ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Cinta Dalam Islam

Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”.

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan.

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk
Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan),gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura- puraan sahaja. Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.


Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Allah.

Hari pertamaku.....


Nabi bersabda:

Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan. (HR abu Daud)


Tanggal 4 mei 2009, aku memulakan posting yang pertama dalam tahun 4 iaitu PEADIATRIK...Bermula ngan briefing jabatan mengenai perjalanan posting sepanjang 8 minggu, disambung pula ngan 1st teaching posting iaitu PPD session...


tetapi, sepanjang aku berada dalam tahun klinikal, inilah satu2nya posting yang menyediakn breakfast semasa hari pertama posting..alangkah suker nyer aku dan bertambah smgt la utk mengikuti PPD sesision....


satu lagi kejutAN yang berlaku ialah ahli study group ak juga merupakan antara 8 org ahli group posting iaitu akma,aisyah dan amal... wow, tidak ku sangka perkara sebegini akan berlaku ttp ia merupakan satu kelebian utk group aku


Satu lagi keajaiban yang berlaku ialah kami mendapat supervisor yang di harapkan oleh kebanyakan student, iaitu Dr Juriza..Alhamdulillah, memang baik orngnya kerana pada sebelah ptgnya kami telah bersuai kenal antara satu same laen..sempat jugak kami melawak.. :)

inilah dikatekan Sunnatullah..sesungguhnya kita tidak tahu apakah perancangan Allah ysng telah ditetapakn kpd kita..aku bersyukur padaMu Ya Allah kerna diberikan supervisor yang baik....

Ayuh kawan2, kite mulakan langkah perjuangan kite dalam menuntut ilmu ngan penuh keyakinan dan semangat yang tinggi...moger2 mujahadah kiter dalam mencari ilmu dunia dapat mendekatkan diri kite kpdNya....



Nabi bersabda:

Dunia ini dilaknat melainkan ingat kepada Allah, ketaatan, org yg alim ataupun yg belajar.(HR Tirmizi)



Negara Islam

Assalamualaikum wbt...

Rase kecewa dan sedih kadang2 menyelinap dalam sanubariku melihat ada segelintir daripada kita (umat Islam) yang dilihat seolah - olah tidak menyokong apa yang dibawa oleh Islam itu sendiri. Buktinya, jelas, terang lagi bersuluh, ada di kalangan kita , yang pada suatu ketika dahulu pernah mengucapkan kalimah shahadah (pengakuan) tidak yakin negara Islam boleh ditegakkan dalam negara kita. Alasannya, negara ini adalah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, dan ia mengamalkan sistem demokrasi.


Kite mengaku kiter beriman kpd Allah. Beriman ini bermaksud mengisytiharkan dengan lisan, mengaku dengan hati dan membuktikan dengan amalan. Ketiga-tiga elemen ini perlu dimiliki oleh setiap orang beriman barulah mereka boleh digelar mukmin yang tulen. Kalau sekadar mengisytiharkan diri beriman kepada Allah, mengaku Allah itu tuhan kita TETAPI tidak mahu merealisasikan apa yang telah di perintah oleh Allah swt (seperti penubuhan negara Islam), adakah kita boleh gelarkan kita ini orang yang beriman? tepuk dada tanyer la iman..

Renunglah sejenak. Allah swt yang mencipta kita maka Dia mengetahui selok belok, perangai, permikiran, perasaan manusia sama ada muslim atau tidak. Dengan pengetahuanNya yang Maha Luas dan Maha Bijaksana, Dia memutuskan, "Islam adalah cara hidup terbaik untuk manusia".

Oleh yang demikian, tugas kita adalah mencari jalan/kaedah yang terbaik untuk memastikan ajaran/perintah Allah swt dapat dilaksanakan di muka bumi ini. Bukannya mengeluarkan persoalan, "Boleh ke tegakkan negara Islam kat Malaysia ni?" Muslim sebegini bukan sahaja melambatkan kemenangan Islam, tapi merosakkan Islam di mata non muslim. Bagi yang berniat mahu melihat Islam hancur, mereka pasti ketawa berdekah-dekah melihat longgarnya iman muslim di zaman sekarang.

Seperti ape yang berlaku sajak akhir2 ini,jelas menunjukkan bhwa islam itu semakin hari semakin diterima oleh golongan cina dan india dan laen2.Buktinya mereka telah menyokong dasar yang telah di bawa oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam sir beberape pilihan raya baru2 ini.


Ha, bukti di atas sudah cukup untuk menyatakan tiada mustahil untuk negara Islam ditegakkan di Malaysia yang dihuni oleh berbagai kaum, budaya dan agama. Malah, yakinlah bahawasanya Islam juga boleh ditegakkan menerusi sistem demokrasi ini. Sejarah telah membuktikan bahawa Hamas telah berjaya. Sekarang apa lagi? adakah kita hanyer mahu berpeluk tubuh sahaja???bangkitlah,,,jadilah pendokong islam,kalau tidak mampu, jadilah penyokong islam dan janganlah sesekali menjadi penentang islam.....