ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

;: MAHASISWA BANGKIT..!! ;:

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

“Sesungguhnya, Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan AlQuran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”(AtTaubah:111)




Tsunami Politik Negara telah membadai Pilihan Raya Kampus(PRK) di Malaysia. PRK 2011 telah mencatat sejarah yang tersendiri. PRK 2011 perlu diingat dan disemai dalam kamus kehidupan oleh semua yang bergelar MAHASISWA yang cintakan keadilan. PRK 2011 adalah PRK yang bakal membuka minda dan pemikiran MAHASISWA di seluruh Malaysia. PRK 2011 bakal merubah, bukan sahaja langskap POLITIK KAMPUS, tetapi juga langskap POLTIK MALAYSIA. PRK 2011 adalah PRK kemenangan bagi Pro-Mahasiswa..kenapa ini berlaku? Apa yang istimewanya pada PRK tahun ini, 2011?

Ini kerana, PRK 2011 merupakan PRK yang telah mengembalikan suara keramat " STUDENT POWER" untuk kembali mengaung di kampus-kampus utama di Malaysia. Kejayaan PRO MAHASISWA mengusai beberapa Kampus utama Malaysia adalah bukti bahawa PRK 2011 perlu diingat dan istimewa. Setelah sekian lama tampuk kepimpinan Kampus dikuasai oleh Pro-A, dengan izin Allah, Alhamdulillah, PRK 2011 telah memberi kemenangan kepada Pro Mahasiswa untuk memimpin tampuk kepimpinan Kampus.

Paling signifikasi ialah kejayaan Pro Mahasiswa UM dan UKM (kampus penulis) yang berjaya merampas kembali tampuk kepimpinan daripada Pro Aspirasi. Seperti yang sedai maklum, UM dan UKM merupakan kubu kuat Pro Aspirasi, tetapi atas kesedaran dan gelombang Anak Muda MAHASISWA, tahun 2011 adalah tahun kehancuran buat kubu mereka. Berikut merupakan keputasan-keputusan PRK 2011 di kampus-kampus utama Malaysia :

Pilihan Raya Kampus 2011 :. Keputusan Pro Mahasiswa :

UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI : MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
UIA : MENANG [23 dari 26]
USIM : MENANG [Menang bersih]
USM KUBANG KERIAN : MENANG [Menang bersiah]
UMS : MENANG
UMSKAL : MENANG

UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]

UTM : KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]


Penulis ( 4 dari kiri) bersama YB MPMUKM sewaktu Malam Rapat Umum di KTDI

Di Kampus penulis iaitu UKM-Kampus Cheras, Kejayaan Kami, GMUKM mengekalkan kejayaan bagi kerusi Fakulti melalui YB Mohamad Idrul b Mohamad Daud pada tahun ini dengan majoriti 160, merupakan kemenangan 3 tahun berturut-turut. Jikalau dahulunya, Kampus Cheras ini dikaitkan dengan kubu kuat Aspirasi, tetapi sejak 3 tahun kebelakangan ini, kubu itu sudah tiada lagi, malah, kami berjaya meningkatkan Majoriti dari tahun ke tahun berikutnya.

Alhamdulillah....Allhahuakhbar....Kami bersyukur padaMu ya Allah atas kemenangan ini..

Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada teman2 yang memberi kepercayaan kepada Calon MAHASISWA. Moge sokongan itu terus kuat dan bertambah dari setahun ke tahun berikutnya. Buat YB Mohamad Idrul b Mohamad Daud, selamat bertugas sebagai MPM UKM 2011/2012. Laksanakn semua manifesto anda dengan dan mudah-mudahan Allah merahmati Kemenangan anda. Kami sentiasa ada untuk anda..

Kemenangan Pro Mahasiswa ini adalah sesuatu diluar jangkaan.Tahniah kpd yg menang dan diharap tidak hanyut dibuai mimpi indah.Bangkitlah dengan tanggungjawab yg diamanahkan oleh mahasiswa/i..Jangan hanya sekadar menabur gahnya ajnji2.Jadikan ia sebagai realiti.Jangan hampakan Amanah besar penyokong..pusingan roda tidak akan selalunya diatas..

Apa yang penting ialah anda telah mempunyai kuasa untuk memerintah. Oleh itu, MEMERINTAHLAH DENGAN ADIL DAN SAKSAMA DENGAN MELETAKKAN AL QURAN DAN AS SUNNAH SEBAGAI TUNJANG UTAMA DALAM UNDANG-UNDANG
..



Konklusinya..andai diimbas kembali, bermula dengan Gelombang Kebangkitan Rakyat Tunisia dan Mesir...kini Gelombang Kebangkitan ANAK MUDA telah merebak dan berjaya dibuktikan dengan Kemenangan Pro Mahasiswa di Kampus-kampus utama dalam PRK 2011 ini..Tidak mustahil Gelombang ANAK MUDA ini akan terus bertiup dalam PILIHAN RAYA UMUM Ke-13 nanti...Nantikan Tsunami ANAK MUDA dalam Kebangkitan ISLAM di Malaysia....." ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "..!!!

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: UNDI, JANGAN TAK UNDI..!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Sedikit Peringatan tentang cara-cara untuk mengundi......jom layanzzz.....



Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah..!!

Selamat Mengundi semua..Jalankan Tanggungjawab kita sebagai MAHASISWA...

Pilihlah Calon yang Mampu Membawa ISLAM dalam Pemerintahan Mereka kerana Hanya Undang-undang ISLAM sahaja yang ADIL untuk SEMUA.!!

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: [edited] JOM TURUN MENGUNDI..!! ;:

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...
Akan Datang Selepas Ku Ini Pemimpin-Pemimpin Yang Suka Bercakap Bohong, Dan SUka Melakukan Kezaliman, Sesiapa Dikalangan Kamu Yang Membenarkan Pembohongannya, Dan Menyokong Kezalimannya, Mempertahankan Kezalimannya Bersama Kezalimannya, Kau Bukan Umatku Dan Aku Bukan Nabi Kamu, Dan Kamu Tidak Akan Layak Minum Air Khauf Nabi Muhammad SAW
" Hadis Riwayat At-Tarmizi Wal Hakim Wannasa'i "


Esok, isnin, 21 Februari merupakan Hari Pengundian bagi Kebanyakan PRK di Kampus2 sekitar lembah klang, termasuklah Kampus penulis UKM Cheras..So, penulis meyeru pada teman2 MAHASISWA agar sama2 kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi untuk turun memangkah Calon yang layak untuk diangkat sebagai PMUKM pada sese 2011/2012....

Mengapa perlu untuk kita mengundi????,.....sebab kita adalah MAHASISWA, yg ade tanggungjawab utk memilih pemimpin...


Tapi, Calon mane yg kami nak undi nie..?? Ha, tak lain tak bukan semestinya CALON MAHASISWA,Mengapa perlu pilih CALON MAHASISWA?? Sebab merakalah yang sentiasa menjuarai isu2 Kampus dan InsyaAllah akan membawa Kabaikan pada Kampus dengan meletakkan ISLAM sebagai Dasar utama pemerintahan yang ADIL untuk Semua...

Konklusinya....Jom teman2, kita turun mengundi esok...!!!! Akhir kate.......

UNDILAH CALON MAHASISWA ANDA....!!
BER-GM LEBIH BAIK....!!!!!!

:: JANGAN JADI MAHASISWA "MANDUNG" ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

" Orang-orang yang beriman berjuang untuk menegakkan agama ALLAH manakala orang2 yang tidak beriman berjuang untuk mempertahankan kebatilan"- Al Nisa, 76"



" Mahasiswa hari ini pemimpin masa hadapan.Kenapa perlu takut untuk ambil tahu isu semasa negara kita?Jadilah pemimpin yang ambil tahu, bukan pemimpin yang semua orang tahu " .

Ini adlah kata2 yang penulis petik dalam suatu artikel dan penulis sangat setuju ngan pernyataan tersebut...

MAHASISWA yang kononya dipandang sebagai Golongan Professional oleh masyarakat haruslah menjuarai isu2 semasa dan isu2 kampus. Atas dasar inilah seharusnya, apbila berlaku sesuatu isu, apatah lagi melibatkan KAMPUs, seperti yg sedang hangat berlasung sekarang ini iaitu PILIHAN RAYA KAMPUS, semolek-moleknya ambil la tahu...

Sebenarnya, ia adalah selari ngan hasrat Unit PPD, yang diketuai oleh Prof Har di PPUKM ini iaitu ingin melahirkan " FIVE STARS DOCTOR " iaitu CARE PROVIDER, DECISION MAKER, COMMUNITY LEADER,COMMUNICATOR dan (satu lagi penulis x igt) .Andai difikir logik, mana mungkin dapt melahirkan COMMUNITY LEADER andai terperap dalam bilik, manghadap buku medical dan tidak bergaul dengan org2 luar dan tidak mahu untuk mengambil tahu hal2 yg tiada kaitan dengan diri sendri..So, ringkasnya, nk memenuhi Syarat 5 Stars Doctor bukan mudah, tp tidak mustahil asalkan tidak menjadi MAHASISWA "MANDUNG" ..!!


Siapakah MAHASISWA "MANDUNG" ini? Ringkasnya penulis simpulkan ialah MAHASISWA yang tidak suka untuk mengambil tahu hal2 Kampus, hanya fokus pada perkara2 yang berkaitan ngan diri sendiri shj,..andai perkara itu tiada kene mengena ngan dia, di abaikan..begitu lah....Kenapa tidak boleh hidup dengna dunia sendiri shj? kenapa perlu ambik tahu? Jawapan mudahnya ialah sebab kita hidup bermasyarakat, bukan hidup sendirian..

" Ala. kita masuk U nie buka utk belajar ke..grad dpt scroll...so, nape nk susah2 kan diri sibuk ngan hal2 org len, sibuk ngan PRK?? " Mungkin ada yg berfikiran seperti ini..Iya, penulis tidak nafikan tugas utama kita adalah belajar, merealisasikan cita2 kita...ttp adakah hanya sekadar belajar dan dapat ijazah semata2 dapat melahirkan PEMIMPIN pada masa akan datang?? Igt teman2, kita adalah Pelapis Pemimpin Negara suatu masa nanti..Jadi, CUBALAH JADI MAHASISWA YANG CAKNA...!!!!

So, sempena ngan musim PRK ini, ayuh kita kenali sedikit apa itu PRK...Jom layanzzz....

APAKAH ITU PILIHANRAYA KAMPUS?



Konklusinya, ape yg ingin penulis sampaikan ialah.....



:: BER-GM LEBIH BAIK ;:

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....


Barangsiapa memilih seseorang menjadi pemimpin untuk suatu kelompok, yang di kelompok itu ada orang yang lebih diredhai Allah dari pada orang tersebut, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.” (HR. Hakim)



PilihanRaya Kampus datang lagi..!!! Ayuh, Mahasiswa semua, ambil la tahu tentang perkembangan pilihanraya kampus ini..Jangan jadi Mahasisawa Ulat buku sahaja..Cubelah untuk keluar dari kepompong Mahasisawa yang asek berkurung di bilik, tidak mahu mengambil tahu hal2 kampus yang sedang berlaku...

Ayuh, bersama2 Gelombang Pro Mahasiswa yang sedang melanda semua Kampus..!! Ayuh bersama Mahasiswa yang ingin tegakkan Keadilan..Ayuh, kita tuntut PRK tahun ini adalah Adil dan Bersih..!!

