ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

;: SABAH..PERMULAANKU ;:


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...


Berkata Muhammad bin As-Sammak r.t.: Ingatlah kepada siapa yang telah mengingatimu sebelum engkau mengingatinya, dan cintanya kepadamu sebelum cintamu kepadanya, dan tiada engkau mengingatinya melainkan dia telah lebih dahulu mengingatimu, dan tiada engkau mencintainya, melainkan kerana dia telah terlebih dahulu mencintaimu!


Alhamdulillah...syukur penulis panjatkan pada Allah SWT atas segala nikmat yg telah dikurniakan kepada penulis dan juga teman2...Maaf dipinta kerana sudah agak lame blog penulis ini tidak terusik....AL maklum lah, sibuk dengan urusan diri, keluarga dan masa hadapan..hee...InsyaAllah.....

So, ringkasnye...Minggu lepas penulis telah menghadiri Kursus Induksi untuk Pegawai Perubatan UD 41..Alhamdulillah...tamat sudah dan ingin penulis umumkan disini bahawa Penulis telah ditempatkan di Hospital Tawau, Sabah.....hah...?? Sabah..?? iye...kawan2..jangan buat muka terkejut yer...hehe...kalau nak tahu, memang ini adalah 1st choice penulis..sebabnya...??? bley direct sms ke penulis klu ingin tahu.... ;)

So, esok penulis akan Terbang ke Sabah naek Belon a.k.a Kapal terbang la...Doakan penulis agar selamat sampai.....So, nie je kot untuk kali nie...maaf, x bley tulis panjang2, ade urusan yg perlu disegerakan.....jumpa lagi....wassalam...





Jom Teman-teman, kita same2 Muhasabah diri,...Moge Permulaan Kerja penulis dan teman2 diberkati Allah.......

"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,

telah berjumpa pada taat padaMu,

telah bersatu dalam dakwah padaMU,

telah berpadu dalam membela syariatMu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.


Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan kemaafanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri."

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: KULIAH BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS ;:


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

“Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad."- Al-Ghazali -

Alhamdulillah...rase sykur yg tidak terhingga penulis tujukan pada Allah SWT atas kurnian segala macam nikmat pada hambaNya...Ringkasnya, sepanjang cuti ini, Allah memberi kesempatan pada penulis untuk menghadiri hampir tiap-tiap malam Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus....( kenal x..?? mesti kenal kan....ustaz paling famous kat Pantai Timur, terutamanya Ganung kiterrr...hehe....)...

Alhamdulillah...akhirnya ALlah sampakan hajat penulis untuk bertemu dan hadir Face to Face dalam Siri Kuliah Ustaz Azhar....jikalau sebelum ini, penulis hanya mendengar melalui CD dan You-Tube..ttp tidak lagi sekarang.....lening, secare Live boh...haha....

So, ringkasnya..sejak cuti lepas exam, dah byk Masjid dan Surau penulis pergi..jikalau tiada program Family, sudah pasti penulis hadir ke Kuliah ini....seolah-olah Kelas Fardhu Ain penulis bersama Ustaz Azhar...Memang Terbaek,,,,,,!!!! Apatah lagi, sebaik sahaja Siri Kuliah, penulis dapat bersalam dan mencium tangan Ulama' besar ini...Alhamdulillah...

So, kat sini ingin penulis kongsi beberpae ilmu yg penulis dpt...tp maaf la yer...dlm entry nie, ade 2 je yg penulis bley letak...iaitu Waktu Kuliah Kat Surau Ladang dan Masjid Pengadang Baru...nie pon ade seorang kawan yg tolong summary kan.....so, jom layannzzz.......

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau kampung Ladang -13/5/2011 : kitab Bahrul Maazi/Jihazul Madihah

1.boleh atau tidak saya mengqadakan solat org tua saya, sekiranya boleh bgaimanakah caranya??
-menurut mazhab syafie bhwa solat yg ditinggalakan oleh seseorg itu tidak boleh diqadakan oleh org lain dan tidak boleh dibayar fidyah.-sebab tak ada nas.kalau puasa dan haji ia boleh..-tiada cara lain melainkan bykkan sedekah utk ibu bapa sbg alternatif.niat sedekah pahala utk ibu bapa.iainya boleh.-fidyah utk yg tinggal solat pun tak boleh.

2.buat majlis talkin tapi ada yg datang itu org yg tinggal solat..
-doanya tidak terima sebab dia tak solat..solat itu tiang agama..kalau tak ada atap tak ape,tapi kalau rumah tak ada tiang mane boleh nak dirikan.begitulah perumpamaannya..org yg tinggal solat Allah akan membalasnya dengan 15 seksa, 6 seksa di dunia, 3 diseksa diterima ketika hendak mati, 3 seksa berlaku di dalam kubur dan 3 seksa diterima semasa hari kiamat.
1.Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalaupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong). Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi menfaat dalam hidupnya.
2.Allah subhanahu wata’ala taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.
3.Segala apa kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah subhanahu wata’ala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.
4.Tidak makbul oleh Allah subhanahu wata’ala akan doanya., Doa ditolak.
5.Tidak diakui ia masuk golongan Islam. Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.
6.Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.


