ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: MY KONVO DAYZZ ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Sesiapa yg akhirat itu tujuan utamanya. Maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina ( iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya. Maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah ceraiberaikan urusannya. Dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya ( iaitu dalam keadaan hina) - AlTarmizi








Kawan …

Aku tahu
Aku bukanlah seorang daie yang hebat
atau seorang mujahid dijalan ini
yang boleh engkau tahtakan

Aku hanyalah sang pemimpi
yang mengimpikan sebuah kenyataan
dari impian impianku.

Impian yg hanya bergolek dan berputar putar
laksana embun dipermukaan kaca

lalu sepi
bergelimang malas dalam jiwaku

Namun ...
bila ku terbayangkan sekujur tubuh Sayyid Qutb
keseorangan hidup dan syahid dijalan ini

jiwaku kembali membakar
dalam sebuah erti cinta
dan aku ...
kembali menyusun langkah langkahku
menyusuri jalannya
menuju sebuah kedamaian.

Dihati kecil ku
menaruh harapan
agar ruh ku jua
akan bermukim di dada burung burung hijau
berkicau dan beterbangan
dipinggir pohon syurga …
menikmati cinta yang hilang didunia







p/s : ALhamdulillah...masih mempunyai sahbat2 yg sentiasa memberi peringatan untuk terus istiqamah di Medan ini......Syukur padaMU ya Allah.....

BERBAKTI SELAGI MAMPU