Gelombang Mahasiswa yang telah terbukti sedang bergelora..!! Jadi, tidak perlu untuk takut bersama Pro Mahasiswa...Buktinya.... :

  1. Kemenangan 1 MAHASISWA - Pro-MAHASISWA UNISEL ‘Menang Sebelum Bertanding
  2. Kemenangan ke-2 MAHASISWA - Pro-MAHASISWA menang 13 kerusi tanpa bertanding di UIA

JOm, sama2 kita memberi sokongan pada Calon MAHASISWA pada PRK UKM tahun ini..
Katakan tidak pada Calon Tajaan..!!!


"Pembentukan Kerajaan Mahasiswa
Mahasiswa Memimpin Mahasiswa"

:: OPS UNTUK MAULIDUR RASUL 1432H ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....


“Dan kami tidak mengutusmu (Muhammad) melainkan kepada segenap ummat manusia, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS Saba ’ : 28)



Peringatan...!!!!
Sila dengar dah hayati dahulu video di atas sebelum scrol down mouse laptop anda..


So, amacam video kat atas??,..berjayakah airmata dalam diri teman2 mengalir, membasahi pipi secara tiba2? jikalau itu berlaku, Alhamdulillah penulis ucapkan..Itu menandakan hati teman2 masih lagi hidup daam ISLAM..

Penulis tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang sejarah Maulidur Rasul ini. Harapanya agar teman2 sudah memahami dan sedai maklum kerana saban tahun kita mendengar kuliah-kuliah ataupon ceramah2 tentang Maulidur Rasul ini..

Apa yang penulis ingin cuba bawakan disini ialah kebimbangan penulis terhadap Generasi Anak Muda pada hari ini. Satu perancangan yang hebat dari Allah kerana Hari Kekasih dan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini hanyalah berbeza sehari..btol kan? perasan tak?


Jikalau diimbas, Kebanyakan masyarakat dan Anak Muda pada hari ini lebih mengenali apa itu Hari Kekasih berbanding dengan Hari Keputeraan nabi SAW. Ia, jikalau ditanye pada anak2 muda yang sedang berkeliaran di bandar KL pada waktu ini, tidak mustahil andai ditanya esok kenapa kita cuti umum , jangan terkejut andai mendegnar jawapan yang diberi sebab Hari kekasih.. Penulis jamin akan ada jawapan seperti ini...

Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menyelamatkan Generasi2 yang ada sekarang untuk kembali mengenal ISLAM dan menolak semua ajaran2 yang bertentangan dengan Agama. Tanggungjawab ini bukanlah hanye terletak pada golongan2 alim ulama, ustaz atapon ustazah sahaja, geng2 kaki surau..malah ia adalah tanggungjawab semua.


Generasi hari ini sudah jauh dan terpesong dari ISLAM yang sebenar. Semakin hari semakin jauh. Sebagai contoh, lihat sahaja lah nanti sambutan Maulidur Rasul ini, tidak ubah seperti adat, bukannya Ibadah lagi..Bila berbicara menganai Maulidur Rasul, ape yang perlu ade ialah perarakan dan selawat pada hari tersebut.tidak lebih dari itu.


Ia, Ulama' kontemporari tidak menolak keharusan untuk membuat sambutan tersebut, tetapi kenapa ia hanya bersifat bermusim? kenapa ia hanya aspek luaran sahaja yang dititikberatkan? Walhal, ape yg lagi penting sepatutnya ialah aspek dalaman atapon rohani agar Roh kecintaaan kita pada baginda SAW sentiasa mekar dalam jiwa...sekadar lontaran pandangan shj...


Ringkasnya, Ayuh Anak Muda sekalian, kite kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar. Ayuh, kite bersama-sama golongan alim ulama berganding bahu menyampaikan kebaikan dan kebenran ISLAM pada semua agar IBADAH tidak lagi menjadi ADAT...

Erm, kat bawah nie penulis ada sertakan sedikit info berkenaan OPS VALENTINE. Ayuh Anak Muda, kita lahirkan rase sayang dan cinta pada Anak2 Muda yang lain agar mereka juga dapat merasai keindahan ISLAM ini....dan yang lebih penting lagi adalah supaya Sambutan Hari keputeraan Baginda SAW tidak dicemari oleh gejala2 sosial yang tidak bermoral..Jom....!!!!

OPS VALENTINE DAN KEMPEN SAYANGI REMAJA
[BENGKEL PRAKTIKAL DAKWAH]

14 Februari 2011 (Isnin)

8.30 malam : Solat Isya di Masjid Al-Najihin
9.00 malam : Taklimat Dakwah di Lapangan
9.30 malam : Bertolak ke Tasik Permaisuri
10.00 malam : Dakwah di Lapangan (Lokasi Tasik Permaisuri)
11.30 malam : Pembentangan Laporan Berkumpulan

12.00 malam : Bertolak ke Masjid Al-Muhsinin (Tempat Penginapan)

15 Februari 2011 (Selasa)

4.00 pagi : Program Gerakan Subuh di Masjid Al-Muhsinin
: Qiyamullaill
6.00 pagi : Solat Subuh Berjemaah
: Kuliah Subuh
7.00 pagi : Riadhah Senam Seni
: Sarapan Pagi
8.00 pagi : Program Dakwah Bil Hal Sekitar Masjid Al-Muhsinin
: Bersurai

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW 1432H KEPADA SEMUA..!!!!!!!

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: SAY NO TO VALENTINE'S DAY!! ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....


“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)

" Tomorrow is going to be valentine's day... 9 months from now, there will be a lot of single parents... Young Muslims, pls stop this!!! Say no to Valentine's day and no to premarital sex!!! Semoga Allah memelihara iman kita.."

Terbaiklah kate-kate kat atas..Short and sweet..!! ha, tu adalah quote salah seorang kawan penulis, name beliau Hazzril :) hehe...Iye, esok adalah 14 februari, dan sudah menjadi kebiasaan kite disinonimkan bhawa 14 februari setiap tahun adalah Hari Kekasih @ Valentine Day. Apakah Maksud Hari Kekasih @ Valentine Day ini? Apakah sejarahnya? Mengapa ia disambut? dan mengapa pulak ia di HARAMkan kita sebagai UMAT ISLAM untuk menyambutnya??

Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang apakah sejarah disebalik Valentine Day ini. Penulis yakin dan percaya teman-teman sudah sedai maklum tentang sejarah Valentine Day ini..Ringkasnya, apa yang penulis ingin tegaskan ialah
HARI KEKASIH @ VALENTINE'S DAY INI ADALAH HARAM UNTUK DISAMBUT OLEH ORANG ISLAM..!!!!

Kat sini penulis linkkan beberapa blog ataupon artikel tentang SEJARAH dan HUKUM tentang HARI KEKASIH ini. Semoga bermanfaat.. :
Realiti Anak-anak muda zaman sekarang, baik di kampung mahupun di bandar...tidak ketinggalan juga golongan2 yang kononnya dikatakan Professional dan terpelajar, iaitu Mahasiswa-mahasiswa di IPTA dan IPTS, hampir 90% terlibat dengan gejala sosial yg meruntuhkan akhlak ini...

"I Love You, You Love Me, I Really Miss You.......abang cinta ayang...sayanglah nyawa abg....sayang sayang awak sepenuh hati saya....Saya sayang cik abg saya & etc."

Ini adalah puisi dan sajak2 yang biasa kita dengar bila orang bercinta..Seolah-olah tiada langsung perasaan malu dan bersalah, apatah lagi berdosa dihadapan ALlah....Berpegangan tangan, berpelukan, dan bermacam lagi yang lari dari jalan Islam sudah menjadi adat dan kebiasaan dalam budaya masyarakat kita hari ini..Malah ada yang menganggap ia adalah perkara yang perlu untuk seseorang yg bergelar COUPLE...

"ala, x macho la bro klu tak ade awek bile dah masuk U nie..cam ketinggalan zaman jer..."
'Dunia dah moden la..biasalah la tu pegang2 tgn, klu dah couple, tp x kuar same2, x makan same2, baik x payah kapel bro.." " Semalam pergi tengok wayang ngan cik abg, lepas tu pergi dinner same2, romantik abis "

Inilah ungkapan2 yang biasa penulis dengar dan penulis juga percaya teman2 juga terdengar sabab budaya kapel ini sudah diaggap sesuatu yang wajib untuk anak2 muda walhal, ia adalah HARAM!!!

Dan, sudah menjadi kebiasaan bilamana seorang kekasih dihantui rasa bersalah. Hanya kerana tersinggung perasaan pasangannya.Lalu digagahkan diri menaip mesej pesanan ringkas(SMS).

I'm sorry, I tak sengaja, you know right how much i love you?
"
Status di Facebook dan YM turut berubah."I minta maaf I really tak sengaja".Lalu dibelinya hadiah. Disertakan kad dengan harapan maafnya diterima."I betul-betul minta maaf, I love you more than myself".

Tabiat sang kekasih mempertahankan cinta, tidak ingin melihat
si buah hati marah dan bermasam muka. Apabila sang kekasih melukakan hati pasangannya. Dia akan terus memohon maaf. Dengan apacara sekalipun agar maafnya diterima. Kerana dia tidak
ingin kehilangan cinta. Kerana dia merasakan kedukaan tanpa cinta. bagai sembilu yang menusuk dalam diam Sakit.


Tetapi pada hakikatnya,Siapa yang kita sedang lukai dengan dosa yang kita lakukan? Mengapa tiada rasa bersalah tatkala "menyinggung" Ar-rahman? Ketahuilah.
Seseorang yang berdosa itu "melukai" Allah 'azzawajalla. Sedang Allah senantiasa menebarkan kasih sayang-Nya.Sedang Allah senantiasa mengampuni mereka yang bertaubat dan memohon ampun pada-Nya.Mengapa tiada SMS solat? Tiada juga "bunga-bunga" doa dan istighfar?Apakah mungkin ada lagi sisa-sisa cinta dihati kita buat-Nya.Sedang Dia zat yang sepatutnya kita cinta.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berkasih sayang dan bercinta, tetapi biarlah mengikut saluran yang betul dan ketetapan syarak yang ade...Igt, lagi banyak maksiat yang kita buat, lagi hitamlah hati kita dan makin jauhlah kita dengan rahmat Allah..

Jadi, konklusi yang penulis ingin buat pada entry ini ialah..Jom kita deletekan istilah Hari kekasih dalam kamus hidup kita..!! Katakan tidak pada Hari kekasih dan pergalan bebas.!! Ayuh,bencikan Maksiat..!! Anak-anak muda harus kembali mengamalkan ISLAM yang benar..!!!

MENYAMBUT HARI KEKASIH ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM..!!
SAY NO TO VALENTINE'S DAY..!!! SAY NO TO MAKSIAT..!! SAY NO TO PREMARITAL SEX..!!!!



Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hambaMU yang lemah, maka Engkau kuatkan kami dengan IMAN dan ISLAM. Peliharalah akhlak kami agar kami mampu untuk berakhlak sepertimana akhlak Rasul JunjunganMu, Muhammad SAW. jauhknalah kami dari segala kemaksiatan. Istiqamah lagi kami dijalanMu..Amin

p/s : Diingatkan jugak pada pasangan suami isteri, jangan memberi apa2 hadiah kepada pasangan masing2 pada 14 februari kerana jikalau berlaku, ia melambangkan seolah2 anda mengiktiraf Hari Kekasih itu..Klu nk bg jugak, bagi hari yang len..moger membantu..

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: ADA APA DENGAN NO 11022011?? ;:

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....


"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh-sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku” [An-Nur : 55]


Ada apa dengan 11022011? aii, cam teka teki la pulop...ke bukan? Jom kita cuba rungkaikan..Agak2, apa erk?. Mesti tak dapat tangkap lagi kan? hehe...ha, bagi klue ckit...1102-2011?? sekarang?? ha..macam no yang mirror image jer??..wa, hebatkan...!! tp apa maksudnye??..erm..kite separate lg...11-02-2011? ha...klu ini pon tak nampak lagi, penulis rasa kene masuk darjah satu balik kot..hehe...erm, so? 11-02-2011 = 11 Februari 2011 = hari semalam...ada apa dengan tarikh ini??

Ha, sebelum penulis nak bagitau, sila catat dalam diari teman2 bahawa ini adalah tarikh keramat..Tarikh ini adalah tarikh bersejarah dalam kamus RAKYAT..!! Nak tahu sebab ape..? Kerana Tanggal 11-02-2011 adalah detik bersejarah KEMENANGAN RAKYAT MESIR yang berjaya menjatuhkan Presiden Firaun mereka iaitu Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden yang zalim..


Allahuakhbar...sebak seolah2 mahu mengalirkan air mata tatkala penulis bangkit dari tidur pagi ini dan mendapat berita mengatakan Hosni Mubarak telah meletak jawatan dan Rakyat Mesir telah Menang..!! Sebaik membuka laptop pagi tadi, terbuktilah bahawa berita itu adalah SAHIH dan BENAR..!!! Revolusi Rakyat Mesir telah tercapai..!!! Rakyat mesir telah Menang..!!! Kuasa Rakyat berjaya mengalahkan kuasa pemerintah yang zalim..!!!

T
ahrir Square bergempita, rakyat berteriak “Free ! “, We are free ! “..Gempita, kegembiraan dan seribu emosi memenuhi Mesir detik ini. Akhirnya rakyat Mesir menang. Akhirnya Hosni Mubarak, Presiden Egypt, orang paling berpengaruh dikawasan Mesir kini bukan Presiden Mesir lagi.
Rakyat berteriak, rakyat menangis dan rakyat memanjatkan doa yang melengking-lengking ”Allah Maha Besar, Allah Maha Besar”. - laporan dari Mesir

Berundurnya Mubarak yang dikatakan sebagai antara anak emas Amerika Syarikat dan Zionis Israel, menggembirakan seluruh rakyat Mesir dan juga umat Islam seluruh pelusuk dunia. Kemenangan rakyat Mesir yang berbelas-belas hari berkumpul di Dataran Tahrir dan menyaksikan beratus-ratus kematian tidak sia-sia. Perarakan kemuncak pada hari Jumaat ke Istana Presiden yang menjadi tempat larangan berkurun-kurun akhirnya menamatkan keperitan.


Sedikit info :

11 Februari 1979 - Kerajaan Shah Iran dijatuhkan oleh Revolusi Islam di Iran

11 Februari 1990 - Nelson Mandela dibebaskan dari penjara

11 Februari 2011 - Hosni Mubarak letak jawatan selepas 18 hari Rakyat Mesir protes di jalanan
...

12 Februari 1949 - Syahidnya Imam Hassan al-Banna,pengasas Ikhwanul Muslimin

12 Februari 2011 - Bermulanya Kebangkitan rakyat mesir menegakkan kebenaran..
( Al fatihah utk Pengasas Gerakan ISLAM, Iman Hassan Al Banna )

Siapakah Nelson Mandela itu? Beliau merupakan Presiden pertama Afrika Selatan yang dipilih secara demokrasi..Sebelum itu, beliau adalah antara aktivis dan merupakan ketua bg " Spear of the Nation" yang menentang Dasar Apartheid ( dasar yg bezakan rakyat berdasarkan jenis kulit)..


Kemenangan ini bukan hanya kemenangan rakyat Mesir tetapi kemenangan umat Islam serantau,Tahniah buat rakyat Mesir! Syabas ummat Islam serantau! Harapan penulis agar Semangat kebangkitan Kuasa Rakyat menentang Pemerintah yang zalim ini dapat menular ke seluruh Negara, termasuklah Malaysia agar kita sebagai Rakyat dapat merasakan satu Pemerintahan yang Adil, telus dan yang penting, berlandaskan Undang2 Allah...

Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.

Congratulation Egypt people !!!

Sahabat2, Rakyat Tunisia dan MEsir telah berjaya membuktikan bahawa dengan semangat dan kekuatan ikatan mampu menumbangkan kezaliman yang bermaharajalela..
kita bagaimana?? Ayuh, Jom bangkit sebagai Tunisian & Egyptian~..!!! kita mampu sebab Allah bersama kita..!!


p/s : Kepada Pemimpin-peminpin Negara Malaysia, belajarlah dari Kebangkitan Rakyat Tunisia dan Mesir. Sila hentikan sistem pemerintahan yang korupsi, rasuah, berat sebelah dan zalim..Jangan sampai satu masa nanti Rakyat Malaysia bangkit menjatuhkan anda dengan pertempuran seperti yang berlaku di Mesir...sekadar nasihat....


BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: PERCAYA VS YAKIN ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....



"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperolehi kebenaran."(Quran, Al-Baqarah : 186)



Wah...lebih kurang sebulan,atau pon lebih tepat lagi 30 hari shj lagi penulis dan rakan2 tahun akhir di Sekolah Perubatan UKM ini bakal menghadapi PEPERIKSAAN AKHIR IKHTISAS (Pro-Exam) yang bakal menetukan layak atau tidak kami mendapat Ijazah Sarjana Muda Perubatan MD (UKM) setelah hampir 5 tahun memerah otak .. :)

Jadi sekadar peringtan bersama tatkala dalam kesibukan membuat revision di samping menghadiri ward round, teaching, on call dan ect di ward. Sebagai seorang Mahasiswa Perubatan Muslim, seharusnya kita memahami, mempercayai dan yang paling penting adalah menYAKINi bawaha segala yang berlaku adalah di dalam ketentuan Allah...termasukkan mendapat kejayaan dalam Prof-Exam ini..

