ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: PERCAYA VS YAKIN ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....



"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperolehi kebenaran."(Quran, Al-Baqarah : 186)



Wah...lebih kurang sebulan,atau pon lebih tepat lagi 30 hari shj lagi penulis dan rakan2 tahun akhir di Sekolah Perubatan UKM ini bakal menghadapi PEPERIKSAAN AKHIR IKHTISAS (Pro-Exam) yang bakal menetukan layak atau tidak kami mendapat Ijazah Sarjana Muda Perubatan MD (UKM) setelah hampir 5 tahun memerah otak .. :)

Jadi sekadar peringtan bersama tatkala dalam kesibukan membuat revision di samping menghadiri ward round, teaching, on call dan ect di ward. Sebagai seorang Mahasiswa Perubatan Muslim, seharusnya kita memahami, mempercayai dan yang paling penting adalah menYAKINi bawaha segala yang berlaku adalah di dalam ketentuan Allah...termasukkan mendapat kejayaan dalam Prof-Exam ini..

Oleh itu, di saat2 genting inilah seharusnya kite memperkuatkan lagi kebergantungan kita terhadap Allah dengan menjaga sebaik mungkin hubungan kita dengan Allah (Hablum minnallah).. Hari ini kita dapat melihat betapa ramai yang percaya bahawa Allah itu berkuasa ke atas semua perkara, tetapi berapa ramaikah yang YAKIN bahawa Allah itu berkuasa ke atas segalanya..??

Persoalan KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN adalah dua entiti yang berbeza. Kita percaya tidak sama dengan kita YAKIN dan tetapi YAKIN itu sudah semestinya kita percaya. Satu contoh yg mudah..pernahkah kita terfikir kadang2 apbila waktu Ward round ke, or waktu teaching dengan Supervisor or even waktu exam,,kita tidak dapat menjawab dengan btol dan lupa akan perkara yang di tanye oleh Prof kite walhal semalamnya sudah kite bace, ciap dengan group discusion lg dan sebelum datang ke ward pagi itu, sempat lagi kali ke-2 utk kite menyediakan diri sebelum teaching..tetapi, bila ditanye sewaktu teaching...kita tidak mampu dan lupe tentang ape yg kita bace semalam...?? pernahkah kita terfikir mengapa ini berlaku?

Contoh ke-2, pernahkah kita terfikir bilamane kita study hampir 4 jam lebih, x cukup dgn itu, kite stay up sampai jam 3 pagi,tetapi at last, x semua ape yg kita baca itu kita dapat faham dengan sempurna..dan bila kita bertanye kpd rakan kita yg hanye study 1 jam shj, die boleh fhm dan terangkan denga mudah...mengapa ini berlaku???

Sifir mudahnya, inilah menunjukkan bawawa kita, sebagai insan yang bernama manusia tidak mempunyai apa2 kuasa, kepandaian mahupun kekuatan untuk hafal dan faham ape yg kita study, termasukklah pae jenis pon buku yang kita baca dan siapa pon supervisor kita. Sedarlah bahawa tiada daya upaya kita untuk berjaya melainkan dengan izin Allah. hakikatnya, ini semua adalah Kuasa Allah taala. Dia mampu untuk beri dan buat apa shj terhadap diri kita..Jikalau Dia mahukan kita pandai, Dia bley beri..dan jika sebaliknya, tidak mustahil kerana kita adalah milikNya..



Oleh itu, ayuh rakan2, kite berusaha sehabis mampu untuk menjaga Hubungan kita dengan Allah di saat2 genting ini..Perkuatkanlah amal ibadat khusus mahupun umum terhadapnya. Ringkasnya macam mana kita nak jaga hubungan ini, buat ape yang Allah suruh, dan tingglkan ape yang Allah larang. Jangan sekadar PERCAYA bahawa Allah itu berkuasa, tetapi YAKIN lah bahawa kita mampu utk mencapai KEJAYAAN yang cemerlang jika kita berjaya menjaga hubungan ini...

"Dia (Allah) mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan. Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung."(Quran, Al-Hajj : 76-77)

Logiknya, seorang pekerja yang mempunyai hubungan baik dengan bosnya, sentiasa datang awal ke tempat kerja, berjaya menyiapkan assigment tepat pada waktunya, sentiasa keluar bersama untuk makan tengahari, kadang2 belanja bosnya sarapan dan sentiasa bersemuka dan berborak dengan bosnya, sudah semesti nya perkeja itu mudah untuk dinaikkan pangkat mahupun gaji ataupon mudah utk si bos tadi memberikan ape2 hadiah jikalau pekerja tersebut meminta utk berbuat demikian kerana si bosnya suka akan sikapnya...

Begitulah juga yang akan terjadi pada kita jikalau kita berjaya menjaga Allah dengan sebaiknya.. Ape2 yang kita Doa insyaAllah, Allah akan kabulkan permintaan kita....Ha, bercakap tentang DOA ini..jom kite layan satu ungkapan yang penulis ambik dalam Majalah Solusi :

" Berdoa bukanlah bermaksud kita memberitahu Allah apa yang kita mahu, kerana pada hakikatnya, tanpa memberitahu pun Allah telah MENGETAHUI segalanya, tetapi Berdoa adalah PENGABDIAN diri kita sebagai HambaNya "


Jadi, sebagai hambaNya yang serba kekurangan, ayuh kite perbayakkan doa agar dapat membuktikan kite memerlukan Allah dalam setiap perkara yang kita buat. Doa adalah senjata orang mukim, jadi..janganlah kedekut dan malas untuk mengangkat tangan untuk memohon ape2 permintaan, terutamaya kejayaan kita bersama dalam Pro Exam ini, walaupon pada hakikatnya Allah telah mengetahuinya, tetapi nak tunjukkan bahawa kita sangat memerlukan kejayaan itu, mudah-mudahan menjadi insan yang bersyukur.


Kesimpulannya, Ayuh kite letakkan Allah di hadapan dlm setiap perkara yg kita lakukan..YAKIN lah dengan sepenuh hati bahawa Allah tidak akan mempersia-siakan usaha HambaNYa yang berjihad demi mencari keredhaanNya.. Ingatlah bahawa, tiada yang lebih berkuasa dari Allah..Bukan buku Papa Robin ataupon Peadiatric Protokol yang bagi kite ingat, bukan lecturer yang bagi kita pandai..bukan kawan satu study group yang buat kite rajin, tetapi INGATLah bahawa itu semua datang dari Allah..Jikalau Allkah mahu kita berjaya, InsyaAllah..Kejayaan itu akan menjadi milik kita..ape yang penting????..berucehe..!!! :) ..Ingat, Allah akan bagi apa yang kite perlukan, bukan ape yang kita mahukan...wassalam..

p/s :.. Esok penulis dan rakan2 akan menghadapi Peperiksaan Akhir Forensik..salah satu Paper Final Exam..Mohon doa drp semua yer... :)

BERBAKTI SELAGI MAMPU

0 comments: