Salam sayang buat semua....

Penulis ada terdengar beberapa suara sinis yg mengatakan " ala, buat apa nak sibuk2 dengan hal dan masalah orang lain, dia buat maksiat, dia la tanggung sendiri dosa tu..xde kaitan pon ngan kita..Janji, aku bahagia..aku dah solat...aku x kaco orang lain dan orang lain tidak kaco idop aku " . Dush..!! Dush..!!! 2 biji penumbuk telah singgah ke mukenya..Jom kita layan satu Hadith Nabi SAW :
Nah, jelas lagi bersuluh peri pentingnya kita mengambil tahu akan hal2 saudara kita. Jikalau Nabi SAW sendiri tidak mengaku kita adalah umatnya, siapalah lagi mampu memberi syafaat di akhirat kelak??..Ringkasnya, hal2 yang perlu untuk kita campur tangan adalah hal2 yang berkaitan rapat dengan masalah2 dan kekeliruan AGAMA yang berlaku dalam masyarakt kita pada hari ini. Sebab itulah penulis mengambil pendekatan seumpama ini dengan sentiasa memberi peringatan, khasnya untuk diri penulis sendiri dan selebihnya adalah untuk teman2.

Sudah menjadi satu kawajipan kita untuk menyampaikan walaupon satu ayat kebaikan kepada orang lain a.k.a. DAKWAH. Logiknya kita hidup bermasyarakat. Kita memerlukan masyarakt dan masyarakt memerlukan kita. Janganlah jadi seperti Katak Di bawah tempurung. Langsung tiada inisiatif untuk mengambil tahu apa yang berlaku di dunia luarnya. HAPUSKAN SEGERA KONSEP AKU ADALAH AKU, KAMU ADALAH KAMU. AKU ADA KUBUR AKU, KAMU ADA KUBUR KAMU...Dush..!!! Dush.!!! bagi lagi penumbuk jikalau teman2 terdengar kata2 seperti ini. Cuba tanye balik, MEMANG BETUL KAMU ADA KUBUR SENDIRI, TP MASALAHNYA SIAPA YANG NAK MENGANGKAT KERANDA KAMU KE KUBUR JIKALAU TIDAK MASYARAKT. ???..
Atas maksud inilah penulis cuba berkongsi dengan teman2 agar PUASA kita pada tahap yang paling tinggi. Tidak hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja, malah apa yang penting agar puasa kita diterima oleh Allah seterusnya dikurniakan ijazah TAQWA di hujung Ramadhan nanti. Pada contoh ke-2 ini suka untuk penulis tujukan KHAS BUAT KAUM HAWA a.k.a. PEREMPUAN. Seperti yang diketahui oleh semua bahawa aurat perempuan itu adalah seluruh anggota badannya kecuali 2 tempat sahaja iaitu MUKA dan TAPAK TANGAN. Maka, anggota selain muka dan tapak tangan, hatta seurat rambut pon dikira aurat.
Suka untuk penulis bawa satu contoh yang terbukti berlaku, yang mana penulis rasakan sering dipandang ringan dan langsung tidak dititikberatkan....cuba teman2 lihat berapa ramai perempuan yang menutup kakinya dengan pemakaian stokin ataupon kasut yang bertutup ataupon melabuhkan kainnya?? teman2 tahu sendiri jawapanya..
Iya, DIINGATKAN kepada SEMUA PEREMPUAN, KAKI anda adalah aurat, dan mendedahkan kaki termasuk dalam kategori mendedahkan aurat. Mengapa penulis timbulkan isu ini?? Sebab penulis sedih melihat. Sudah cantik dan comel bila ditengok tudungnya ada, bajunya yang tidak menampakkan susuk tubuh badan, ttp bila tgk di bawah, kaki tidak bertutup. Mahu tidak mahu, penulis terpaksa menaikkan isu kerana kerana rugi la wahai perempuan semua, anda BERPUASA, anda anggap dengan pemakaian tudung tanpa menutup kaki sudah menutup aurat, tetapi tidak sebenarnya. Anda masih lagi mendedahkan aurat. Jadi RUGILAH pahala puasa anda kerana pada waktu yang sama anda mendedahkan aurat.
Penulis tidak berhajat untuk berbicara berkenaan dengan masyarakat di luar sana, ada yang bertudung, tetapi memakai ketat2, ada yang bertudung, ttp menampakkan dadanya, dan yang lebih sedih lagi, selambur je free-hair..Nak tengok, pergi saje lah ke Bazar. Asal pahala ada 10 sebelum pergi, bila balik tinggal 3 sahaja..nauzubillah....
Mungkin ada teman2 yang tertanye2, knapa lah penulis sibuk berbicara tentang isu nie walhal disana ada lagi masalah ummat yang lebih besar yang perlu di beri perhatian yang serius seperti zina, buang bayi da sebagainya...Ringkasnya, suka untuk penulis ulang lagi, dalam kita menuju untuk mengapai tingktan TAQWA di bulan ramadhan ini perlulah beribadah dengan betul, tanpa ada cacat celanya..dan dari segi realitinya pula penulis rasakan aurat KAKI ini tidak pernah dititikberatkan dan sering kali dilupakan seolah-olah hari ini, tidak menutup kaki itu tidak berdosa. Sedarlah wahai KAUM HAWA semua, jangan kotori akhlak sebagai seorang muslimah hanya dengan secebis maksiat, jangan kurangkan pahala puasa anda dengan tidak mengambil berat tentang hal2 yang berkaitan dengan aurat anda..jom layan dalil2 nie...

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31),
“Hai Nabi, katakanlah kepada intei-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Ahzaab: 59)
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah”. (Hadis Riwayat Muslim)
Ayuh, sama2 kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ringkasnya, jikalau semasa solat anda mampu untuk tutup seluruh anggota, mengapa tidak diluar solat? tidakkah solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar??.. Sama2 lah kita renungkan....Moga Ramadhan kali ini betul2 mengajar kita erti HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIM.
p/s : jgn sampai tersalah niat pulak ye teman2. Kita beribadat bukan sebab Ramadhan, tp hanya untuk Allah. Ramadhan ini hanyalah medan latihan utk persiapkan diri ke arah yang lebih baik..
" BERBAKTI SELAGI MAMPU "
0 comments:
Post a Comment