Oleh itu, di saat2 genting inilah seharusnya kite memperkuatkan lagi kebergantungan kita terhadap Allah dengan menjaga sebaik mungkin hubungan kita dengan Allah (Hablum minnallah).. Hari ini kita dapat melihat betapa ramai yang percaya bahawa Allah itu berkuasa ke atas semua perkara, tetapi berapa ramaikah yang YAKIN bahawa Allah itu berkuasa ke atas segalanya..??

Persoalan KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN adalah dua entiti yang berbeza. Kita percaya tidak sama dengan kita YAKIN dan tetapi YAKIN itu sudah semestinya kita percaya. Satu contoh yg mudah..pernahkah kita terfikir kadang2 apbila waktu Ward round ke, or waktu teaching dengan Supervisor or even waktu exam,,kita tidak dapat menjawab dengan btol dan lupa akan perkara yang di tanye oleh Prof kite walhal semalamnya sudah kite bace, ciap dengan group discusion lg dan sebelum datang ke ward pagi itu, sempat lagi kali ke-2 utk kite menyediakan diri sebelum teaching..tetapi, bila ditanye sewaktu teaching...kita tidak mampu dan lupe tentang ape yg kita bace semalam...?? pernahkah kita terfikir mengapa ini berlaku?

Contoh ke-2, pernahkah kita terfikir bilamane kita study hampir 4 jam lebih, x cukup dgn itu, kite stay up sampai jam 3 pagi,tetapi at last, x semua ape yg kita baca itu kita dapat faham dengan sempurna..dan bila kita bertanye kpd rakan kita yg hanye study 1 jam shj, die boleh fhm dan terangkan denga mudah...mengapa ini berlaku???

Sifir mudahnya, inilah menunjukkan bawawa kita, sebagai insan yang bernama manusia tidak mempunyai apa2 kuasa, kepandaian mahupun kekuatan untuk hafal dan faham ape yg kita study, termasukklah pae jenis pon buku yang kita baca dan siapa pon supervisor kita. Sedarlah bahawa tiada daya upaya kita untuk berjaya melainkan dengan izin Allah. hakikatnya, ini semua adalah Kuasa Allah taala. Dia mampu untuk beri dan buat apa shj terhadap diri kita..Jikalau Dia mahukan kita pandai, Dia bley beri..dan jika sebaliknya, tidak mustahil kerana kita adalah milikNya..



Oleh itu, ayuh rakan2, kite berusaha sehabis mampu untuk menjaga Hubungan kita dengan Allah di saat2 genting ini..Perkuatkanlah amal ibadat khusus mahupun umum terhadapnya. Ringkasnya macam mana kita nak jaga hubungan ini, buat ape yang Allah suruh, dan tingglkan ape yang Allah larang. Jangan sekadar PERCAYA bahawa Allah itu berkuasa, tetapi YAKIN lah bahawa kita mampu utk mencapai KEJAYAAN yang cemerlang jika kita berjaya menjaga hubungan ini...

"Dia (Allah) mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan. Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung."(Quran, Al-Hajj : 76-77)

Logiknya, seorang pekerja yang mempunyai hubungan baik dengan bosnya, sentiasa datang awal ke tempat kerja, berjaya menyiapkan assigment tepat pada waktunya, sentiasa keluar bersama untuk makan tengahari, kadang2 belanja bosnya sarapan dan sentiasa bersemuka dan berborak dengan bosnya, sudah semesti nya perkeja itu mudah untuk dinaikkan pangkat mahupun gaji ataupon mudah utk si bos tadi memberikan ape2 hadiah jikalau pekerja tersebut meminta utk berbuat demikian kerana si bosnya suka akan sikapnya...

Begitulah juga yang akan terjadi pada kita jikalau kita berjaya menjaga Allah dengan sebaiknya.. Ape2 yang kita Doa insyaAllah, Allah akan kabulkan permintaan kita....Ha, bercakap tentang DOA ini..jom kite layan satu ungkapan yang penulis ambik dalam Majalah Solusi :

" Berdoa bukanlah bermaksud kita memberitahu Allah apa yang kita mahu, kerana pada hakikatnya, tanpa memberitahu pun Allah telah MENGETAHUI segalanya, tetapi Berdoa adalah PENGABDIAN diri kita sebagai HambaNya "


Jadi, sebagai hambaNya yang serba kekurangan, ayuh kite perbayakkan doa agar dapat membuktikan kite memerlukan Allah dalam setiap perkara yang kita buat. Doa adalah senjata orang mukim, jadi..janganlah kedekut dan malas untuk mengangkat tangan untuk memohon ape2 permintaan, terutamaya kejayaan kita bersama dalam Pro Exam ini, walaupon pada hakikatnya Allah telah mengetahuinya, tetapi nak tunjukkan bahawa kita sangat memerlukan kejayaan itu, mudah-mudahan menjadi insan yang bersyukur.


Kesimpulannya, Ayuh kite letakkan Allah di hadapan dlm setiap perkara yg kita lakukan..YAKIN lah dengan sepenuh hati bahawa Allah tidak akan mempersia-siakan usaha HambaNYa yang berjihad demi mencari keredhaanNya.. Ingatlah bahawa, tiada yang lebih berkuasa dari Allah..Bukan buku Papa Robin ataupon Peadiatric Protokol yang bagi kite ingat, bukan lecturer yang bagi kita pandai..bukan kawan satu study group yang buat kite rajin, tetapi INGATLah bahawa itu semua datang dari Allah..Jikalau Allkah mahu kita berjaya, InsyaAllah..Kejayaan itu akan menjadi milik kita..ape yang penting????..berucehe..!!! :) ..Ingat, Allah akan bagi apa yang kite perlukan, bukan ape yang kita mahukan...wassalam..

p/s :.. Esok penulis dan rakan2 akan menghadapi Peperiksaan Akhir Forensik..salah satu Paper Final Exam..Mohon doa drp semua yer... :)

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: HIMPUNAN SOLIDARITI RAKYAT MESIR ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....


"Barangsiapa berperang dengan tujuan agar agama Allah berjaya didunia ini, maka ia berperang dijalan Allah" (AlBukhori)


Korang, nak tau tak, semalam ade "event" kat KL...dasyat giler ar..Ramai Rakyat Malaysia yang berhimpun kat KLCC dan Tabung Haji...ade yang kocik, ade yg beso...ade yg mude, yang tue pon ade...Hampir 7000 orang penulis rase..Memang ramai..!!!..bley masuk dalam Malaysia Book of Record nie...haha...ha, korang tau tak ape "event" tu??...mesti tau kan sebab selalu bace brite and tgk TV...Ha, pade yg tak tau tu, semalam sebenarnye ade HIMPUNAN SOLIDARITI RAKYAT MALAYSIA menyokong Kebangkitan Rakyat Mesir yang sekarng ini berusaha utk jatuhkan Presiden Firaun mereka, iaitu Hosni x waper nak Mubarak..muahahaha....

Penulis pon berkesempatan jgk la pergi..ye la, ini isu sejagat..kene la involve kan...tp kan, haha...sebenarnye penulis tak tau bahawa kat Masjid Kampung penulis pon ade jugak buat Himpunan nie..ciap Tuan President tu turun..uii, dasyatt..!!..Klu tau, tak payoh penulis lari balik KL..dah la x pernah lg sertai demo kat trg, asek2 kat KL jer..tp nk wat guane kan..dah Allah tetapkan penulis utk berdemo kat KL....hehe...TerBAIKlah Kampung Kedai Buluh...!!! :)

Ha, kat bawah nie ade la ckit gambo2 Himpunan tu...Jom layanzz......








Tapi kan...penulis tersangat la sedih dan kesal.....GERAM giler ar..!!!!!!!!!!!!! arghhhh..!!!!!!!!!!!!..nak tau tak, Pakcik2 POLIS ngan FRU nie sekat dan halang peserta Himpunan nie???....ape?? SEkat????....uih,Himpunan Aman nk nyatakan sokongan kat Rakyat Mesir pon kene sekat????...bukan setakat sekat, ciap tangkap lagi tu.....arghh..!!!!..Btol, penulis x tipu..depan mate penulis sendri incident nie berlaku...dasyat giler ar...!!!! ade tu, sampai diorang nie ciap maki,dan paling penulis x bley terima ciap sepak dan tendang lagi kat Rakyat Malaysia nie...aiii, MEMANG KURANG HAJAU BTOL LA...!!!!

ade sorang tu, sampai berdarah kepala..kene pukul ngan kayu FRU kot...adoii..x tau la penulis nk ckp perr...teman2 nilai la sendiri geng2 POLIS dan FRU Kerajaan nie.....kerja nak tangkap orang jer...tp kan, klu kite pikir kejap,..kite yang berhimpun nie nk bantah orang wat zalim kat Rakyat, tp klu yg berhimpun pon kene halang, maknenye yang POLIS ngan FRU nie ......pandai2 la jwb sendiri yer.....satu kesimpulan yg penulis bley wat, diorang nie Zionis kat malaysia ker???..
Nak bukti, Jomkite layan gambar kat bawah nie.......




Tu die, ciap sembuk gas pemedih mate ngan watercanon lagii.....adoyaiiii...!! Aper kejadah diorg nie.......!!!!!!!!!!!!!!

Ya Allah, berilah hidayah kepada mereka dan tetapkan kami utk terurs istiqamah dijalanMU.....

Kat bawah nie pengakuan sorang peserta Himpunan..Jom bace...

“Masa perhimpunan ok, takda gangguan. Masa nak balik, polis dengan FRU dah sekat dekat jejantas Tabung Haji(TH). Keadaan jadi kecoh bila polis cawangan khas (SB) tarik kolar baju seorang anggota Amal. Orang pun tolong dia.

“Orang ramai berkumpul kat luar TH, masa itu Muhamad Sabu dan Salehuddin Ayub ada. Tiba-tiba dua trak water canon FRU bergerak perlahan ke arah bangunan TH dengan barisan anggota polis seragam dan SB. Mereka beri amaran bersurai tapi orang tak peduli. Masa itu orang dah ramai balik, yang tinggal dalam seseratus dua. Selepas amaran, water canon sembur ke arah orang ramai. Peniaga air dan makanan kat depan bangunan TH pun kena termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Polis sembur dengan gas dan dua orang kena tangkap masa kecoh itu kerana jalan sempit dan polis sekat pula. Yang kesian ada bapa yang dukung anak kecil, nasib baik orang ramai lindungi dia masa semburan polis itu. Polis suruh kami turunkan sepanduk kutuk Hosni Mubarak tetapi tak dipedulikan.

“Masa itu polis berseragam dan SB terus serbu dan menangkap orang ramai yang masih berada di depan bangunan TH. Ada yang lari masuk dalam bangunan, itupun polis kejar. Ada polis yang masuk ikut pintu belakang TH. Di dalam bangunan, saya nampak betul seorang kena pukul oleh dua atau tiga orang, kemudian kena gari oleh polis sedangkan mereka tak buat apa-apa, itu yang saya kesian.

“Dalam hati saya tertanya-tanya, polis ni berkhidmat untuk sapa? Hosni Mubarak atau rakyat Malaysia?

"Bayangkan kat tingkat bawah bangunan TH ada dewan tempat keluarga menunggu rombongan pengantin. Mereka tunggu di luar dewan. Itupun kena tengking polis dan suruh mereka balik. Saya lihat takut budak kecil perempuan tu. Kat situ ada makcik, budak kecik dan mereka yang tak sepatutnya diherdik."



Hak berhimpun terjamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan ini menunjukkan bahawa hak ini bukan ihsan pihak berkuasa kerana ia adalah hak yang penting yang dijamin oleh perlembagaan.

1. Hak untuk berkumpul adalah di bawah perlembagaan artikel 10(1)(b).
10. Freedom of speech, assembly and associatio
...

(1) Subject to Clauses (2), (3) and (4)-
(a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;
(b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms;

(c) all citizens have the right to form associations



Alhamdulillah... pengalaman yang sangat indah. akirnya terasa semburan gas pemedih mata yang selama ini dicemburui dan dirindui oleh para pejuangNya. WALAUPUN PEDIH NAMUN MANIS. TAKBIR!!! ISLAM PASTI MENANG DAN AKAN TERUS BANGKIT!!

Tu la alkisahnyer....Jadi, satu jer nasihat penulis, Same2 la kite berdoa agar Keadilan dapat ditegakkan...derdoa juga agar Rakyat Mesir dapat menjatuhkan Hosni yg x waper nk Mubarok tu...biar negare mereka aman kembali....So, teman2 kene la ambik tau ckit pasal isu2 semase nie..jgn dop berkurung dalam bilik jer tanpa sedar ape yg berlaku kat dunie luar...tau2 ckit sudoh ler...al least leh jwb klu org tnyer...ok????... :)

p/s : Kepada POLIS dan FRU Kerajaan, jgn dop syok sangat bantai rakyat...tau la koje korang nk jg keamanan, tp klu dah smp tangkap org tanpa sebab..ape kebende tu???? Cube la Professional ckit...x kan la Himpunan cam nie pon nk halang n tangkap org...pikir skit..jgn dop trime arahan membabi bute jer...jgn smp Rakyat M'sia bangkit menentang korang suatu hari nt....ini bukan marah, tp nasihat....peace no war :)

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: UNDURLAH HOSNI MUBARAK!! ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.[Surah Muhammad a ayat 7


Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.

Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".

Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.

Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.


Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.

Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber: al-Jazeera.

BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: REVOLUSI RAKYAT MESIR 2011 ::


سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....


Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang...” (QS. Al-Anfaal: 60)


" Hidup..!! Hidup..!! Hidup rakyat..!!!..Hancur..!! Hancur..!! Hancur Mubarak..!! Mungkin inilah slogan2 yang dilaungkan oleh rakyat Mesir ketika ini. Pertamanya penulis berasa begitu gembira atas kebangkitan Rakyat2 Mesir ini. Mungkin ini adalah suatu petanda bahawa ISLAM bangkit kembali sepertimana kata-kata Ustaz Yahya Othman dalam suatu kuliahnya baru-baru ini " Saya berdoa agar Tahun 2011 adalah Tahun Kebangkitan Islam " InsyaAllah.....

Bermula dengan kebangkitan Rakyat Tunisia
(Revolusi Jasmine) yang akhirnya berjaya menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, seorang pemimpin yang menindas rakyat selama 23 tahun, selepas hanya seminggu mengadakan Protes besar-besaran....angin tsunami kebangkitan rakyat ini disambung lagi oleh rakyat2 mesir yang bangun menentang Pemerintahan kuku Besi oleh Presiden yang digelar Firaun terakhir Mesir, Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir hampir 30 tahun...



Inilah die Firaun Mesir yang hanya menanti saat untuk digulingkan, Hosni Mubarak. Dia bukan sahaja dikatakan menindas rakyat Mesir, tetapi apa yang melayakkan die digelar Firaun adalah menjadi "orang penting" dalam penindasan dan penyeksaan berterusan Rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza..

Sempadan Rafah yang terletak di selatan Gaza dan bersempadan dengan Mesir menjadi satu-satunya laluan keluar dan masuk penduduk Palestin tanpa perlu melalui sekatan Rejim Zionis. Namun Kerajaan Mesir dibawah Firaun ini berterusan menutup sempadan itu bagi menghalang lebih 1.5 juta penduduk Gaza drp mendapatkan bekalan makanan dan ubatan meraka...








Kini, Anggota keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah keluar dari Mesir menuju ke kediaman keluarga itu di London. Anak lelaki presiden itu, Gamal, 47, dikatakan bakal menganti ayahnya dan akan ditabalkan sebagai Presiden Mesir tahun ini telah bertolak dengan pesawat peribadi bersama keluarganya dan 97 beg besar. Keluarga itu kini menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London.
(akhbar The Sun, 31/1/2011)




Sekurangnya beribu orang ditangkap di Mesir sejak gelombang protes menentang Presiden Hosni Mubarak yang berawal Selasa lalu (25 Januari 2011). Ini adalah protes paling serius selama pemerintahan Mubarak 30 tahun terakhir.






PERUBAHAN MESIR ADALAH PERUBAHAN GAZA..!!!!!!!!

Penduduk Gaza senantiasa menunggu perubahan di Mesir kerana negara jiran itu adalah peparu yang membantu mereka bernafas.
Mesir akan meneruskan perjuangannya membebaskan Palestin daripada nista. Kita...????

Ayuh kita sama berdaoa agar Allah menghantar tentera-tentera ISLAM dalam mengapai Kemenangan di Mesir agar Naseb rakyat dan ISLAM terbela....

p/s : Kepada Kerajaan Malaysia, ambillah iktibar dan pengajaran drp Kebangkitan Rakyat Mesir ini. Jangan sampai suatu hari ini kejadian ini terjadi di dalam Malaysia dimana rakyat bangkit menentang Kerajaan yang sentiasa berlaku zalim..Oleh itu, berhati-hatilah dalam memerintah Negara..Memerintahlah dengan ADIL dan SAKSAMA...ikutlah ISLAM sebagai undang-undang yang asli....