ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Apakah itu Pilihan Raya Kampus (PRK)? ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang baut semua...

Jika soalan ini ditanya kepada masyarakat kampus HUKM, apakah itu Pilihan Raya Kampus(PRK)?, penulis amat yakin dan percaya bahawa masih ramai yang tidak tahu jawapannya. Secara ringkas, Pilihan Raya Kampus(PRK) sebenarnya merupakan medan Politik Kampus yang membolehkan MAHASISWA menggunakan sepenuh kuasa untuk memilih PIMPINAN KAMPUS. Realitinya, masyarakat kampus hari ini sensitif terhadap perkataan ‘POLITIK’ itu sendiri. Asbab yang mungkin menjadi faktor utama perkara ini berlaku adalah kerana imej politik negara yang kian dicemari dengan palitan fitnah dan perebutan kuasa. Pengaruh pilihanraya kampus yang ada di Malaysia telah sengaja diperlekehkan atau dijadikan sesuatu yang kurang relevan. Hal ini mungkin juga berkait rapat dengan doktrinisasi AUKU terhadap mahasiswa.


Seorang teman penulis pernah bertanya, "Kenapa kita kena terlibat dengan PRK ni? Bukan ke tujuan utama masuk universiti untuk BELAJAR. Buat apa nak sibuk-sibuk dengan politik?" Jawapannya mudah: Anda mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang adil!

Al-siasah (politik) dalam bahasa Arab bererti menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-amr, siyasat bererti ia melaksanakannya. Ibnu Aqil mengatakan,

“Siasah Syariyyah ialah apa-apa tindakan(kerajaan) yang membawa kepada manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan, sekalipun ianya tidak ditetapkan oleh Rasulullah dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan.”

Mana mungkin negara Madinah menjadi negara Islam pertama jika tiada istilah politik dalam Islam. Jika dilihat semasa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyiddin, keempat-empat khalifah dilantik dengan cara yang berbeza-beza dan mereka menjalankan dasar pemerintahan mengikut corak keadaan semasa atau waqi'. Walau bagaimanapun, matlamat utamanya tetap menegakkan daulah Islamiyyah. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa ayat 59, bermaksud


“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah S.W.T dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W. dan kepada Ulul Amri (golongan pemerintah yang adil) dari kalangan kamu.”

Maka bolehlah dijelaskan di sini bahawa setiap umat Islam itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memilih pemimpin yang adil, yakni mentadbir mengikut syariat Islam. Dalam konteks pemerintahan sekarang, persoalan yang ingin penulis utarakan ad akah Malaysia merupakan sebuah negara Islam atau adakah ia hanya tertulis di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara semata-mata? Negara Islamkah jika undang-undang dan perlembagaan bersifat sekular? Politik juga dikatakan kemahiran kerana ingin dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga kepada pelaks anaan sebenar kekuasaan/kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal tertentu.


Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.


Secara umum, POLITIK KAMPUS boleh didefinisikan melalui aktiviti-aktiviti dalam merangka kebijaksanaan. Potilik kampus merupakan tempat di mana aktiviti itu lahir dari, oleh dan untuk semua masyarakat kampus. Politik kampus merupakan usaha yang dilakukan mahasiswa dalam rangka mewujudkan kebijaksanaan masyarakat sesuai dengan nilai-nilai luhur demokrasi.

Politik mahasiswa merupakan satu juzuk dari juzuk-juzuk politik massa. Ia merupakan sebahagian dari nadi yang memancu perubahan samada dari sudut sosial mahupun ekonomi dan pemerintah an negara. Sejarah mencatatkan peranan mahasiswa didalam membentuk acuan baru cerminan politik sesebuah negara adalah penting dan dominan yang memungkinkan perubahan itu berlangsung.

Kuasa mahasiswa atau kuasa pelajar yang selalu disebut orang dengan istilah‘STUDENT POWER’ membawa satu pemaknaan yang cukup mendalam. Ini boleh difahami sebagai
satu slogan yang mempunyai gagasan tertentu yang digerakkan oleh sekelompok yang bermanifestasi status seorang anak muda (baca:mahasiswa) mengarahkan kepada g erak idea-praktis dalam berinteraksi dengan khalayaknya.

Ia bukanlah slogan kosong. Ia merupakan slogan yang penuh bersinergi dan perlu diisi dengan gerak praktis. Dalam usaha menghidupkan slogan inilah, para mahasiswa terpaksa bertembung dengan khalayaknya seperti pihak kerajaan dan HEP.


Masyarakat umumnya melihat, penyatuan Mahasiswa dan Politik merupakan satu kesalahan yang melanggar undang-undang universiti dan negara. Malah perkataan "politik" itu seakan-akan berhantu untuk digunakan kepada mahasiswa.

Keterlibatan mahasiswa dalam berpolitik sering ditafsirkan dengan penglibatan dalam parti politik luar seperti UMNO dan PAS. Bagi mereka yang bijak sedikit akan mengkaitkan dengan penglibatan dalam Pilihanraya Kampus untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.

Politik juga dianggap kotor dan tidak selayaknya dilibatkan dengan mahasiswa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Hakikatnya, pengertian politik adalah lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya semata. Malah cara mahasiswa menguruskan aktiviti seharian juga merupakan satu politik.

Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”. Jika kita berasa muak dengan politik murahan negara, seharusnya kita bangkit dan memperjuangkan politik kampus demi REVOLUSI MAHASISWA. Aktivis mahasiswa terdahulu telah memperjuangkan hak-hak mahasiswa dengan berani tanpa mengenal erti kecut dan takut. Mengapa tidak kita? Mengapa pula zaman yang serba canggih dinaungi teknologi ini menjadikan mahasiswa lemah dan lesu? Adakah mahasiswa zaman ini berada di 'zon selesa'? Jika benar, inilah sebenarnya dalang kepada kemunduran mahasiswa. Bersama Berubah!!.Wassalam..


"BERGERAK SEIRINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN"

0 comments: