Salam sayang buat semua....
Penulis lihat ramai mahu berubah
Penulis juga mahu sama
Tapi masih tak mampu
Dan Penulis masih tak mampu
Perubahan bukan retorik semata
Perubahan perlukan keikhlasan
Perubahan perlukan kekuatan
Perubahan perlukan keazaman
Perubahan mesti dengan kefahaman
Jelas dan jitu
Apa tujuan dan matlamat
Perubahan mahu istiqamah
Bukan sekadar detik hati
Tapi perancangan yang teliti
Perancangan yang membuahkan hasil
Bukan habuk semata
Perubahan bukan sekadar pameran
Tapi mengharap keredhaan
Perubahan bukan pada sesetengah
Tapi semua
Kerana sesetengah
Kadangkala membawa kepada tiada
Perubahan bukan sekadar di bibir
Tapi perlu di anggota
Bukan sekadar di fikiran
Tapi juga di hati
Perubahan adalah jihad
Bukan jihad membawa armada
Tapi jihad melawan diri sendiri
Nafsi yang menggoda
Perubahan bukan mudah
Namun tak mustahil
Bersamalah melakukan Perubahan.
2 comments:
setuju..tidak perlu berubah hanya untuk menunjuk2..tidak perlu berubah kalau diri masih hipokrit..
Yup...
Moge Allah beri kekuatan pada kita untk Berubah ke arah yang lebih baik...
Post a Comment