Salam sayang buat semua....
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Namun, sudahkan diriku berubah demi bulan nan suci dan penuh rahmat ini???

Begitulah jua, andai Kita betul2 dapat menghayati begitu besar dan banyaknya PROMOTION dan MEGASALE PAHALA yang Allah ingin berikan kepada HambaNya di bulan ramadhan ini, nescaya, pasti dan pasti ramai yang ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu ketibaannya. Namun, agak jarang kita lihat perkara ini berlaku, malah yang lebih sedih apabila kebanyakan daripada kita lebih membesarkan Hari Raya Puasa walhal belum lagi menjejaki bulan Ramadhan. Buktinya, pergilah ke mana2 Pusat Membeli belah yang terkenal, sudah ada banner Promosi Hari Raya, malah kedengaran juga lagu-lagu raya didendangkan..Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Keinginan untuk berjumpa Bulan Ramadhan sudah tidak lagi dirasai lagi. Justeru, ayuh, marilah kita sama2 semarakkan kembali KEAGUNGAN dan KEHEBATAN RAMADHAN ini..

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.
“Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.(Kutipan khutbah Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menyambut Ramadhan)
Surah Al-Baqarah ayat 197.
Seperti yang sedia maklum, matlamat akhir ibadah puasa ini adalah supaya kita menjadi orang2 yang bertaqwa. Oleh itu, ayuh sama2lah kita mengerjakan Ibadah Puasa ini dengan penuh Keimanan dan Mengharapkan keampunan....
Sebelum kubur menjadi rumahku
Sebelum pintu taubat ditutup untukku
Sebelum Ramadhan tiba di hadapanku
Penulis mohon maaf zahir dan batin....
Saif Al Nidham mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak Buat semua....... ;)
2 comments:
huhuhu~~~weh..thnx acknowledge~aku pon rasa diri aku X bagus sgt2....betol~moga kita sentiasa beringat..=)
same2 :)....
Post a Comment