ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: OPS UNTUK MAULIDUR RASUL 1432H ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....


“Dan kami tidak mengutusmu (Muhammad) melainkan kepada segenap ummat manusia, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS Saba ’ : 28)



Peringatan...!!!!
Sila dengar dah hayati dahulu video di atas sebelum scrol down mouse laptop anda..


So, amacam video kat atas??,..berjayakah airmata dalam diri teman2 mengalir, membasahi pipi secara tiba2? jikalau itu berlaku, Alhamdulillah penulis ucapkan..Itu menandakan hati teman2 masih lagi hidup daam ISLAM..

Penulis tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang sejarah Maulidur Rasul ini. Harapanya agar teman2 sudah memahami dan sedai maklum kerana saban tahun kita mendengar kuliah-kuliah ataupon ceramah2 tentang Maulidur Rasul ini..

Apa yang penulis ingin cuba bawakan disini ialah kebimbangan penulis terhadap Generasi Anak Muda pada hari ini. Satu perancangan yang hebat dari Allah kerana Hari Kekasih dan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini hanyalah berbeza sehari..btol kan? perasan tak?


Jikalau diimbas, Kebanyakan masyarakat dan Anak Muda pada hari ini lebih mengenali apa itu Hari Kekasih berbanding dengan Hari Keputeraan nabi SAW. Ia, jikalau ditanye pada anak2 muda yang sedang berkeliaran di bandar KL pada waktu ini, tidak mustahil andai ditanya esok kenapa kita cuti umum , jangan terkejut andai mendegnar jawapan yang diberi sebab Hari kekasih.. Penulis jamin akan ada jawapan seperti ini...

Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menyelamatkan Generasi2 yang ada sekarang untuk kembali mengenal ISLAM dan menolak semua ajaran2 yang bertentangan dengan Agama. Tanggungjawab ini bukanlah hanye terletak pada golongan2 alim ulama, ustaz atapon ustazah sahaja, geng2 kaki surau..malah ia adalah tanggungjawab semua.


Generasi hari ini sudah jauh dan terpesong dari ISLAM yang sebenar. Semakin hari semakin jauh. Sebagai contoh, lihat sahaja lah nanti sambutan Maulidur Rasul ini, tidak ubah seperti adat, bukannya Ibadah lagi..Bila berbicara menganai Maulidur Rasul, ape yang perlu ade ialah perarakan dan selawat pada hari tersebut.tidak lebih dari itu.


Ia, Ulama' kontemporari tidak menolak keharusan untuk membuat sambutan tersebut, tetapi kenapa ia hanya bersifat bermusim? kenapa ia hanya aspek luaran sahaja yang dititikberatkan? Walhal, ape yg lagi penting sepatutnya ialah aspek dalaman atapon rohani agar Roh kecintaaan kita pada baginda SAW sentiasa mekar dalam jiwa...sekadar lontaran pandangan shj...


Ringkasnya, Ayuh Anak Muda sekalian, kite kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar. Ayuh, kite bersama-sama golongan alim ulama berganding bahu menyampaikan kebaikan dan kebenran ISLAM pada semua agar IBADAH tidak lagi menjadi ADAT...

Erm, kat bawah nie penulis ada sertakan sedikit info berkenaan OPS VALENTINE. Ayuh Anak Muda, kita lahirkan rase sayang dan cinta pada Anak2 Muda yang lain agar mereka juga dapat merasai keindahan ISLAM ini....dan yang lebih penting lagi adalah supaya Sambutan Hari keputeraan Baginda SAW tidak dicemari oleh gejala2 sosial yang tidak bermoral..Jom....!!!!

OPS VALENTINE DAN KEMPEN SAYANGI REMAJA
[BENGKEL PRAKTIKAL DAKWAH]

14 Februari 2011 (Isnin)

8.30 malam : Solat Isya di Masjid Al-Najihin
9.00 malam : Taklimat Dakwah di Lapangan
9.30 malam : Bertolak ke Tasik Permaisuri
10.00 malam : Dakwah di Lapangan (Lokasi Tasik Permaisuri)
11.30 malam : Pembentangan Laporan Berkumpulan

12.00 malam : Bertolak ke Masjid Al-Muhsinin (Tempat Penginapan)

15 Februari 2011 (Selasa)

4.00 pagi : Program Gerakan Subuh di Masjid Al-Muhsinin
: Qiyamullaill
6.00 pagi : Solat Subuh Berjemaah
: Kuliah Subuh
7.00 pagi : Riadhah Senam Seni
: Sarapan Pagi
8.00 pagi : Program Dakwah Bil Hal Sekitar Masjid Al-Muhsinin
: Bersurai

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW 1432H KEPADA SEMUA..!!!!!!!

BERBAKTI SELAGI MAMPU

0 comments: