ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

;: SABAH..PERMULAANKU ;:


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...


Berkata Muhammad bin As-Sammak r.t.: Ingatlah kepada siapa yang telah mengingatimu sebelum engkau mengingatinya, dan cintanya kepadamu sebelum cintamu kepadanya, dan tiada engkau mengingatinya melainkan dia telah lebih dahulu mengingatimu, dan tiada engkau mencintainya, melainkan kerana dia telah terlebih dahulu mencintaimu!


Alhamdulillah...syukur penulis panjatkan pada Allah SWT atas segala nikmat yg telah dikurniakan kepada penulis dan juga teman2...Maaf dipinta kerana sudah agak lame blog penulis ini tidak terusik....AL maklum lah, sibuk dengan urusan diri, keluarga dan masa hadapan..hee...InsyaAllah.....

So, ringkasnye...Minggu lepas penulis telah menghadiri Kursus Induksi untuk Pegawai Perubatan UD 41..Alhamdulillah...tamat sudah dan ingin penulis umumkan disini bahawa Penulis telah ditempatkan di Hospital Tawau, Sabah.....hah...?? Sabah..?? iye...kawan2..jangan buat muka terkejut yer...hehe...kalau nak tahu, memang ini adalah 1st choice penulis..sebabnya...??? bley direct sms ke penulis klu ingin tahu.... ;)

So, esok penulis akan Terbang ke Sabah naek Belon a.k.a Kapal terbang la...Doakan penulis agar selamat sampai.....So, nie je kot untuk kali nie...maaf, x bley tulis panjang2, ade urusan yg perlu disegerakan.....jumpa lagi....wassalam...





Jom Teman-teman, kita same2 Muhasabah diri,...Moge Permulaan Kerja penulis dan teman2 diberkati Allah.......

"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,

telah berjumpa pada taat padaMu,

telah bersatu dalam dakwah padaMU,

telah berpadu dalam membela syariatMu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.


Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan kemaafanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri."

BERBAKTI SELAGI MAMPU

0 comments: