::: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN ::: KE ARAH MUKMIN PROFESSIONAL :::
ALLAH DIUTAMAKAN
AMAL DIPERTINGKATKAN
Peringatan….
Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..
Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepadamarshall_niz@yahoo.com
Posted by
Saif al Nidhamon Wednesday, August 5, 2009
at
5:42 PM
Pertamanya saya nak ucapkan syukron jazilan kepada semua sahabat2 study group yang susah jer tempah kek untuk sambut besday saya..hehe.. Walaupon saya dah dapat menjangkakan akan ade sambutan nie disebabkan oleh hasli yang dah terlepas ckp sewaktu kat surau..hehe..(dalam hal nie hasli yang bersalah) ..Lagi satu ialah sebab sepatutunya study group mlm tu batal tp entah cam maner bos study group ckp ade blk..so, 2-0 dah kat situ..hehe...
Best la kek nie...
Inilah member2 study grop saya terdiri drp "4A ( aishah,akma,amal,aina) " ngan Hasli...korang memang best laaa.!!!
wah...romantiknyer
Baca doa selamat....hm,agak2 ape hajat aku time nie erk???
Amal yang sentiasa ceria..akma pulak manje2 ngan aishah..hehe
Sebelum saya akhiri post ini, saya nak kongsi satu cerita pasal kak aina..haha.Mintak maaf awal2 yer kak aina..Klu korang nak tau, time study group tu kak aina x dtg, tp yang peliknya, time nak sambut besday tu,elok2 jer tgu kat sofa..haha..moral of da story is jgn lepaskan peluang bila ade majlis sambutan besday..hehehe..
Hmm,,kaylah, saya harap study group kita terus mantap dan menjadi contoh kpd stuy group yang len..hahaaaa.."tingkatkan ukhuwwah kurangkan rasuah" :)
Persahabatan itu seperti mata & tangan.. ketika mata menangis,,tangan menyapu air mata.. ketika tangan terluka,,mata menangis.. ketika mata tidak bisa melihat,,tangan membantu untuk meraba..
Posted by
Saif al Nidhamon Tuesday, August 4, 2009
at
7:22 PM
Salam sayang buat sahabat2 semua....
Entry pada kali ini saya nak berkongsi ngan sahabat2 semua pasal Makan Malam Kolej Kita yang begitu Unik.."apa yang uniknyer gym pasal dinner kiter?" tnyer sorang sahabat kepadaku..nak tahu uniknya, korang tgk la dulu yer gambar2 yang saya upload nie... :)
Menang meja bertuah walaupon sbg penghabis makanan..haha
Sayang korang semua..!!!!
Rase semacam jer air tu...huuu
Hmm, so ape yang korang dpt tgkap psl semua gambr2 nie???...apa yang uniknyer??...hehe ok la..saya pun x nak berceloteh panjang2 sb 2-3 ari nie badan kurang c-hat ckit..huhu..mungkin perlu untuk muhasabah atas apa yang telah dilakukan...
Sebenarnya Uniknyer Dinner kolej pada malam tu ialah diadakan sama pada hari lahir saya yang ke-22..Alhamdulillah,inilah sambutan besday saya yang terbesar setakat nie.hehe..tp tidak termasuk ngan beberapa persembahan dan nyayian yang agak "kureng" tu.huuu...Berhibur2 jugak, tp jangan lupa dan langgar garis panduan yang telah ditetapkan.Hanya manusia jahil sahaja yang berbangga ngan maksiat yang dilakukan..Harap kita semua dujauhkan drp bersifat sedemikian..
Yang ke-2, uniknya Dinner pada kali ini ialah penampilan saya sendiri..Mungkin sahahat2 satu batch ngan saya lebih tahu apa yang saya maksudkan... "Gym,mane topi ko dulu? x menyerlah la mlm nie.." inilah pertanyaan yang saya terima dari salah sorng sahabat pada mlm tu...hm..apa agaknya saya jawab erk..Mungkin saya bley ringkaskan kat sini ialah "perubahan memerlukan perngorbanan" ..jadinya, anggaplah ini sebahagian daripada perubahan dalam diri saya dalam menuju kearah yang lebih baik :)
(p/s: tidak salah untuk kita berpakaian ape2 pon asalkan menuntut aurat dan mengikut syariat, ttp knape kita lebih suke mengikut budaya BUKAN ISLAM berbanding dgn budaya ISLAM yang kita sayangi?? sama2 lah kita muhasabah )
Posted by
Saif al Nidhamon Sunday, August 2, 2009
at
5:42 PM
Alhamdulillah….
Setinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah,tuhan yang Maha Agung kerana masih lagi memanjangkan umurku kerana pada hari ini, 2 Ogos 2009 secara rasminya umurku mencecah 22 tahun.Inilah hakikat yang harus aku terima bahawa umurku sudah meningkat tetapi hidupku semakin singkat. Singkatnya kerana hidupku sudah menghampiri kepada kematian.
Teringat kata-kata Imam Ghazali: “Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”
Ya, Sudah 22 tahun aku bernaung di bumi Allah ini. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai sahabat-sahabat mengucapkan selamat dan semogapanjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap manisia sudah ditetapkan? Aduh, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?
Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini,untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?
Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.
Aku tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.
“In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning “
Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Buat sahabat, teman dan kenala, terimakasih atas ingatan kalian terhadap diri ini yang penuh kehinaan ini. Doakan aku supaya segala impian aku menjadi kenyataan untuk menjadi seorang Doktor yang memperjuangkan Agama Allah..
Selamat Hari Lahir Buat diriku,Mohd Shaiful Nizam Bin Mamat Nasir.
“Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kamu semua melihat perbuatanku benar maka ikutilah aku tetapi apabila kamu melihat perbuatanku salah maka perbetulkanlah aku.”
" Wanita ibarat Epal, Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tapi Epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya PEMUDA yang benar-benar HEBAT sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi (^.^) "
PENGIKUT BLOG PENULIS
MALAYSIA KINI
BERITA HARIAN
BORAK-BORAK
Apabila cinta kepadaNYA sedalam Lubuk sanubari, nescaya cinta selaiNYA akan terpinggir... Carilah warna yg sebenar mewarnai hidupmu.. Carilah cinta yg sejati kerna cinta yg sejati hanya dariNYA.... Berimiginasi seindah fantasi... Hasilnya tak seindah realiti.. Semalam Adalah Sejarah... Hari ini adalah kenyataan... Esok adalah harapan....
"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad), (janganlah bersedih hati) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau, tetapi orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah. – Al An'am:32-33-"