::: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN ::: KE ARAH MUKMIN PROFESSIONAL :::
ALLAH DIUTAMAKAN
AMAL DIPERTINGKATKAN
Peringatan….
Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..
Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepadamarshall_niz@yahoo.com
Posted by
Saif al Nidhamon Sunday, June 7, 2009
at
9:34 PM
Alhamdulillah, smp jugek kami akhirnya kat Wet World nie....nie time sebelum masuk dan beli tiket...penat menunggu beratur utk bile tiket,baik ambik gambar dulu....hehe.....semua ensem2 kan???... :)
"Ya Allah,peliharakanlah segala perbuatan dan tingkahlaku kami sepangjang berada dalam Wet World nie..teguhkan iman kami dan eratkan ukhuwwah antara kami..Semoga dengannya kami menjadi hambaMu yg bersyukur" -Aminn...
Santainyer mereka....hehe
ala..adik kat tepi tu nak jugek masuk dalam gambar kiter... :)
Bersama roomate yg tersayang.....
eii...besar2 pon men pelampung lagi ker???...awat x malu sangat nie...hehe...tp x pe la,yg penting,kita saling sayang antara satu same len.....kan2??? :)
time nie nak balik dah....asalnyer nak bg nampak gambar masjid Solahuddin kat blakang tu...nampak x?????.....huhu
Candit time!!!!!!!!.....
Moge kenangan bersama dapat di abadikan demi memantapkan ukhuwwah fillah.... :)
Singgah Solat zohor kat Masjid Solahuddin :)
eh,tertinggal pulek gambar nie...x per la,korang tgk jer la 2 org kanak2 riang nier yer...hehe...
eii,jahat nyer...saper ambik gambar kami tgh tdo nie????.......(nie on da way blk ke HUKM da...penat sgt kot....huhu)
Alhamdulillah...smoger ukhuwwah yang dibina atas name perjuangan ISLAM terus mekar dalam hati kami...SAYANG korang smue tau..!!!!!
"Ya Allah,kekalkanlah tali persaudaraan kami semua....kami sayang sahabat2 kami...Ameen"
Posted by
Saif al Nidhamon Friday, June 5, 2009
at
9:55 PM
Sekadar untuk berkongsi mengenai khutbah jumaat yang saya dengar pada pagi tadi. Dengan bertajukkan "lembayun keamanan" yang mana saya pon sendiri tidak brape nak faham apa maksud "lembayun" nie..huhu... (sape2 yg faham gtau erk) ..Sepertimana yang kita sedia maklum, pada hari esok, (6 Jun 2009) kita akan menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia seri Paduka Yang di-Pertuan Agong kita, iaitu Sultan Mizan, maka kandungan khutbah jumaat pada hari ini berkisarkan Pemimpin..
Berikut sedikit kesimpulan yang saya (naper ttbe bhsakan 'saya'??-hehe,x pe la,nmpak sopan ckit..dah kne tegur.huhu) boleh rumuskan mengenai isu dan kandungan khutbah tersebut dan mugkin sedikit tambahan mengenai pandangan saya mengenai tajuk tersebut...
Ta’at kepada pemimpin adalah suatu kewajiban sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ “Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri(pemimpin) di antara kamu.” (QS. An Nisa’ [4] : 59)
Dalam ayat ini Allah menjadikan ketaatan kepada pemimpin pada urutan ketiga setelah ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya. Namun, untuk pemimpin di sini tidaklah datang dengan lafazh ‘ta’atilah’ kerana ketaatan kepada pemimpin merupakan ikutan (taabi’) dari ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, apabila seorang pemimpin memerintahkan untuk berbuat maksiat kepada Allah, maka tidak ada lagi kewajiban dengar dan ta’at.
Taat kepada pemimpin adalah pakej yang datang sekali dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul. Ertinya orang yang beriman setelah taat kepada Allah dan Rasulnya, dia juga wajib taat kepada pemimpinnya. Mereka yang tidak taat kepada pemimpin bermakna ketaatannya kepada Allah dan Rasulnya agak tercemar, tidak seratus peratus keislamannya.
Walau bagaimanapun ketaatan kepada pemimpin tersebut bersyarat iaitu dia juga taat kepada Allah dan Rasul, patuh kepada undang-undang dan peraturan Allah dan Rasul, dan mengajurkan perkara yang berasaskan perintah dan larangan Allah dan Rasul kepada rakyatnya.
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya ketaatan itu adalah pada yang makruf (perkara yang jelas diperintah oleh Allah dan Rasul atau tidak bercanggah dengan Syariat)." Riwayat Muslim.
Dalam hadis lain, "Mendengar dan taat terhadap seseorang Muslim adalah pada apa yang disukai ataupun yang dibenci selama dia tidak memerintahkan sesuatu yang menjurus kepada maksiat. Maka apabila dia memerintah melakukan maksiat (menentang peraturan dan undang-undang Allah dan Rasul atau yang tidak bercanggah dengan syariat) maka jangan dengar dan taat lagi." Bukhari.
Rasulullah juga bersabda: "Sesiapa yang keluar dari ketaatan (menentang ketaatan) dan bermufarakah (keluar) daripada jemaah (kumpulan ramai yang dia sertainya) maka jika matinya mati dalam kategori jahiliah." Bukhari.
Berdasarkan al-Quran dan sunnah di atas, apakah perbuatan tunjuk perasaan,berdemontrasi ataupun perkumpulan ramai yang bertujuan mencabar pemerintah adalah haram? Perlu dijelaskan di sini kategori pemimpin atau pemerintah supaya semua yang dalam kategori rakyat dapat melaksanakan perintah taat di atas.
Persoalan sekarang, adakah realiti rakyat Malaysia hari ini taat kepada pemimpin dan pemerintah? Adakah pemimpin dan pemerintah sekarang ikut undang-undang dan syariat dan mengarahkan sesuatu yang berlandaskan undang-undang dan syariat? Apakah mereka adil dalam melaksanakan amanah Allah dan rakyat?
Mengikut pemerhatian saya, ada pemimpin yang tidak adil kepada rakyat yang berlainan parti. Ada pemimpin yang memilih kroni untuk memberi projek kerajaan. Ada juga pemimpin yang cakap tak serupa bikin, janji politik yang sukar ditunaikan. Pemimpin sebegitu sudah tentu tidak mengikut undang-undang dan syariat, maka sesiapa yang terlibat dalam urusan dengan pemimpin itu, tidak perlu taat. Tetapi dalam perkara lain yang elok dan menepati undang-undang dan syariat masih wajib ditaati.
Berdasarkan sikap pemimpin di ataslah barangkali rakyat Malaysia tidak boleh bersatu. Mereka yang pro pemimpin akan taat pemimpin walaupun pemimpin itu melakukan kesalahan. Tetapi kalau rakyat yang pro pembangkang akan menentang pemimpin negara walaupun dalam perkara yang baik. Semua ini berlaku kerana sikap pemimpin di atas. Padahal dalam Islam semua rakyat perlu taat kepada pemimpin yang memerintah negara.
Sebenarnya kalau semua rakyat ikut perintah Allah dan Rasul, mereka pasti tidak menjadi pembangkang kepada pemimpin yang telah dilantik. Maknanya seluruh rakyat Malaysia akan taat kepada Perdana Menteri dan pemimpin di bawahnya. Seluruh rakyat negeri Selangor wajib taat kepada Mengeri Besar dan pemimpin di bawahnya. Seluruh rakyat Perak wajib taat kepada Menteri Besar yang sah dan pemimpin yang di bawahnya. Begitu juga di negeri-negeri lain termasuk pemimpin yang bukan Islam seperti di Pulau Pinang.
Rakyat tersebut boleh menjadi pembangkang kepada perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan Syariat tetapi dengan cara yang betul dan melalui saluran yang betul. Dalam ini yang menjadi pembangkang bukan semestinya daripada golongan parti pembangkang, sebaliknya mereka daripada parti pemerintah juga boleh membangkang pemimpin. Kalau perkara ini boleh dipraktikkan oleh rakyat, pastilah negera kita akan maju, aman dan mendapat keredaan Allah.
Sedarlah wahai pemimpin dan pemerintah dan juga seluruh rakyat Malaysia, kita dihidupkan oleh Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi ini. Kalau kita asyik mempertikaikan itu dan ini, masa bila kita hendak memakmurkan bumi ini. Ingatlah amanah Allah akan dipersoalkan di akhirat nanti, jadi fikirlah sebelum kita semua dijemput oleh Allah bertemunya nanti.
“Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kamu semua melihat perbuatanku benar maka ikutilah aku tetapi apabila kamu melihat perbuatanku salah maka perbetulkanlah aku.”
" Wanita ibarat Epal, Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tapi Epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya PEMUDA yang benar-benar HEBAT sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi (^.^) "
PENGIKUT BLOG PENULIS
MALAYSIA KINI
BERITA HARIAN
BORAK-BORAK
Apabila cinta kepadaNYA sedalam Lubuk sanubari, nescaya cinta selaiNYA akan terpinggir... Carilah warna yg sebenar mewarnai hidupmu.. Carilah cinta yg sejati kerna cinta yg sejati hanya dariNYA.... Berimiginasi seindah fantasi... Hasilnya tak seindah realiti.. Semalam Adalah Sejarah... Hari ini adalah kenyataan... Esok adalah harapan....
"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad), (janganlah bersedih hati) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau, tetapi orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah. – Al An'am:32-33-"