ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: PEPERIKSAAN AKHIR IKTHISAS 2011 ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...
“ . .Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” : Q.S. Ali ‘Imran [3] ayat 159.




Bermula esok, 14 mac 2011 - 25 mac 2011, penulis dan kawan2 Tahun Akhir Perubatan UKM bakal menghadapi PEPERIKSAAN AKHIR IKTHISAS 2011 , yang mana Peperiksaan inilah Peperiksaan yang ditunggu-tunggu setelah berhempas pulas memerah otak selama 5 tahun berada di fakulti Perubatan ini... Peperiksaan inilah yang akan menentukan masa depan kami sebagai Doktor Perubatan dengan status MD (UKM)....

"Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang yang dikehendaki-Nya"(At Thalaq 33).

Segulung Ijazah yang tertulis IJAZAH SARJANA MUDA DOKTOR PERUBATAN bakal menjadi milik kami...Ijazah inilah yang membolehkan kami utk digelar Dr Perubatan yang bakal menabur khidmat bakti pada Masyarakat....

" Ya Allah...berjayakan kami...!!..berjayakan kami...!!..berjayakan kami...!!..Engkau mengetahui segala rasa yang ada dalam hati kami..maka kami memohon agar Engkau kurniakan kejayaan dalam peperiksaan kali ini..,permudahkan segalanya..jangalah Engkau sulitkan....kembalikan semula ilmu yang telah Engkau ajarkan pada kami disaat kami memerlukannya....Ya Allah....Ya Allah...YA Allah....Bantulah kami........."



Pada kawan2...Ayuh, kita lakukan yang terbaik...!!
Yakin pada diri bahawa kita boleh..!!!..Ingat, kita ada Allah, maka berdoalah sehabis-habisnya.....Semoga Urusan kita dipermudahkan oleh Allah dan berjaya dalam PEPERIKSAAN AKHIR IKTHISAS 2011 ini......

p/s : kepada sahabt-sahabt, kawan-kawan, teman-teman, andai terdapat salah dan silap yang pernah diri ini lakukan samada sengaja ataupon tidak sengaja, maaf dipinta...Kepada semua Prof , Dr dan Lecturers...terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar kalian...Doakan kejayaan kami agar mendapat title MD (UKM).......

0 comments: