajah yang sugul kecewa. Tahun berganti tahun, musim silih berganti, anjing tersebut terus setia menanti tuannya.

Hinggalah di saat ia tua, ia hanya mampu mundar mandir di stesen mencari tuannya. Di saat-saat akhir kehidupannya, ia hanya mampu terbaring lesu di tempat yang sama kali terakhir tuannya mengusapnya manja dan mendakapnya erat. Panjang sungguh episod dukanya, dan akhirnya ia mati menanggung kerinduan yang amat sangat pada tuannya, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga.

Pihak stesen yang mengikuti perkembangan cerita duka anjing ini telah mendirikan sebuah tugu bagi mengenangkan jasa dan kasih sayang seekor anjing menanggung kerinduan kepada tuannya.

Begitulah kisah kesetiaan seekor anjing. Betapa taatnya ia kepada tuannya sehingga di saat-saat akhir kehidupannya. Tidak hairanlah sehingga saidina Ali pernah berkata,

“Aku belajar tentang Taqwa daripada kesetiaan seekor anjing kepada tuannya”

Malunya kita bila mengenangkan hubungan kita dengan Allah dibandingkan hubungan anjing dengan tuannya. Betapa seekor anjing hanya dilayan seperti anjing. Diberi makan di bawah meja, dirantai di luar rumah (disekat kebebasan bergerak), diberi tidur di ruang asing di luar rumah menahan kedinginan malam dan dirantai di leher ketika dibawa berjalan. Namun cukuplah satu sebab yang menjadi kesedaran kepada anjing tersebut, bahawa ia bukan anjing jalanan yang tidak bertuan. Hanya atas kesedaran itu, seekor anjing menggenggam erat setianya pada tuannya hingga ke hembusan nafas terakhir.

Berbanding dengan kita. Kita bukan setakat dikurniakan pelbagai kelebihan, bahkan kita diangkat darjat melebihi makhluk-makhluk lain dengan dikurniakan akal. Bahkan para malaikat turut diperintahkan sujud kepada kita di awal penciptaan manusia. Bahkan kita diturunkan dengan satu jawatan yang sangat mulia, menjadi khalifah (pentadbir dan penguasa) muka bumi ini. Kita dikurniakan sejuta nikmat dan rahmat walaupun kita berdiri di antara iman dan kufur.

Ayuh teman2 semua....kite perhebatkan lagi amal ibadah kita sementara ramadhan masih berbaki 11 hari lagi.. Jangn pula semakin akhir ramadhan, semakin liat untk kita beramal...igt, LAILATUL QADAR sedang menunggu kita, hanya tingal kita shj untuk merebutnya atau tidak...Sama2 lah kita berdoa agar Allah memasukkan kita dalam golongan yang sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikan dalam Ramadhan ini...wassalam..

p/s : Kandungan Tazkirah Ringkas Ramadhan penulis di Surau Al Razi, 28/9/2010..

Ke arah Puasa yang Sempurna

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "







:: RUMUSAN MUZAKARAH RAMADHAN ;;

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa di tanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan di kekang pada hari kiamat nanti dengan kekang api neraka."

(Hadis riwayat Abu Daud, At-Tarmizi)


ha, kat sini penulis nk kongsi satu artikel yang penulis terjumpa ketika menziarahi artikel2 kat internet..sangat sesuai penulis rasakan untuk teman2 penulis yang sedang menuntut di Fakulti Perubatan kerana penulis percaya dan yakin inilah persoalan yang biasa kita diajukan oleh pesakit2 bila tiba bulan Ramadhan ini....harap berguna untuk kita semua dan membantu dalam menjawab kekeliruan pesakit kita....jom layan....


Perkara perubatan yang tidak membatalkan puasa


Seminar berkenaan prosedur ke atas pesakit semasa berpuasa telah diadakan di Auditorium, HUKM, Cheras pada 2 September 2007, 9 am to 1 pm.


Panel terdiri dari Dr Ikram Laldin UIAM dan Ustaz Zahazan Mohamed ( Kuliah tafsir setiap maghrib radio IKIM.)

Banyak perkara yg selama ni kita tak pasti ataupun dianggap tak boleh dilakukan daripada aspek perubatan dijelaskan dalam muzakarah ini. Kebanyakan perkara yg dibincangkan adalah berdasarkan konvension fiqh sedunia, dilampirkan dibawah sebagai panduan dan terbuka untuk perbincangan kita bersama sama.

Substances and actions that nullify the fasting. According to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh) three actions nullify fasting: eating, drinking and sexual intercourse. Therefore, the passing of any solid or liquid substance that can be described as food or drink, in any quantity through the gullet would nullify fasting. Accordingly, the articipants agreed unanimously that the following do not nullify fasting.

1. Eye and ear drops, and ear wash.
2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.
3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor’s or midwife’s fingers during pelvic examination.
4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-wak and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding. Blood donation or receiving blood transfusion.
7. Oxygen and anaesthetic gases.
8. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
9. Drawing blood samples for laboratory testing.
10. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
11. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
12. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
13. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
14. Biopsy of the liver or other organs.

A majority of participants added the following:

1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.

Adapted from email

DR MOHAMMAD WISMAN BIN ABDUL HAMID
Ketua Unit Kesihatan
UiTM Pulau Pinang


Ke arah Puasa yang sempurna

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: KESILAPAN DALAM BULAN RAMADHAN ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)





Sedar tidak sedar, Fasa RAHMAT Ramadhan telah pon berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna, Ramadhan hanya berbaki 20 hari sahaja lagi. Sekarang, kita baru sahaja memasuki fasa PENGAMPUNAN Ramadhan...ayuh, kita cuba renung ke dalam diri, muhasah....adakah 10 ramadhan yang telah berlalu mampu meninggalkan kesan positif dalam amalan2 ibadah kita..Jikalau ada, Alhamdulillah penulis ucapkan pada teman2 kerana berjaya mengharungi Fasa pertama Tarbiyyah Ramadhan ini...teruskan istiqamah...tetapi, andai sebaliknya, masih lagi tercari-cari....masih belum terlambat untuk terus bermujahadah memohon pada Allah agar diberi kemanisan beribadah dalam bulan Ramadhan ini...

Sekadar berkongsi dengan teman2 semua satu artikel yang penulis terjumpa di internet..Moga dapat sama2 kita mengambil pengajaranya agar hari2 yang berlalu di bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan amalan2 ibadah yang sempurna seterusnya mendapt ganjaran disisi Allah...Jom layan.....



Antara objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini adalah taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara penyebabnya adalah :-

  • Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
  • Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18
  • Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
  • Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
  • Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
  • Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
  • Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
  • Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
  • Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
  • Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

    Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )


Ke arah Puasa yang Sempurna

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "