ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: MUHASABAH DIRI ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


"Ya Rabb kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi".[Al A’raf : 23].





Duhai hamba yang berlumur dosa..
Duhai hamba yang suka menzalimi diri sendiri..
Apa yang telah engkau perbuat terhadap dirimu..???
Tidak Ingatkah engkau pada azab Allah…??

Tidak Ingatkah engkau pada hari pembalasan dimana di sana dihamparkan semua amal seseorang…??

Tidak takutkah engkau wahai hamba yang berlumur dosa..???
Cuba renungkan,,betapa banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu, tetapi apa yang telah engkau lakukan..??

Engkau derhaka kepada Allah dan menzalimi dirimu sendiri..
Tidak takutkah engkau pada Dzat yang menciptakan langit dan bumi ini..??
Apakah engkau tahu dimana tempat kembalimu ..??

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". [Ali Imran:185].

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Surga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15) “Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)

Janganlah kita terperdaya oleh kehidupan dunia yang hanya sementara ini,,
kerana kehidupan di akhiratlah sebenar benar kehidupan.
Jadi apakah yang membuat dirimu ini lalai duhai diri yang berlumur dosa..??
Bersegeralah dirimu ini menuju Allah,,
memohon ampunlah kepada Allah jika engkau ingin beruntung..

"Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." [An-Nuur: 31]

Dzat Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang berfirman.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Rabb-mu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang beriman yang bersamanya, sedangkan cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan, ‘Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.” [At-Tahrim : 8]

Memang diri ini iaitu manusia yang tidak luput dari kesalahan,,tidak luput dari dosa,,tapi tidak pernahkah engkau mendengar sabda Rasulullah SAW :

“Setiap anak Adam adalah bersalah dan sebaik-baiknya orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang mau bertaubat.” HR. At-Tirmidzi (no. 2499), Ibnu Majah (no. 4251), Ahmad (III/198), al-Hakim (IV/244), dari Anas Radhiyallahu ‘anhu, dan dihasankan oleh al-Albani dalam kitab Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 4391).

Rasulullah SAW:

“Seandainya para hamba tidak melakukan dosa nescaya Allah akan menciptakan makhluk lain yang melakukan dosa, kemudian Allah akan mengampuni mereka, dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” HR. Al-Hakim (IV/246), Abu Nu’aim dalam kitab al-Hilyah (VII/204), dan dishahihkan oleh al-Albani dalam kitab Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 967).

Terus apa yang menghalangimu untuk bersegera menuju Allah..???
Sementara kita tahu rahmat Allah begitu luas..

“ Katakanlah, Hai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semunya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [Az-Zumar : 53]

Dalam sebuah hadits dari Abu Musa ‘Abdullah bin Qais Al Asy’ari Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala selalu membuka tanganNya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari, dan Allah membuka tanganNya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di malam hari. Begitulah, hingga matahari terbit dari barat"HR Muslim (no. 2759).

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu ‘Abdirrahman ‘Abdullah bin ‘Umar bin Al Khaththab Radhiyallahu 'anhu, bahwasanya Nabi SAW:

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (ruh) belum sampai di tenggorokan"Hadits shahih riwayat At Tirmidzi (no. 3537), Al Hakim (IV/257), Ibnu Majah (no. 4253). Lafazh hadits ini menurut Imam At Tirmidzi.



Kita memohon ampun kepada Alah atas kesalahan-kesalahan yang kita perbuat…

Semoga rahmat Allah selalu terlimpahkan kepada kita..

"Ya Allah, Engkau adalah Rabb-ku, tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) kecuali Engkau, Engkau-lah yang menciptakanku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan (apa) yang telah kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu (yang diberikan) kepadaku, dan aku mengakui dosaku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau".[HR Al Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (IV /122-125) dan An Nasa-i (VIII/279-280).


“Ya Allah, jauhkan antara aku dan kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku dan kesalahan-kesalahanku, sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran. Ya Allah, cucilah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan, es, air dan salju”. (HR. Bukhari:1/181 dan Muslim: 1/419).


Tulisan ini untuk diri sendiri..
betapa banyak dosa yang telah diri ini perbuat..
sampai2 tidak henti2nya memikirkan dosa ini..
diri ini takut..........diri ini malu...................
diri ini cuma dapat berharap dan berusaha untuk kembali bersih seperti bayi yang baru lahir..
Semoga Allah mengampuni dosa2 diri ini dan kaum muslim seluruhnya...

Penulis yang lemah disini meminta maaf pada teman2 semua jika punya kesalahan..
Semoga kita di kumpulkan di syurga Allah kelak..
Semoga Allah menjauhkan kita dari api neraka ...

Barakallahufiik buat teman2ku.......
Teruskan belajar sampai kuar air mate darah..semangat..!!!!
Toward Pro Exam Mac 2011.......
Let us be Prof Dr Mukmin......

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: SAMBUTAN TAHUN BARU = SAMBUTAN MELIHAT MAKSIAT ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


Katakanlah, Hai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semunya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [Az-Zumar : 53]


Bersua kembali..wah, pejam celik, makan tido, ward round teaching, teluk intan PPUKM, dah nak masuk tahun baru 2011...bile erk?..esok kan? hm...sekadar porkongsian dari penulis untuk semua...tidak semestinya betul, ttp nilailah dengan mata hati seorang MUSLIM.....

Jika ditinjau secara logik, 1 Januari hanyalah satu hari dalam setahun yang tidak mempunyai apa-apa signifikan besar kepada kehidupan manusia melainkan hanya menjadi tanda bermulanya era baru berasaskan pengiraan takwim solar yang mempunyai asal-usulnya kepada agama Kristian. Mengapa penulis berkata sedemikian...? Cube teman2 fikir sejenak, apakah peristiwa yg berlaku sehinggakan kite perlu untuk menyambut 1 Januari setiap tahun???....semestinya tiada. Berbeza dengan I Muharram, yang mana semestinya mempunyai signifikasi yang besar kepada umat Islam, yang tidak diragukan lagi kenapa perlu untuk kite memperbesarkan 1 muhaaram itu...


Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam.Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.

Berbeza dengan 1 Januari kerana ini adalah perancangan orang2 kafir yang ingin menjauhkan umat Islam dari agama mereka sendiri. Orang Kristian menggunakan pengiraan berdasarkan solar kerana hari kebesarannya banyak membabitkan kedudukan matahari dan pergerakan musim seperti Hari Easter dan seumpamanya.

Seperti yang sedia maklum, upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta yang dipenuhi perkara berunsur maksiat dan golongan remaja lah yang menjadi mangsanya. rasanya penulis tidak perlulah mengulas lebih lanjut berkenaan keruntuhan akhlak remaja setiap kali menjelang, bukan sahaja sambutan tahun baru, malah apa2 sambutan sekali pon, mesti dicemari dengan pesta maksiat dan pergaulan bebas.



Tarikh 1 Januari lebih diingati daripada 1 muharram.
Tarikh valentine days lebih diingati daripada 12 rabiulawal
Tarikh april fool lebih diingati daripada 27 rejab
Tarikh frinedship days lebih diingati daripada 17 Ramadhan

Sekarang ini kita tidak punya masa untuk menunding jari siapa yang harus disalahkan, tetapi penulis menyeru kepada teman2 dan sesiapa sahaja yang membaca agar kita sama berusaha untuk mendekatkan kembali, khususnya golongan2 remaja tentang ISLAM. Apa yang pasti jika ia tidak di bendung, ia pasti mengundang masalah di hari depan. saya juga percaya bahawa kita pasti meninggalkan waris di masa hadapan. renung-renungkan lah.

Jom, pada mereka yang berada di sekitar lembah klang, kita sam2 menyertai XPDC Dakwah tahun Baru 2010/2011..berikut sedikit butiran program ;



XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011

Tarikh : 31 Disember 2010

Masa : 6.30 pm

Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC

Aktiviti

6.30 pm : Berkumpul di ruang legar Masjid Asy-Syakirin KLCC

7.00-9.00 pm : Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah

9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)

11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat

di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)

12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC

1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC

4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL

6.00 am : Solat subuh berjemaah

BERBAKTI SELAGI MAMPU


:: DOA BUAT AFIQ DAN ZIHA ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." Surah Ar-Rum ayat 21


Di saat jari...
Disarung cincin permata
Di saat dahi...
Dikucup indah sang teruna
Di saat hati...
Bersyukur pada yg Maha Esa

.........................................................................................

