ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

::ALHAMDULILLAH : MD(UKM) 2011 ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubah." ( Surah al-Nasr : 1-3 )



Alhamdulillah....Alhamdulillah......Alhamdulillah.....Tiada lagi ungkapan atau kata-kata yang mampu penulis keluarkan tatkala mendengar " A114497 MOHD SHAIFUL NIZAM BIN MAMAT NASIR " lulus dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan UKM a.k.a MD UKM (2011) pada jam 4.00 petang tadi..Galeri PPUKM telah menjadi saksi Kejayaan ini...sujud syukur padaMu ya Allah atas segalanya....

Sebak dan linangan airmata ketika nama diumumkan oleh Dekan kami, Prof Raymond telah menceritatakn betapa penulis beryukur dan gembira atas kejayaan ini...Manakan tidak, 5 tahun berada di Fakulti Perubatan untuk mengejar Ijazah Sarjanamuda Perubatan akhirnya terjawab petang td dan kini sudah berjaya dimiliki....semua ini tidak mungkin akan berlaku jika tiada pertolongan dan rahmat ALlah....maka, sekali lagi ya Allah, aku beryukur padaMu......


Kepada Sahabt2 dan rakan2 yg berjaya mendapat MD UKM seperti penulis, tahniah dan syabas penulis ucapkan...dan buat rakan2 yang ditangguhkan kejayaan, sabarlah..sesungguhnya Allah ada sesuatu yang terbaik buat kamu......insyAllah.....


So, penulis tidak ingin bercakap panjang...jom kite layan gambar2 kegembiran kami.....



ha, video kat bawah nie adalah rakaman salah seorang rakan penulis..dan dalam video nie ada pengumuman tentang kejayaan penulis pada minit ke 2.52 :) ...terima kasih aina sb record...memang akan simpan video nie sampai bebila.....jemput dengar..hehe




Ha...kat bawah nie adalah gambar-gambar penulis dan rakan2 semasa Majlis Kesyukuran kami selepas solat magrib tadi...Majlis ini khusus diadakan untuk meraikan kejayaan kami disamping tanda sykur kami pada Allah SWT atas kurnian kejayaan ini.....Majlis dimulakan dengan sediit pengisian yang dikendalikan oleh shbt penulis, Afiq dan diteruskan dengan zikir munajat, solat sunat taubat dan Hajat...Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan yang diinfakkan oleh beberapa rakan penulis...kite makan satay....hehe....layan je la erk....... :)









" Ya Allah, aku beryukur atas kurnian kejayaan ini..aku berharap kejayaan ini adalah yang terbaik dissiMu dan dengan kejayaan ini, aku memohon agar Engkau tetapkanlah aku diJalanMu...Moge aku terus istiqamah dalam berbakti pada AgamaMu....Amin "

p/s : setelah sekian lame penulis menyepi, akhirnya entry terbaru penulis mulakan dengan suatu berita yang mengembirakan....insyaAllah, lepas nie banyak lagi menyusul.....Dikesempatan ini penulis ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahbat, kawan, Dr, dan Prof kami yang banyk membantu dalam kejyaan ini..Moger Allah membalas jasa kalian...

DR MOHD SHAIFUL NIZAM BIN MAMAT NASIR
MD(UKM) 2011

BERBAKTI SELAGI MAMPU

2 comments:

Anonymous said...

tahniah doktor shaiful!

-dari classmate 3AA, smkss ;)

saif al nidham said...

terima kasih kawan... :)

lor...letok la name..bley aku kenal...ke guane...??
bile nok wat reunion lg..?? hehe