Bermula esok, 14 mac 2011 - 25 mac 2011, penulis dan kawan2 Tahun Akhir Perubatan UKM bakal menghadapi PEPERIKSAAN AKHIR IKTHISAS 2011 , yang mana Peperiksaan inilah Peperiksaan yang ditunggu-tunggu setelah berhempas pulas memerah otak selama 5 tahun berada di fakulti Perubatan ini... Peperiksaan inilah yang akan menentukan masa depan kami sebagai Doktor Perubatan dengan status MD (UKM)....
Segulung Ijazah yang tertulis IJAZAH SARJANA MUDA DOKTOR PERUBATAN bakal menjadi milik kami...Ijazah inilah yang membolehkan kami utk digelar Dr Perubatan yang bakal menabur khidmat bakti pada Masyarakat....
Pada kawan2...Ayuh, kita lakukan yang terbaik...!!
Yakin pada diri bahawa kita boleh..!!!..Ingat, kita ada Allah, maka berdoalah sehabis-habisnya.....Semoga Urusan kita dipermudahkan oleh Allah dan berjaya dalam PEPERIKSAAN AKHIR IKTHISAS 2011 ini......
p/s : kepada sahabt-sahabt, kawan-kawan, teman-teman, andai terdapat salah dan silap yang pernah diri ini lakukan samada sengaja ataupon tidak sengaja, maaf dipinta...Kepada semua Prof , Dr dan Lecturers...terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar kalian...Doakan kejayaan kami agar mendapat title MD (UKM).......
0 comments:
Post a Comment