ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

;: JOM JADI BAIK ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran” (ayat 2 & 3, surah al-Ashr)


"Jom Jadi Baik" adalah tajuk kali ini. Tajuk yang ringkas dan senang difahami oleh sesiapa sahaja. Lawan baik ialah jahat.

Sebelum kita terus ke persoalan macam mana nak jadi baik, adalah lebih molek kiranya kita tahu erti perkataan ‘baik’ itu sendiri. Apa maksud ‘baik’’? (secara jujurnya,penulis pun agak keliru dengan soalan nie…) Tapi erti ‘baik’ di sini cukup mudah,. Sesiapa yang beriman dengan Allah adalah ‘baik’. Apa pula maksud ‘beriman kepada Allah’? jawapannya, apabila kita melakukan semua yang diperintah-Nya dan meninggalkan yang dilarang-Nya, kita adalah ‘baik’. Pendek kata, kalau ada benda yang tak ‘settle’ betul-betul, selagi itu, kita belum boleh gelar diri kita ‘baik’. So, itulah sifirmudahnye maksud baik tu...mudah kan??

“masuklah ke dalam Islam sepenuhnya” (ayat 208, surah al-Baqarah)

Satu persoalan boleh diutarakan di sini; Mana lagi senang sama ada hendak menjadi baik ataupun hendak menjadi jahat? Jawapannya terpulang pada diri masing-masing. Ada orang berpendapat menjadi baik lagi senang begitu pula sebaliknya. Masing-masing ada penyokong dan penentang. Itu realitinya. Benarkah ada orang yang menentang untuk menjadi baik? Jawapannya memang ada.

Kita sering mendengar ejekan-ejekan gurauan seperti "dia tu mat sivik la", "engkau cakap ni macam ustaz la", "engkau tak rock la", "dia tu anak emak", " dan lain-lain lagi. Ejekan-ejekan seperti ini dilihat sebagai perkara kecil sahaja. Tapi bagi penulis ia sebenarnya sebagai satu gambaran tentang fenomena pemikiran masyarakat kita yang memandang rendah kepada orang yang hendak jadi baik.

Pemikiran yang menggambarkan bahawa menjadi kurang baik lebih hebat daripada menjadi baik. Pemikiran ini seterusnya akan menjadi pembayang kepada hati dalam bertindak dalam apa jua perkara dalam kehidupan seharian. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan usaha hati untuk memandu tuannya menjadi baik.


Jom kita buang pemikiran sebegini. Jom kita kempen jadi baik adalah lebih hebat daripada menjadi kurang baik, tidak baik, baik sikit-sikit, apatah lagi jadi jahat. Biar pemikiran sebegini tidak tertanam dalam hati dan pemikiran masyarakat kita.

Macam mana nak jadi baik? Jom kita cuba ikut apa yang ditulis oleh Dr. Fathi Yakan dalam bukunya "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"- Saya Mesti Muslim Di Sudut Akhlak". Menurut Dr. Fathi Yakan, sebahagian dari sifat-sifat seorang muslim ialah:

1. Bersifat warak dalam melakukan perkara-perkara syubhah (apa lagi perkara yang diharamkan oleh syarak)
2. Menundukkan pandangan
3. Memelihara lidah
4. Malu
5. Lemah lembut dan sabar
6. Bersifat benar dan jujur
7. Tawadhuk, terutamanya di kalangan saudara-saudara Islamnya
8. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, menjejak keburukan orang lain
9. Pemurah
10. Qudwah Hasanah

Jom kita laksanakan saranan ini, moga kita menjadi muslim yang diredhai....

JOM JADI BAIK..!!!

p/s : maaf akak, tak mampu nk kupas tajuk yg akak cadang tu..InsyaAllah, andai diberi ilham dan ade sumber2 len, akan dikupaskan..hehe...jgn marahh... :)

BERBAKTI SELAGI MAMPU


0 comments: