So, ringkasnye...Minggu lepas penulis telah menghadiri Kursus Induksi untuk Pegawai Perubatan UD 41..Alhamdulillah...tamat sudah dan ingin penulis umumkan disini bahawa Penulis telah ditempatkan di Hospital Tawau, Sabah.....hah...?? Sabah..?? iye...kawan2..jangan buat muka terkejut yer...hehe...kalau nak tahu, memang ini adalah 1st choice penulis..sebabnya...??? bley direct sms ke penulis klu ingin tahu.... ;)
So, esok penulis akan Terbang ke Sabah naek Belon a.k.a Kapal terbang la...Doakan penulis agar selamat sampai.....So, nie je kot untuk kali nie...maaf, x bley tulis panjang2, ade urusan yg perlu disegerakan.....jumpa lagi....wassalam...
Jom Teman-teman, kita same2 Muhasabah diri,...Moge Permulaan Kerja penulis dan teman2 diberkati Allah.......
"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa pada taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMU,
telah berpadu dalam membela syariatMu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.
Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.
0 comments:
Post a Comment