Salam sayang buat semua...
Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran penulis panjatkan pada Allah SWT kerana masih lagi di beri peluang kepada penulis untuk terus menerbitkan entry dalam blog ini untuk dijadikan perkongsian semua. Suke untuk penulis merakamkan Jutaan terima kasih kepada Organisasi Surau Al Razi dan Rintihan Palestin kerana berjaya menganjurkan program yang begitu bermanfaat kepada MAHASISWA pada minggu ini. Syabas kepada Anda.
Masyarakat tanpa pelaksanaan dan tiada penjelmaan gaya hidup ISLAM tidak boleh di pandang atau digelar sbg MASYARAKAT ISLAM. Lebih malang lagi apabila MAHASISWA ISLAM sanggup mengamalkan gaya hidup selain daripada ISLAM. Mereka telah mempermainkan KALIMAH TAYYIBAH degan kemanisan kata-kata dan ada masa yang sama mereka mengharamkan diri daripada melaksanakan mal benci dengan kaedah ISLAM yang ade dlm Al Quran dan Hadith. Mereka lebih mempercayai hukum dunia ciptaan manusia daripada HUKUM ALLAH. Inilah manusia yang digelar bertuhankan nafsu yang hanyut dalam kehidupan jahiliyyah moden.
Penulis tertarik dengan kupasan khutbah pada minggu ini sewaktu penulis solat Jumaat di Masjid Al Azim. Ringkas disebut bahawa masyarakat kita seolah2 tidak pernah langsung menerima ajaran ISLAM. Lihat sajalah kiri, kanan, depan, dan belakang kita seolah2 masyarakat kita berada pada zaman Jahiliyyah. Kes pembunuhan, penzinaan, anak luar nikah, hiburan yang melampus sudah menjadi rutin harian malah di bangga2kan. ISLAM sudah dipandang seolah2 agama yang ketinggalan zaman dan lagsung tidak menghiraukan lagi mane HALAL dan HARAMnya.
Kini umat ISLAM berada dalam keadaan muflis daripada segala aspek kehidupan termasuk dalam politik, pendidikan, ekonomi dan sebgainya. Inilah padahnya jika umat ISLAM, khususnya MAHSISWA ISLAM kehilangan roh perjuangan yang sudah dinyalakan oleh Rasullullah SAW dan para sahabat. Rasullullah mendidik para sahabat dan umat ISLAM dengan suluhan Al Quran ttp sekarang umat ISLAM sendiri telah mencapur adukkan Al Quran dengan idealis ciptaan manusia. Umat ISLAM sekarang lebih selesa dengan menbaca tanpa amal dan tidak memahami arahan2 Al Quran bahkan ade diantara kita yang menolak ajaran Al Quran dengan alasan sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Celakalah golongan ini iaitu golongan yang mengejar kekafiran walaupon ditawar HIDAYAH kepadanya.
Wahai sahabat2 MAHASISWA ISLAM, teruskan perjuangan kalian. Sesungguhnya kita berada dilandasan yang benar untuk menegakkan KALIMAH TAYYIBAH di Kampus khususnya sebagai pengabdian kita kepada ALLAH SWT. Wasslam..
0 comments:
Post a Comment