Salam sayang buat semua....
Bersua kembali..wah, pejam celik, makan tido, ward round teaching, teluk intan PPUKM, dah nak masuk tahun baru 2011...bile erk?..esok kan? hm...sekadar porkongsian dari penulis untuk semua...tidak semestinya betul, ttp nilailah dengan mata hati seorang MUSLIM.....
Jika ditinjau secara logik, 1 Januari hanyalah satu hari dalam setahun yang tidak mempunyai apa-apa signifikan besar kepada kehidupan manusia melainkan hanya menjadi tanda bermulanya era baru berasaskan pengiraan takwim solar yang mempunyai asal-usulnya kepada agama Kristian. Mengapa penulis berkata sedemikian...? Cube teman2 fikir sejenak, apakah peristiwa yg berlaku sehinggakan kite perlu untuk menyambut 1 Januari setiap tahun???....semestinya tiada. Berbeza dengan I Muharram, yang mana semestinya mempunyai signifikasi yang besar kepada umat Islam, yang tidak diragukan lagi kenapa perlu untuk kite memperbesarkan 1 muhaaram itu...
Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam.Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.
Berbeza dengan 1 Januari kerana ini adalah perancangan orang2 kafir yang ingin menjauhkan umat Islam dari agama mereka sendiri. Orang Kristian menggunakan pengiraan berdasarkan solar kerana hari kebesarannya banyak membabitkan kedudukan matahari dan pergerakan musim seperti Hari Easter dan seumpamanya.
Seperti yang sedia maklum, upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta yang dipenuhi perkara berunsur maksiat dan golongan remaja lah yang menjadi mangsanya. rasanya penulis tidak perlulah mengulas lebih lanjut berkenaan keruntuhan akhlak remaja setiap kali menjelang, bukan sahaja sambutan tahun baru, malah apa2 sambutan sekali pon, mesti dicemari dengan pesta maksiat dan pergaulan bebas.
Tarikh valentine days lebih diingati daripada 12 rabiulawal
Tarikh april fool lebih diingati daripada 27 rejab
Tarikh frinedship days lebih diingati daripada 17 Ramadhan
Sekarang ini kita tidak punya masa untuk menunding jari siapa yang harus disalahkan, tetapi penulis menyeru kepada teman2 dan sesiapa sahaja yang membaca agar kita sama berusaha untuk mendekatkan kembali, khususnya golongan2 remaja tentang ISLAM. Apa yang pasti jika ia tidak di bendung, ia pasti mengundang masalah di hari depan. saya juga percaya bahawa kita pasti meninggalkan waris di masa hadapan. renung-renungkan lah.
Jom, pada mereka yang berada di sekitar lembah klang, kita sam2 menyertai XPDC Dakwah tahun Baru 2010/2011..berikut sedikit butiran program ;
Tarikh : 31 Disember 2010
Masa : 6.30 pm
Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC
Aktiviti
6.30 pm : Berkumpul di ruang legar Masjid Asy-Syakirin KLCC
7.00-9.00 pm : Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah
9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)
11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat
di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)
12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC
1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC
4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL
6.00 am : Solat subuh berjemaah
BERBAKTI SELAGI MAMPU
2 comments:
Hijrah berlaku pada Rabiulawwal dan bukannya Muharram...
thanx atas peringatan dan perkongsian ilmunya..:D
Post a Comment