ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: MY KONVO DAYZZ ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Sesiapa yg akhirat itu tujuan utamanya. Maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina ( iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya. Maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah ceraiberaikan urusannya. Dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya ( iaitu dalam keadaan hina) - AlTarmizi








Kawan …

Aku tahu
Aku bukanlah seorang daie yang hebat
atau seorang mujahid dijalan ini
yang boleh engkau tahtakan

Aku hanyalah sang pemimpi
yang mengimpikan sebuah kenyataan
dari impian impianku.

Impian yg hanya bergolek dan berputar putar
laksana embun dipermukaan kaca

lalu sepi
bergelimang malas dalam jiwaku

Namun ...
bila ku terbayangkan sekujur tubuh Sayyid Qutb
keseorangan hidup dan syahid dijalan ini

jiwaku kembali membakar
dalam sebuah erti cinta
dan aku ...
kembali menyusun langkah langkahku
menyusuri jalannya
menuju sebuah kedamaian.

Dihati kecil ku
menaruh harapan
agar ruh ku jua
akan bermukim di dada burung burung hijau
berkicau dan beterbangan
dipinggir pohon syurga …
menikmati cinta yang hilang didunia







p/s : ALhamdulillah...masih mempunyai sahbat2 yg sentiasa memberi peringatan untuk terus istiqamah di Medan ini......Syukur padaMU ya Allah.....

BERBAKTI SELAGI MAMPU



:: SEMUANYA BAKAL BERMULA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan beribadah kepada Ku.”(adz-Zariyaat:56)



Hai semua....wah,rasenye dah bersawang dah blog penulis nie kan...haha...lame sudah tak update hinggakan ramai sudah yg bertanye, kenapa blog penulis dah x update....dah berhenti menulis ker...?? aiyooo...cam mane oo mau jawab....huu...ape2 pon penulis ingin susun 20 jari jemari memohon ampun dan maaf atas 'pembekuan' penulisan di blog penulis ini....nak kate ade masalah, xde la jgk...tp, ntah la...xtau la nape.....biarlah yer..x perlu untuk di pikir....


So, sebagai permulaan untuk menyambung balik penulisan artikel di blog penulis ini.....sila layanzz dulu gambar2 di bawah.... :) hehe.......




Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman tangan,ucapan'opps' mendahului 'YA ALLAH',
bila perut kenyang 'kenyangnya' mengatasi 'ALHAMDULILLAH',
bila diri terpegun oleh keindahan alam, 'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'cantiknya,
bila dikunjung berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa 'INNALILLAH',
kadangkala kita lupa kerana terbiasa,
tapi ingatlah agar bila IZRAEL mendekati kita, biarlah ucapan 'LAILAHAILLAH' menjadi juara mengarasi segalanya.



"Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan iaitu: (1) Melakukan segala perintah Allah; (2) Menjauhkan diri dari segala yang haram; dan (3) Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah. Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu si mukmin hendaklah memikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggota-anggotanya melakukan perkara-perkara ini." - Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dalam "Futuh al-Ghaib

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: KEINSAFAN DIRI ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...


Sangat Merindui Mereka......asek nak nagis je bile teringat....Allah,kuatkan hatiku ini...... :(



DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS….

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI

Link Lagu disini


BERBAKTI SELAGI MAMPU