Salam sayang buat semua.....
Segala puji-pujian kepada Tuhan sekalian alam yang mengizinkan pertemuan dan kehidupan kita pada hari yang penuh barokah ini, Penghulu segala hari. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan, kekasih abadi, seluruh Ahli keluarga Baginda dan para sahabat pendokong tinta Ilahi..
Aduh..sempurna sangatkah diri penulis ini sehingga pantas mencari kesalahan dan keburukan orang lain untuk di jadikan kupasan dalam blog penulis??? Baik sangatkah penulis ini sehingga sanggup menghukum dan melabelkan seseorang tidak sebaik penulis?? Tinggi sangatkah ilmu penulis ini sehingga sentiasa berani berhujah dengan sesorang yang lebih tinggi dan banyak pengalaman hidup dari penulis??? Alim sangatkah diri penulis ini sehingga lahir dalam diri perasaan yang selesa dalam beribadat padahal hakikatnya hampir setiap saat penulis melupakan Allah??..
Astarghfirullah, ya Allah...hina dan kerdilnya diri ini...Ampunkan aku ya Allah atas kelalaian dan kelapaan aku dalam meniti perjuangan AgamaMu ini. Layakkah aku yang penuh dengan dosa ini menghukum manusia yang aku belum tentu tahu darjat Imannya disisiMu. Jikalau hendak dibandingkan aku dengan sabahat2 seperjuangan AgamaMu, akulah yang paling hina...Namun, ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana Engkau masih lagi menyanyangi diriku yang hina ini untuk menghadirkan perasaan supaya aku menghitung dan menilai sejauh mana amalku sebelum ia di hitung dan dinilai di hadapanMu..
" Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan ( seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan ( seseorang itu berdukacita) menangis -An-Najm : 43"
Seringkali PANDANGAN MATA dan PANDANGAN AKAL mengaburi PANDANGAN HATI sendiri. Maka lahirlah perasaan dalam diri, " Akulah yang terbaik dalam semua kelompok ini. Akulah yang sempurna, engkau jahat dan tidak setaraf denganku ". Satu persoalan penulis ingin tujukan pada HATI-HATI yang berbicara sebegini, " Siapakah anda untuk menilai seseorang? Adakah anda yakin dan pasti bahawa anda akan mati dalam keadaan beriman dan mendapat SYURGA Allah?? " Tidak pasti bukan? Hatta penulis sendiri pernah terkedu dan tersentak apabila pernah diajukan persoalan yang sama oleh Naqib penulis.
Dalam suatu program yang pernah penulis hadiri, penceramah ada menyebut Falsafah Pandangan pernah menggariskan bahawa :-
Pandangan Mata sering Menipu,
Pandangan Akal adakalnya tersalah,
Pandangan Hati inilah pandangan Keinsafan
Dalam satu pembacaan penulis, sebab itulah kita di galakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kite kerjakan. JANGAN!! kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaaan bangga bahawa kita ini adalah yang terbaik dan berperibadi mulia. Inilah bahananya. Secara automatiknya selepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas untuk membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan..na'uzubillah...
Seringkali kita membaca dan melihat artikel2 peringatan untuk Wanita @ Perempuan @ Muslimah kan? tetapi jarang sekali kita melihat peringatan untuk kaum Adam, sejenis dengan penulis ini :)..so, sebagai penutup pada entry ini, suka untuk penulis berkongsi dengan teman2 berkenaan dengan satu hadith Rasulullah SAW..
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Terdapat 7 golongan lelaki yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiadalindungan melainkan lindungan daripadaNya, iaitu
1)Pemimpin yang adil
2)pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT
3)seseorang yang hatinya terpaut pada masjid
4)2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
5)lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah
6) seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya
7)seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim.......
Jadi teman semua..sedarkah kite.......
-adilkah kita dalam kehiduan seharian?
-berapa lamakah masa yg kita telah habiskan(korbankan) utk Allah?
-berapa kali kita sanggup melawat rumah Allah?(kalau bukan kerana solat jumaat)
-pernahkah kita dengan jujur hati menyatakan kapada sesiapa pon 'aku takutkan Allah'?
-bilakah kali terakhir kita bersedekah?
-bilakah kali terakhir kita mengalirkan air mata kerana mengingati Allah?...
mungkin kita tidak sedar,sudah berapa lama kita tidak muhasabah diri kita..mungkin kite tidak sedar,jalan kte ini diredhai atau tidak...ingatlah jalan yang lurus sentiasa ada dihadapan...moga2 kite tergolong dalam golongan yang mendapat naungan Allah....insyaallah
"Dan orang-orang yang berjihad (untuk mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat kebaikan." (Al-Ankabut:69).
sama2lah kite berlumba2 utk mendapat tempat ekslusif dlm 7 golongan itu....insyaallah..wassalam..
2 comments:
salam saif al nidham...
terima kasih di atas peringatan yg amat bermakna buat saya n shbt2 yg lain..
insyallah mg kte sama2 dpt berubah menjadi lebh baik..dan MUHASABAH slalu ats setiap perlakuan kte selama kte hdup d muka bumi ini...
mg diri penulis sntiasa dlm keampunan dan rahmatNYA...amiin
~pinkmuslimahdehearty'10~
wslm...
Same2..InsyaAllah, same2 la kite berusaha ke arah yang lebih baik...
Post a Comment