

Kembali melihat realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini, sebilangan besar langsung tidak mengambil berat malahan ade yang langsung tidak perasan Ketibaan Hari Raya Aidiladha ini.Mengapa perkara ini boleh berlaku? Kenapa ia tidak sama meriahnya dengan sambutan AidilFitri walhal Aidiladha juga merupakan hari Kebesaran Umat Islam? Ringkas jwpan dari penulis ialah, seperti di awal entry penulis telah sebutkan bahawa kita lebih mengenali "Hari Raya Haji" berbanding "Hari Raya Aidiladha" walaupon pada hakikatnya ia adalah sama. Jadi mungkin di sebabkan inilah kta merasakan bahawa sambutan ini hanya untuk orang2 yang pergi menunaikan Haji sahaja. Sebenarnya ini satu kefahaman yang melencong dari kefahaman sebenar dalam ISLAM.Jadi marilah kita sama hayati apa yang sebenarnya ade pada Zulhijjah ini supaya mampu membuatkan kita merase bersemangat untuk menyambut AidilAdha..
Dalam satu Firman Allah, surah Al fajr, ayat 1-2 yang bermaksud:
" Demi waktu subuh. Demi malam yang sepuluh" .
" Bila ade hari2 yang deperintahkan untuk melakukan amal soleh, maka lakukanlah pada 10 yg awal dalam bulan Zulhijjah. Bertanya pula sahabat, jika di bandingkan dengan berjihad di jalan Allah, mana pula yang lebih afdal. Baginda menjawab, Jikalau jihad itu bukan jihad yang tidak balik( jihad yg mane di bawa semua harta dan diri nya untuk Allah, mengharap Syahid semata2),maka lebih afdal bagi kamu untuk melakukan amal soleh berbanding pergi berjihad." .
Jelas disini menunjukkan bahawa begitu besarnya ganjaran yang Allah bagi kepada sesiapa yang melakukan amal soleh sepanjang 1 smp 10 Zulhijjah.
Pernah juga dikatekan bahawa jikalau Malam Al-Qadar itu merupakan malam yang lebih baik dari seribu malam, tetapi 10 Zulhijjah, merupakan hari yang lebih baik dalam setahun. Nah, sekali lagi pengiktirafan Allah berikan kepada bulan Zulhijjah ini .Jadi marilah kita same2 menghidupkan "semangat" untuk menyambut Aidiladha ini supaya ia dapat memberikan suatu impact dalam meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Berikut beberapa amalan soleh yang sempat penulis kongsikan unutk sama2 kita beramal di 10 awal Zulhijjah, :
- BERZIKIR, iaitu mengingati Allah. Masyarakat kita hari ini lebih kenal zikir itu hanya bersifat ucapan iaitu tahmid, tasbih dan sebagainya. Tetapi, di sana ade lagi zikir yang lebih afdal iaitu ZIKIR IBADAH, iaitu zikir yang di sertai dengan pergerakan, contohnya Solat sunat.
- BERPUASA. Mungkin ini satu faktor kenapa sambutan AidilAdha tidak semeriah AidilFitri kerana tiada puasa sebelumnya. Iya, memang puasa sebelum Aidilfitri adalah wajib, ttp jikalau kita berpuasa sunat sebelum Aidiladha penulis yakin, insyaAllah kita akan merasa roh Aidiladha tersebut, Lebih2 lagi pada 9 Zulhijjah iaitu hari Wukuf.
- Menyambut AIDILADHA ( pada 10 Zulhijjah). Pernah seorang sahabat bertanya kepada Baginda SAW, bagaimana cara untuk kita menyambut Aidiladha. Lantas baginda menjawab dengan kamu bersolat Sunat Hari Raya Aildiladha sebelah paginya. Jelas menunujukkan kepada kita bukan makanan indikator untuk menyambut hari raye,ttp Solat sunat Hari rayalah indikatornya..
- Melaksanakan UDHIYAH @ KORBAN. Yang di maksud Udhiyah disini ialah mendekatkan diri kepada Allah. Jadi, ibadah Korban adalah merupakan salah satu ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.Tetapi ianya hanya di syariatkan kepada yang berkemampuan shaja.
- BERPANTANG. Ini hanya di syaraitkan kepada sesiapa yang ingin melakukan korban, hendaklah die berpantang daripada memotong rambut,kuku atau kulitnya sehinggalah seleasi korbannya. Ini berdasarkan satu Hadith Nabi SAW yang bermaksud " Barangsiapa yang melihat anak bulan Zulhijjah dan ingin melakukan Qurban, maka hendaklah die berpantang".Antara hikmah kenapa di syariatkan berpantang ialah untuk samae2 merasekan seolah2 berada dalam Ihram ketika menunaikan Haji.

Jadi, itulah sedikit perkongsian dari penulis tentang AidilAdha ini. Sebenarnya ini adalah ringkasan daripada Ceramah Qurban oleh Ustz Anuar Ridwan baru-baru ini. Penulis berharap agar entry ini dapat mengembalikan semangat kita untuk same2 menghidupkan kembali suasana sambutan Aidiladha yang semakin malap dalam masyarakt hari ini.
p/s : Untuk entry " Ada apa dengan AidilAdha : Part 2 " , insyaAllah penulis akan kupas apakah erti sebuah PENGORBANAN dalam Islam mengikut Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail..jadi, same2 kita tunggu entry seterusnya dari Saif Al Nidham :)
0 comments:
Post a Comment