::: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN ::: KE ARAH MUKMIN PROFESSIONAL :::
ALLAH DIUTAMAKAN
AMAL DIPERTINGKATKAN
Peringatan….
Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..
Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepadamarshall_niz@yahoo.com
Posted by
Saif al Nidhamon Wednesday, November 25, 2009
at
12:56 AM
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua..
Di kesempatan ini, penulis a.k.a Saif Al Nidham ingin mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua teman penulis dan seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga dengan sambutan ini dapat memberi kekuatan baru dalam memburu Syurga Allah...
Posted by
Saif al Nidhamon Tuesday, November 24, 2009
at
10:44 AM
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...
" Saat berderai jatuh titisan air mata dari IBRAHIM, Melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL, tatkala itulah bermulanya sejarah Agung, Erti sebuah PENGORBANAN ". Ini adalah ungkapan yang biasa kita dengar di dalam siri kuliah2 agama, mahupon di dalam artikel2 yang menceritakan tentang AIDILADHA. Seperti yang talah di janjikan oleh penulis, insyaAllah dalam entry "Ada apa dengan AidilaAdha : Part 2 " ini penulis akan berusaha untuk mengupas satu tajuk yang luas untuk ditafsirkan tetapi memberi impak yang besar jikalau kita menghayatinya dengan hati yang terbuka iaitu "Erti sebuah PENGORBANAN".
Sebagai pembuka bicara, suke untuk penulis tegaskan satu perkara antara pengajaran terpenting yang terkandung dalam AidilAdha ini adalah KESATUAN UMMAH. Walaupon terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, agama dan budaya, umat islam adalah umat yang SATU. Ini dapat di buktikan apabila kita bersatu menghadap kiblat dan Allah yang satu. Jadi jelas kepada kita Aidiladha membawa mesej sesungguhnya kesatuan UMMAH adalah tunjang kekuatan ISLAM.
Firman Allah Taala di dalam surah As-Saafaat ayat : 102-109
Maksudnya :
“ Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama denganya, Nabi Ibrahim berkata: “ Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab: ‘ Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar. Setelah keduanya telah berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim A.S. merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tumpuk tanah (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu – telah menjalankan perintah Kami, serta Kami menyerunya, “ Wahai Ibrahim! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata, dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar”. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. “ Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim”.
Berdasarkan kepada catatan peristiwa tersebut, nyatalah bahawa orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang sanggup melakukan pengorbanan terhadap apa sahaja yang ia miliki kerana Allah Taala, termasuklah berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga fikiran, perasaan dan sebagainya.
Begitulah juga dengan diri kita. Sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi, kita perlulah berusaha dengan gigih tanpa menyerahkan kepada takdir semata-mata kerana kejayaan tidak datang begitu sahaja. Contohnya, tanpa melakukan pengorbanan dalam berbuat sesuatu, biasanya seseorang pelajar akan gagal dalam pembelajarannya, ulama’ akan dipandang sepi, masyarakat dan rumahtangga akan hancur, dan negara akan terus dijajah.
Oleh yang demikian. Marilah kita menghayati erti pengorbanan dengan mengamalkan sikap suka berkorban dalam apa jua bidang bila diperlukan. Sesungguhnya betapa mulianya bila kita membudayakan sikap suka berkorban berdasarkan kemampuan masing-masing terutamanya demi kemaslahatan ummah sejagat seperti :
Pengorbanan ILMU bagi orang yang berilmu dalam usaha membina ketamadunnan ummah.
Pengorbanan AKAL FIKIRAN dalam melahirkan masyarakat yang bijaksana.
Pengorbanan HARTA DAN TENAGA bagi membantu orang yang memerlukan bantuan dan usaha menegakkan Dakwah Islamiyah
Pengorbanan MASA untuk melaksanakan perintah Allah walau dalam apa keadaan sekalipun bagi memelihara hubungan baik dengan Allah Taala.
Pengorbanan JIWA RAGA untuk memastikan kelangsungan syariat ISLAM di tegakkan.
Semua bentuk pengorbanan tersebut sangat dituntut dalam Islam demi kesinambungan hidup dan kesejahteraan ummah di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah : ayat 272 :
Maksudnya :
“……… dan apa sahaja harta yang halal yang kamu belanjakan ( pada jalan Allah), maka (faedah dan pahalanya) itu untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidak mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Hakikat pengobanan begitu luas untuk ditafsirkan. Lebih-lebih lagi pengorbanan kita terhadap agama. Apakah yang telah kita korbankan? Ramai di antara kita berkorban untuk keluarga, berkorban untuk suami isteri, berkorban untuk organisasi, tetapi jarang kita mendengar di usia dunia sekarang ini kita berkorban untuk AGAMA. Jawapannya hanya pada diri masing-masing kerana kita semua pastinya tahu di mana letaknya kekuatan dan kemahuan kita untuk melakukan pengorbanan demi kepentingan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Mudah-mudahan kita semua dapat menyedari dan berusaha mencontohi pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya. Itulah satu-satunya contoh yang tidak ada tolak bandingnya di dalam sejarah kehidupan manusia di dunia ini. Seseorang ayah sanggup mengorbankan anak kesayangannya demi melaksanakan perintah Allah walaupun perbuatan itu bertentangan dengan jiwa dan kemahuannya. Akan tetapi demi ketaqwaan dan ketaatannya kepada Allah Taala mengatasi segala-galanya, maka ia bersedia melaksanakan perintah tersebut dengan penuh kesabaran dan ketakwaan. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah Taala dan kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur.
Firman Allah Taala dalam surah ِAl-Haj : Ayat – 37
Yang bermaksud :
“ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas dan berdasarkan takwa dari kamu ”.
Posted by
Saif al Nidhamon Monday, November 23, 2009
at
9:47 PM
Salam sayang buat semua....
Sementara penulis menyiapkan entry "Ada apa dengan AidilAdha : Part 2 " , ingin penulis berkongsi dengan teman2 semua antara Kuliah Agama yang menjadi kegemaran dan kesukaan penulis ialah Kuliah yang di sampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, seorang pendakwah bebas yang memang terkenal, lebih2 lagi di Terengganu Darul Iman, iaitu negeri kelahiran penulis. Di harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu kita tentang ISLAM, lebih2 lagi dengan kehadiran AidilAdha ini..
Owh...rupenya hanya boley upload satu video sahaja.Penulis igt dapat upload banyak2..huhu...tapi, penulis gerenti Kuliah Ustaz Azhar ini memang seronok kita dengar..bley la tgk kat YOU-TUBE, fownload dan buat la koleksi..tapi satu nasihat penulis, bahasa yang di gunakan oleh beliau ialah "Loghat Ganu" ..jadi kemungkinan besar teman2 yang tidak faham bahasa terangganu mungkin mengalami sedikit masalah dalam memahami isi kandungan kuliah beliau..Jadi, nak faham???..belajarlah Bahasa Terangganu ye teman2 sebab bahasa terangganu nie unik :)
“Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kamu semua melihat perbuatanku benar maka ikutilah aku tetapi apabila kamu melihat perbuatanku salah maka perbetulkanlah aku.”
" Wanita ibarat Epal, Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tapi Epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya PEMUDA yang benar-benar HEBAT sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi (^.^) "
PENGIKUT BLOG PENULIS
MALAYSIA KINI
BERITA HARIAN
BORAK-BORAK
Apabila cinta kepadaNYA sedalam Lubuk sanubari, nescaya cinta selaiNYA akan terpinggir... Carilah warna yg sebenar mewarnai hidupmu.. Carilah cinta yg sejati kerna cinta yg sejati hanya dariNYA.... Berimiginasi seindah fantasi... Hasilnya tak seindah realiti.. Semalam Adalah Sejarah... Hari ini adalah kenyataan... Esok adalah harapan....
"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad), (janganlah bersedih hati) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau, tetapi orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah. – Al An'am:32-33-"