ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: JADI BAIK-BAIK YA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...


'Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat..'(Imam Al-Ghazali)


Kita tulis benda- benda baik., tak semestinya kita baik....
TAPI, sekurang kurangnya kita tak tlis benda- benda tak baik kan????
Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik...
TAPI, sekurg kurgnya kita tak cakap benda- benda tak baik kan????
Kita buat baik, tak semestinya baik...
TAPI sekurang kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan????
~Kalau kita cakap kita baik, confirm kita tak baik~
Kita bukanlah bagus sangat...

TAPI Insyallah, kita menuju dan berusaha untuk menjadi yang BAIK...
Kepada kita semua, jangan dimatikan sifat ingin berubah dengan perlian, cacian, sindiran...
Apabila terdetik hati kita untuk berubah, Allah sedang pandang kita dengan pandangan kasih sayang... Jangan sia siakan...


~ Selagi nafas boleh dihela, selagi itulah pintu taubat masih terbuka ~

Yang menyebarkan hal-hal BAIK,Rata-rata bukan yang tersangat-sangat BAIK,
Tetapi.... Cuma berusaha ke arah keBAIKan,... Belajar, simpan dan sampaikan perkara-perkara BAIK,Bukan tunjuk-tunjuk BAIK atau lupa dia bukan BAIK sangat, Jadi.. .Ambillah yang BAIK,Jangan sangka yang tak BAIK,Sebab... Kita semua memang nak jadi BAIK, Walau berselindung dek ego dan perangai yang tak BAIK...

" jadi, BAIK-BAIK ya " ^_^
InsyaALLAH..


BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: La Khauf – Satu Hati ::

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanankan dikecapi
Bilakah lagi Islamkan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Marilah bersama bersatu berjihad
Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah
Pembalasan Tuhan pasti akan datang

Jangan takut
Berjuang untuk Keamanan

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanankan dikecapi
Bilakah lagi Islamkan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Tajuk Nasyid : Satu Hati
Artis : La Khauf



Tetiba rase best dengar lagu nie...best gilerr...!!!!!

:: AKU INGIN KEMBALI ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaithan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapak kalian dari jannah, ia menanggalkan dari kedua pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.” (Al A’raf: 27)





Memikirkan keadaan diri....
Merindui diriku seperti yang dahulu.....
Mampukah aku untuk kembali......





“Ya tuhan kami, jangan engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi engkau , kerana sesungguhnya engkaulah Maha Pemberi Kurniaan” (Ali Imran:8)

:: MY KONVO DAYZZ ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Sesiapa yg akhirat itu tujuan utamanya. Maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina ( iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya. Maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah ceraiberaikan urusannya. Dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya ( iaitu dalam keadaan hina) - AlTarmizi








Kawan …

Aku tahu
Aku bukanlah seorang daie yang hebat
atau seorang mujahid dijalan ini
yang boleh engkau tahtakan

Aku hanyalah sang pemimpi
yang mengimpikan sebuah kenyataan
dari impian impianku.

Impian yg hanya bergolek dan berputar putar
laksana embun dipermukaan kaca

lalu sepi
bergelimang malas dalam jiwaku

Namun ...
bila ku terbayangkan sekujur tubuh Sayyid Qutb
keseorangan hidup dan syahid dijalan ini

jiwaku kembali membakar
dalam sebuah erti cinta
dan aku ...
kembali menyusun langkah langkahku
menyusuri jalannya
menuju sebuah kedamaian.

Dihati kecil ku
menaruh harapan
agar ruh ku jua
akan bermukim di dada burung burung hijau
berkicau dan beterbangan
dipinggir pohon syurga …
menikmati cinta yang hilang didunia







p/s : ALhamdulillah...masih mempunyai sahbat2 yg sentiasa memberi peringatan untuk terus istiqamah di Medan ini......Syukur padaMU ya Allah.....

BERBAKTI SELAGI MAMPU



:: SEMUANYA BAKAL BERMULA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan beribadah kepada Ku.”(adz-Zariyaat:56)



Hai semua....wah,rasenye dah bersawang dah blog penulis nie kan...haha...lame sudah tak update hinggakan ramai sudah yg bertanye, kenapa blog penulis dah x update....dah berhenti menulis ker...?? aiyooo...cam mane oo mau jawab....huu...ape2 pon penulis ingin susun 20 jari jemari memohon ampun dan maaf atas 'pembekuan' penulisan di blog penulis ini....nak kate ade masalah, xde la jgk...tp, ntah la...xtau la nape.....biarlah yer..x perlu untuk di pikir....


So, sebagai permulaan untuk menyambung balik penulisan artikel di blog penulis ini.....sila layanzz dulu gambar2 di bawah.... :) hehe.......




Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman tangan,ucapan'opps' mendahului 'YA ALLAH',
bila perut kenyang 'kenyangnya' mengatasi 'ALHAMDULILLAH',
bila diri terpegun oleh keindahan alam, 'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'cantiknya,
bila dikunjung berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa 'INNALILLAH',
kadangkala kita lupa kerana terbiasa,
tapi ingatlah agar bila IZRAEL mendekati kita, biarlah ucapan 'LAILAHAILLAH' menjadi juara mengarasi segalanya.



"Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan iaitu: (1) Melakukan segala perintah Allah; (2) Menjauhkan diri dari segala yang haram; dan (3) Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah. Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu si mukmin hendaklah memikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggota-anggotanya melakukan perkara-perkara ini." - Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dalam "Futuh al-Ghaib

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: KEINSAFAN DIRI ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...


Sangat Merindui Mereka......asek nak nagis je bile teringat....Allah,kuatkan hatiku ini...... :(



DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS….

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI

Link Lagu disini


BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: UPLOAD + UPDATE = REDEEM ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Bertemu kembali..............................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...Lamenye x update blog.....!!...tpkan,rasenya, sejak penulis memasuki alam pekerjaan nie, agak "slow" ckit penulis update blog nie...kenape erk..?? adoii...guane nok istiqamah nie........huuu....ape2 pon,penulis masih Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi memberi ruang dan masa utk menconteng blog ini....jom la kite layann.......

Tau tak, malam nie dah masuk malam ke 21 ramadhan..Jom kite hayati due situasi yg berlaku...manakah satu pilihan dihati.....

1- wah..lagi 10 raye nk raye...dah kene fikir nk beli baju raye..kueh raye...x sabarnye...

2-Alamak..tgl 10 ari saje lagi utk bersama Ramadhan tahun ini..bagaimankah puasaku..? Ibadah sunatku..? dosa2 ku selama ini....


Hm..sekadar renungan bersama..terutamanya untuk diri penulis juga.....
Sepertimane yg kite sedai maklum...kebiasaanya, apabila tiba 10 malam terakhir Ramadhan,seringkali kite dikaitkan dengan Malam LailatulQadar.......rasenye, tak perlu lah untuk penulis berhujah panjang lebar ttg "Malam Lailatul Qadar" ini.....



Secare ringkasnya, Ayuh teman2, kite gunakan seadanya baki-baki ramadhan yg ade ini untuk mencari sebayak yg boleh Pahala dan keAmpunan dari Allah....Penulis sangat takut seandainya tergolong dalam golongan yg ini...


Sabda Rasullah SAW,
~Amat sia-sia dan rugi bagi sesiapa yang melalui Ramadhan namun tidak mendapat keampunan~


Allah..jauhkan aku dari golongan ini..terimalah segala puasa dan ibadahku....Amin....


Ayuh teman-teman...kite sama2 menghidupkan Malam Lailatul Qadar....kenapa? Kerana,

“Barangsiapa yang shalat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah saw. mengajarkan kita sebuah doa,

“Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.”
Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun. Ampunilah aku.




Sentiasalah SETTING Niat kerana Allah, UPGRADE Iman dengan istiqamah, DOWNLOAD Sabar tika berpuasa, UPLOAD Usaha menambah amalan, DELETE dosa-dosa lalu, UPDATE Doa' setiap hari, TOPUP Ilmu dan amal, supaya kita dapat REDEEM pahala banyak-banyak dibulan mulia ini.


p/s : Ha..gambar kat atas tu adalah senarai Masakan penulis dan kawan2 sepanjang bulan pose nie...haha..hebatkan kami....buleh digelar Chef sudey... :)

BERBAKTI SELAGI MAMPU


:: RAMADHAN DI PERANTAUAN::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183


Fuh..pejam pelik, mandi makan...round pagi on call....ropenye dah nak masuk Ramadhan...tinggal sehari je lagi....Ya Allah, hampir tidak sedar penulis akan kehadiran Bulan yg sememangnya dinanti-nanti oleh semua umat Islam...Bulan yang menjanjikan seribu dua rahmat dan keampunan buat hamba2nya.....

Betullah apa yg pernah diungkap sewaktu dikampus dahulu...alam pekerjaan adalah alam yg sebanar...disinilah anda akan berperang di medan peperangan yang sebenarnya......sungguh, jika sekiranya kesibukan dunia tidak mampu dikawal dengan sebetulnya, tidak mustahil bakal merosakkan diri sendiri...

Ya Allah, jauhkan diriku dari segala kesibukan dunia sehingga melupakan tanggungjawab terhadapMU.....

Terima kasih akakku di jalan Allah,
Siti Illani Hj Shahbudin atas coretan pesanan dan nasihat dari anda......semoga motivasi ini dapat mempersiapkan diri untuk berdepan dengna kehadiran Ramadhan Al Mubarak tahun ini.........JOm layanzzz....



Bila seketul daging itu terasa 'kehilangan' sesuatu...
Carilah kembali 'sesuatu' yang hilang itu... Kerana fitrahnya seketul daging itu...
Zahiriahnya ia tidak bernyawa... Namun lahiriahnya ia sebenarnya 'nyawa'...
...
Beruntung bagi mereka yang memilih untuk terus 'menghidupkan' ia...
Kerana seketul daging itu ibarat Raja kepada jiwa...
Benarlah Sabda Nabi tercinta kepada kita...
Andai baik seketul daging itu, maka baiklah seluruhnya...
AstaghfiruLlah...
Bagaimana hati itu di kala ini...
Adakah ia mudah untuk menangis tatkala terdengar nama2 Rabb-nya...
Ataukah sekadar diam membisu tanpa ruh di dalamnya...
Pesan buat diri khususnya... dan adikku Shaiful Nizam...
Terasa lama tidak berkongsi taujihat denganmu...
Dalam kesibukan bekerja sebagai Seorang Petugas Perubatan...
Berusahalah untuk menghidupkan ruh dalam hati itu...
Agar pekerjaanmu bisa mengakrabkan lagi hatimu dengan Pencipta kita...
kerana pekerjaanmu itu sendiri teramat mulia...
Memberi khidmat dan rawatan kepada pesakit yang lemah...
Pahala buatmu berpanjangan...
Selama hati itu Adik pelihara agar lurus niatnya seiring dgn amal kerana-Nya..
Andai di kala ini, adik merasakan 'kehilangan'nya...
Segera kembali ke pangkuan Yang Maha Mendengar rintihan hati hamba...
Hanya DIA Yang Maha Tahu isi hati kita...Adikku, Teruskan bermujahadah..
Kerana Allah amat menyintai Syabab yang memelihara DIA dalam diri dan urusan hidupnya... Seketul daging itu barangkali merindui sesuatu..
AlhamduliLlah Allah campakkan hidayah untuk adik merasa 'kehilangan' itu...
AstaghfiruLlahal a'dzhiim...
Sama2 kita kembalikan segalanya kepada Yang Maha Sempurna..
InsyaAllah DIA sentiasa 'menunggu' untuk 'berbicara' dengan kita!
Salam Mujahadah & Muhasabah!

*Ramadhan sudah sangat hampir, persiapkan perisai dan bekal yang secukupnya.
*Jadilah kita hamba Allah, bukan hamba Ramadhan semata-mata.
*Keep Istiqomah.

*Hargai dan sambutlah Ramadhan seperti menyambut kedatangan orang yang sangat kita cintai.


~~SALAM RAMADAN AL MUBARAK~~ Selamat berpuasa kepada sume kawan2..Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua..Selamat Berterawikh juga ye kawan2 (^____^) andainye ada salah silap sepanjang perkenalan,maafkan penulis....

BERBAKTI SELAGI MAMPU

p/s : Tahun nie sambut Ramdhan di Tawau....bersama kawan2 tersayang......huu

:: KAWAN & SAHABAT ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Drpd Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda; “Seseorg insan adalah terikut-ikut dgn adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dgn siapa kamu bsahabat.” (Riwayat al-Tirmizi & al-Hakim)



Bertemu kembali.....apa khabar teman2..? penulis harap bereh2 sokmo la deh.. :) Alhamdulillah, setelah sebulan berada di perantauan, penulis semakin ari semakin boleh sesuaikan diri..Cihat2 saje....[ kadang2 best jgk jd org jauh sb ade yang anto sms tnyer khabor...terase diri ini sangat dihargai...hee...ngeee..... :) ]

Ha, kali nie, penulis nk cakap pasal " KAWAN dan SAHABAT "..uish, kenape tetibe je nie..? ade request ker..? haha..tak ade la..td tengah dop study 'mukebuku'..ttbe terlihat satu status nie..terus terlintas cam best je klu sembang2 kat dalam blog nie...so, itulah al kisahnya cam mane leh dapat ideal nie...haha...


Hm, berbalik pada tajuk kite..ada beze ke antara KAWAN dan SAHABAT..?? cam sama je kan....penulis pon x tahu samada ade beze ke tidak..yang pastinya, penulis telah didokrinkan bahawa ada bezenya....haha....so, trime je...[ eh, terang2 kot ade beze tu..tgk ejaan pon dah tahu..hehe :) ]....
Statusnye berbunyi (ade bunyi ker) cam nie :

"~smmgnya kita digalak bkawan dgn smua org, tp dlm ribuan kenalan, mcari seorg sahabat jua bukanlah senang..~

Nak setuju ke tidak erk..? setuju je la...kene setuju,.hehe...Yup!!..kenape kene setuju..? tanyer diri sendiri selepas dah tahu ape sebenarnye beze KAWAN dan SAHABAT....,nanti klu dah tahu, buleh la emailkan or SmS kat penulis ape beze erk..penulis pon nk tahu..hehe..


Ringkasnya, Pembentukan akhlak dan jati diri kita sebagai seroang manusia sedkit sebanyak[banyak jgk la] bergantung pada SIAPA sahabat kita..YUp,!! Pernah jgk penulis dengar suatu ketika dahulu kate2 yg berbunyi..

"seAndainya kamu ingin tahu bagaimana sikap dan perangainya, tgklah siapa Sahabatnya.."

Wah...klu kita faham, Sahabat kita lah KPI (Key Performance Index) utk kita..kan..?

Penulis teringat kepada para sahabat Rasulullah SAW. Ramai diantara para sahabat terdahulu yang pada asalnya menjadi penentang Islam dan tegar melakukan perkara kejahilan sebelum kehadiran Rasulullah. Dan, meraka itu ada yang menjadi musuh Islam yang tegar!


Tetapi, apabila mereka menemui jalan Dakwah, Bertemu Rasulullah SAW, cuba untuk mengenali dan berkawan dengan Baginda, mereka berubah secara 100%!

Umar al-Khattab pernah berkata,

“Tiada tempat yang telah kuisikan dengan kekufuran dan dosa pada zaman jahiliahku, melainkan semuanya aku telah isikan semula dengan keimanan dan amal soleh setelah keislamanku.”

Beliau sebelum seorang yang dikenali dengan kejahatan dan menjadi musuh Islam dan memusuhi Rasulullah SAW sendiri. Namun, hanya dengan satu peristiwa, beliau menjadi seseorang yang baru dan menginfakkan dirinya di jalan Islam. Malah beliau antara para sahabat yang sangat dekat pada Rasulullah.

So, konklusinya...HIdup ini adalah Ujian untuk Memilih..maka, Jom kite pilih untuk berSahabat dengan Orang2 yang Mampu membawa kite ke arah Kebaikan dan Menjadi Insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di Sisi Allah... :) ..

Klu buleh dan sebolehnya...jgnlah berkawan ngan org2 yang bakal merosakkan hidup kita...Kan pernah jugak kite dengar, Klu orang pakai minyk wangi, kite pon dapat jgk baunye kan....so, same la analogi nye....klu kite nie yg jahat dan tak berape nk baek nie, cam penulis sekarng nie, tp klu kawan2 sekeliling kita nie semua yg baek, insyaAllah..tiada yg mustahil...lame-kelamaan..suatu hari nanti kite akan terikut dengna budaya Baek mereka......


So, ini je kot utk kali ini...kite jupe lgi len mase ye....Ha, sebelum penulis chow, mohon doa dari teman2 agar Allah permudahkan segala urusan penulis..Alhamdulillah, semalam dah terlaksana satu perjumpaan antara ahli2 Papisma kat Hospital Tawau a.ka. Usrah Papisma Tawau...InsyaAllah, gerak kerja untuk melestarikan Amanah yg dipikul akan digalas bersama sahbat2 yg pernah suatu ketika dahulu mengikat janji utk istiqamah dijalan ini...InsyaAllah....Mohon doa ye....

Buat sahabat-sahabatku yang dirindui....Khas untuk kalian......



Kaylah...nak berciap utk Men Futsal plk nie,.hehe...wassalam..

p/s : Cam x banyk je isi yg nak disampaikan....hehe...sengaja penulis wat mcm ini agar teman2 ade usaha sendri utk mencari....nt leh kongsi kan... :)

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: USRAH ANAK MUDA TAWAU ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

"Dan orang2 yang berusaha dengan bersungguh2 kerana hendak memenuhi agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan2 Kami (yg menjadikan mereka gembira dan mendapat keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan) Allah berserta orang2 yang berbuat baik-Al ankabut : 69 "

Bertemu kembali....huu...Pertamanya, penulis ingin memohon maaf kepada yang asek dop tnyer bile nk update blog nie....Bukan apa la, masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri di tempat orang disamping mengatur beberapa perancangan bagi melaksanakn janji yg pernah di buat suatu ketika dahulu...hehe.. :) Cam seruis jer bunyi tu....hehe

Alhamdulillah, setakat hari ini, makin hari makin 'smooth' perancangan yang diaturkan....Semalam telah berpeluang buat pertama kali BerUsrah dengan Anak Muda Tawau....." Pencarian " pengisian rohani bersama sahabat2 sePerjuangan akhirnya telah ditemui....hanya yang tinggal sekarang adalah mengumpul dan mengadakan Pertemuan pertama bersama Dr-Dr Papisma yg ada di Hospital Tawau ini...Moge Allah permudahkan Urusan ini....[ so itulah sedikit sebanyak sebab nape sudah hampir sebulan tidak menjenguk blog penulis ini..ada perkare yg perlu di utamakn.....kan..? hehe ]


Wah....hampir sebulan sudah penulis tak update blog nie...haha..So, ringkasnya, sekarang penulis berada di Posting Medical..Alhamdulillah, penulis sangat bersyukur sb kebanyakan Staff di Hospital Tawau nie Tersangat la baeknye...seriusly, mmg jauh beze ngan staff kat semenanjung...Mereka sangat SEDIA MEMBANTU...i loike..!! :) [jgn marah ye org semenanjung...hehe] So far, setelah hampir satu bulan berada di Posting Medical, antra sejarah yg dicipta adalah diberi kepercayaan oleh Specialist penulis iaitu DR Arun untuk bersamanya di dalam OT membuat Pleuroscopy and Chest tube insertion...Fuhh, mmg TerBaek lah..!! hehe...

Sedikit perkongsian pengisian Usrah Penulis bersama Anak Muda Tawau semalam...USrah dimulakan dengan bacaan Al Mathurat dan seterunya disambung dengan pengisian yang mana penulis dapat simpulkan bahwa peri pentingnya perancangan dalam Organisasi..Betullah ade ungkpan yg mengatakan bahawa Kebenaran tanpa perancangan mudah dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai perancangan..[ dlm hati, mmg tepat kene pada diri sendri tatkala sekarang dalam proses untk merancang..].

Seterusnya ahli diingatkan supaya kembali beramal dengan Rukun Biah yg pertama iaitu FAHAM..isu yg dibangkitkan adalah berkenaan dengan BERSIH 2.0..Mengapa BERSIH ini diketuai oleh seorang NOn-Muslim iaitu Datuk Ambiga..? jikalau tiada kefahaman disitu, sudah pasti ade yg mempersoalkannya..ttp Alhamdulillah, sedikt pencerahan semalam drp naqib Usrah dpt memberi idea jikalau berdepan dengna persoaln tersebut...

Akhirnya Usrah diakhiri dengan sesi Taaruf...[ Al Maklum la, baru pertama kali join ngan Anak Muda tawau..so, kene la berTaaruf kan....hehe...] Alhamdulillah, setelah hampir 1 jam 30 minit, Usrah berjaya ditamatkan...


So, inilah serba ringkas yg penulis dapat update untk waktu sekarang...Maaf sekali lagi...InsyaAllah, jikalau kesemua perancangan berjalan dengna lancar, akan lebih aktif utk update blog inie..Mohon doa daripada team2 ya... :)

p/s : 1) Gambar kat atas tu sempena Party " OFF TAG" kami..haha..best makan ikan bakar kat sini..dah la murah2... :)

2) Jom kita same2 mendoakan agar kesemua sahabt2 yg ditangkap termasuklah Pimpinan dalam Perhimpunan Bersih hari ini dibebaskan secepat mungkin...

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: PERMULAANKU....ALLAH, PERMUDAHKAN ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk me...lihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. [TMQ Al A'raaf (7) : 179].


Selamat bertemu kembali....Wah, rasanya agak jarang sudah penulis update blog ini setelah keluar dari alam kampus..mengapa ini terjadi..?? hm...satu muhasabah yang perlu difikirkan.....Allahurabbi....

Jujur penulis rasakan, sejak mengakhiri alam kampus, jiwa dan hati semakin hari semakin lalai...semakin jauh dari matlamat asal....Apatah lagi, sekarang ini berada di Hospital tawau, jauh di timur Malaysia.......suasana yang jauh berbeza dengan suasana yang pernah penulis alami dulu......Totally, New Enviroment...!! Dugaan yang penuh dengan cabaran......

Astarghfirullah......Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu nie.......semakin hari semakin lalai...leka dengan nikmat yg Kamu berikan...Engkau jagalah hatiku ini agar kembali istiqamah dijalanMu...berilah aku kekuatan untuk kemmbali beramal dengna amalan ang pernah aku biasakan..........Amin....


Esok merupakan hari pertama penulis sebagai Pegawai Perubatan Siswazah a.k.a House Officer (HO) di Hospital Tawau...Dan esok jugalah bakal terbukanya satu lembaran buku kehidupan baru buat penulis,yang memegang satu amanah agama yang telah dipertanggungjawabkan.....Allah, berilah kekuatan kepadaKu untuk segalanya....

Sedih dan pilu disaat penulis mengenangkan kembali diri penulis masa kini yang telah jauh dari diri penulis sebenarnye.....Alhamdullillah, disaat hati ini lalai, ada lagi sahabt2 yang sudi mengetuk hati untuk kembali mengingatkan tujuan dan matlamat asal kita disini....

Ya Allah, seandainya inilah isyaratMu, akan ku berusaha untuk kembali kepada 'tract' asalku.......


Terima kasih kepada akakku yang disayangi kerana Allah, yang tidak pernah jemu memberi peringatan kepada penulis untuk sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik....iaitu Siti Illani Hj Shahbudin......terima kasih sekali lagi akak......hopefully, this ukhwah fil Islam will remain never end...!!!


hurm...kak berpendapat...gym pegang elok2 quran tu dlm hati...ingat selalu utk bace bile ade mase lapang...walaupun stkt 5 mint..insyaALlah moga2 penawar teragung milik ALlah tu bisa menghindarkan hati dari perkara2 yg melalaikan..walaupun ...jrg dpt dengar tazkirah....ingat mengingati la jgk sesama hadi nnt...ALlah letakkan hadi dgn gym tu ade sbb tu bukan saja2 tau...mntk selalu dgn Allah k...DIA sebaik2 pemelihara adikku...insyaALlah...:)


So, sebagi konklusinya.....hayatilah.....

"Hidup ini bermakna andai kita sendri memilih untuk memaknakanya, dgn bersangka baik dan mencari kebaikan di sebalik setiap perkara yang Allah takdirkan buat diri kita dalam kehidupan kita..." [ tazkiyatun nafs ]


"Ya Allah, seandainya ini yang terbaek buatku, maka permudahkanlah....bersihkan jiwaku dari segala kemaksiatan dan dosa yang telahku lakukan...inginku mulakan perjalanan hidup ini dengan penuh barokah, yang sentiasa berada di bawah RedhaMu....Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki kepada kami...jagalah hati dan niat kami agar tidak terpeson dari matlamat asal kami.....Hanya padaMu aku berserah segalanya..Amin "


"BERBAKTI SELAGI MAMPU "

;: SABAH..PERMULAANKU ;:


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...


Berkata Muhammad bin As-Sammak r.t.: Ingatlah kepada siapa yang telah mengingatimu sebelum engkau mengingatinya, dan cintanya kepadamu sebelum cintamu kepadanya, dan tiada engkau mengingatinya melainkan dia telah lebih dahulu mengingatimu, dan tiada engkau mencintainya, melainkan kerana dia telah terlebih dahulu mencintaimu!


Alhamdulillah...syukur penulis panjatkan pada Allah SWT atas segala nikmat yg telah dikurniakan kepada penulis dan juga teman2...Maaf dipinta kerana sudah agak lame blog penulis ini tidak terusik....AL maklum lah, sibuk dengan urusan diri, keluarga dan masa hadapan..hee...InsyaAllah.....

So, ringkasnye...Minggu lepas penulis telah menghadiri Kursus Induksi untuk Pegawai Perubatan UD 41..Alhamdulillah...tamat sudah dan ingin penulis umumkan disini bahawa Penulis telah ditempatkan di Hospital Tawau, Sabah.....hah...?? Sabah..?? iye...kawan2..jangan buat muka terkejut yer...hehe...kalau nak tahu, memang ini adalah 1st choice penulis..sebabnya...??? bley direct sms ke penulis klu ingin tahu.... ;)

So, esok penulis akan Terbang ke Sabah naek Belon a.k.a Kapal terbang la...Doakan penulis agar selamat sampai.....So, nie je kot untuk kali nie...maaf, x bley tulis panjang2, ade urusan yg perlu disegerakan.....jumpa lagi....wassalam...





Jom Teman-teman, kita same2 Muhasabah diri,...Moge Permulaan Kerja penulis dan teman2 diberkati Allah.......

"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,

telah berjumpa pada taat padaMu,

telah bersatu dalam dakwah padaMU,

telah berpadu dalam membela syariatMu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.


Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan kemaafanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri."

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: KULIAH BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS ;:


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

“Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad."- Al-Ghazali -

Alhamdulillah...rase sykur yg tidak terhingga penulis tujukan pada Allah SWT atas kurnian segala macam nikmat pada hambaNya...Ringkasnya, sepanjang cuti ini, Allah memberi kesempatan pada penulis untuk menghadiri hampir tiap-tiap malam Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus....( kenal x..?? mesti kenal kan....ustaz paling famous kat Pantai Timur, terutamanya Ganung kiterrr...hehe....)...

Alhamdulillah...akhirnya ALlah sampakan hajat penulis untuk bertemu dan hadir Face to Face dalam Siri Kuliah Ustaz Azhar....jikalau sebelum ini, penulis hanya mendengar melalui CD dan You-Tube..ttp tidak lagi sekarang.....lening, secare Live boh...haha....

So, ringkasnya..sejak cuti lepas exam, dah byk Masjid dan Surau penulis pergi..jikalau tiada program Family, sudah pasti penulis hadir ke Kuliah ini....seolah-olah Kelas Fardhu Ain penulis bersama Ustaz Azhar...Memang Terbaek,,,,,,!!!! Apatah lagi, sebaik sahaja Siri Kuliah, penulis dapat bersalam dan mencium tangan Ulama' besar ini...Alhamdulillah...

So, kat sini ingin penulis kongsi beberpae ilmu yg penulis dpt...tp maaf la yer...dlm entry nie, ade 2 je yg penulis bley letak...iaitu Waktu Kuliah Kat Surau Ladang dan Masjid Pengadang Baru...nie pon ade seorang kawan yg tolong summary kan.....so, jom layannzzz.......

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau kampung Ladang -13/5/2011 : kitab Bahrul Maazi/Jihazul Madihah

1.boleh atau tidak saya mengqadakan solat org tua saya, sekiranya boleh bgaimanakah caranya??
-menurut mazhab syafie bhwa solat yg ditinggalakan oleh seseorg itu tidak boleh diqadakan oleh org lain dan tidak boleh dibayar fidyah.-sebab tak ada nas.kalau puasa dan haji ia boleh..-tiada cara lain melainkan bykkan sedekah utk ibu bapa sbg alternatif.niat sedekah pahala utk ibu bapa.iainya boleh.-fidyah utk yg tinggal solat pun tak boleh.

2.buat majlis talkin tapi ada yg datang itu org yg tinggal solat..
-doanya tidak terima sebab dia tak solat..solat itu tiang agama..kalau tak ada atap tak ape,tapi kalau rumah tak ada tiang mane boleh nak dirikan.begitulah perumpamaannya..org yg tinggal solat Allah akan membalasnya dengan 15 seksa, 6 seksa di dunia, 3 diseksa diterima ketika hendak mati, 3 seksa berlaku di dalam kubur dan 3 seksa diterima semasa hari kiamat.
1.Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalaupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong). Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi menfaat dalam hidupnya.
2.Allah subhanahu wata’ala taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.
3.Segala apa kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah subhanahu wata’ala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.
4.Tidak makbul oleh Allah subhanahu wata’ala akan doanya., Doa ditolak.
5.Tidak diakui ia masuk golongan Islam. Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.
6.Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.


-tapi masyarakat melayu skrg tidak pedulikan hal solat..samada solat atau tak, tetap panggil majlis talkin.-org yg tak solat pun buat menantu..siap buat majlis sambut menantu, renjis air mawar-ORG YG TAK SOLAT PATOT RENJIS DGN AIR KENCING SEBAB DIA MUSUH ALLAH,DIA MUSUH NABI..SIAP RENJIS BERAS KUNYIT,MOLEK RENJIS MERCUN BOLA..
-ulamak kata mayat org yg tak solat tanam jauh2 diperkuburan islam.biar org lain sedar-kalau org yg kata solat tu tak wajib,solat pakai niat,haram tanam kubur Islam.

3.hukum bersebutuh dgn isteri pertama,kemudian isteri kedua(tempat berasingan) ttp tak mandi wajib..
-tak mengapa berbuat demikian,..kerana bersebutuh tak disyaratkan mandi wajib utk kali kedua..sunat sahaja mandi wajib..

4.hukum makan burung merbah kerana ia makan kelkatu..
-dihalalkan kerana kelkaltu bukan sumber makanan utama.ayam pun makan juga kelkatu..yang haram dimakan ialah burung yg koyak makanan menggunakan kaki contoh helang,hering..lagi,haiwan yg jenis makan dgn cara menyambar..contoh layang2...sarang burung layang2 boleh makan.

5.hukum makan landak dan tergiling.
-landak halal dimakan.tetapi bg tenggiling ianya tidak ada nas mengatakan haram...benda yg halal tetap halal.benda yg haram tetap haram.ape yg tidak disebut,ianya dimaafkan.
nak makan tak ape.tak slah.





Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pengadang Baru-17/5/2011-Kitab Hidayatul Sibyan-14 J'Akhir

*sambungan bab perkara yg membatalkan solat

14.terbuka aurat-dlm solat,aurat wajib tutup sekalipun tiada org yg melihat.luar dari solat,wajib tutup drpd org yg haram melihat.-terbuka aurat ketika solat adalah batal(conyoh kain terkoyat di punggung)...,tapi org yg dari awal lagi terbuka aurat solatnya tak batal..sebab solat dia dah tak sah.bila dah tak sah,tak batal..FAHAM MOLEK..
-kalau di buka oleh angin dan kita tutup dgn segera tak batal.dgn syarat tidak melakukan pergerakkan yg tidak membatalkan,jgn berulang2 hingga merosakkan rupa solat.
-kalau anak kecik angkat kain ayahnya tak batal,dgn sayarat tutup dgn segera,kain terjatuh-dimaafkan.

15.ape yg membatalkan puasa,ia juga membatalkan solat.mkn time puasa,batal.makan time solat,batal juga.

16.melebihkan rukun perbuatan dgn sengaja.bila teringat wajib bangun segera,kalau tak-batal.

17.berdehem dgn sengaja.ulamak kata hanya tempat bacaan yg wajib saje boleh berdehem untuk membetulkan bacaan.(contoh fatihah-kena berdehem dulu baru fatihah lancar)..-bagi mazhab syafie tak ape di mana2 bacaan.

-tertawa dgn sengaja mengeluarkan suara(senyum tak batal)-menangis dgn mengeluarkan suara

18.memanjangkan rukun pendek dgn sengaja-rukun pendek adalah iktidal dan duduk antara 2 sujud.

19.makmun laju dari tok iman-terkemudian makmun imamnya atau terdahulunya drpdnya dgn dua rukun feqli keduanya dgn ketiadaan uzur.Rasulullah saw: "Tidakkah takut orang yang mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan merubah kepalanya menjadi kepala keldai, atau Allah merubah wajahnya menjadi wajah keldai?".

20.iktikad akan yg fardu itu dgn sunat.

21.murtad(nauzubillah).


soal jawab

1.hukum bersiul-kalau saje2 ia makruh..dan jadi haram bila menganggu org lain tgh buat kebajikkan..

2.golongan dosanya tidak dikira-Rasulullah saw yang bermaksud: Diangkat kalam (tidak dikira berdosa) daripada 3 golongan manusia, iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia bermimpi keluar air mani (baligh), dan orang gila hingga ia berakal (siuman). (Riwayat Ahmad dan ashabus Sunan dan Hakim).

3.cara sujud syukur-sujud bila dapat nikmat besar,terlepasa dari bala besar.kalau dpt nikmat kecil,sujud syukur adalah bidaah.-caranya sama dgn solat,ada wuduk,mengadap kiblat,tutup aurat.1. Berniat.2. Takbiratul Ihram.3. Sujud satu kali sahaja.

4.duduk selepas sujud 5.mmberi salam.bacaan msa sujud boleh blake.tiada hadis utk bacaannya..

5.cara elak sihir-paling mudah,sebelum tidur baca ayat 3 qul,tiup dimulut dan sapu seluruh badan

6.merajuk-kalau sekali ekala itu fitrah.tapi kalau selalu ia di cla oleh syarak sebab ia adalah sifat mazmumah.


7.3 Tanda Orang Munafik-Rasulullah s.a.w. bersabda"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

Jadi..sekadar ini sahajlah perkongsian dari penulis..moger kite bertemu lagi....wallahualam

" Ya Allah..selamatkan perjalanan kami dan permudahkanlah segala urusan kami...Amin"

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: RELATIONSHIP..!! ::


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

" Allah lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupa kamu dan memberikan kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik, Yang demikian itu adalah Allah Tuhan mu, Maha Agung Allah, Tuhan Semesta Alam. Dialah Yang Hidup Kekal, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadah kepadaNya. Segala Puji bagi Allah Tuhan semesta Alam."
Al- Mukmin: 64-65



Wah..rasanye sudah agak lama penulis tak update blog ini...ampun ya..bukan ape, cume agak sibuk nak selesaikan beberpae perkare.... :) lgpon, penuis baru sahaja pulang dari kembare...seminggu berkembare..nk tahu route kembare penulis...nie ha... : K. Trg - Shah Alam - Cheras - Sungai Besar - KTDI - Taman Negara ( nie paling terbaek..!!,hehe) - KTDI - Melaka - Muar - K.Trg....fuh...byk tu...hehe....erm, kaylah..tak mau cakap panjang...

Untuk entry kali nie, suke utk penulis kongsi satu artikel yg penulis bace...Jom layanz.....


Perkara asas dan penting dalam pembentukan diri sebagai individu muslim adalah permasalahan hubungan hati dengan Allah. Ia sebenarnya merupakan permasalahan pada setiap masa, setiap tahap, setiap keadaan dan setiap peristiwa yang berlaku......Hubungan hati dengan Allah merupakan hubungan utama dan dasar pada bila-bila masa dan keadaan.!Hubungan ini perlu dijaga, dikawal di perkuatkan dari masa kesemasa..... kerana ujian Allah SWT semakin besar dari masa ke semasa...mengikut sekuat mana hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Masalah hubungan inilah yang menentukan sejauh mana kecintaan dan ketakutan kita pada Allah SWT. Semakin kuat hubungan hati kita pada Allah, semakin kuatlah pula cinta kita padaNya....Ini adalah kerana hatilah merasai kehebatan hubungan ini....yang dapat membuahkan ketaatan padaNya!!!Tapi sebelum kita dapat membuat hubungan hati dengan Allah, kita perlu serahkan hati kita padaNya.


Penyerahan hati yang bermaksud kita serahkan hati untuk dididik dengan didikan Allah, serahkan hati untuk mengambil nilai-nilai Allah dalam kehidupan, serahkan hati untuk di proses dengan proses tarbiah islam yang syumul....sehingga tiada suatu apapun yang tinggal atau kita reserve.....semua sekali kita serah jiwa kita! Penyerahan hati yang total pada Allah.!Tanpa hubungan hati yang betul, hilanglah kenikmatan ubudiah kita pada Allah.....kita lakukan solat hanya sebagai rutin harian biasa...tidak rasa nikmat solat sebagaimana yang dirasai oleh Rasulullah saw dan para sahabat terdahulu...Tanpa hubungan hati yang betul....kita sebenarnya tidak ada kekuatan jiwa yang mampu untuk bertahan dan tertingkat iman selepas sesuatu ujian Allah!! Kita umpama buih- buih kosong yang dibawa arus tiada hala tujuan..............!!!


Inilah permasalahan besar yang dihadapi oleh manusia hari ini.....hilangnya hubungan hati dengan Allah.....jadi berhubunglah hati itu dengan hawa nafsu, dunia, pangkat....sehingga ia jadi matlamat utama dalam hidup. Kehilangan hubungan ini sangat ketara pada hari ini sehingga manusia masing-masing tenggelam dalam permaslahan diri sendiri...tidak mengetahui puncanya dan hilang pedoman hidup.Jadi kita perlu bina hubungan kita dengan Allah, mengenaliNya sehingga timbul kecintaan kita padaNya, merasai hakikat kebesaranNya dalam diri dan alam ini, melaksanakan hakikat ubudiah kita padaNya, mensyukuri segala nikmat yang diberikanNya kepada kita......sebelum kita bina hubungan kita sesama manusia....

Konklusinya...Asas hubungan sesama manusia adalah hubungan dengan Allah....!!Bila bagus hubungan kita dengan Allah , maka baguslah pula hubungan kita dengan manusia....Kasih sayang kita sesama manusia berlandaskan mahabbatullah....kasih sayang Allah..Mengasihi,mencintai,membenci semuanya atas dasar kerana Allah. Apabila Allah dan Rasul lebih dicintai dari segalanya..maka kita dapat merasai kenitmatan IMAN yg sebenar..wassalm..


BERBAKTI SELAGI MAMPU