ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: KULIAH BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS ;:


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

“Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad."- Al-Ghazali -

Alhamdulillah...rase sykur yg tidak terhingga penulis tujukan pada Allah SWT atas kurnian segala macam nikmat pada hambaNya...Ringkasnya, sepanjang cuti ini, Allah memberi kesempatan pada penulis untuk menghadiri hampir tiap-tiap malam Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus....( kenal x..?? mesti kenal kan....ustaz paling famous kat Pantai Timur, terutamanya Ganung kiterrr...hehe....)...

Alhamdulillah...akhirnya ALlah sampakan hajat penulis untuk bertemu dan hadir Face to Face dalam Siri Kuliah Ustaz Azhar....jikalau sebelum ini, penulis hanya mendengar melalui CD dan You-Tube..ttp tidak lagi sekarang.....lening, secare Live boh...haha....

So, ringkasnya..sejak cuti lepas exam, dah byk Masjid dan Surau penulis pergi..jikalau tiada program Family, sudah pasti penulis hadir ke Kuliah ini....seolah-olah Kelas Fardhu Ain penulis bersama Ustaz Azhar...Memang Terbaek,,,,,,!!!! Apatah lagi, sebaik sahaja Siri Kuliah, penulis dapat bersalam dan mencium tangan Ulama' besar ini...Alhamdulillah...

So, kat sini ingin penulis kongsi beberpae ilmu yg penulis dpt...tp maaf la yer...dlm entry nie, ade 2 je yg penulis bley letak...iaitu Waktu Kuliah Kat Surau Ladang dan Masjid Pengadang Baru...nie pon ade seorang kawan yg tolong summary kan.....so, jom layannzzz.......

Kuliyah Ust Azhar Idrus-Surau kampung Ladang -13/5/2011 : kitab Bahrul Maazi/Jihazul Madihah

1.boleh atau tidak saya mengqadakan solat org tua saya, sekiranya boleh bgaimanakah caranya??
-menurut mazhab syafie bhwa solat yg ditinggalakan oleh seseorg itu tidak boleh diqadakan oleh org lain dan tidak boleh dibayar fidyah.-sebab tak ada nas.kalau puasa dan haji ia boleh..-tiada cara lain melainkan bykkan sedekah utk ibu bapa sbg alternatif.niat sedekah pahala utk ibu bapa.iainya boleh.-fidyah utk yg tinggal solat pun tak boleh.

2.buat majlis talkin tapi ada yg datang itu org yg tinggal solat..
-doanya tidak terima sebab dia tak solat..solat itu tiang agama..kalau tak ada atap tak ape,tapi kalau rumah tak ada tiang mane boleh nak dirikan.begitulah perumpamaannya..org yg tinggal solat Allah akan membalasnya dengan 15 seksa, 6 seksa di dunia, 3 diseksa diterima ketika hendak mati, 3 seksa berlaku di dalam kubur dan 3 seksa diterima semasa hari kiamat.
1.Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalaupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong). Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi menfaat dalam hidupnya.
2.Allah subhanahu wata’ala taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.
3.Segala apa kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah subhanahu wata’ala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.
4.Tidak makbul oleh Allah subhanahu wata’ala akan doanya., Doa ditolak.
5.Tidak diakui ia masuk golongan Islam. Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.
6.Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.


-tapi masyarakat melayu skrg tidak pedulikan hal solat..samada solat atau tak, tetap panggil majlis talkin.-org yg tak solat pun buat menantu..siap buat majlis sambut menantu, renjis air mawar-ORG YG TAK SOLAT PATOT RENJIS DGN AIR KENCING SEBAB DIA MUSUH ALLAH,DIA MUSUH NABI..SIAP RENJIS BERAS KUNYIT,MOLEK RENJIS MERCUN BOLA..
-ulamak kata mayat org yg tak solat tanam jauh2 diperkuburan islam.biar org lain sedar-kalau org yg kata solat tu tak wajib,solat pakai niat,haram tanam kubur Islam.

3.hukum bersebutuh dgn isteri pertama,kemudian isteri kedua(tempat berasingan) ttp tak mandi wajib..
-tak mengapa berbuat demikian,..kerana bersebutuh tak disyaratkan mandi wajib utk kali kedua..sunat sahaja mandi wajib..

4.hukum makan burung merbah kerana ia makan kelkatu..
-dihalalkan kerana kelkaltu bukan sumber makanan utama.ayam pun makan juga kelkatu..yang haram dimakan ialah burung yg koyak makanan menggunakan kaki contoh helang,hering..lagi,haiwan yg jenis makan dgn cara menyambar..contoh layang2...sarang burung layang2 boleh makan.

5.hukum makan landak dan tergiling.
-landak halal dimakan.tetapi bg tenggiling ianya tidak ada nas mengatakan haram...benda yg halal tetap halal.benda yg haram tetap haram.ape yg tidak disebut,ianya dimaafkan.
nak makan tak ape.tak slah.





Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pengadang Baru-17/5/2011-Kitab Hidayatul Sibyan-14 J'Akhir

*sambungan bab perkara yg membatalkan solat

14.terbuka aurat-dlm solat,aurat wajib tutup sekalipun tiada org yg melihat.luar dari solat,wajib tutup drpd org yg haram melihat.-terbuka aurat ketika solat adalah batal(conyoh kain terkoyat di punggung)...,tapi org yg dari awal lagi terbuka aurat solatnya tak batal..sebab solat dia dah tak sah.bila dah tak sah,tak batal..FAHAM MOLEK..
-kalau di buka oleh angin dan kita tutup dgn segera tak batal.dgn syarat tidak melakukan pergerakkan yg tidak membatalkan,jgn berulang2 hingga merosakkan rupa solat.
-kalau anak kecik angkat kain ayahnya tak batal,dgn sayarat tutup dgn segera,kain terjatuh-dimaafkan.

15.ape yg membatalkan puasa,ia juga membatalkan solat.mkn time puasa,batal.makan time solat,batal juga.

16.melebihkan rukun perbuatan dgn sengaja.bila teringat wajib bangun segera,kalau tak-batal.

17.berdehem dgn sengaja.ulamak kata hanya tempat bacaan yg wajib saje boleh berdehem untuk membetulkan bacaan.(contoh fatihah-kena berdehem dulu baru fatihah lancar)..-bagi mazhab syafie tak ape di mana2 bacaan.

-tertawa dgn sengaja mengeluarkan suara(senyum tak batal)-menangis dgn mengeluarkan suara

18.memanjangkan rukun pendek dgn sengaja-rukun pendek adalah iktidal dan duduk antara 2 sujud.

19.makmun laju dari tok iman-terkemudian makmun imamnya atau terdahulunya drpdnya dgn dua rukun feqli keduanya dgn ketiadaan uzur.Rasulullah saw: "Tidakkah takut orang yang mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan merubah kepalanya menjadi kepala keldai, atau Allah merubah wajahnya menjadi wajah keldai?".

20.iktikad akan yg fardu itu dgn sunat.

21.murtad(nauzubillah).


soal jawab

1.hukum bersiul-kalau saje2 ia makruh..dan jadi haram bila menganggu org lain tgh buat kebajikkan..

2.golongan dosanya tidak dikira-Rasulullah saw yang bermaksud: Diangkat kalam (tidak dikira berdosa) daripada 3 golongan manusia, iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia bermimpi keluar air mani (baligh), dan orang gila hingga ia berakal (siuman). (Riwayat Ahmad dan ashabus Sunan dan Hakim).

3.cara sujud syukur-sujud bila dapat nikmat besar,terlepasa dari bala besar.kalau dpt nikmat kecil,sujud syukur adalah bidaah.-caranya sama dgn solat,ada wuduk,mengadap kiblat,tutup aurat.1. Berniat.2. Takbiratul Ihram.3. Sujud satu kali sahaja.

4.duduk selepas sujud 5.mmberi salam.bacaan msa sujud boleh blake.tiada hadis utk bacaannya..

5.cara elak sihir-paling mudah,sebelum tidur baca ayat 3 qul,tiup dimulut dan sapu seluruh badan

6.merajuk-kalau sekali ekala itu fitrah.tapi kalau selalu ia di cla oleh syarak sebab ia adalah sifat mazmumah.


7.3 Tanda Orang Munafik-Rasulullah s.a.w. bersabda"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

Jadi..sekadar ini sahajlah perkongsian dari penulis..moger kite bertemu lagi....wallahualam

" Ya Allah..selamatkan perjalanan kami dan permudahkanlah segala urusan kami...Amin"

BERBAKTI SELAGI MAMPU

0 comments: