
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....
Inilah kalimah yang selayaknya penulis lafazkan ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kejayaan kepada penulis dalam Peperiksaan Ulangan Peadiatric baru-baru ini. Pada sebelah petang tadi, akhirnya waktu dan saat yang ditunggu-tunggu telah tiba dimana Keputusan Peperiksaan Ulangan bakal di umumkan dan di tampal di Pejabat Akademik. " Mohd shaiful Nizam bin Mamat Nasir, anda lulus dan berjaya meneruskan Pengajian ke Tahun 5 " . Hampir penulis mengalirkan air mata kegembiraan dan syukur setelah mendengar dan melihat sendiri nama penulis berada dalam kalangan mereka yang berjaya meneruskan pengajian ke Tahun 5. Aku sayang kamu ya Allah....

Sekadar peringatan, khususnya kepada diri penulis sendiri atas kurniaan Kejayaan ini. Moga-moga kejayaan yang dikecapi dapat mendekatkan diri dan ketaqwaan penulis kepada Yang Maha Esa...
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT
Itulah tanda nikmat dariNya I
ngat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah
Penulis tertarik dengan kata-kata salah sebuah blog yang penulis pernah lawati yang berbunyi.....
" Seandainya kegagalan memihak kepadamu janganlah mudah putus asa,mungkin ALLAH ingin menguji setakat mana ketabahan hatimu.Jikalau kejayaan memihak kepadamu janganlah mudah lupa diri mungkin ALLAH ingin menguji setakat mana keegoan dihati kita "
Kadang-kadang penulis agak risau bila diuji dengan segala bentuk kejayaan kerana takut akan membuatkan diri penulis lupa diri dan terus menjauhkan diri pada Allah. Sebab itulah, entry penulis ini khas penulis tujukan pada diri penulis agar tidak leka dengan Kejayaan ini...
Ha, kat bawah nie, penulis upload beberapa gambar penulis bersama sahabat-sahabat penulis sewaktu mandi di Taman Rekreasi Sungai Tekala petang tadi. Sebenarnya, penulis tidak la plan sangat untuk pergi, tp bagi meraikan Kegembiraan setelah dapat tahu penulis lulus, dengan penuh bersemangat penulis ajakla beberapa orang sahabat penulis iaitu wan, hadi dan syed ( nie tertangkap waktu solat zohor kat surau..hehe). ape lagi, jom layann.......
Akhir kalam, sebelum penulis menamatkan perkongsian kali ini, ingin penulis katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.
Ya!
Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.
Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.
Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur. Wasslam....
3 comments:
kain pelikat wan merosakkan pemandangan
Bukan setakat kain pelikat, orangnye pon merosakkan pemandangan...haha...
wan..ok ker?? :)
alhamdulillah..teruskan perjuangan shbt :)
Post a Comment