ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: APO KONO EH JANG?? ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

"Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman, tetapi orang-orang munafik tidak mengetahui” [Al-Munafiqun : 8]

Alhamdulillah, malam tadi telah tercatat satu sejarah dalam Bola Sepak kelantan apabila buat pertama kalinya muncul sebagai Juara Piala Malaysia 2010..Skuad kijang yg femes dgn slogan "Gomo Klate Gomo" merupakan finalis musim lepas bersama Nogori. Kekalahan 3-1 di tangan skuad "Hobin Jang Hobin" pada musim lepas akhirnya ditebus semalam dengan kemenangan 2-1...


Pape pon, penulis hepi sangat2 atas kemengan Skuad Kijang nie......Jom layan ..hee..

Sejarah baru bola sepak Kelantan telah tercipta
Manakan tidak, 1st time menang Piala Malaysia.
Dan aku suka...
GOMO KELATE GOMO...!!

to Negeri Sembilan,
APO KONO EH JANG??????

haha.......


Walaupon penulis bukan anak jati kelate(jiran sebelah negeri jerk...hee), namun sokongan penulis tetap dengan skuad The Red Warriors ini...Tahniah dan syabas penulis rakamkan pada semua pemain dan rakyat kelantan atas kemenangan ini...Mungkin inilah hadiah buat Sultan baru kelantan,Sultan Muhammad Ke-V dan 20 tahun Pemerintahan PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memerintah kelantan dengan TERBAIKKK..!!!...Moge aura kemenangan Geng2 Tok Guru ini diteruskan lagi di PRK Dun Galas......Takhbir.!!!!!

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: ORANG MUDA GENG KITE ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

“Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), diturunkan dari (Allah) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.” [Thaahaa: 2-4]


Apakah yang ummah harapkan daripada kita semua para pemuda?Pemuda Islam mempunyai tugas besar lagi berat untuk membangunkan ummah. Teringat saya akan tulisan Profesor Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya

“ Membangun Ummah; Satu Kenyataan Bukan Khayalan” menegaskan “Sesungguhnya, seorang muslim yang bertanggungjawab adalah juga seorang nasionalis sejati; mencintai tanah air dan bangsanya sepenuh hati dan sentiasa berkorban untuk membela dan menjaga maruahnya; juga seorang yang bersifat antarabangsa yang tulen.”


Rentetan daripada ini, seorang pemuda muslim mestilah menjadi warganegara yang baik, di samping menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang soleh. Pemuda muslim mestilah mempunyai jati diri muslim yang kental sebagaimana yang diungkapkan dalam al-Quran:


Maksudnya “ Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk” Surah al-Kahfi: 13

Sebagai generasi Islam yang punya tanggungjawab terhadap agama dan ummah, maka nilai Islami mestilah benar-benar menjiwai kehidupan para pemuda. Para pemuda perlu membina keunggulan keperibadian dan kepimpinan ummah. Para pemuda mestilah menjadi dirinya, ruh jihad dalam jasad ummah kini bagi mencetuskan kesedaran baru tentang ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan; politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan peradaban.



Marilah kita mengkaji pemimpin belia mutakhir yang mampu menelurkan idea yang bernas, merangka program dengan rapi dan menjalankan tugas membina kesedaran baru, membangunkan Islam dan membina kekuatan ummah. Pemuda itu tidak lain dan tidak bukan iaitu Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwanul Muslimin.

Saya menyeru sahabat-sahabat pemuda, peranan kita ialah memperlengkapkan diri dengan ciri-ciri budaya cemerlang secara kombinasi dan bersepadu ; kecemerlangan iman, kecemerlangan ilmu, kecemerlangan akal, kecemerlangan fizikal, politik, ekonomi, professional. Natijahnya, jika kita memmiliki keunggulan ini, ummah akan perkasa dan wibawa.

Jadilah usrah sebagai medan untuk kita semua dalam menjalankan tanggungjawan dan peranan agama yang ditaklifkan ke atas pundak kita sebagai pemuda Islam

Ikhlas Khas untuk u-jam : nukilan Ustaz Nazeli



" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: SEKITAR PENAMAAN CALON DUN GALAS ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....



Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
(Surah Al-Hujarat: ayat 15)

Gua Musang: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusof, 47, dan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad, 44.

Hanya mereka berdua tampil mengemukakan kertas pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sebelum proses pencalonan selama sejam tamat pada 10 pagi tadi.



Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS merampas kerusi DUN Galas dengan majoriti kecil 646 undi apabila calonnya, Chek Hashim mengalahkan penyandang dan calon BN, Mohamad Saufi Deraman.

DUN Galas adalah satu daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Gua Musang, Kelantan, selain Nenggiri dan Paloh. -BH

















Doa penulis agar PAS dapat pertahankan kerusi Dun Galas ini...Amin...

PAS FOR ALL
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

:: USRAH VERSI RIADAH SANTAI ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

"Tiada suatu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain dari saudara yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendahlah ia berpegang kepadanya."
(Umar Al-Khattab)


Saper kate Usrah hanya boleh berlaku di surau, membaca tafsir Al Quran dan mengupas2 buku2 agama sahaja??..Sape kate Usrah tidak boleh dilaksanakan jikalau tiada pengisian agama di dalamnya??..Adakah ISLAM itu hanya tertumpu pada ibadah solat dan sunat di surau2 sahaja??.. Adakah ISLAM itu hanya boleh dilaksanakan apabila kita berkopiah dan berbaju melayu sahaja??..Satu persoalan penulis lontarkan pada teman2 agar difikir bersama. Ringkasnya agar dapat membuka minda teman2, ISLAM bukan semata-mata agama, tetapi ISLAM itu adalah Cara hidup yang merangkumi semua aspek. Janganlah kita sempitkan ISLAM itu hanya pada ibadah sahaja. Pemikiran sempit terhadap ISLAM inilah yg melahirkan manusia yang memisahkan Agama dengan Kehidupan.... nauzubillah.....


