ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: AIDILADHA DI PERANTAUAN ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Labbaikallah humma malabbaik
Labbaikallah syari kala kalab baik
innal hamda
wanni' mata
lakawalmulk
laa syarii kalak


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran penulis panjatkan pada Allah SWT atas kurnian nikmat dan rahmatnya yang membolehkan seluruh umat ISLAM menyambut Hari Kemenangan dengan penuh kegembiraan demi mengharapakn RedhaNYA. Syukur jgk penulis panjatkan padaNYA kerana walaupon penulis tidak berpeluang untuk pulang ke Kampung beraye bersama Keluarga tersayang, namun ikatan ukhwah yg terjalin mampu menampung kesedihan di Hari Raya Qurban ini.

Seperti yang penulis rakamkan pada entry lepas, penulis menyambut Aidiladha pada tahun ini di Shah Alam, bersama sahabat2 seperjuangan penulis, Wan Nuruddin Shah, selaku tuan rumah dan Hadi, ku serta zulfadli. Ha, klu teman2 nk tau, ini adalah kali ke-2 penulis beraya di perantau. Pertama kali ialah ketika belajar di Matrik Pahang. So, xde la sedih yang teramat sangat. Sekadar nagis ckit2 tu, bese la kan......hee...Jom kite layan gambar2 penulis sekitar sambutan Aidiladha td.......layanzzzzz......


Nie sebelum bertolak....dah mcm model kete pon ade jgk....hee..so, lebih kurang jam 7 pagi, kami terus bertolak ke Shah alam...Kami menunaikan Solat Sunat Aidiladha kat Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.....


Ha, knal x sape tu??..Ha, klu nak tau, tu lah Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj...wa, dapat salam ngan Sultan tu...hebatkan??? hehe.....

Ha, beginilah suasana sebaik sahaj selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah...Ramai tu....Ha, kat bawah nie, tgk la aksi2 penulis bersma sahabt2.....layanzzzz....







Ha, Selesai sahaja Solat sunat, kami terus balik ke rumah Wan...lapo woo..x sarapan lg...smpt makn kueh siput jer sblm pegi Masjid td....So, seperti yang teman2 tgk kat atas itulah antara juadah raye kami...ade 4 masakan tau.......Nasi Ayam, Laksa Johor, Pulut kuning dan Lontong.....best sgt..!!..Mekaceh pada mama wan yg masak :)


Time nie tgh tgk citer " Saba " kat TV3..Lawak la jgk..yang paling x tahan tu, remy izhak a.k.a adam dlm citer Nur Kasih berlakon jadi bangla...memang lawak abis la...hee...


So, inilah kisah penulis menyambut Aidiladha pada tahun ini..lepas tu, x gie mane2 pon, itg nk gie umah ika, tp x jadi..so, kami terus balik ke PPUKM......Salam Aidiladha buat smua.....wassalam...

Hamba Mu datang menyahut pangglian Mu ya ALLAH
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu ya ALLAH
Yang tidak ada sekutu bagi Mu
Sesungguhnya segala pujian dan ni'mat
adalah kepunyaan Mu
yang tidak ada sekutu bagi Mu


P/S : Plan asal ingat nk Raye kat sini jer...Nak gi Solat Aidiladha kat Surau Al Falah, kat Taman Cempaka sb Ustaz Zul yg bg Khutbah Raye..hee...tp, Plan Allah juga yg terbaik...so, x berpeluang nk jupe Ustaz zul..huu..xpe, insyaALlah len mase ade lagi.....Jgn marah yer RedSugarPaper...mekaceh atas bantuan anda...hehe....

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: SALAM AIDILADHA 1431H ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


“Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah laksana satu biji yang membuahkan tujuh tangkai. Setiap tangkai mempunyai 100 biji. Allah menggandakan (ganjaran) kepada siapa yang dikehendaki-Nya.” (Al Baqarah: 261)


Bilamana berbicara mengenai Aidiladha ataupon lebih dikenali sbg Hari Raya Qurban, tidak dapat tidak kita akan mula mengingati kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail as. Penulis tidak berhajat untk menceritakn semula kisah Junjungan Agung Nabi Allah ini kerana penulis yakin dan percaya teman2 sudah sedia maklum. Tetapi apa yang ingin penulis kupaskan dalam entry pada kali ini adalah sedikit Ibrah @ Pengajaran dan mungkin lebih kepada praktikalnya erti sebuah PENGORBANAN, tidak hanya berfokus pada korban lembu dan seumpama denganya....

Suka untuk penulis memulakan entry ini dengan sebuah pertanyaan, pernahkah kita Berkorban untuk Islam.??? Berkorban memberi apa yang kita suka, pernahkah?? Memberi apa yang kita sayang, pernahkah??? Memberi apa yang kita miliki, pernahkah??? Memberi sesuatu yang kita simpan, pernahkah??? satu persoalan penulis lontarkan untuk difikirkan bersama....Jom kita layan satu firman Allah yang bermaksud :
Wahai mereka-mereka yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat melepaskan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu hendaklah kamu beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan jiwa raga kamu. Itulah yang paling baik jika kamu orang yang mengetahui.” (As Saf: 10-11)

Ringksnya, ape yg kita faham bahawa PERNGORBANAN itu tidak hanya tertumpu pada harta benda shj, seperti lembu, unta ect, ttp ia juga termasuk jiwa raga kita. Ini termasuklah tenaga dan masa yg kita ada. Mungkin ramai yg sudah memahami ape itu perngobanan harta bende dan wang ringgit, ttp berapa ramai yg masih lagi belum faham dan yakin bahawa pengorbanan tenaga dan masa yang kita ade jugak salah satu saham kita untuk memiliki syurga Allah.

Dewasa ini, ramai yg terlepas pandang untuk mengorbankan sedikit masa dan tenaga hanya untuk ISLAM. Sebagai satu contoh, lihat sahajalah berapa ramai yang sanggup meluangkan masa untuk membuat kerja2 ISLAM..berapa ramai yang sanggup untuk bersama2 dalam program2 mencegah maksiat daripada terus berleluasa.....Alasan yang biasa kta dengar " alah, aku byk kerja la...ala, xde masa la nk buat kerja2 nie...ala, banyak lagi la x study.....ala, bukannya dapat name klu wat kerja2 islam....." ..Contoh paling dekat penulis ambik, cube lihat disekeliling kita, masyarakt kampus khususnya, berapa ramai yang sanggup join usrah dan menghadiri kuliah2 agama?...tepuk dada, tnyer iman....


Salah satu faktor yg dpt penulis simpulkan ialah, kurangnya keyakinan kita dengan ISLAM yang kita anuti. Rasenya acap kali kite dengar Firman Allah yang berbunyi :

Hai orang-orang mukmin, jika kamu bantu agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ( Surah Muhammad; 47:7)


Ringkasnya, apa yg cuba penulis sampaikan ialah, dengan kehadiran Aidiladha ini, Ayuh, kita berusaha untuk BERKORBAN untuk ISLAM. Tidak kiralah dalam apa bentuk pengorbanan sekalipon, ttp yg penting, ikhlas untuk Allah dan Islam. Janganlah rase rugi untuk korban MASA dan TENAGA apabila kita dipanggil untk membantu Agama Allah. Walau sesibuk mane sekali pon kita dengan urusan dunia, jangan sesekali kita tinggalkan Urusan Akhirat kerana hanya ini sahajalah bekalan yang akan kita bawa menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi...

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berkorban untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar.” (At Taubah: 111)

Ayuh kita sama-sama berkorban dari yang kecil. Segala yang besar dimulai dari yang kecil. Cubalah untuk berkorban sedikit demi sedikit. Berkorban tenaga, waktu dan kesempatan untuk Islam. Kemudian meningkat dengan berkorban harta. Karena diri kita ini perlu untuk dididik. Apalagi jiwa yang kita miliki, biasanya akan cenderung kepada nafsu. Maka harus selalu dijaga dan diarahkan menuju kepada kebaikan.


Terlibatlah dalam urusan kaum muslimin. Ringankanlah beban mereka. Cubalah untuk melakukan sesuatu dimana kamu sangat bermanfaat di bidang itu. Jangan takut, jangan ragu atau malu. Inilah saatnya, Islam adalah adil untuk semua. Jom perbanyakkan TAKHBIR, memuji kebesaran Allah di hari kemenangan ini.....

Ketaqwaan IBRAHIM patut dicontohi,...
kesetiaan SITI HAJAR x dapat ditandingi...
ketaatan ISMAIL perlu diteladani...
dalam menghayati pengorbanan sejati...

SALAM EIDUL ADHA 1431H...


p/s :
  • sedih x dpt balik kmpung beraye bersama keluarga...uwaaa.......cam ne nk makan daging masak merah nie......
  • nway, thanx pada kawan2 yang bg support, terutamanya tinesh,..i copy here what hv u said to me " setiap pengorbanan ada balasan.. god will pay u back..sabar ek" ...
  • Pada kawan2 yg senaseb ngan penulis, x dpt pulang beraye di kmpg, sekali sekai marase beraye kat perantau apa salahnyerkan....best per..hee...
  • InsyaAllah penulis akan menyambut Aidiladha dan solat sunat di Shah Alam, di Masjid Salahudin Abdul Aziz shah.....

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: NASI ARAB PELENGKAP USRAH KAMI ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


Daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila kamu lalu di taman syurga, hendaklah kamu masuk bersiar-siar dan menikmati segala yang ada dalamnya. Dikatakan apa taman syurga itu? Sabda Baginda: Itulah majlis zikir
(Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Alhamdulillah, sekali lagi penulis dan sahabat2 seperjungan diberi peluang untuk menghadiri Usrah Bulanan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia ( PAPISMA) pada hari sabtu yang lepas. Usrah PAPISMA kali ini diadakan di Taman Empangan, berhadapan dengan PICC, PutraJaya..Jom layan aksi2 penulis sblm usrah bermula..hee.....





Seperti biasa, usrah diteruskan dengan kupasan hadith 40 Imam An Nawawi sebaik sahaja ia dimulakan dengan sedikit tazkirah oleh Dr Syed Khaliq, Exco Pusat PAPISMA yang mengingatkan kembali peranan kita sebagai Pengamal Perubatan ISLAM yang perlu meletakkan ISLAM sebagai tonggak gerak kerja. Kini, usrah kami telah memasuki hadith yg ke-25...nak tau ape??..jom layan......


Mafhum hadith tersebut:

Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan):
Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW:

Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.
Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala. Hadis riwayat al-lmam Muslim



Jom kita ambil pengajaran daripada hadith ni:

(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan.

(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan dipersia-siakan sama sekali.

(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih iaitu mengucap ( سبحان الله ), bertahmid iaitu mengucap ( الحمد لله ), bertahlil iaitu mengucap لا إله إلا الله , menyuruh orang berbuat ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan melakukan hubungan intim bersama isteri pun dianggap sedekah! Kerana kalau dia berzina, dia dianggap berdosa dan akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.

(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah, lebih-lebih lagi kalau mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang masa untuk melakukan amal ibadat sunat yang lain.

(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.

Wallahua'lam









Alhamdulillah...sebaik sahaja selesai Usrah dan menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah, kami terus bergerak ke Restoran Saba a.k.a Restoran Nasi Arab..Ha, klu nk tau, nie adalah antara Restoran Kegemaran penulis..Bese penulis pergi ngan kawan2 or bile ade event jerk...x berani nk g sorang2...hehewalaupon agak jauh, kat Cyberjaya, tp berbaloi pergi...Nasi Arab die memang terbaik la...!!!Terima kasih Dr-Dr dan Ustaz Jamir kerana sanggup support makanan kami...Alhamdulillah, moge Allah murahka rezki kalian.....Jom layanzz....







Itu lah kisahnya.....wassalam.

BERBAKTI SELAGI MAMPU