-tapi masyarakat melayu skrg tidak pedulikan hal solat..samada solat atau tak, tetap panggil majlis talkin.-org yg tak solat pun buat menantu..siap buat majlis sambut menantu, renjis air mawar-ORG YG TAK SOLAT PATOT RENJIS DGN AIR KENCING SEBAB DIA MUSUH ALLAH,DIA MUSUH NABI..SIAP RENJIS BERAS KUNYIT,MOLEK RENJIS MERCUN BOLA..
-ulamak kata mayat org yg tak solat tanam jauh2 diperkuburan islam.biar org lain sedar-kalau org yg kata solat tu tak wajib,solat pakai niat,haram tanam kubur Islam.

3.hukum bersebutuh dgn isteri pertama,kemudian isteri kedua(tempat berasingan) ttp tak mandi wajib..
-tak mengapa berbuat demikian,..kerana bersebutuh tak disyaratkan mandi wajib utk kali kedua..sunat sahaja mandi wajib..

4.hukum makan burung merbah kerana ia makan kelkatu..
-dihalalkan kerana kelkaltu bukan sumber makanan utama.ayam pun makan juga kelkatu..yang haram dimakan ialah burung yg koyak makanan menggunakan kaki contoh helang,hering..lagi,haiwan yg jenis makan dgn cara menyambar..contoh layang2...sarang burung layang2 boleh makan.

5.hukum makan landak dan tergiling.
-landak halal dimakan.tetapi bg tenggiling ianya tidak ada nas mengatakan haram...benda yg halal tetap halal.benda yg haram tetap haram.ape yg tidak disebut,ianya dimaafkan.
nak makan tak ape.tak slah.





Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pengadang Baru-17/5/2011-Kitab Hidayatul Sibyan-14 J'Akhir

*sambungan bab perkara yg membatalkan solat

14.terbuka aurat-dlm solat,aurat wajib tutup sekalipun tiada org yg melihat.luar dari solat,wajib tutup drpd org yg haram melihat.-terbuka aurat ketika solat adalah batal(conyoh kain terkoyat di punggung)...,tapi org yg dari awal lagi terbuka aurat solatnya tak batal..sebab solat dia dah tak sah.bila dah tak sah,tak batal..FAHAM MOLEK..
-kalau di buka oleh angin dan kita tutup dgn segera tak batal.dgn syarat tidak melakukan pergerakkan yg tidak membatalkan,jgn berulang2 hingga merosakkan rupa solat.
-kalau anak kecik angkat kain ayahnya tak batal,dgn sayarat tutup dgn segera,kain terjatuh-dimaafkan.

15.ape yg membatalkan puasa,ia juga membatalkan solat.mkn time puasa,batal.makan time solat,batal juga.

16.melebihkan rukun perbuatan dgn sengaja.bila teringat wajib bangun segera,kalau tak-batal.

17.berdehem dgn sengaja.ulamak kata hanya tempat bacaan yg wajib saje boleh berdehem untuk membetulkan bacaan.(contoh fatihah-kena berdehem dulu baru fatihah lancar)..-bagi mazhab syafie tak ape di mana2 bacaan.

-tertawa dgn sengaja mengeluarkan suara(senyum tak batal)-menangis dgn mengeluarkan suara

18.memanjangkan rukun pendek dgn sengaja-rukun pendek adalah iktidal dan duduk antara 2 sujud.

19.makmun laju dari tok iman-terkemudian makmun imamnya atau terdahulunya drpdnya dgn dua rukun feqli keduanya dgn ketiadaan uzur.Rasulullah saw: "Tidakkah takut orang yang mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan merubah kepalanya menjadi kepala keldai, atau Allah merubah wajahnya menjadi wajah keldai?".

20.iktikad akan yg fardu itu dgn sunat.

21.murtad(nauzubillah).


soal jawab

1.hukum bersiul-kalau saje2 ia makruh..dan jadi haram bila menganggu org lain tgh buat kebajikkan..

2.golongan dosanya tidak dikira-Rasulullah saw yang bermaksud: Diangkat kalam (tidak dikira berdosa) daripada 3 golongan manusia, iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia bermimpi keluar air mani (baligh), dan orang gila hingga ia berakal (siuman). (Riwayat Ahmad dan ashabus Sunan dan Hakim).

3.cara sujud syukur-sujud bila dapat nikmat besar,terlepasa dari bala besar.kalau dpt nikmat kecil,sujud syukur adalah bidaah.-caranya sama dgn solat,ada wuduk,mengadap kiblat,tutup aurat.1. Berniat.2. Takbiratul Ihram.3. Sujud satu kali sahaja.

4.duduk selepas sujud 5.mmberi salam.bacaan msa sujud boleh blake.tiada hadis utk bacaannya..

5.cara elak sihir-paling mudah,sebelum tidur baca ayat 3 qul,tiup dimulut dan sapu seluruh badan

6.merajuk-kalau sekali ekala itu fitrah.tapi kalau selalu ia di cla oleh syarak sebab ia adalah sifat mazmumah.


7.3 Tanda Orang Munafik-Rasulullah s.a.w. bersabda"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

Jadi..sekadar ini sahajlah perkongsian dari penulis..moger kite bertemu lagi....wallahualam

" Ya Allah..selamatkan perjalanan kami dan permudahkanlah segala urusan kami...Amin"

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: RELATIONSHIP..!! ::


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

" Allah lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupa kamu dan memberikan kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik, Yang demikian itu adalah Allah Tuhan mu, Maha Agung Allah, Tuhan Semesta Alam. Dialah Yang Hidup Kekal, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadah kepadaNya. Segala Puji bagi Allah Tuhan semesta Alam."
Al- Mukmin: 64-65



Wah..rasanye sudah agak lama penulis tak update blog ini...ampun ya..bukan ape, cume agak sibuk nak selesaikan beberpae perkare.... :) lgpon, penuis baru sahaja pulang dari kembare...seminggu berkembare..nk tahu route kembare penulis...nie ha... : K. Trg - Shah Alam - Cheras - Sungai Besar - KTDI - Taman Negara ( nie paling terbaek..!!,hehe) - KTDI - Melaka - Muar - K.Trg....fuh...byk tu...hehe....erm, kaylah..tak mau cakap panjang...

Untuk entry kali nie, suke utk penulis kongsi satu artikel yg penulis bace...Jom layanz.....


Perkara asas dan penting dalam pembentukan diri sebagai individu muslim adalah permasalahan hubungan hati dengan Allah. Ia sebenarnya merupakan permasalahan pada setiap masa, setiap tahap, setiap keadaan dan setiap peristiwa yang berlaku......Hubungan hati dengan Allah merupakan hubungan utama dan dasar pada bila-bila masa dan keadaan.!Hubungan ini perlu dijaga, dikawal di perkuatkan dari masa kesemasa..... kerana ujian Allah SWT semakin besar dari masa ke semasa...mengikut sekuat mana hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Masalah hubungan inilah yang menentukan sejauh mana kecintaan dan ketakutan kita pada Allah SWT. Semakin kuat hubungan hati kita pada Allah, semakin kuatlah pula cinta kita padaNya....Ini adalah kerana hatilah merasai kehebatan hubungan ini....yang dapat membuahkan ketaatan padaNya!!!Tapi sebelum kita dapat membuat hubungan hati dengan Allah, kita perlu serahkan hati kita padaNya.


Penyerahan hati yang bermaksud kita serahkan hati untuk dididik dengan didikan Allah, serahkan hati untuk mengambil nilai-nilai Allah dalam kehidupan, serahkan hati untuk di proses dengan proses tarbiah islam yang syumul....sehingga tiada suatu apapun yang tinggal atau kita reserve.....semua sekali kita serah jiwa kita! Penyerahan hati yang total pada Allah.!Tanpa hubungan hati yang betul, hilanglah kenikmatan ubudiah kita pada Allah.....kita lakukan solat hanya sebagai rutin harian biasa...tidak rasa nikmat solat sebagaimana yang dirasai oleh Rasulullah saw dan para sahabat terdahulu...Tanpa hubungan hati yang betul....kita sebenarnya tidak ada kekuatan jiwa yang mampu untuk bertahan dan tertingkat iman selepas sesuatu ujian Allah!! Kita umpama buih- buih kosong yang dibawa arus tiada hala tujuan..............!!!


Inilah permasalahan besar yang dihadapi oleh manusia hari ini.....hilangnya hubungan hati dengan Allah.....jadi berhubunglah hati itu dengan hawa nafsu, dunia, pangkat....sehingga ia jadi matlamat utama dalam hidup. Kehilangan hubungan ini sangat ketara pada hari ini sehingga manusia masing-masing tenggelam dalam permaslahan diri sendiri...tidak mengetahui puncanya dan hilang pedoman hidup.Jadi kita perlu bina hubungan kita dengan Allah, mengenaliNya sehingga timbul kecintaan kita padaNya, merasai hakikat kebesaranNya dalam diri dan alam ini, melaksanakan hakikat ubudiah kita padaNya, mensyukuri segala nikmat yang diberikanNya kepada kita......sebelum kita bina hubungan kita sesama manusia....

Konklusinya...Asas hubungan sesama manusia adalah hubungan dengan Allah....!!Bila bagus hubungan kita dengan Allah , maka baguslah pula hubungan kita dengan manusia....Kasih sayang kita sesama manusia berlandaskan mahabbatullah....kasih sayang Allah..Mengasihi,mencintai,membenci semuanya atas dasar kerana Allah. Apabila Allah dan Rasul lebih dicintai dari segalanya..maka kita dapat merasai kenitmatan IMAN yg sebenar..wassalm..


BERBAKTI SELAGI MAMPU