Manusia takkan pernah mampu hidup sendiri. Paling tidak dia memerlukan Yang Maha Pemurah dan Penyayang untuk memerhatinya dan memenuhi hajatnya. Paling kurang dia memerlukan teman dalam mengemudi hidupnya. Sendirinya dia di dalam kubur pun masih bertemankan cacing dan serangga tanah. Hidup di dunia pastinya memerlukan teman untuk diajak mengenal Allah dan membangkitkan iman bersama....Alhamdulillah, pada malam jumaat yg lepas, Allah memberi kesempatan pada penulis untuk bersama adik-adik seperjuagan berusrah versi riadah santai...Apakah riadah santai itu??...Jom layan........

Yeahh...inilah riadah santai kami....Bowling timezzzzzz..!!!!... ;)



Sampai terduduk dah ha......hehe....







Finally...abis jugak...cube tgk..agak2, "G = 157 " tu sape???......G stand for..........jawab sendri la erk...hehee. :)





Lepas men, kami pergi santap jap.......

Ha, itulah Usrah Versi riadah kami....Cam best jer kan?? hehe.....Moge ikatan ukhwah yg terbina terus mekar dibawah rahmat dan redhaNya....Abg sayang korang semua..!!!!!!!!!...wassalam...

" ISLAM ADIL UNTUK SEMUA "

:: DIMANAKAH ISLAMIKNYA?? ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....


Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .Surah an Nuur ayat : 31

TerBONGKAR LAGI..!!!!....Waduh-waduh, apa sudah jadi dengan Negara Malaysiaku???????...... Ataupon lebih tepat lg, apa sudah jadi dengan ISLAM di Malaysia???....Adoyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... !!!...Apa nak jadi nie??????....... Belum lagi sejuk isu KONSERT ADAM LAMBERT GAY, terbongkar lagi satu isu yang ternyata menghina dan memalukan umat Islam iaitu isu penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF) yg diadakan di Monte Carlo, pada bulan ogos yang lepas...Nama Programnya jelas kelihatan seolah2 mahu memartabatkan ISLAM, ttp hanya tinggal nama sahaja.....Percaya atau tidak???...teman2 nilailah sendiri di akhir entry ini....

Mungkin penulis bley berkongsi sedikit secara apakah sebenarnya IFF ini. Ringkasnya, IFF ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Seri Rosmah Mansur, ISTERI PM kiterrrr lerr, sape lagi.... bertindak sebagai penaungnya (founding patron). Perancangan asal untuk melahirkan IFF memang satu tindakan yang bernas namun pengisiannya perlu difikirkan semula. IFF adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam yang diajarkan oleh Islam kepada kita...kenapa penulis berkata demikian??...ayuh, same2 kita saksikan sedutan program ini......Jom layan......


DS Najib, DS Rosmah, Prince Albert dan TS Taib Mahmud kelihatan di pertunjukan Islamic Fashion Festival di Monte Carlo, August 9, 2010

DS Rosmah Mansur tanpa rase segan, silu dan bersalah malah dengan bangganya merasmikan IFF ini...........adoiii....

Antara barisan model yang menjayakan IFF di Monte Carlo

Lagi barisan model yang menjayakan IFF di Monte Carlo

Seorang peragawati memperagakan fesyen "buka aurat" dan nama "Muhammad" secara terbalik.

Seorang model memperagakan ciptaan pereka fesyen Palestin, Hindi Mahdi

Model memperagakan ciptaan pereka fesyen Indonesia, Ghea Panggabean

Penonton yang hadir......banyaknye la sahm yg dapat yerr...free jerkk.....

So, apa pendapat teman2 semua???....adakah pengisian and fesyen pakaian yang diperagakan adalah mengikut acuan islam??......Semestinya TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....... malah menunjukkan betapa b-----g dan b---hnya pemimpin2 negara yang bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang menyertainya...........

“Wahai orang-orang Islam masuklah kamu ke dalam islam seluruhnya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata. (Al-Baqarah : 208)

Penulis akui, mingkin ada suara2 sinis yang berkata : " alah, apalah sangat ko bley buat??...setakat marah dalam blog nie buat ape??..lain la klu ko ada ada jawatan dalam kabinet ker..anak Yb ker... " ..Iya, penulis akui, mmg penulis tidak mempunyai apa2 kekuatan, apatah lagi nasih bergealr seorang Mahasiswa yg terikat dengan akta2 yang tak menjana minda langsung, tetapi cukuplah sekadar penulis dapt menyedarkan teman2 dan masyarakt Malaysia khususnya MUSLIM bahawa kita hari ini sudah semakin jauh dan lari dari nilai2 dan akhlak sebagai org ISLAM...dan menjadi tanggungjawab kita, tidak kirelah siapa, baik cleaner ke, student ker, penjual keropok ker, penyarah ker or even menteri2, apabila kita melihat Pemimpin negara kita membuat kemungkaran, haruslah ditegur agar mereka kembali ke ISLAM yang sebenar.......

Akhir kata, kajilah semual penglibatan Malaysia ke dalam IFF ini. Jangan gunakan kuasa yang ada untuk menjatuhkan ISLAM, kelak azab Allah akan menimpa semua.....Kat sini penulis ade limk MEMO TAUBAT UNTUK ROSMAH yang ditulis oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nassruddin Hassan...Wassalam....

" ISLAM ADIL UNTUK SEMUA "