ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

;: AKTIVITI POST PRO EXAM ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...


Umatku ini adalah umat yang dirahmati (dikasihani). Tidak ada azab bagi mereka di akhirat. Azabnya adalah di dunia, berupa fitnah-fitnah, gempa bumi, musibah-musibah, dan pembunuhan.” (Riwayat Thabrani melali Abu Musa r.a)



Bertemu kembali......lame sungguh penulis menyepikan..?? haha...Erm,sebenarnya penulis bukan menyepi,tetapi sibuk dengan aktiviti selepas Pro-Exam aritu..hasratnya, lepas Pro, nak update la blog nie, tetapi Tanggungjawab Melebihi Masa yang Ada, so kene la berbakti selagi mampu :) ...so, straight to the point la...Jom,kite layan beberapa Aktiviti atau Program penulis selepas Pro Exam sehingga hari ini, 6 april 2011.......Jom layannzzz....

25 Mac 2011 (Jumaat)

Majlis Wida' UPTA

Majlis ini khusus diadakan oleh adik-adik tahun 3 dan 4 utk kami selaku pelajar tahun akhir yang bakal meninggalkan Hukm ini..walaupon dari segi name program ini adalah Majlis Perpisahan, insyAllah, perpisahan kami hanyalah pada name, tetapi pada hati, selagi mane ikatan akidah yang menghubungkan, kami tetap bersama...Makanan malam tu memang besst.!! Agak sedih melihat kembali saat bersama sahabat dan adik2 didalam video yang dibuat khas utk kami...Penulis sayang anda semua..!!!

26 Mac 2011 (Sabtu)

MALAM PENGIKTIRAFAN IJAZAH SARJANAMUDA DOKTOR PERUBATAN UKM

Seterusnya, program ke-2 penulis selepas Pro-Exam iaitu MALAM PENGIKTIRAFAN IJAZAH SARJANAMUDA DOKTOR PERUBATAN UKM a.k.a Makan Malam Tahun 5 .. :) ...Name gempak kan walhal dinner je kot...haha....Erm, malam tu asalnya penulis nak jadi ala-ala koreannn, tetapi ntah macam mane, ramai pulak yang yg terpikir penulis cam Maher Zain...iye ker..??? haha..pape pon, dinner malam tu memang hapening....sakit perut penulis dop gelak ngan telatah pengacara program,..korang memang terbaek..!!

27 Mac 2011 (Ahad)

Program Khidmat Kesihatan Percuma

Ha, klu teman2 nak tahu, OPKIM kali ini diadakan kat Taman Meru, Klang..ianya khusus diadakan utk masyarakat TioungHua kat kawasan tu, bermula jam 8.30 pagi hinggalah jam 12.00 tgharie..OPKIM ini adlah anjuran YB Adun Taman Meru, penulis lupa sudey nama YB tu, ttp YB PAS la...Yang seronoknya OPKIM terakhir ini adalah buat pertama kali penulis diberi peluang dan kepercayaan utk menyampaikan Talk Kesihatan didepan orang ramai...haha..memula tu segan jgk, namun atas sokongan sahabat2, penulis memberanikan diri...hehe..terbaek disitu... :)

28 Mac 2011 (Isnin)

Kuliah dan Bengkel Solat Cara Nabi Muhammad SAW

Kuliah ini adalah perancangan kami sendiri,UPTA tetapi mendapat bantuan utk menghubungi ustaz oleh adik2...Mengapa ia diadakan?? tidak lain tidak bukan hanya untk mengetahui lebih lanjut Cara Solat yang sempurna mengikut Nabi Muhammad SAW...kuliah dan bengkel ini telah dikendalikan oleh Ustaz Syed kadir, lulusan Al Azhar...Memang terbaek..!!

29 Mac 2011 (Selasa)

Kuliah Baitul Muslim

Kuliah ini disampaian oleh Dr Rosni...agak sempoi dan praktikal kerana ia lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman...Hm, persoalannya, bilakan penulis akan mendirikan Baitul Muslim ini..??? susah la nak kabo..hehe..insyaAllah, ade la tu....

Kuliah Cabaran Ahli Gerakan Islam selepas Grad dalam mendepani Isu-isu semasa

Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Mior, PA Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Pas..seperti yang sedia maklum, dunia hari ini semakin hilang maruhnya...ada sahaja isu2 moral yg merisaukan...Mudah-mudahan kuliah ini mampu menyediakan diri kami utk terus istiqamah dalam Perjuangan...

30 Mac 2011 (Rabu)

Ha, utk hari rabu nie, penulis tiada jemputan progrma ataupon aktiviti...sengaja bekukan diri utk berada di kolej....ngape erk..?? ha, klu nak tahu, inilah tarikh yang paling bersejarah dalam hidup penulis kerana hari inilah Result Exam penulis dan kawan2 satu batch akan keluar..hm, rasenye semua dah tahu kan sebab penulis dah post kat entry sebelum nie..hehe..x sabo, terlalu gembira..tu yang post yg tu dulu tu...hehe...ape2 pon, Alhamdulillah, syukur atas kejayaan yg penulis kecapi...kejayaan yg dapat diiringi dengan satu tanggungjawab yang besar...Allah, kuatkan aku dan kawan2.....

31 Mac 2011 (khamis)

Ha, arie khamis nie penulis dan sahabat2 pergi melawat Dr Othmaliza, Dr Wan Haslina dan Prof Ruzana yang berada kat Wad Khas..Dr Othmaliza dan Dr Wan telah selamat melahirkan anak mereka..yang best tu, Dr Othmaliza dapat twin..name anak pon cedap..hehe..sorang namenya Mawar Mawaddah dan sorang lagi Melor Maisarah..cumel kan?? hehe...

1 April - 5 April 2011 ( Jumaat - Selasa)

KEMBARA UKHWAH

Ha, ini adalah Kembara Ukhwah yg terakhir penulis bersama sahabat-sahabat seperjuangan....kemana kembara kami pada kali ini?? Jom tgk lalaun dan tempat kembara kami...ha,sebelum tu, Kembara Uhhwah kami yang terakhir ini merupakan kembara yang paling lame iaitu memakan masa 5 hari...best gilerr...!!!!

....KL-->Sungai Buluh---->Nibong Tebal---> Sungai kota----->Parit Buntar---->Sungai Baharu---->Bukit Mertajam---->Ipoh---->Tapah---->Slim River---->KL....

Wah, banyaknye tempat penulis berkembara...hehe..ha, nanti penulis buat satu entry khas sempena ngan kembara kami ini...yang pastinya, penulis sangat enjoy selama berkembara....semua program2 dan aktiviti yg dioaturkan best...antaranya ialah Program Khidmat Kesihatan Percuma Ziarah Rumah Ke Rumah kat Kampung sungai Kota anjuran Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Parit Buntar...terharu layanan orang kampung terhadap kami....terbaek..!!

so, itulah antara Program2 dan Aktiviti2 penulis selepas Pro Exam...banyakkan?? hampir ssetiap hari...hehe...tu la antara sebab mengapa blog ini tidak terupdate walaupon exam sudah abis... :) InsyaAllah, lepas nie akan sentiasa update...ha, penulis akan pulang ke terengganu pada hari jumaat menaiki Moto Lagenda Kesayangan penulis.....hah?? moto?? dari Kl ke Trg??...hee.. yup....saje nk cari pengalaman...so, doa2kan perjalanan penulis iye...dan penuis akan igt sampai bebila pesanan dari seorang sahabt penulis " bawak moto tu, hati-hati..jgn laju sangat" haha...terima kasih atas pesanan itu...so, tu je utk setakat nie...moge kite bertemu lagi.....wassalam..

p/s : mengape entry kali ini tak byk gamabr ???..hehe...sabo, nant gambr tu penulis akan masukkan utk setiap entry aktiviti di atas.....so, sabo yer..... :)

BERBAKTI SELAGI MAMPU

4 comments:

redsugarpaper said...

baru nak tulis post mcm nih..ceh..potong line betul

saif al nidham said...

haha..nak lawan ngan bloggers tegar, silap pilih orang la.... :) ;)

xpe, bley cube lg entry berikutnye.... ;)

redsugarpaper said...

penulis tegar??hahahaha
amik la amik!

ibnuzulkeflei said...

jangan gado2 ye. naseb baek saya beralah. klu x da lama jadi penulis tegar. hehe