\(^o^)/

Wah...jiwangnyer...hehe..erm, sekadar nk berkongsi ngan teman2 satu event yg berlaku pada 25 Dis 2010.x kan x tau kan??...inilah tarikh keramat sahabat seperjuangan penulis, Afiq a.k.a Apek selamat diijabkabulkan ngan zaujahnya, Noraziha..ha, klu nak tau, zaujah afiq nie orang terengganu tau...! :) bukan nak kate la, tp dan memang Terengganu Darul Iman kan?? .hehe.....Peace no war... :) :)

hmmm... selalunya, bila ada sedara, kawan2, or sape2 la yg kahwin, kita selalu akan ucap tahniah, moga bahagia hingga ke anak cucu... n etc. So, kat sini, saje la nak berkongsi apa ucapan yg sepatutnya kita ucapkan... ucapan yg diajar junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, pedoman setiap insan :)

بارك الله لك، وبارك عليك، وجمع بينكما في خير

"semoga Allah memberi berkah kepadamu & ke atasmu & mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan"

Buat teman2 yg nak sangat tengok gambar kawen mereka,Jom kite layanz....................


Hantaran dari pihak lelaki....

dengar tazkirah dulu sebelum kawen..... :)

" Aku terima nikahnya.......... ".Alhamdulillah, sekali lafaz jer tu......caya lah Apek...

Antara kumbang2 yang masih lagi sabar menanti bunga untuk melekat dihati.....hahaha....


waduh2...Moger korang berbahagia bercinta hingga ke Syurga.....

Bersama family baru.......


Wah...sempat jugak tu melantak sotong, udang, ikan masak tepung kat teluk ketapang.....best gilerrrr...!!


Maha Suci ALLAH, benarlah firmannya, sungguh benar terlihat ketenteraman di wajah pengantin baru ini. Alhamdulillah.

Semoga dengan baitul muslim yang terbina ini akan membuatkan perjuangan Islam itu lebih mendapat keuntungannya. insyaALLAH.Doaku untuk kamu wahai sahabatku, Afiq :

"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
memberkati mereka berdua
dan
kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka
menjadi pembuka rahmat,
sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat "

Doa untuk kita bersama agar terus istiqamah dalam perjuangan ISLAM

Ya Allah,
sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
bertemu di atas ketaatan kepadaMu,
bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu...
Maha Suci Engkau,
perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini,
limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini.
Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu,
sesungguhnya padaMu kami berserah
dan
tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

So, itulah kisah perkahwinan mereka....erm, soalan skima yang sentiasa diajukan bila mane ade sahabt yg dah kawen " Kamu bile pulak? " ..dan Jawapan skima jgk penulis jawab, " Biarlah Allah yang menetukan " ... :) wassalam..

p/s : mintak maaf la yer x banyak gambar....bersyukur la ngan ape yang ade yer...hehe... :)


BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: HAI SEMUA ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakanmu dari seorang diri, dan dari padanya Allah telah menciptakan isterinya, dan dari keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang (dengan namaNya) kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu."

(Annisa:1)

Selamat bertemu kembali....!!..wah, dah berhabut penulis rasa blog ini...tol x??....aduii, lame betul x update blog..maklum la, 3 minggu dop kat Teluk intan..so, kemudahan 3G tu agak mengecewakan...huu...

Ringkasnya....jom kite layan satu peringatan.......

Daripada Anas bin Malik R.A. berkata : Rasulullah S.A.W bersabda;

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api”.

Keterangan Hadis :

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah berlalu begitu sahaja, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita di buru masa dan ia berlalu dengan tidak ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yuang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya kiamat.


Sebenarnya, malam nie penulis kan bertolak pulang ke pangkuan keluarga a.k.a balik kampung....yahuuuuu...!!!...seronok tu bley balik..haha....Doakn perjalanan penulis yer...

By the way, perasan x gambar sape sebelah penulis tu??..x kan la x kenal kan...tu la sahabat seperjunangan penulis, Afiq a.k.a Apek yang bakal menamatkan zaman bujang beliau esok hari...zaujahnye orang TRG...dekat jer ngan umah penulis...so,esok la la pergi walimah mereka....Masuk yg nie, dah 3 org dah sahabt penulis berjaya mendirikan umah tangga...penulis bile lagi??...soaan biasa yg x perl utk dijawab...haha....

kaylah...nak nek bas jam 9 pm nt....bubaii semua...wassallam....

p/s : Peristwa yg x dpt dilupkan kat Teluk intan bile terKANTAi ngan Mr Rizal pe tengok Movie citer TRON LEGACY...haha..aduii....cam ne leh kantoi tu....tp Mr Rizal cool jer....btw, TRoN LegAcy memang terbaikkkkk..!!!

BERBAKTI SELAGI MAMPU


:: UNTUKMU WAHAI WANITA ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

ADAKAH ANDA (WANITA) SEDAR BAHAWA ANDA SEBENARNYA TELAH MENGGENTARKAN IMAN LELAKI DENGAN BERPAKAIAN SEPERTI TERLANJANG...BERTUDUNG PENDEK, T-SHIRT PENDEK, SELUAR JEANS DAN LENGGING KETAT???

ADAKAH ANDA (WANITA) TAHU BAHAWA RAMAI PENGHUNI NERAKA ADALAH DARI KALANGAN WANITA IAITU 2/3PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA...???


Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Assalamualaikum,

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

PESANAN DARI ADMIN: Ingatlah hilangnya perasaan malu bukti kehancuran diri...peliharalah aurat kamu supaya kamu dapat orang kenal bahawa kamu tergolong dikalangan orang yang baik-baik...apabila kamu berpakaian sopan, menutup aurat dengan sempurna dan menjaga akhlak...inshaAllah anda akan dipandang mulia disisi Allah s.w.t dan sentiasa dipandang baik oleh masyarakat...AKAN TETAPI

apabila anda tidak mahu menutup aurat ataupun ada yang membungkus aurat dan tidak berasa malu untuk mendedahkan aurat kamu...maka disini Nabi s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya jika Allah mahumeng hancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, makajika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecualiia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidakmenjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih saying daripadanya. Dan jika kasih saying dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)

Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah,di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifa tmalu. Mereka tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman, mendedahkan aurat dan kemaksiatan sedangkan kita yangvmelihat sendiri yang berasa malu atasvperbuatan mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan. Semoga kita tergolong didalam orang-orang yang beriman dan dijauhkan dari azab api neraka kelak...amin

p/s : Cerita ini penulis dapat melalui fesbuk....Moge mendapat manfaat bersama...


BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: SALAM MAAL HIJRAH 1432H ::


سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


Indeed, those who have believed and those who have emigrated and fought in the cause of Allah — those expect the mercy of Allah. And Allah is Forgiving and Merciful.(Al-Baqarah 2:218)


Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H kepada seluruh umat Islam.

: : Kullu Aam Wa Antum Bikhair : :

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih bik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Jom same2 kita hayati bait2 nasyid retro ini........


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..


BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: PERINGATAN BERSAMA ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


Nabi Isa a.s pernah bersabda :

"Sesiapa yang menjadikan dunia laksana tuhannya nescaya dunia akan memperlakukannya laksana hambanya."



Bekunya air mata dari kerasnya hati,

Kerasnya hati dari banyaknya dosa,

Banyaknya dosa dari lupanya mati,

Lupanya mati kerana terlalu cintanya dunia.


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah tentang definasi orang2 yang berjaya:-

1) Orang-orang yang mempercayai perkara2 ghaib

2) Orang-orang yang menunaikan sembahyang

3) Orang-orang yang mendermakan sebahagian rezeki mereka ke jalan Allah...


Adakah kita tergolong dalam golongan yg dinyatakan di atas?

Renung2kan dan selamat beramal.... yeaahhhhhh...!!!!


BERBAKTI SELAGI MAMPU