ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: ADA APA DENGAN NO 11022011?? ;:

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang bua
t semua....


"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh-sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku” [An-Nur : 55]


Ada apa dengan 11022011? aii, cam teka teki la pulop...ke bukan? Jom kita cuba rungkaikan..Agak2, apa erk?. Mesti tak dapat tangkap lagi kan? hehe...ha, bagi klue ckit...1102-2011?? sekarang?? ha..macam no yang mirror image jer??..wa, hebatkan...!! tp apa maksudnye??..erm..kite separate lg...11-02-2011? ha...klu ini pon tak nampak lagi, penulis rasa kene masuk darjah satu balik kot..hehe...erm, so? 11-02-2011 = 11 Februari 2011 = hari semalam...ada apa dengan tarikh ini??

Ha, sebelum penulis nak bagitau, sila catat dalam diari teman2 bahawa ini adalah tarikh keramat..Tarikh ini adalah tarikh bersejarah dalam kamus RAKYAT..!! Nak tahu sebab ape..? Kerana Tanggal 11-02-2011 adalah detik bersejarah KEMENANGAN RAKYAT MESIR yang berjaya menjatuhkan Presiden Firaun mereka iaitu Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden yang zalim..


Allahuakhbar...sebak seolah2 mahu mengalirkan air mata tatkala penulis bangkit dari tidur pagi ini dan mendapat berita mengatakan Hosni Mubarak telah meletak jawatan dan Rakyat Mesir telah Menang..!! Sebaik membuka laptop pagi tadi, terbuktilah bahawa berita itu adalah SAHIH dan BENAR..!!! Revolusi Rakyat Mesir telah tercapai..!!! Rakyat mesir telah Menang..!!! Kuasa Rakyat berjaya mengalahkan kuasa pemerintah yang zalim..!!!

T
ahrir Square bergempita, rakyat berteriak “Free ! “, We are free ! “..Gempita, kegembiraan dan seribu emosi memenuhi Mesir detik ini. Akhirnya rakyat Mesir menang. Akhirnya Hosni Mubarak, Presiden Egypt, orang paling berpengaruh dikawasan Mesir kini bukan Presiden Mesir lagi.
Rakyat berteriak, rakyat menangis dan rakyat memanjatkan doa yang melengking-lengking ”Allah Maha Besar, Allah Maha Besar”. - laporan dari Mesir

Berundurnya Mubarak yang dikatakan sebagai antara anak emas Amerika Syarikat dan Zionis Israel, menggembirakan seluruh rakyat Mesir dan juga umat Islam seluruh pelusuk dunia. Kemenangan rakyat Mesir yang berbelas-belas hari berkumpul di Dataran Tahrir dan menyaksikan beratus-ratus kematian tidak sia-sia. Perarakan kemuncak pada hari Jumaat ke Istana Presiden yang menjadi tempat larangan berkurun-kurun akhirnya menamatkan keperitan.


Sedikit info :

11 Februari 1979 - Kerajaan Shah Iran dijatuhkan oleh Revolusi Islam di Iran

11 Februari 1990 - Nelson Mandela dibebaskan dari penjara

11 Februari 2011 - Hosni Mubarak letak jawatan selepas 18 hari Rakyat Mesir protes di jalanan
...

12 Februari 1949 - Syahidnya Imam Hassan al-Banna,pengasas Ikhwanul Muslimin

12 Februari 2011 - Bermulanya Kebangkitan rakyat mesir menegakkan kebenaran..
( Al fatihah utk Pengasas Gerakan ISLAM, Iman Hassan Al Banna )

Siapakah Nelson Mandela itu? Beliau merupakan Presiden pertama Afrika Selatan yang dipilih secara demokrasi..Sebelum itu, beliau adalah antara aktivis dan merupakan ketua bg " Spear of the Nation" yang menentang Dasar Apartheid ( dasar yg bezakan rakyat berdasarkan jenis kulit)..


Kemenangan ini bukan hanya kemenangan rakyat Mesir tetapi kemenangan umat Islam serantau,Tahniah buat rakyat Mesir! Syabas ummat Islam serantau! Harapan penulis agar Semangat kebangkitan Kuasa Rakyat menentang Pemerintah yang zalim ini dapat menular ke seluruh Negara, termasuklah Malaysia agar kita sebagai Rakyat dapat merasakan satu Pemerintahan yang Adil, telus dan yang penting, berlandaskan Undang2 Allah...

Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.

Congratulation Egypt people !!!

Sahabat2, Rakyat Tunisia dan MEsir telah berjaya membuktikan bahawa dengan semangat dan kekuatan ikatan mampu menumbangkan kezaliman yang bermaharajalela..
kita bagaimana?? Ayuh, Jom bangkit sebagai Tunisian & Egyptian~..!!! kita mampu sebab Allah bersama kita..!!


p/s : Kepada Pemimpin-peminpin Negara Malaysia, belajarlah dari Kebangkitan Rakyat Tunisia dan Mesir. Sila hentikan sistem pemerintahan yang korupsi, rasuah, berat sebelah dan zalim..Jangan sampai satu masa nanti Rakyat Malaysia bangkit menjatuhkan anda dengan pertempuran seperti yang berlaku di Mesir...sekadar nasihat....


BERBAKTI SELAGI MAMPU

0 comments: