ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: AIDILFITRI ADALAH IBADAH, BUKAN ADAT!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

“...dan hendaklah kamu bertakbir (membesarkan) Allah di atas hidayah yang dikurniakan kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah: 185)

“Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis sahih An-Nasa’i)




"Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…" Apabila bergemayanya kalimah Membesarkan Allah ini memecah keheningan malam, disaat itulah tandanya Umat Islam seluruh dunia amnya, dan Malaysia khususnya menyambut kedatangan Syawal tanda Kemenangan dan graduasi buat umat Islam setelah sebulan berada di Madrasah Ramadhan. Apa yang pasti, doa dan harapan semua agar Ijazah Taqwa mampu dimiliki untuk dijadikan bekalan menghadapi bulan2 yang mendatang..

Sedikit coretan dari penulis tentang Aidil Fitri ini. Ringkasnya "Aidil - fitri "bermaksud " Kembali - Fitrah " atau perayaan fitrah iaitu kemenangan kita kembali kepada fitrah bersama ketaqwaan kepada Allah SWT dalam diri kita. Fitrah kita sebagai manusia seperti yang banyak dijelaskan oleh Allah dalam Al quran, dan antaranya ialah Manusia itu suci bersih dari segala dosa dan maksiat dan inginkan kebaikan. Inilah Fitrah sebenar kita sebagai manusia

Kita berpuasa…melatih melepaskan jiwa..diri sejati..roh..diri yang sebenar daripada kehendak (nafsu) jasad yang penuh dengan fikiran dan emosi. Kita tidak mahu lagi mengikut kehendak jasad tetapi kita ingin memimpin jasad ke arah yang diilhamkan oleh Allah SWT. Telah terbukti sudah bahawa Puasa mampu mendidik manusia untuk menyekat nafsu, paling tidak pon tidak makan dan minum di saat bulan Ramadhan..Inilah didikan yang kita lalui dan sewajarnya bagi orang2 yang beriman dan berpuasa dengan penuh pengharapan untuk mendapat rahmat Allah, selayaknya mereka diberi suatu Hari Kemenangan untuk diraikan iaitu Hari Raya AidiFitri..

Tetapi, Apalah makna kemenangan jika kita sekadar berjaya memungut sebanyak mungkin ganjaran Ramadhan sedangkan diri yang sejati masih tidak berubah. Apalah ertinya sebuah kemenangan jika kita masih lagi bersikap tamak, bakhil dan banyak yang tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT. Apalah ada dengan sebuah kemenangan fitrah jika kita merayakan kemenangan dengan sekadar kegembiraan namun tidak menyedari sebuah pengertian kemenangan ini dalam kemabali kepada ISLAM yang sebenar...

Nanti tidak ubah jadinya sama seperti sekadar mengibar bendera Malaysia di musim kemerdekaan untuk menunjukkan kita ini cintakan negara, Sedangkan roh iaitu diri sejatinya entah ke mana.


Sama juga seperti hari raya Aidilfitri. Sekadar pemberian kad yang cantik atau ucapan dari mulut yang manis memohon maaf namun roh iaitu diri yang sejati entah ke mana. Amatlah rugi jikalau perkara seumpama ini berlaku terhadap diri kita...

Secara ringkasnya, apa yang ingin penulis tekankan pada entry kali ini ialah, ayuh kita sama2 kembali pada ISLAM yang mendaulatkan AL Quran dan Assunnah sebagai undang-undang idup manusia. Apalah erti Hari raya aidilfitri jikalau disaat dan detik kita berhari raya, tetapi disana kita masih lagi mengamalkan undang2 kapitalis, undang2 ciptaan manusia yang menolak undang2 Allah. Apalah ertinya lagi jikalau Aidilfitri itu disambut dengan hiburan yang melampau, pemakian yang mendedakah aurat dan masih lagi mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan..


Apa yang menyedihkan penulis dewasa ini ialah seolah2 perayaan aidilfitri itu sudah menjadi satu ADAT, bukan lagi suatu IBADAH. Sebagai orang ISLAM, kita harus memahami bahawa perayaan kita tidak sama denga perayaan agama2 lain kerana perayaan Umat ISLAM adalah suati ibadah, dah sifat ibadah itu pasti dan pastinya mempunyai garis penduan dan syariat yang ditetapkan oleh Allah..

Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakt kita pada hari ini, ADAT telah mengatasi IBADAH. Manusia sibuk mencari nama dan pangkat disisi manusia berbanding nama dan pangkat disisi Allah.Lihat sahajalah fenomena yg berlaku, setiap kali menjelang Aidifitri, pelbagai rancangan TV dihidangkan seolah2 menghalang untuk kita pergi ziarah dan menziarahi, walhal inilah yang dituntut..Ini belum lagi dicampur dengan pemakaian anak2 muda pada hari ini yang kebanyakan tidak selari dengan syariat ISLAM..Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakt pada hari ini..

Atas maksud itulah, perlunya ada segolongan yang sentiasa mengingatkan kita akan hal ini supaya Kemulian ISLAM itu tidak dicemari dengan keghairahan nafsu mengikut logik akal. Sebab itulah masyarakat pada hari ini perlu kembali kepada ISLAM secara SEPENUHNYA, bukan separuh2....Gunakanlah Tarbiyyah di bulan Ramadhan itu sebagai titik permulaan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dan kembali kepada Fitrah ISLAm yang sebenar...



Kesimpulannya, kehadiran Syawal yang mulia ini menuntut kita bermuhasabah diri sejauh mana kita berjaya memanfaatkan bulan Ramadan yang bakal berlalu ini. Semoga latihan iman dan takwa yang kita jalani sepanjang Ramadan mencetuskan perubahan yang berkekalan dalam diri kita semua.

“Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan”.

Selamat Hari Raya AIdil Fitri, Maaf Zahir Batin dari Saif Al Nidham untuk semua....Jom pakat kite maaf-maafan sesama kita..uweee.... :)

:: RAMADHAN SEBAGAI KEM MOTIVASI ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

"Dan ceritakan lah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putra Adam, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka (kurban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak di terima. Dia (Qabil) berkata, "sungguh, aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata, "Sesungguhnya Allah hanya menerima amal dari orang yang bertaqwa."
(Quran, Al-Maidah : 27)

" Mahu tidak mahu, Ramadhan tetap akan meniggalkan kita. Hanya kamu sahaja yang mengetahui bagaimana kamu melepaskan Ramadhan pergi ". Inilah antara ucapan Kuliah Subuh seorang Ustaz pada subuh tadi, bersamaan 29 ramadhan 1431 H. Yup, tinggal sehari lagi untuk kita bershopping bonus2 pahala yang ada dalam ramadhan ini ataupon mungkin inilah hari terakhir kerana ade khabar angin mengatakan esok, khamis kita bakal menyambut 1 syawal. Ape2 pon, tunggu jelah pengumuman malam ini.

Realitinya, Ramadhan akan meninggalkan kita dalam masa beberapa jam dari sekarang. Ada baiknya jika kita renungkan kembali, apakah kita pasti bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan selama ini telah diterima oleh Allah? Apakah kita masih melakukan perkara-perkara yang mencacatkan pahala puasa? Apakah puasa kita layak diberi ganjaran pahala oleh Allah? Atau kita hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa sebarang pahala?.


Sesungguhnya hanya diri kita sendiri yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita lakukan. Ini kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya.


Ya ALLAH, Ramadhan bakal berakhir! Apakah sempat aku menemuinya lagi pada tahun hadapan?

Dengan keadaan Adilfitri yang bakal menjelma, suasana seluruh negara hari ini telah mula meraikan kedatangannya hingga menenggelamkan detik-detik akhir Ramadhan ini. Tetapi, Alhamdulillah, penulis kagum dengan Masjid Kmpg penulis kerana mengikut Imam Masjid itu, sampai ke malam tadi jemaah yang datang Terawih dan Qiam di paginya masih lagi seperti di awal2 Ramadhan. Syabas penulis ucapkan.


Suka untuk penulis berkongsi dengan teman2 semua salah satu intipati Usrah Papisma yang penulis hadiri di Rumah Dr Fuad baru2 ini di PutraJaya, yang telah disampaikan oleh Ustaz Jamir, Murobbi penulis. Ringkasnya, Ramadhan ini diibaratkan sebagai " KEM MOTIVASI " . Berbicara mengenai Kem Motivasi, contohnya Kem UPSR, Kem Jati Diri, Kem Pemantapan Akhlak dan sebagainya, antara Objektif yang ingin dicapai adalah supaya dapat melahirkan Pelajar, manusia ataupon insan yang lebih baik daripada sebelum menghadiri ke kem ini dan yang paling penting ialah dapat mengaplikasikan semua perkara yang diajar ketika dalam KEM sepanjang hidup kita . Di dalam Kem inilah kita diberi sebuah fail yang didalamnya mengandungi beberapa Tentatif Program dan beberapa peraturan kem untuk kita patuhi.


Sebagai salah seorang peserta yang mengikuti Kem tersebut, sudah semestinya kita berusaha sehabis mampu untuk mengikuti semua program2 yang telah disediakan kerana kita percaya bahawa dengan berbuat demikian lah kita mampu mencapai objektif yang digariskan dan mampu membentuk diri yang lebih sempurna. Contohnya, seorang pelajar yang mengikuti Kem PMR, disinilah mereka di ajar teknik2 menjawab soalan peperiksaan, cara belajar yang efektif dan pengurusan masa yang cekap dengan harapan sebaik tamat Kem ini, mereka dapat aplikasikan teknik2 dan cara belajar yang berkesan apabila di sekolah nanti. Tetapi, cuba kita renungkan, Kem Motivasi ini tidaklah dibuat sepanjang tahun, paling lama pon penulis pernah hadiri ialah seminggu dan paling singgkat ialah 3 hari.


Pernahkah teman2 tertanya2 mengapa Kem seumpama ini hanya dilaksanakan seminggu sahaja? mengapa tidak dibuat sepanjang tahun?? Ringkas jawapanya, kerana tiada tenaga pengajar yang sudi untuk berkerja setahun..hehehe.. :) Apa yang penulis ingin sampaikan dalam entry ini adalah, jikalau kita renung sejenak, semua KEM2 Motivasi yang dianjurkan adalah bersifat sementra,hanya beberpa hari shj, selebihnya sebaik tamat KEM tersebut, semuanya terpulang pada kita samada mahu mengikut segala teknik2 dan tips yg telah kita dapt sepanjang Kem tersbut ataupon sebaliknya. Logiknya, rugilah, bayar mahal2 untuk hadiri Kem tersebut, tetapi tidak menjadi apa yang dihajati dan tidak mengikut apa yang telah diajar sepanjang Kem itu..


Samalah halnya juga dengan Ramadhan. Ramadhan hanyalah 30 hari sahaja dalam setahun yang mengandungi 365 hari. Di dalam bulan inilalah kita dibekalkan dengan Fail Al quran, yang mane didalmnya terkandung pelbagai tentatif program dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam bulan Ramadhan ini dengan harapan agar kita menjadi orang2 yang BERTAQWA. Inilah objektif di KEM RAMADHAN ini. Sepanjang Ramadhan inilah kita dididik dan diasuh dengan pelbagai sifat dan watak sebagai seorang MUSLIM. Kita diajar untuk tidak makan dan minum di siang hari, menahan nafsu dari melakukan perkara2 yang tidak senonoh, memperbanyakkan amalan2 sunat dan sebagainya. Ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk diri kita dalam menuju redha Allah..

Jadi, bila mana Ramadhan hendak meninggalkan kita, seharusnya kita telah bersedia untuk menempuhi bulan2 yang mendatang dengan berbekalkan segala didikan dan pelajaran yang kita terima sepanjang ramadhan. Inilah yang dikatakan Kem Ramadhan. Ramadhan datang adalah sekadar untuk memberi didikan dan guideline pada kita agar mampu survive untuk bulan2 seterusnya. Janganlah pula habis sahaja Ramadhan, berkecailah segala amalan dan didikan diri yang telah kita bina selama sebulan.

Kesimpulannya, usahlah ditangisi pemergian ramadhan kerana ia tetap akan meninggalkan kita. Menangislah andai diri kita masih lagi seperti dahulu kala, tiada perbezaan sebelum dan selepas Ramadhan. Gunalah segala didikan yang telah kita terima di Madrasah Ramadhan ini untuk menempuhi 11 bulan yang mendatang. Doa penulis agar kita sama2 istiqomah dalam meningkatkan amal ibadah selepas ramadhan ini. Wasslam..

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "