ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: PROGRAM MASYARAKAT SIHAT SRI NERVEILA 2010 ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


" Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga ".
Surah al-Israk ayat 7

Alhamdulillah, semalam iaitu 28 hb Nov 2010(Ahad), penulis bersama beberapa orang sahabat berpeluang untuk menghadiri ke Program Khidmat Masyarakat di Kota Kemuning, Shah Alam. Sebagai Penggerak dan Ahli di dalam sebuah Pertubuhan NGO Perubatan, iaitu Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), sering kali kami mendapat jemputan untuk memberikan Perkhidmatan kesihatan asas secara percuma kepada masyarakat. Kebiasaanya program akan dijalankan pada hujung minggu. Jadi, jikalau penulis dan sahabat-sahabat free, kami akan sertai.

Bagi penulis, ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan untuk terlibat dengan aktiviti Kemasyarakatan di bawah PAPISMA. Di samping dapat menabur khidmat pada masyarakat, dalam waktu yang sama ini secara tidak langsung dapat memberikan satu pendedahan awal kepada kami untuk lebih mengenali masyarakat, tidak hanya menuggu di bilik-bilik klinik Hospital menanti kedatangan pesakit.

Sebab itulah, setiap kali ada program, sebolehnya penulis akan turun bersama PAPISMA.So, tak mau citer panjang, jom layanzzzzz penulis dan sahabat di " Program Masyarakat Sihat Sri Nerveiila 2010 " ........

Acara senamrobik pembuka bicara " Program Masyarakat Sihat Sri Nerveiila 2010 "


Alhamdulillah, sambutan yang agak baik oleh masyarakat Sri Nerveiila....

Antara Aktiviti sukaneka yang ada untuk kanak-kanak.......



Ha, gambar kat bawah nie memang gamabr kesukaan penulis...nak tau sebab ape????....layanzzz la dulu....hee....


" Alangkah indahnya hidupku andai nya ini adalah kepunyaanku "

Ha, so apa konklusi yang teman-teman bley wat??... :) Ok la..sebenarnya, antara salah satu impian penulis pada masa hadapan ialah untuk memiliki sebuan MOTORBIKE seperti di atas..Penulis suka bawak moto, sebab itulah penulis sanggup ke Teluk Intan menaiki Moto LEGENZ penulis... :)


Sebagai cenderamata, dapat la towel kecik...terima kasih akak aini.... :) ade umur yang panjang, kite jumpe lagi yer......

So, itulah kisah kami....cam best jer kan? So, teman-teman, penulis nasihatkan, join la apa2 Pertubuhan NGO di luar sana yang berkhidmat untuk Masyarakat sb kita hidup bermasyarakat, tidak dapat tidak hendaklah sentisa bersama masyarakt....kan??..tol x? hehe....

So, sebagai konklusi unutk entry kali ini, penulis bawak satu hadith Rasulullah yang berbunyi :

”Kalian tidak akan dapat mencukupi keperluan manusia dengan harta kalian, kerananya cukupilah dengan akhlak kalian.”.


Justeru, penegasannya adalah da’i sejati adalah da’i yang hidup untuk orang lain dan bukan untuk dirinya, sentiasa mencari peluang untuk mendidik dan berbakti, berusaha untuk menyenangkan orang lain dan bukan demi kesenangan peribadi, merasa bahagia kerana dapat memberi dan berkhidmat, bahkan jika orang lain bahagia, ia pun turut bahagia, jika orang lain merasakan kedamaian dengan prestasi akhlaknya, maka ia pun merasa damainya. Demikianlah peribadi seorang da’i sejati yang perlu kita impikan...wassalam

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: SANTAP DI RESTORAN CENARA ::


سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan jgnlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaanNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat2Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk". (3:103)

Bersua kembali kita...Apa khabar iman teman2? harap2 sentiasa naik dan paling tidaknya maintain...insyaAllah..Hm, entry kali ini agak santai pengisiannya. Sebenarnya penulis nak berkongsi satu tempat makan yg penulis baru jumpa yang ala-ala ekslusif jugak la ngan teman-teman selain dari Restoran Saba kegemaran penulis tu..hehe...Nak tau tak ape name Restoran nie??...mesti dah tahu kan sebab dah tengok gambar kat atas tu.hehe..Ha, tula name Restoran nie iaitu Restoran Cenara..

Letaknya.....................rasenye tak perlu penulis bagitau kot dimana tempat sebab penulis rasakan tidak berasa sesuai dan elok untuk teman-teman pergi..Aii, tunjuk gambar bukan maen lagi, tp tak galakkan pergi pulak...pening nie...hehe...jangan pening-pening...ada sebab kenapa penulis tidak galakkan untuk Dinner kat sini kecuali dah darurat...So, nt klu ada yg ajak nk pergi Restoran Cenara nie, better pergi ke Restoran lain dulu la jikalau mempunyai pilihan..andai tak ade pilihan, x dapet la den nak nolongnya......






"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana " (8:63)

Sedikit peringatan untuk teman-teamn sebab selama mana kita hidup, tidak dapat tidak perlulah sentiasa memberi peringtan agar diri sendiri dan orang di sekeliling mendapat manfaat bersama....


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."






Penulis tak tahu keadaan Restoran ini ketika waktu siang dan hari-hari berikutnya..tetapi sewaktu penulis pergi, adala 'sumetin' yang tidak berapa seronok ada disana...So, terpulang pada teman2..Keputusan berada di tangan anda...Buatlah pilihan yang terbaik (cam nk ngundi la pulak kan..hehee) ...wassalam

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: TIDAK MENUNGGU SEMPURNA ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Bergelar seorang Da'ie ( mengajak seseorang ke arah kebaikan) , tidak dapat tidak, pasti dan pasti akan diuji oleh Allah SWT. Lain orang, lain ujiannya kerana telah Allah janjikan akan memberi ujian setimpal dengan keupayaan kita menanggungnya. Tetapi, Kadang-kala kita merasa lemah dan tidak mampu untuk berdepan dengan ujian tersebut. Apatah lagi apabila melihat ke dalam diri yang serba kekurangan tetapi sibuk untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan.

Inilah realiti yang ada dalam jiwa setiap daie, termasuklah penulis sendiri yang kadang-kala malu dengan keadaan diri yg sentiasa dikelilingi dosa2. Seorang Ustaz juga pernah menasihati penulis akan perkara ini. Ringkasnya " Andai kamu ingin melihat dirimu sempurna dahulu, nescaya dakwah ini tidak akan berkembang kerana insan yang bergelar manusia itu akan ada kekurangannya" katenya . Sekadar untuk berkongsi dengan sahabat-sahabt seperjuangan, para daie dan teman2 yang sentiasa inginkan kebaikan, entry kali ini penulis tujukan untuk anda semua...Jom layannzz.....


Sumber : http://ms.langitilahi.com/motivasi-tidak-menunggu-sempurna/

Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.

Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:


“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”

“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”

“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”

“Kau dah sempurna sangat ke?”


Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.


Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?


Kisah Abu Bakr RA

Dari kalangan lelaki dewasa, Abu Bakr RA adalah yang pertama beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika kita memerhatikan Sirah Nabawiyah, selepas keimanannya, Abu Bakr mengajak ramai manusia untuk mengikuti jalan kepada Allah SWT ini. Antara yang diajaknya adalah:


1.
Uthman bin Affan RA – satu dari 10 yang dijamin syurga.
2.
Sa’ad ibn Abi Waqqas RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
3.
Talhah ibn Ubaidillah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
4.
Abdurrahman ibn Auf RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
5.
Zubair Al-Awwam RA
6.
Abu Ubaidah Al-Jarrah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga

Ini adalah antara yang diseru oleh Abu Bakr RA, sebaik sahaja Abu Bakr beriman kepada Allah SWT. Kalau diperhatikan, mereka yang didakwah oleh Abu Bakr RA pada awal keimanannya ini, kebanyakannya adalah sahabat yang dijamin syurga.


Kita teliti, Abu Bakr RA ketika itu baru sahaja beriman kepada Allah SWT. Adakah Al-Quran ketika itu sudah sempurna sehingga ada ayat-ayat yang boleh menguatkan seruan Abu Bakr? Adakah Rasulullah SAW ketika itu sudah menyempurnakan dakwahnya sampai pada Abu Bakr ada pelbagai teknik yang boleh dia gunakan? Adakah ketika itu orang Islam sudah ramai sampai Abu Bakr boleh menunjukkan si fulan itu, si fulan ini gembira mengikuti Islam?


Kita perhatikan, dalam keadaan serba kekurangan, Abu Bakr RA bergerak juga menyebarkan kefahaman Islam, mengajak kepada kebaikan. Sedangkan ketika itu baru awal waktu seruan Rasulullah SAW. Ayat Al-Quran pun hanya ada beberapa sahaja. Orang Islam hanya ada dia, dan keluarga Rasulullah SAW sahaja.


Jadi kenapa Abu Bakr RA ini mampu bergerak, berani menyeru manusia kepada Islam dalam keadaan kekurangan demikian?


Kerana dia beriman, yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kerana dia melihat Islam itulah penyelesai kepada masalah insan, dan dia hendakkan Islam itu berada dalam jiwa-jiwa masyarakatnya.


Maka dia bergerak tanpa menanti sempurna. Tidak berlengahan. Tidak memberi alasan itu, alasan ini. Tidak juga jatuh dengan seksaan dan hinaan.

Perbaiki diri, dan ajak orang lain

Allahyarham Sheikh Mustapaha Masyur ada berkata:


“Islah nafsak, wad’u ghairak”


Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut:


“Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”


Kalau benar itu maknanya, maka Sheikh Mustaphaa Masyur akan berkata begini:


“Islah nafsak, summa, ud’u ghairak” Perkataan summa di sini membawa maksud kemudian.


Kenapa dia menggunakan ‘dan’, bukannya ‘kemudian’? Hal ini kerana, ‘dan’ menunjukkan kebersamaan, pada waktu yang sama. Manakala ‘kemudian’ menunjukkan kelewatan, bukan pada waktu yang sama. Maka, makna pada kata-kata “Islah nafsak, wad’u ghairak” hakikatnya adalah:


“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”


Kenapa dia menyeru demikian? Kenapa Sheikh Mustapha Masyur tidak suruh kita ajak orang lain lepas diri kita dah sempurna? Kenapa masa tengah perbaiki diri kita sudah perlu ajak orang lain? Kenapa?


Hal ini kerana, manusia memang tidak akan mencapai kesempurnaan. Jadi, jika hendak tunggu sempurna, sampai kiamat pun tidak akan bermulanya seruan kepada kebaikan. Justeru, manusia perlu menyeru dengan apa yang sudah ada di tangannya. Dia ada sikit, dia bagi sikit. Dia ada banyak, dia bagi banyak. Pokoknya, dia memberi, berkongsi, menyeru ke arah kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:

“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”


Dan dengan kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini juga satu booster untuk peningkatan diri.


Guru saya ada berkata:


“Perempuan yang malas mencuci kukunya, apabila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sama”



Kebaikan, jangan dilewat-lewatkan

Allah SWT berfirman:


“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;”
Ali-Imran ayat 133.


Allah SWT juga mengingatkan kita berkenaan tindakan seorang lelaki yang apabila mendengar ummatnya menolak penyampaian rasul-rasul Allah SWT. Allah menceritakan bahawa lelaki itu berlari dengan pantas di dalam ayat berikut:


“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu”
Surah Yaasin ayat 20.


Apa persamaan dua ayat ini?


Menyegerakan kebaikan.


Hal ini kerana, kalau kita tidak menyegerakan kebaikan, maka hakikatnya kita telah terjerumus dalam kerugian. Mari kita lihat ayat Al-‘Asr yang popular:


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Surah Al-‘Asr ayat 1-3.


Ya, perhatikan ayat-ayat itu. Siapakah yang tidak rugi? Yang tidak rugi dalam hidup ini hanyalah mereka yang melakukan amal kebaikan, dan menyebarkannya pula.


Anda, nak untung atau hendak rugi?

Penutup: Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran

Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan. Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringatan. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT.


Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.


Jangan lengah, jangan lewat-lewat.
Bergeraklah.
Bersegeralah.
Tidak perlu menanti sempurna.
Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita.
Kita bangga dengan Islam, sebab itu kita sebarkannya, agar orang lain turut merasa



p/s : Terima kasih pada SASF kerana disebabkan anda, maka terterbitnya entry ini. Terima kasih jgk sb dalam waktu yg sama dpt muhasabah dan beri motivasi pada diri sendiri untk terus istiqamah dalam perjuangan ini..Kepada kamu, jangan tengok pada kelemahan yg ade, tetapi lihatlah pada kelebihan yang ade...and alwaiz remember, Allah alwaiz wit us..!! :)


BERBAKTI SELAGI MAMPU