Alhamdulillah, penulis merase sangat teruja soalah2 memberi momentum baru kepada penulis untuk terus menjadikan blog penulis sebagai salah satu medan dakwah dalam menyampaikan informasi berguna kpd kita semua bila mana melihat kepada komen2 yang membina setiap kali entry terbaru penulis. Mungkin juga kerana isunya tentang CINTA yang mana sudah sebati dengan jiwa2 manusia terutamanya remaja bergelar Mahasiswa :) .Ucapan jutaan terima kasih kepada semua teman2 yang sentiasa melawat blog penulis dan insyaAllah penulis berharap agar sokongan ini berterusan agar penulis istiqamah dengan blog SAIF AL NIDHAM ini :)Seperti entry2 CINTA sebelum ini, penulis akan sedaya upaya untuk menjawab persoalan yang di ajukan supaya kefahaman tentang CINTA ini dapat sama2 kita hadam sebelum menuju ke arah pembinaan Keluarga Bahagia, insyaAllah...
"Salah kah bercinta?remaja sering saja mempersoalkan isu ini..jika salah, masakan ALLAH mengurniakan rasa cinta? " - Satu persoalan yang di ajukan oleh salah seorang komen blog penulis yang di kenali sebagai Tinta_hati. Tapi sebelum tu, penulis rakamkan terima kasih juga kepada tinta_hati kerana memberi kupasan yang panjang lebar tentang persoalan yang di ajukan dan insyaAllah penulis akan postkan kupasan tinta_hati bersama2 entry penulis pada kali ini. Tetapi suka untuk penulis menarik perhatian teman2 semua untuk kembali kepada persoalan pokok yang di ajukan iaitu salahkah bercinta?? Jawapan kepada persoalan inilah yang akan cuba penulis rungkaikan kerana penulis percaya inilah dilema remaja sekarang...
Dalam memberikan pendapat tentang cinta, Imam al-Ghazali dalam bukunya Kimia as-Sa'adah (Rahsia Kebahagiaan) mendefinisikan cinta sebagai "Satu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada yang disukai.”
Manakali ilmuan tersohor, Profesor Dr Hamka dalam memberikan pendapat tentang cinta menyatakan bahawa, "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang berlainan menerimanya.
Jadi secara umumnya seperti yang kita sedia maklum, Cinta adalah fitrah Manusia yang telah di anugerahkan oleh Allah kepada Hambanya. Sebagai manusia yang bijak, kita hendaklah mengerti cinta yang mana harus diutamakan ataupon "priotity of love" . Jika kita seorang remaja, cinta yang manakah harus kita utamakan? Penulis sempat juga membaca beberapa artikel yang menerangkan tentang keutamaan cinta ini. Pertama, Pada kekasih atau pada Allah? Pada kekasih atau Rasul s.a.w.? Pada kekasih atau ibu bapa? Pada kekasih atau akademik? Penulis tidak berniat untuk mengupas panjng tentang perkara in. Cukuplah sekadar kita mengetahui Hakikat Cinta yang sebenarnya supaya kita tidak memandang bahawa Cinta itu hanya pada kekasih semata2.InsyaAllah jika diberi peluang, penulis akan kupas pada entry2 yang akan datang..
Berbalik kepada persoalan utama entry penulis kali ini, bila kita membincangkan isu cinta di kalangan remaja, adakah salah bercinta??? Jawapan ringkas dari penulis ialah TIDAK SALAH..Ini kerana seperti penulis nyatakan sebelum ini, CINTA itu adalah anugerah Allah, maka tidak salah untuk kita bercinta. Tetapi yang menjadi SALAHNYA ialah bagaimana cara kita mengzahirkan CINTA itu atau lebih mudah untuk kita faham ialah MEKANISME CINTA. Disebabkan itulah Allah mencipta beberapa peraturan CINTA supaya CINTA yang di cari bertepatan dengan syariat. Sebagai contoh, berlakunya kemalangan dan kecelakaan jalan raya, lebih2 lagi di musim perayaan adalah di sebabkan oleh sikap pemandu yang mengabaikan peraturan dan undang-undang jalan raya.Jadi samalah juga konsep nya dengan Cinta. Tidak mustahil wujudnya gejala2 maksiat di kalangan remaja khususnya yang terjebak dalam arena CINTA kerana tidak mengikuti peraturan yang telah di tetapkan...Jadi suke untuk penulis mengambil kupasan dari tinta_hati berkenaan peraturan2 CINTA yang telah di gariskan oleh syariat agar CInta yang ita jalinkan menuju kebahagian Abadi dan mendapat ketenangan hati...
1.Ingatlah sahabat2, cinta itu hadiah Allah SWT kepada manusia. Akan tetapi wajarkah hadiah yang diberi dihargai lebih dari PEMBERI hadiah?
2.Ingat jua, jika kita mencintai ALLAH SWT nescaya ALLAH SWT memberikan lebih banyak cinta kepada pasangan kita supaya pasangan kita lebih cinta kepada kita.
3.Justeru, jika kita sudah terlanjur cinta..apa harus kita terus memutuskan tanpa berfikir panjang..aduh, kejam kah ISLAM?
4. tidak sahabat2...TIDAK..Islam tidak kejam~~da tentu ada caranya..
5. Cinta kurniaan ALLAH SWT ada peraturannya~~akar yang utama ialah HENDAKLAH CINTA KITA ITU DIDASARKAN KEPADA CINTA KEPADA ALLAH, dan PASTIKAN SEMASA MENJALIN HUUB TIADA HUKUM ALLAH YANG DILANGGAR...
6. Saya bukan lah terlalu arif tentang cinta, namun ingin juga saya kongsikan serba sedikit bahan bacaan saya supaya kita lebih kenal cinta..
7. Tentang Cinta..itulah bahan bacaan saya tinta dari Pahrol Mohd Juoi..mengupas tentang isu cinta kepada ALLAH SWT serta cinta sesama insan..
8.untuk memendekkan kata terus saya tuliskan disini tentang ..ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA...
- a) niat untuk berkahwin demi menjaga agama & akhlak agar sentiasa terpelihara dan bukannya suka2 atau melayan nafsu semata
- b) punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dgn perkara2 HARAM spt berdua2an ditempat sunyi, berpegangan tangan, atau apa2 yang membawa ke muqaddimah ZINA
- c) sudah lepas 'fardhu Ain' serta mencapai tahap pencapaian akademik yang baik tau lebih baik kerja yang tetap
- d)sudah beristiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha menjadi muslim dalam kata erti sebenar...
sahabat2 yang dikasihi...sebagai rakan, saya mmg sayang kalian semua dan mendoakan kebahagian kalian...secara tuntasnya, ingat lah ALLAH SWT itu pemberi cinta~maafkan sekiranya bicara hati saya mengguris perasaan penulis mahupun pembaca2 sekalian...yang baik itu teladan, yang buruk itu sempadan...sekian...salam
Inilah kupasan daripada tinta_hati yang mane penulis merasekan amat berguna uttuk tatapan kita bersama.Jadi penulis berharap kepada teman2 yang melawat blog penulis supaya dapt berkongsi seperti tinta_hati untuk same2 kita mendapat manfaatnya..

Sebagai penutup entry penulis kali ini, sekali lagi penulis mengucapkan terima kasih kepada teman2 yang sentiasa mengikuti entry2 terbaru penulis. InsyaAllah, segala persoalan yang di ajukan pada entry lepas akn penulis jawab dengan satu per satu. Jutaan terima kasi juga kepada teman2 yang sudi berkongsi pendapat mengenai entry CINTA sejak kali pertama penulis postkan tajuk ini..InsyaAllah untuk entry yang seterusnya selepas ini penulis aka cuba untuk mengupas tajuk berkenaan bagaimana bercinta mengikut ISLAM dan insyaAllah jika ade kesem[atan lagi penulis akan cuba untuk mengupas juga isu berkenaan dengan pasangan2 yang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga walaupon masih lagi belajar..sekali lagi penulis memohon jasa baik teman2 untuk same2 memberi pendapat tentang entry2 yang bakal penulis terbitkan....insyaAllah.....