ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Doa mereka yg dizalimi ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Sedih dan kecewa hati penulis semalam terubat sebaik sahaja kedua2 biji mate penulis berjaya menatap wajah salah seorang ikon Gerakan Islam yang penulis kagumi iaitu Ustaz Zulkifli Ahmad ketika mendengar Khutbah Jumaat pada hari ini. Beliaulah satu-satunya ustaz yang pernah menyebabkan penulis mengalirkan air mata semasa mendengar Khutbah Jumaat, seperti yang pernah penulis ceritakn pada entry2 yg lepas. Mungkin entry ini tiada kaitan langsung dengan tema "REMAJA, MAHASISWA, dan PEMUDA" yg penulis cuba bawakan pada bulan Disember ini, ttp hanya sekadar untuk berkongsi dengan teman2 apa kandungan Khutbah Jumaat yg di sampaikan oleh Ustaz Zul td yang mane boleh penulis kelaskan sebagai isu polimik yang berlaku sekarang..

" Doa mereka yang dizalimi ". Itulah tajuk khutbah yang di sampaikan oleh Ustaz Zul td. Secara ringkasnya, Islam, agama yang kita sayangi tidak menganjurkan kepada Umatnya untuk membuka atau menceritakan aib atau keburukan seseorang kepada orang ramai, namun Islam tidak melarang umatnya untuk berdoa kepada Allah untuk membinasakan golongan2 yang menentang ISLAM..

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut:

“Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”.

Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.

Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.


Itulah serba ringkas kendungan Khutbah Jumaat penulis dengar pada tengahari tadi..Justeru berhati-hatilah kita dengan Doa kerana ia merupakan senjata umat islam. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, sama2 lah kita memuhasabah diri sendiri.

:: Ayuh, sedarlah diri wahai REMAJA ISLAM !! ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Alhamdulillah, sekali lagi penulis berjaya mencuri mase dan waktu untuk berkongsi sesuatu dengan teman-teman. Melihat kepada kondisi dan situasi REMAJA ISLAM pada masa kini, menjadi satu kerisauan kepada penulis untuk berdepan dengan mereka. Slogan-slogan seperti “ REMAJA WARISAN NEGARA, REMAJA PEMIMPIN BANGSA” hanyalah tinggal slogan sahaja. Berani penulis memberi jaminan jika sekiranya REMAJA ISLAM masa kini terus hanyut di buai nafsu, mustahillah segala slogan itu untuk direalisasikan. Kenapa penulis berpendapat seperti itu?? Apa sebenarnya KERISAUN yang penulis maksudkan??

Dalam satu siri kuliah Agama yang pernah penulis ikuti, ditimbulkan satu perumpamaan kepada REMAJA. Bila sebut sahaja REMAJA, lantas terlintas di benak fikiran kita BUDAYA LEPAK, REMPIT, GANSTERISM, COUPLE, ANAK LUAR NIKAH. Walaupon tidak merangkumi semua, ttp itulah yang di labelkan kepada REMAJA ISLAM hari ini.

Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam apa jue aspek kehidupan. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini, lebih2 lagi REMAJA ISLAM, dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu PERANG MINDA. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah anda wahai REMAJA ISLAM semua? Suke untuk penulis memetik kate2 seorang ketua paderi dunia tahun 1935, Zeumer, menyatakan:

"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka."

Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah kita tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti REMAJA ISLAM dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran.




Para remaja atau muda-mudi kita adalah warisan Negara bagi masa hadapan. Kita adalah aset yang berharga agar Agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Maka adalah penting bagi kita memastikan agar kita bersedia untuk membawa obor perjuangan kita pada masa hadapan. Kita mestilah menjadi orang-orang yang boleh diharapkan, bukan sahaja untuk membina masyarakat dan negara yang maju jaya, tetapi yang lebih penting adalah agar Islam akan terus menjadi panduan masyarakat kita.

Penulis tidak nafikan, kita sekarang sudah mempunyai contoh-contoh yang baik yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Kita mempunyai segolongan REMAJA ISLAM yang boleh menjadi kebanggaan dan harapan masyarakat. Dan sekarang kita melihat semakin ramai REMAJA ISLAM yang berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam. Mereka ingin mempraktikkan ISLAM dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini harus dibanggakan dan disemai agar lebih ramai remaja dan golongan muda menjadikan Islam teras kehidupan mereka.

Akan tetapi masih ramai lagi di kalangan remaja kita yang terbawa-bawa dengan budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Inilah yang merisaukan penulis. Sebagai contoh, kita sering mendengar terdapat sebilangan REMAJA melahirkan anak luar nikah dan mencampakkan bayi di tempat pembuangan sampah, sementara sebahagian lagi menggugurkan kandungan mereka. Ini tidak termasuk REMAJA yang ketagih arak dan tanpa segan silu membuka aurat mereka. Malah ada yang lebih berani lagi. Mereka berdua-duaan dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai. Ini bertentangan dengan ajaran Islam. .

· Adakah ini yang kita inginkan dalam masyarakat REMAJA ISLAM?

· Adakah mereka ini yang diharapkan sebagai contoh khaira ummah atau sebaik-baik umat?

Jika kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islam pada zaman dahulu, Kehidupan masyarakt dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan yang lebih utama penulis rasekan ialah kekuatan DALAMAN yang tinggi pada yang Maha Esa dan beramal dengan ISLAM yang di anuti


Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka.

So sebagai penutup, berikut antara peranan yang wajib dimainkan oleh REMAJA ISLAM masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini yang sempat penulis senaraikan :

· Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)

· Bina kekuatan fikir dengan membaca

· Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)

· Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)

· Sibukkan diri dengan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam

· Kembali cintakan ibadah

· Dampingi golongan alim

· Jernihkan aqidah dari perkara khurafat

Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai REMAJ ISLAM. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang REMAJA ISLAM untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.

Berubahlah demi menyelamatkan generasi umat ISLAM selepas kita kerana agenda yahudi laknatullah itu bukan untuk generasi pada hari ini sahaja tetapi untuk generasi mendatang sehingga ISLAM terhapus barulah mereka akan berhenti menyebarkan dakyah-dakyah yang menyesatkan umat ISLAM. Tiada siapa yang mampu mengubah pendirian hati kita, hanya diri sendiri sahaja yang mampu melakukannya, bukakan hati kita lembutkan dan dekatkan dengan ALLAH S.W.T selalu agar dilindungi dan dirahmati sentiasa. Bersamalah gagasan perjuangan ISLAM dalam merealisasikan impian sebuah NEGARA ISLAM yang syumu.

:: Kondisi dan situasi dalam transisi seorang REMAJA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Alhamdulillah..akhirnya waktu yang di tunggu2 oleh penulis telah tiba, Hujung minggu yg best!! :) Ade ape dengan ujung minggu kali nie? knapa penulis ternanti sangat2? :) Pertamanya, penulis ingin rehatkan minda dan badan penulis selepas satu minggu posting ENT..huu..memang penat.. dan yang keduanya, penulis ingin update blog penulis :) rindu sgt rasenya klu x update blog nie..Hm, klu sebelum ini penulis pernah membawakan tema "CINTA" selama satu bulan, insyaAllah untuk bulan ini ( Disember) penulis ingin membawa tema "REMAJA, PEMUDA, dan MAHASISWA ". Kenapa penulis memilih tema ini ? Terang lagi bersuluh kerana, ketiga2 patah perkataan tersebut ada kaitan dengan diri penulis dan juga teman2 semua.. :)


Apa sebenarnya maksud REMAJA??.. Dalam satu majalah yang pernah penulis baca, di jelaskan erti REMAJA ini. REMAJA ialah "Satu kelompok manusia yang sedang melalui proses transisi. Apa yang di maksudkan dengan proses transisi ini?? Ia adalah suatu keadaan yang mana berada di antara alam kanak2, yang telah kita lalui dan alam dewasa, yang bakal kita tempuhi ( jika dikurniakan umur yang panjang). Penulis yakin dan sangat percaya, kebanyakan manusia inginkan zaman remaja yang lama. Jikalau berada di alam kanak2, nescaya mereka berdoa spya di percepatkan usia mereka untuk memasuki alam remaja, dan jikalau berada di alam dewasa, mereka tidak ingin di gelar dewasa.Jadi, apa yang istimewanya dengan alam REMAJA ini??. Pandangan penulis, istimewanya REMAJA ini ialah kerana di alam ini lah kita akan mencari identiti kita yang sebenarnya. Disinilah berlakunya pelbagai perubahan dalam diri, baik dari segi pergaulan, pemakaian, personaliti dan mahupun pemikiran kita.Di waktu ini jugalah kita berusaha untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup kita. Dan akhirnya kita akan mengenal siapakah sebenarnya diri kita ini. Adakah hanya sekadar remaja biasa yang hanya memenuhi rutin harian manusia ataupon sebaliknya. .


Tetapi, pada masa inilah, tatkala sedang mencari identiti kita yang sebenar, penulis,teman2 dan semua remaja lain akan berdepan dengan pelbagai situasi dan kondisi samada suka, duka, berjaya, gagal, sayang atau benci. Sebab itulah di katekan juga bahawa alam REMAJA ini adalah satu transisi yang tidak stabil,sentiasa berlaku perubahan dalaman mahupun luaran. DI waktu inilah pergolakan akal, jiwa, emosi dan nafsu mengambil tempat di medan pertaruhan. Seorang pemikir barat, Stanley Hall pernah menyebut bahawa di zaman remaja inilah mereka menghadapi cabaran, perubahan emosi, tekanan baru, fizikal dan intelektual. Memang tidak dapat di sangkal dan di nafikan lagi dan penulis juga yakin bahawa teman2 semua setuju dengan pendapat penulis ini kerana semua keadaan seperti yang di nyatakan di atas kebanyakannya telah kita lalui dalam mencari identiti kita yang sebenarnya.

Jadi, untuk berdepan dengan perubahan yang sentiasa berlaku di alam remaja ini, kita hendaklah sentiasa bersedia dari semua aspek kehidupan. Dan yang paling penting penulis rasekan ialah hendaklah mempunyai JATI DIRI atau IKATAN yang kuat terhadap pegangan AGAMA kita supaya bila datangnya perubahan dalam diri, kita tidak bergoyah dan kalut. Kita tidak mampu untuk mengawal perubahan dunia yang berlaku kerana itu di luar kawalan kita kerana seperti yang kita lihat, dunia sentiasa berubah. Mahu tidak mahu kita juga haruslah berubah seiringan dengan perubahan dunia supaya tidak ketinggalan. Di alam remaja inilah kita akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian dan rintangan..Adakalanya uijian itu berpihak pada kita dan ada kalanya ujian itu tidak menyebelahi kita.




"Kita tidak mampu untuk mengawal arah angin jika kita menjadi nakhoda pelayaran, tetapi kita mampu untuk mengawal kemudi pelayaran kita" .

Ia,walaupon kita tidak boleh menentukan takdir hidup kita kerana itu adalah Qada' dan Qadar Allah, ttp kita di beri kuasa oleh Allah untuk mentadbir dan menguruskan diri kita. Itulah yang di katakan sebagai KHALIFAH ataupon PEMIMPIN yang di beri kuasa untk mengurus dan mentadbir. Justeru sebagai penutup untuk entry yang pertama bertemakan " REMAJA, PEMUDA dan MAHASISWA " ini, marilah wahai remaja semua untuk kita sama2 membina IKATAN AGAMA yang kuat supaya mampu untuk kita berdepan dengan segala macam rintangan yang datang demi menjadi seorang REMAJA MUSLIM yang mencapai cita-citanya di dunia dan seterusnya cita-cita di akhirat kelak. InsyaAllah...