ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: BERJAYAKAN KAMI YA ALLAH ;:

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Tinggal seminggu sahaja lagi penulis dan rakan-rakan seperjuangan bakal menghadapi Peperiksaan Akhir Ikhtisas, peperiksaan yang bakal menentukan kami layak ataupon tidak bergelar DOKTOR PERUBATAN dengan Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan..

Penulis menyeru kepada teman2 bloggers yang melawati blog penulis ini agar sama-sama berdoa untuk kejayaan penulis dan rakan-rakan agar kami semua lulus dengan cemerlang...



Ya Allah ya Tuhan kami.....
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa pensyarah-pensyarah kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya

Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..Kurniakanlah kejayaan dalam peperiksaan akhir iktisas kepada kami agar kami menjadi Doktor yang bertaqwa...

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.Ya Allah Ya Ghaffar ,

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,...

Ya Allah...Kabulkanlah permintaan kami ini...Kabulkanlah permintaan kami ini...Kabulkanlah permintaan kami ini...Amin..


p/s : Maaf kerana penulis terpaksa berehat sekejap utk mengeluarkan entry2 kat blog penulis ini kerana ingin memberi laluan pada ulangkaji penulis...

BERBAKTI SELAGI MAMPU

0 comments: