ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: REVOLUSI RAKYAT MESIR 2011 ::


سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....


Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang...” (QS. Al-Anfaal: 60)


" Hidup..!! Hidup..!! Hidup rakyat..!!!..Hancur..!! Hancur..!! Hancur Mubarak..!! Mungkin inilah slogan2 yang dilaungkan oleh rakyat Mesir ketika ini. Pertamanya penulis berasa begitu gembira atas kebangkitan Rakyat2 Mesir ini. Mungkin ini adalah suatu petanda bahawa ISLAM bangkit kembali sepertimana kata-kata Ustaz Yahya Othman dalam suatu kuliahnya baru-baru ini " Saya berdoa agar Tahun 2011 adalah Tahun Kebangkitan Islam " InsyaAllah.....

Bermula dengan kebangkitan Rakyat Tunisia
(Revolusi Jasmine) yang akhirnya berjaya menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, seorang pemimpin yang menindas rakyat selama 23 tahun, selepas hanya seminggu mengadakan Protes besar-besaran....angin tsunami kebangkitan rakyat ini disambung lagi oleh rakyat2 mesir yang bangun menentang Pemerintahan kuku Besi oleh Presiden yang digelar Firaun terakhir Mesir, Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir hampir 30 tahun...



Inilah die Firaun Mesir yang hanya menanti saat untuk digulingkan, Hosni Mubarak. Dia bukan sahaja dikatakan menindas rakyat Mesir, tetapi apa yang melayakkan die digelar Firaun adalah menjadi "orang penting" dalam penindasan dan penyeksaan berterusan Rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza..

Sempadan Rafah yang terletak di selatan Gaza dan bersempadan dengan Mesir menjadi satu-satunya laluan keluar dan masuk penduduk Palestin tanpa perlu melalui sekatan Rejim Zionis. Namun Kerajaan Mesir dibawah Firaun ini berterusan menutup sempadan itu bagi menghalang lebih 1.5 juta penduduk Gaza drp mendapatkan bekalan makanan dan ubatan meraka...








Kini, Anggota keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah keluar dari Mesir menuju ke kediaman keluarga itu di London. Anak lelaki presiden itu, Gamal, 47, dikatakan bakal menganti ayahnya dan akan ditabalkan sebagai Presiden Mesir tahun ini telah bertolak dengan pesawat peribadi bersama keluarganya dan 97 beg besar. Keluarga itu kini menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London.
(akhbar The Sun, 31/1/2011)




Sekurangnya beribu orang ditangkap di Mesir sejak gelombang protes menentang Presiden Hosni Mubarak yang berawal Selasa lalu (25 Januari 2011). Ini adalah protes paling serius selama pemerintahan Mubarak 30 tahun terakhir.






PERUBAHAN MESIR ADALAH PERUBAHAN GAZA..!!!!!!!!

Penduduk Gaza senantiasa menunggu perubahan di Mesir kerana negara jiran itu adalah peparu yang membantu mereka bernafas.
Mesir akan meneruskan perjuangannya membebaskan Palestin daripada nista. Kita...????

Ayuh kita sama berdaoa agar Allah menghantar tentera-tentera ISLAM dalam mengapai Kemenangan di Mesir agar Naseb rakyat dan ISLAM terbela....

p/s : Kepada Kerajaan Malaysia, ambillah iktibar dan pengajaran drp Kebangkitan Rakyat Mesir ini. Jangan sampai suatu hari ini kejadian ini terjadi di dalam Malaysia dimana rakyat bangkit menentang Kerajaan yang sentiasa berlaku zalim..Oleh itu, berhati-hatilah dalam memerintah Negara..Memerintahlah dengan ADIL dan SAKSAMA...ikutlah ISLAM sebagai undang-undang yang asli....


0 comments: