
Pilihan Raya Kampus(PRK) 2011 telah mencatat sejarah yang tersendiri. PRK 2011 perlu diingat dan disemai dalam kamus kehidupan oleh semua yang bergelar MAHASISWA yang cintakan keadilan. PRK 2011 adalah PRK yang bakal membuka minda dan pemikiran MAHASISWA di seluruh Malaysia. PRK 2011 bakal merubah, bukan sahaja langskap POLITIK KAMPUS, tetapi juga langskap POLTIK MALAYSIA. PRK 2011 adalah PRK kemenangan bagi Pro-Mahasiswa..kenapa ini berlaku? Apa yang istimewanya pada PRK tahun ini, 2011?
Ini kerana, PRK 2011 merupakan PRK yang telah mengembalikan suara keramat " STUDENT POWER" untuk kembali mengaung di kampus-kampus utama di Malaysia. Kejayaan PRO MAHASISWA mengusai beberapa Kampus utama Malaysia adalah bukti bahawa PRK 2011 perlu diingat dan istimewa. Setelah sekian lama tampuk kepimpinan Kampus dikuasai oleh Pro-A, dengan izin Allah, Alhamdulillah, PRK 2011 telah memberi kemenangan kepada Pro Mahasiswa untuk memimpin tampuk kepimpinan Kampus.
Paling signifikasi ialah kejayaan Pro Mahasiswa UM dan UKM (kampus penulis) yang berjaya merampas kembali tampuk kepimpinan daripada Pro Aspirasi. Seperti yang sedai maklum, UM dan UKM merupakan kubu kuat Pro Aspirasi, tetapi atas kesedaran dan gelombang Anak Muda MAHASISWA, tahun 2011 adalah tahun kehancuran buat kubu mereka. Berikut merupakan keputasan-keputusan PRK 2011 di kampus-kampus utama Malaysia :
Pilihan Raya Kampus 2011 :. Keputusan Pro Mahasiswa :
UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI : MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
UIA : MENANG [23 dari 26]
USIM : MENANG [Menang bersih]
USM KUBANG KERIAN : MENANG [Menang bersiah]
UMS : MENANG
UMSKAL : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
Di Kampus penulis iaitu UKM-Kampus Cheras, Kejayaan Kami, GMUKM mengekalkan kejayaan bagi kerusi Fakulti melalui YB Mohamad Idrul b Mohamad Daud pada tahun ini dengan majoriti 160, merupakan kemenangan 3 tahun berturut-turut. Jikalau dahulunya, Kampus Cheras ini dikaitkan dengan kubu kuat Aspirasi, tetapi sejak 3 tahun kebelakangan ini, kubu itu sudah tiada lagi, malah, kami berjaya meningkatkan Majoriti dari tahun ke tahun berikutnya.
Alhamdulillah....Allhahuakhbar....Kami bersyukur padaMu ya Allah atas kemenangan ini..
Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada teman2 yang memberi kepercayaan kepada Calon MAHASISWA. Moge sokongan itu terus kuat dan bertambah dari setahun ke tahun berikutnya. Buat YB Mohamad Idrul b Mohamad Daud, selamat bertugas sebagai MPM UKM 2011/2012. Laksanakn semua manifesto anda dengan dan mudah-mudahan Allah merahmati Kemenangan anda. Kami sentiasa ada untuk anda..
..
Konklusinya..andai diimbas kembali, ..!!!
1 comments:
Tahniah~ semoga tahun depan x menang lagi...
Post a Comment