ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

;: MAHASISWA BANGKIT..!! ;:

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

“Sesungguhnya, Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan AlQuran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”(AtTaubah:111)




Tsunami Politik Negara telah membadai Pilihan Raya Kampus(PRK) di Malaysia. PRK 2011 telah mencatat sejarah yang tersendiri. PRK 2011 perlu diingat dan disemai dalam kamus kehidupan oleh semua yang bergelar MAHASISWA yang cintakan keadilan. PRK 2011 adalah PRK yang bakal membuka minda dan pemikiran MAHASISWA di seluruh Malaysia. PRK 2011 bakal merubah, bukan sahaja langskap POLITIK KAMPUS, tetapi juga langskap POLTIK MALAYSIA. PRK 2011 adalah PRK kemenangan bagi Pro-Mahasiswa..kenapa ini berlaku? Apa yang istimewanya pada PRK tahun ini, 2011?

Ini kerana, PRK 2011 merupakan PRK yang telah mengembalikan suara keramat " STUDENT POWER" untuk kembali mengaung di kampus-kampus utama di Malaysia. Kejayaan PRO MAHASISWA mengusai beberapa Kampus utama Malaysia adalah bukti bahawa PRK 2011 perlu diingat dan istimewa. Setelah sekian lama tampuk kepimpinan Kampus dikuasai oleh Pro-A, dengan izin Allah, Alhamdulillah, PRK 2011 telah memberi kemenangan kepada Pro Mahasiswa untuk memimpin tampuk kepimpinan Kampus.

Paling signifikasi ialah kejayaan Pro Mahasiswa UM dan UKM (kampus penulis) yang berjaya merampas kembali tampuk kepimpinan daripada Pro Aspirasi. Seperti yang sedai maklum, UM dan UKM merupakan kubu kuat Pro Aspirasi, tetapi atas kesedaran dan gelombang Anak Muda MAHASISWA, tahun 2011 adalah tahun kehancuran buat kubu mereka. Berikut merupakan keputasan-keputusan PRK 2011 di kampus-kampus utama Malaysia :

Pilihan Raya Kampus 2011 :. Keputusan Pro Mahasiswa :

UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI : MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
UIA : MENANG [23 dari 26]
USIM : MENANG [Menang bersih]
USM KUBANG KERIAN : MENANG [Menang bersiah]
UMS : MENANG
UMSKAL : MENANG

UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]

UTM : KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]


Penulis ( 4 dari kiri) bersama YB MPMUKM sewaktu Malam Rapat Umum di KTDI

Di Kampus penulis iaitu UKM-Kampus Cheras, Kejayaan Kami, GMUKM mengekalkan kejayaan bagi kerusi Fakulti melalui YB Mohamad Idrul b Mohamad Daud pada tahun ini dengan majoriti 160, merupakan kemenangan 3 tahun berturut-turut. Jikalau dahulunya, Kampus Cheras ini dikaitkan dengan kubu kuat Aspirasi, tetapi sejak 3 tahun kebelakangan ini, kubu itu sudah tiada lagi, malah, kami berjaya meningkatkan Majoriti dari tahun ke tahun berikutnya.

Alhamdulillah....Allhahuakhbar....Kami bersyukur padaMu ya Allah atas kemenangan ini..

Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada teman2 yang memberi kepercayaan kepada Calon MAHASISWA. Moge sokongan itu terus kuat dan bertambah dari setahun ke tahun berikutnya. Buat YB Mohamad Idrul b Mohamad Daud, selamat bertugas sebagai MPM UKM 2011/2012. Laksanakn semua manifesto anda dengan dan mudah-mudahan Allah merahmati Kemenangan anda. Kami sentiasa ada untuk anda..

Kemenangan Pro Mahasiswa ini adalah sesuatu diluar jangkaan.Tahniah kpd yg menang dan diharap tidak hanyut dibuai mimpi indah.Bangkitlah dengan tanggungjawab yg diamanahkan oleh mahasiswa/i..Jangan hanya sekadar menabur gahnya ajnji2.Jadikan ia sebagai realiti.Jangan hampakan Amanah besar penyokong..pusingan roda tidak akan selalunya diatas..

Apa yang penting ialah anda telah mempunyai kuasa untuk memerintah. Oleh itu, MEMERINTAHLAH DENGAN ADIL DAN SAKSAMA DENGAN MELETAKKAN AL QURAN DAN AS SUNNAH SEBAGAI TUNJANG UTAMA DALAM UNDANG-UNDANG
..



Konklusinya..andai diimbas kembali, bermula dengan Gelombang Kebangkitan Rakyat Tunisia dan Mesir...kini Gelombang Kebangkitan ANAK MUDA telah merebak dan berjaya dibuktikan dengan Kemenangan Pro Mahasiswa di Kampus-kampus utama dalam PRK 2011 ini..Tidak mustahil Gelombang ANAK MUDA ini akan terus bertiup dalam PILIHAN RAYA UMUM Ke-13 nanti...Nantikan Tsunami ANAK MUDA dalam Kebangkitan ISLAM di Malaysia....." ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "..!!!

BERBAKTI SELAGI MAMPU

1 comments:

Hawa said...

Tahniah~ semoga tahun depan x menang lagi...