ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Mahasiswa dan Kampus ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Pada entry kali ini, penulis akan berbicara mengenai MAHASISWA dan KAMPUS. Mungkin perkongsian pada kali ini ade kaitan pada entry2 sebelum ini, namun bagi penulis tidak menjadi kesalahan untuk penulis mengupasnya sekali lagi. Seperti yang penulis pernah war-warkan sebelum ini,kata-kata tokoh Revolusi terkenal dunia banyak dikaitkan dengan anak muda tentang kepentingan kita dan antara yang paling popular ialah golongan MAHASISWA. Kata-kata ‘keramat’ ini masih diungkapkan sehingga kini, terutama di kalangan pendokong-pendokong Gerakan Mahasiswa Islam .

Hakikat MAHASISWA sebagai pelapis kepada Pimpinan akan datang pada hari ini sebenarnya suatu mimpi di siang hari. Kenapa penulis berkata demikian??..Tengok sajalah di depan, belakang, kira dan kanan teman2, MAHASISWA kini tidak ubah seperti PELAJAR SEKOLAH. Ia seolah-olah membangga-bangga pencapaian lalu sedang hakikat MAHASISWA kini tidak lain hanyalah suatu entiti yang dipandang enteng oleh pihak pemimpin terutama di pihak kerajaan. Namun, cerita-cerita ‘demonstrasi Baling’ dan kebangkitan mahasiswa di era 80-an masih menjadi ‘MOTIVASI’ kepada golongan mahasiswa untuk bangkit memacu Perjuangan Mahasiswa yang kian suam terutamanya bagi Gerakan Mahasiswa Islam (GMI).

Penulis bawa lagi beberape contoh. Lihat sajalah imej MAHASISWA yang digambarkan di televisyen, akhbar dan lain-lain medium perhubungan yang tidak lebih dari sekumpulan manusia berusia muda yang tergedik-gedik, pentingkan cinta monyet berbanding perkara negara dan tidak perlu susah payah menyertai gerakan mahasiswa kerana itu semua lapok.Pelajar universiti digambarkan memakai baju ketat berwarna warni dan sibuk kejar mengejar cinta di ‘kolej’ masing. Tiada gambaran dalam mana-mana drama televisyen bahawa mahasiswa itu bergerak dalam gerakan dakwah di kampus atau gerakan mahasiswa. Semua gambaran yang ada seolah-olah berkiblatkan barat semata-mata. Mentaliti dan gambaran ini ditanam sejak awal di kalangan pelajar terutama lepasan SPM yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPT-IPT seluruh dunia.Akhirnya, mahasiswa semakin lesu dan semakin lemas dalam kolam buatan sendiri.

Tetapi, penulis bersyukur. Di kala MAHASISWA sedang lena dibuai maksiat, ade lagi isu-isu dicipta bagi membangkit semangat MAHASISWA untuk bangun dan kembali menyengat unutk kembali kepada ISLAM. Namun pada hakikatnya, isu-isu ini hanya mendapat perhatian daripada sebilangan kecil mahasiswa. Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) lebih mudah terpengaruh dengan isu-isu peringkat mahasiswa ini berbanding dengan mahasiswa lain padahal pada hakikatnya semuanya adalah MAHASISWA ISLAM. Ade yang hanya memandang sebelah mate sahaja isu2 yg cube di bangkitkan. Lebih menyedihkan punulis apabila ade juga segolongan MAHASISWA ISLAM yang lansung tidak mengambil peduli tentang dunia luar pada biliknya. Hnya hidup dengan dunia mereka sahaja tanpa memikirkan dunia masyarakat Kampus.


Namun, semangat yang cune ditonjolkan oleh GMI untuk terus mencari isu yang boleh menyatukan semua mahasiswa di seluruh negara, supaya MAHASISWA ISLAM pada hari ini menjadi suatu kuasa besar yang tidak boleh dipandang mudah dan rendah oleh pemimpin masa kini harus diberi satu pujian. Situasi yang melanda gerakan mahasiswa seharusnya dipandang dengan lebih serius.

Mungkin penulis boleh bawakan beberape situasi yang memang berlaku dalam Kampus, namun mybe kampus penulis tidak banyak yang berlaku. Jikalu kita melihat Kampus Nasional len, contohnya, kampus induk penulis sendiri, UKM bangi, Mahasiswa tiada ruang dan peluang untuk bercakap, menyumbang dan paling menyedihkan tiada ruang untuk berfikir tanpa pengaruh luar. Program-program mahasiswa disekat, dan percambahan ilmu di kalangan mahasiswa hanyalah sekitar subjek pembelajaran masing-masing. Tidak ketinggalan juga hinggakan menjemput ahli POLITIK atau ULAMA untuk berdiskusi dilihat suatu dosa besar di kalangan GMI. Tekanan-tekanan sebegini betul-betul mengganggu gerakan mahasiswa dan akhirnya, mahasiswa penat dan letih dalam bergerak kerja dan lebih ramai mahasiswa lebih gembira untuk mengfokuskan usaha kepada akademik semata-mata.

Pihak pentadbiran dilihat memilih apa yang boleh difikir dan apa yang boleh dibuat oleh mahasiswa. Program-program tipikal seperti program anak angkat, gotong royong dan konsert kebudayaan dibanyakkan dengan menolak program-program yang dilihat boleh membawa mahasiswa ke suatu pemikiran yang lebih matang dan dewasa.

Terbaru, program Forum Terbuka Bantah E-Voting (BANTAH) yang diadakan du UM mendapat sekatan maksimum daripada pihak universiti dan akhirnya ditarik balik kelulusan program daripada pihak universiti. Panelis utama, Prof Aziz Bari juga akhirnya akur dengan tekanan semasa dan menarik diri daripada forum tersebut. Forum ini, yang merupakan antara program mahasiswa paling releven sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini menjadi mangsa kejumudan pihak pentadbiran yang tidak mahu mahasiswa bersuara dan berfikir dengan otak sendiri.

Tetapi yang peliknya penulis lihat, ruang-ruang program bercorak hedonism tidak pernah disekat. Konsert-konsert dengan mudah masuk ke dalam kampus. Bahkan, gerakan menghalang konsert daripada diadakan di dalam kampus dilihat suatu usaha primitif dan ketinggalan zaman. Artis-artis dengan mudah dijemput ke dalam program kampus. Kampus sebagai pusat ilmu tidak pula dilihat ‘terganggu’ dengan kehadiran artis-artis yang kebanyakannya tidak berlatar belakangkan sebagai ahli akademik. Bila tiba sahaja Dinner, seperti Dinner Kolej seolah2 menjadi satu kewajipan perlunya ade nyayi-nyayian dan tarian. Hal ini langsung tidak disekat oleh pentadbiran Kolej. Yang disekatnya ialah kebebasan bersuara dan mengadakan Progrm2 bercorak Ilmiah oleh GMI



Walaupun GMI kelihatan masih releven, tersusun dan pelbagai, namun hakikat pahitnya, gerakan ini hanya dipelopori sebilangan kecil, bahkan amat kecil daripada kalangan mahasiswa. Sebutlah apa sahaja nama gerakan mahasiswa, semua gerakan itu dipelopori orang yang sama, daripada kelompok yang sama dan berpusing di kalangan mereka yang sama. Kelompok lebih besar masih begitu, dibuai keindahan kehidupan sebagai ‘anak muda’ yang seolah2 inilah syurga kampus mereka.


Tekanan keterlaluan kepada Gerakan Mahasiswa Islam perlu dihentikan serta merta. Generasi muda inilah yang perlu dibentuk untuk menjadi pemimpin masa hadapan, jika tidak masa kini sekalipun. Menyekat kebebasan mahasiswa seolah-olah memberi acuan yang sama kepada semua mahasiswa, yang akhirnya menjadi robot yang mementing perut sendiri tanpa memikirkan masalah semasa negara. Buktinya sudah ada, bilangan mahasiswa yang mendaftar sebagai pemilih amat rendah, dan mereka tidak pernah ambil tahu pasal itu.

Akhirnya, negara hancur lebur di tangan perasuah!!!.wassalam..

P/S : Entry ini adalah hasil perkongsian pembacaan penulis dengan beberape bloggers yang lain demi menfaat bersama..InsyaAllah untuk entry selepas ini penulis akan cube untuk kupas isu2 yang berkaitan dengan PILIHAN RAYA KAMPUS kerana untuk pengetahuan teman2 semua, PMUKM telah dibubarkan tadi..jadi bermakne, kita akan berdepan dengan PRK tidak lame lg...

0 comments: